You are on page 1of 2

8.1.

1  Sumber Asas Bahan


1. Terdapat pelbagai objek yang digunakan dalam kehidupan harian kita
2. Objek tersebut diperbuat daripada pelbagai sumber asas speerti
tumbuh-tumbuhan, haiwan, petroleum dan batuan

3. Tumbuh-tumbuhan
1. Pokok getah menghasilkan bahan getah. Contoh objek: tayar dan
sarung tangan getah
2. Pokok balak menghasilkan bahan kayu. Contoh objek: almari
kayu dan kerusi kayu
3. Pokok kapas menghasilkan bahan kapas. Contoh objek: baju dan
tuala

4. Haiwan
1. Biri-biri menghasilkan bahan bulu biri-biri. Contoh objek: topi bulu
dan sweater
2. Lembu menghasilkan bahan kulit lembu. Contoh objek: kasut kulit
dan sofa kulit
3. Ulat sutera menghasilkan bahan kokun sutera. Contoh objek: tali
leher sutera dan kain sutera

5. Petroleum
1. Petroleum ialah minyak berwarna hitam yang diperoleh dari
dalam tanah untuk dijadikan petrol dan bahan-bahan lain.
Petroleum terbentuk daripada hidupan yang telah mati berjuta-
juta tahun dahulu
2. Minyak petroleum menghasilkan bahan plastik. Contoh objek: beg
plastik dan botol plastik
3. Minyak petroleum juga menghasilkan bahan kain sintetik. Contoh
objek: baju hujan dan khemah

6. Batuan
1. Logam menghasilkan bahan emas dan kuprum. Contoh objek:
rantai emas, barang piuter dan duit syiling
2. Tanih menghasilkan bahan tanah liat. Contoh objek: mangkuk
seramik dan batu bata
3. Tanih juga menghasilkan bahan pasir. Contoh objek: cermin dan
botol kaca.
.

You might also like