You are on page 1of 5

MPKK KAMPUNG SUNGAI RAMBAI

MPKK KAMPUNG SUNGAI RAMBAI

KERTAS KERJA MERCU TANDA

NAMA PROJEK :

PEMBINAAN MERCU TANDA KAMPUNG SUNGAI RAMBAI

TEMPAT :

PERSIMPANGAN MASJID AL-FIRDAUS KAMPUNG SUNGAI RAMBAI

ANJURAN :

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)


KAMPUNG SUNGAI RAMBAI,
42600 JENJAROM, KUALA LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN

DENGAN KERJASAMA :

KOMUNITI PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI RAMBAI


MPKK KAMPUNG SUNGAI RAMBAI

ISI KANDUNGAN :

1.0 SINOPSIS PROJEK

2.0 JUSTIFIKASI

3.0 OBJEKTIF

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK

6.0 ANGGARAN KEWANGAN/PERBELANJAAN

7.0 PENUTUP
MPKK KAMPUNG SUNGAI RAMBAI

1.0 SINOPSIS PROJEK


Projek ini akan dijalankan menggunakan konsep gotong-royong diantara ahli
MPKK dengan penduduk yang ingin membantu menjayakan projek ini sebagai
satu langkah dalam menambah baik keceriaan persekitaran kampung.
Perancangan MPKK untuk membina “Mercu Tanda Kampung Sungai Rambai”
adalah disebabkan kedudukan kampung ini yang berada di laluan utama jalan
Klang – Banting yang mana menjadi tumpuan masyarakat dari luar yang
berkunjung ke Kuala Langat.

2.0 JUSTIFIKASI
2.1 Projek ini dibuat di bawah Biro Kesejahteraan & Keceriaan MPKK
Kampung Sungai Rambai untuk keceriaan persekitaran kampung.

2.2 Tenaga kerja ahli MPKK bersama penduduk kampung berganding bahu
untuk melaksanakan projek ini.

3.0 OBJEKTIF
Objektif utama projek ini untuk menyatupadukan masyarakat bersama dalam
menjayakan projek ini secara bergotong royong selain dapat memberikan
keceriaan untuk kampung.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Projek ini dapat memberi manfaat pada semua warga komuniti berbilang bangsa
yang berada di kawasan Kampung Sungai Rambai seperti Taman Kota Sungai
Rambai, Taman Rambai Indah, Taman Sejahtera & Kampung Norton. Ia juga
mungkin akan menjadi satu kebanggaan untuk komuniti disini.
MPKK KAMPUNG SUNGAI RAMBAI

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK


7.1 MPKK Kampung Sungai Rambai juga telah bermesyuarat serta
membincangkan bagi melantik jawatankuasa kecil penganjuran projek ini bagi
memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Jawatankuasa yang dilantik
adalah berdasarkan struktur berikut :-

Jawatan
Bil Nama (dalam program)
1 Azman Bin Ab Hamid Pengerusi
2 Mohd Rohaizan Bin Mohd Sarin Bendahari
3 Suhaimi Bin Itam Penyelia Projek
4 Khalid Bin Abd Lajis Penyediaan Bahan
5 Monaiza Binti Muhammad Rekanbentuk
6 Rozita Binti Sulaiman Penilaian

Jadual 2: Senarai Ahli Projek

6.0 ANGGARAN KEWANGAN/PERBELANJAAN


6.1 Anggaran perbelanjaan projek pembinaan Mercu Tanda.

Anggaran Perbelanjaan Projek


Bil. Perkara Jumlah (RM)
1 Bahan Mentah/Bahan Binaan (Besi, simen, kayu & 7,800
lain-lain)
2 Alatan Pembinaan & Mesin (Jentolak, Pemotong & 1,500
lain-lain)
Makanan & Minuman Untuk Peserta Gototng 1,200
3 Royong (Anggaran Masa – 2 Minggu)
Jumlah keseluruhan 10,500

Jadual 3: Kos Projek


MPKK KAMPUNG SUNGAI RAMBAI

7.0 PENUTUP
Pembinaan “Mercu Tanda” untuk Kampung Sungai Rambai ini dapat memberi
manfaat kepada lebih dari 500 penduduk yang tinggal disekitar ini sebagai satu
langkah untuk memberi keceriaan disini serta dapat menjadi salah satu simbolik
untuk kampung ini. Disamping itu juga, projek yang dijalankan secara bergotong
royong dapat merapatkan hubungan antara sesama penduduk dalam kerjasama
untuk program keceriaan kampung.

8.0 TANDATANGAN

………..........................................................

(Biro Kesejahteraan & Keceriaan)


Disediakan oleh:
MPKK Kampung Sungai Rambai

………..........................................................

Disemak oleh : (Pengerusi)

MPKK Kampung Sungai Rambai

You might also like