You are on page 1of 2

TUGASAN PERCUKAIAN I

SEMESTER 2 SESI 2020 - 2021

TAJUK: PERCUKAIAN INDIVIDU

Anda dikehendaki mengisi Borang Nyata Pendapatan yang lengkap, menggunakan borang yang
asli dan maklumat yang benar. Anda dikehendaki memilih pembayar cukai di kalangan saudara
terdekat atau mana-mana individu yang layak membayar cukai, termasuk diri anda sendiri.
Pembayar cukai tersebut terhad kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian
dan lain-lain pendapatan sahaja. Jelaskan kepada pembayar cukai tersebut bahawa dokumen-
dokumen ini hanyalah untuk kegunaan ilmiah semata-mata dan tidak akan digunakan bagi
memudharatkan beliau. Semua dokumen yang digunakan mesti dilampirkan dengan teratur
berdasarkan nombor rujukan yang berturutan. Beberapa perkara yang perlu anda lakukan seperti
berikut:

1. Muat turun Borang Nyata Pendapatan daripada laman LHDNM.


i. Sila ke laman utama LHDNM (www.hasil.org.my),
ii. Klik ‘Borang’, pilih kategori ‘Individu’
iii. Tahun Taksiran ‘2020’
iv. Muat turun borang BE 2020 jika hanya ada pendapatan penggajian. Muat turun
borang B 2020 jika mempunyai pendapatan penggajian dan lain-lain pendapatan.
v. Cetak sama ada borang BE 2020 atau B 2020, mana-mana yang berkenaan.

2. Isikan maklumat ke dalam borang tersebut berdasarkan dokumen lampiran yang ada.

3. Dokumen lampiran yang boleh digunakan bergantung kepada apa yang dimiliki oleh
pembayar cukai yang dipilih, termasuklah dokumen seperti berikut:
i. Penyata pendapatan dan potongan cukai berjadual daripada majikan,
ii. Sijil kelahiran anak,
iii. Dokumen pendidikan anak-anak (apa-apa dokumen yang boleh membuktikan anak-
anak tersebut sedang bersekolah ataupun pelajar di IPT),
iv. Penyata pembayaran insuran nyawa, pendidikan atau kesihatan bagi setiap potongan
yang dibuat,
v. Resit-resit pembelian atau derma bagi tujuan potongan dan pelepasan cukai,
vi. Resit zakat, dan lain lain dokumen yang perlu.

1
4. Pelajar diminta MEMASUKKAN NAMA SENDIRI di bahagian “akuan” dan
“maklumat firma dan tandatangan orang yang menyediakan borang nyata ini”.

5. Borang yang lengkap diisi mesti dihantar selewat-lewatnya pada minggu terakhir
perkuliahan, iaitu pada 3 Julai 2021. Serahan awal dialu-alukan.

6. Penghantaran borang serta dokumen lampiran perlu dibuat secara softcopy melalui
Assignment 1 di UKMFolio bagi kursus EPPA3023 Percukaian 1. Pelajar diminta ‘scan’
semua dokumen lampiran yang berkenaan dan SAVE FILE MASING-MASING
MENGGUNAKAN NO PENDAFTARAN PELAJAR.

7. Pastikan juga semua dokumen yang dihantar telah dipalang dengan “EPPA3023”.

8. Pemberian markah adalah berdasarkan dokumen yang dilampirkan:

i) 7 lampiran: Maksimum 15 markah


ii) 5 lampiran: Maksimum 10 markah
iii) 3 lampiran: Maksimum 5 markah

‘SELAMAT MAJU JAYA’

You might also like