You are on page 1of 7

Bahasa Melayu

SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Kertas 1
– BAHASA MELAYU MODEN
STPM (Soalan Sebenar STPM: 2001-2010)

01 Yang manakah penyataan yang benar tentang perancangan korpus bahasa Melayu?

A Usaha menerapkan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang


B Usaha memperluas penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat
C Usaha menterjemah pelbagai bahan bacaan asing ke dalam bahasa Melayu
D Usaha membakukan sistem ejaan, tatabahasa, dan istilah dalam bahasa Melayu
2001:15

02 Pilih penyataan yang benar tentang bahasa Melayu moden.

I Banyak menggunakan ayat aktif


II Melalui proses perancangan bahasa
III Perkembangan berdasarkan bahasa Inggeris
IV Pengaruh bahasa Arab dan Sanskrit dikesampingkan

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
2001:16

03 Antara penyataan yang berikut, yang manakah merupakan pengiktirafan terhadap bahasa Melayu?

I Penawaran kursus bahasa Melayu di universiti luar negara


II Pewujudan Kerusi Pengajian Melayu di universiti luar negara
III Penterjemahan karya kesusasteraan asing ke dalam bahasa Melayu
IV Penterjemahan karya kesusasteraan dalam bahasa Melayu ke dalam bahasa asing

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
2002:14

04 Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang menunjukkan perancangan bahasa Melayu
pada peringkat pertama?

I Melaksanakan rancangan yang disusun


II Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain
III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
IV Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
2002:15
2

05 Perancangan taraf ialah usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang
A bertaraf antarabangsa
B digunakan dalam sistem perhubungan dan pendidikan negara
C dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara
D memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengembangkan ilmu pengetahuan
2002:16

06
“Penyerapan variasi bahasa dari segi daerah dan sosial melalui penyediaan
tatabahasa, kamus, panduan ejaan, dan sebagainya.

Pernyataan di atas merujuk kepada konsep

A penilaian C pengekodan
B pemupukan D pemasyarakatan bahasa
2003:15

07 Istilah

Kamus

X Tatabahasa

Ejaan

Dalam perancangan dan pembinaan bahasa, X merujuk kepada proses

A pemupukan C pengembangan korpus


B peningkatan taraf D pemasyarakatan unsur bahasa
2003:16

08 Berikut ialah pernyataan tentang kepentingan bahasa baku kecuali

A untuk ketepatan maklumat dan kecekapan perhubungan


B untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pengguna pelbagai dialek
C untuk mengelakkan orang ramai menggunakan dialek dalam pertuturan
D untuk mengelakkan berlakunya percanggahan tafsiran ekoran penggunaan pelbagai dialek
2003:17

09
Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.

Petikan di atas tercatat dalam

A Penyata Razak C Akta Bahasa Kebangsaan


B Penyata Rahman Talib D Perlembagaan Persekutuan
2004:14
3

10 Susunan yang betul untuk perancangan bahasa Melayu ialah


I pengekodan III perancangan dasar
II perancangan taraf IV penilaian hasil dan pemantapan strategi

A I, II, III dan IV C III, I, II dan IV


B II, III, IV dan I D III, II, I dan IV
2004:16

11 Yang manakah tujuan utama penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka?


A Menyusun dan menerbitkan buku ilmiah
B Menjadi badan penyelaras persidangan bahasa
C Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan
D Melaksanakan kempen penggunaan bahasa Melayu
2005:14

12 Pejabat Karang Mengarang telah mencapai beberapa kejayaan dalam usaha memajukan bahasa
Melayu. Antaranya termasuklah
I menggubal istilah
II menerbitkan buku bacaan sekolah
III menterjemah karya sastera dari Barat
IV menuntut agar bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
2005:15

13 Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan perancangan korpus bahasa?
I Menerbitkan buku panduan terjemahan
II Membentuk satu variasi bahasa Melayu baku
III Memantapkan sistem ejaan dalam bahasa Melayu
IV Mewujudkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
2005:16

14
Matlamat kelima undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1959, Bahagian
(5) menyatakan bahawa DBP perlu menyusun dan meneribitkan kamus dalam bahasa
kebangsaan.

Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang dinyatakan di atas termasuk dalam proses

A pengekodan C perancangan
B pemupukan D penyeragaman
2006:14
4

15 Peranan utama Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia (MBBIM) ialah

I membentuk istilah III menyeragamkan sistem ejaan


II membakukan sebutan IV meluaskan penggunaan bahasa Melayu

A I dan III C II dan III


B I dan IV D II dan IV
2006:15

16 Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini kerana bahasa
Melayu

I merupakan bahasa pengantar III digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia


II pernah menjadi lingua franca IV merupakan bahasa pertuturan penduduk Nusantara

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
2006:16

17 Yang manakah aktiviti yang tergolong dalam perancangan korpus bahasa?

A Memperbanyak bahan bacaan dalam bahasa Melayu


B Merancang penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran
C Mengadakan usaha untuk memantapkan tatabahasa bahasa Melayu
D Mensyaratkan kelulusan bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
2007:15

18
Tokoh Karya
I Za’ba P Kamus Melayu-Inggeris
II R.J. Wilkinson Q Buku Katan
III Raja Ali Haji R Bustan al-Katibin
IV Mohammad Said Haji Sulaiman S Ilmu Mengarang Melayu

Berdasarkan jadual di atas, yang manakah padanan yang betul antara tokoh dengan karyanya?

I II III IV
A S P R Q
B S Q P R
C Q P R S
D R Q S P
2007:16
5

22
Institusi Peranan
Menggalakkan penulisan dalam
I Pejabat Karang Mengarang P
kalangan ahli
Menerbitkan buku-buku sekolah
II Dewan Bahasa dan Pustaka Q
Melayu
Persaudaraan Sahabat Pena
III R Mencipta perkataan baharu
Malaya
Pakatan Belajar Mengajar Merancang pembinaan bahasa
IV S
Pengetahuan Bahasa Melayu

Yang manakah padanan yang betul antara institusi dengan peranannya dalam perkembangan
bahasa Melayu moden?

I II III IV
A R Q P S
B S R Q P
C Q S P R
D R S Q P
2008:15

23

X dan Y dalam carta di atas merujuk kepada perancangan

A taraf dan bahan bahasa C fungsi dan taraf bahasa


B taraf dan korpus bahasa D fungsi dan korpus bahasa
2008:16

24 Usaha mengembangkan bahasa Melayu supaya tercapai keadaan “saling terjemah” dengan bahasa
yang lain dapat dilaksanakan melalui

A pembakuan sebutan C penyeragaman ejaan


B pembentukan istilah D pemantapan tatabahasa
2009:16
6

25 Yang manakah padanan yang betul antara tokoh dengan karyanya?

Tokoh Karya

I R.O. Winstedt P Malay-English Dictionary

II R.J. Wilkinson Q The Malay Grammar

III Mohd Said Sulaiman R Ilmu Mengarang Melayu


IV Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) S Buku Ketetapan Hejaan Melayu

I II III IV
A P Q S R
B Q P R S
C Q P S R
D P S R Q
2009:17

26 Kerjasama kebahasaan menerusi Majlis Bahasa Brunei, Indonesia, Malaysia (MABBIM) bertujuan
untuk menyeragamkan

I ejaan III sebutan


II istilah IV tatabahasa

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
2009:18

27
Buku
• Tatabahasa Dewan
• Kamus Dewan
• Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia

Dalam perancangan bahasa Melayu, penerbitan buku di atas membuktikan kejayaan usaha

A penilaian C pengekodan
B pemupukan D pemasyarakatan
2010:14
7

28
Organisasi X
Tujuan penubuhan • Menambah bahan bacaan umum
• Memperbanyak buku sekolah Melayu
• Mengadakan perkhidmatan perpustakaan
bergerak ke kampung-kampung
Ketua Pengarang dan • Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)
Penterjemah Kanan

Organisasi X dalam rajah di atas ialah

A Angkatan Sasterawan 50 C Pejabat Karang Mengarang


B Dewan Bahasa dan Pustaka D Persaudaraan Sahabat Pena Malaya
2010:15

29
Penghasilan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam dari aspek
sebutan, ejaan, tatabahasam dan makna

Dalam perancangan bahasa, proses di atas merujuk kepada proses

A pengekodan C penyusunan strategi


B pemupukan D pemasyarakatan bahasa
2010:16

30 Yang manakah susunan sistem ejaan bahasa Melayu yang betul mengikut kronologi?

I Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia


II Ejaan Wilkinson
III Ejaan Kongres
IV Ejaan Za’ba

A II, IV, I, III C III, IV, II, I


B II, IV, III, I D IV, II, III, I
2010:17

Susunan: SuhaimiMohdSalleh@DESSO2010

You might also like