You are on page 1of 2

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN


SEMESTER 3 SESI AKADEMIK 2018/2019

PROJEK: EPPA3023 PERCUKAIAN I


TAJUK: PERCUKAIAN INDIVIDU PENGGAJIAN

Anda dikehendaki mengisi Borang Nyata Pendapatan yang lengkap, menggunakan


borang yang asli dan maklumat yang benar. Anda dikehendaki memilih pembayar cukai
di kalangan saudara terdekat atau mana-mana individu yang layak membayar cukai,
termasuk diri anda sendiri. Pembayar cukai tersebut terhad kepada individu yang
mempunyai pendapatan penggajian dan lain-lain pendapatan sahaja. Jelaskan
kepada pembayar cukai tersebut bahawa dokumen-dokumen ini hanyalah untuk kegunaan
ilmiah semata-mata dan tidak akan digunakan bagi memudharatkan beliau. Semua
dokumen yang digunakan mesti dilampirkan dengan teratur berdasarkan nombor rujukan
yang berturutan. Beberapa perkara yang perlu anda lakukan seperti berikut:

1. Muat turun Borang Nyata Pendapatan daripada laman LHDNM


i. Pergi ke laman utama LHDNM (www.hasil.org.my),
ii. Klik ‘Borang’,
iii. Pilih Kategori ‘Individu’
iv. Tahun Taksiran ‘2018’
v. Muat turun ‘BE2018’,
vi. Cetak

2. Isikan maklumat ke dalam borang tersebut.

3. Setiap dokumen mesti dibuat salinan. Lampirkan hanya salinan sahaja.


Dokumen asal mesti dipulangkan kepada pembayar cukai. Antara dokumen
tersebut (bergantung kepada apa yang dimiliki oleh pembayar cukai) ialah:
i. Penyata pendapatan dan potongan daripada majikan,
ii. Salinan sijil kahwin, jika taksiran bersama dibuat,
iii. Sijil kelahiran anak,
iv. Dokumen pendidikan anak-anak (apa-apa dokumen yang boleh
membuktikan anak-anak tersebut sedang bersekolah ataupun IPT),
v. Penyata pembayaran insuran nyawa, pendidikan atau kesihatan bagi setiap
potongan yang dibuat,
vi. Resit-resit pembelian atau derma bagi tujuan potongan,
vii. Sijil dividen,
viii. Resit zakat, dan
ix. Lain-lain dokumen yang perlu.

1
4. Pelajar diminta menandatangani sendiri borang tersebut di bahagian “AKUAN”
dan “MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG
MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI”.

5. Borang yang lengkap mesti dihantar selewat-lewatnya pada minggu ke 14 sesi


perkuliahan. Serahan awal dialu-alukan.

6. Pemberian markah adalah berdasarkan dokumen yang dilampirkan:

i) 3 lampiran : maksimum 7 markah


ii) 5 lampiran : maksimum 10 markah
iii) 7 lampiran : maksimum 13 markah
iv) 8 lampiran : maksimum 15 markah

7. Tindakan meminjam resit atau makluman berkaitan pembayar cukai daripada


rakan yang lain adalah dilarang sama sekali. Tindakan penalti akan diambil
sekiranya didapati ada di kalangan pelajar melakukannya.

‘SELAMAT MAJU JAYA’

You might also like