You are on page 1of 31

1

2
Ketertiban dan Kesopanan
Dalam majlis Jamuan

 Gaya kita makan menggambarkan


peribadi kita. Makan bersama orang lain
merupakan satu bentuk perkongsian yang
amat besar ertinya untuk mewujudkan
suatu suasana yang tenteram dan
menyenangkan semasa menikmati
juadah.

3
Majlis makan rasmi
Sebelum makan
 Keluar dan masuk hendaklah melalui
sebelah kanan kerusi tempat duduk anda.
 Isteri duduk di sebelah kiri suami, kecuali
di meja khas
 Sebaik sahaja duduk (kerusi berhadapan
‘setting’) ambil napkin dan letakkan di atas
riba secara perlahan (bukan dikibas).
 Jangan mengalih, membelek-belek
pinggan dan kutleri (untuk melihat jenama
dsb) atau menukar susunannya
 Jangan lapkan pinggan/kutleri
(menjatuhkan air muka tuan rumah/pihak
hotel)
4
Majlis makan rasmi
Semasa makan

 Makanan dihidangkan dari sebelah kiri


anda.
 Minuman dihidang dari sebelah kanan.
 Pinggan kotor diambil dari sebelah kanan.
 Peraturan menggunakan kutleri ialah dari
luar ke dalam.

5
6
Makan sup
 Sup yang masih panas jangan pula
ditiup. Biarkan ia sejuk sendiri. Jangan
mengangkat mangkuk dan menghirup
terus dari mangkuk.
 Untuk mengelakkan sup yang dihirup
tidak tumpah, waktu menyuap
hendaklah tundukkan kepala sedikit.
 Menyenduk sup ke arah tengah meja dan
di makan dari sisi sudu.
 Untuk memakan isi sup pula (sayur atau
daging) boleh dimakan melalui hujung
sudu 7
 Harus diingat! sup tidak boleh dihirup
hingga kedengaran bunyi.
 Bila ingin memakan sup dengan roti, roti
hendaklah dicubit dengan tangan bukan
dipotong dengan pisau. Pisau hanya
digunakan untuk menyapu mentega
sahaja.
 Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah
dibiarkan terlentang di sebelah kanan di
sisi mangkuk atau dibiarkan menegak di
dalam mangkuk jika tidak berpiring.

8
Majlis makan rasmi
 Tunggu semua di meja mendapat makanan
(sup/makanan utama) sebelum anda mula makan
 Apabila memakan masakan utama seperti
steak/ayam atau bahan-bahan pengiringnya,
bahagian utama diletakkan hampir dengan anda
 Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke
mulut satu persatu
 Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
 Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang,
memadailah anda mengambil bahagian yang
terdekat sekali
 Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan
ke mulut walaupun anda tidak menggemarinya. Jika
tercekik tulang, cepat pergi ke bilik air.

9
Majlis makan rasmi
 Tulang ikan/biji buah-buahan seperti tembikai
jangan diludahkan ke pinggan. Keluarkan
dengan jari telunjuk dan ibu jari tanpa membuka
mulut (kedua bibir dirapatkan) dan letakkan di
tepi pinggan (boleh juga diluahkan secara
perlahan-lahan ke atas sudu makan).
 Jika hendak meninggalkan meja sebentar,
pastikan hidangan di hadapan anda telah
dinikmati. Dapatkan keizinan daripada tetamu
semeja. Keluar ke sebelah kanan dan letakkan
napkin di atas kerusi.
 `Dessert’ dan kopi hanya dihidangkan selepas
semua tetamu selesai menghadapi hidangan
utama.

10
Majlis makan rasmi
 Jika memerlukan krim/susu dan gula untuk
kopi, tuang krim/susu dahulu, kemudian gula
dan kacau perlahan-lahan.
 Sedapat mungkin, elakkan daripada merokok
di meja makan, kecuali semasa menghadapi
kopi (minta izin daripada tetamu lain dahulu).
 Elakkan sendawa dan bersin di meja makan.
Jika tidak dapat dikawal, tutup mulut anda
dengan napkin, tunduk sebelah kiri dan bersin
(atau cepat-cepat tahan nafas dengan
memicit hidung).

11
Majlis makan rasmi
 Bercerita tentang makanan yang
dinikmati selepas makan adalah tidak
sesuai pada tempatnya.
 Perbuatan suka mengambil ‘souvenir’
dari meja makan sebaik-baiknya
dihindari.
 Anda hanya boleh meninggalkan majlis
selepas VIP meninggalkan majlis.
 Letakkan napkin di atas meja (di
sebelah kiri) sebelum anda
meninggalkan majlis.

12
Perkara tidak dijangka berlaku
di meja makan
 Tiba-tiba tercekik makanan, tersedak dan
terbatuk
 Terjumpa benda ganjil dalam makanan
 Terjumpa makanan yang tidak sesuai dengan
selera anda
 Makanan, sudu, garpu, pinggan atau alatan
lain terjatuh ke lantai
 Makanan dan minuman tertumpah di atas
meja atau di atas riba anda atau ke atas riba
orang yang duduk dekat anda

13
 Jika makanan tersekat di tekak menyebabkan
anda tersedak, batuk atau bersin, palingkan
muka ke tepi dan tutup mulut dengan sapu
tangan.
 Kemudian telan seteguk air. Ini akan membantu
melegakan tekak anda.
 Jika keadaan tidak berubah, beredar dari meja
sehingga keadaan lega, barulah kembali ke
tempat duduk tanpa rasa malu atau bersalah.
 Sambunglah makan semula.

14
 Jika menemui barang luar biasa dalam
makanan seperti lalat, rambut, kuku dan
sebagainya, cuba untuk tidak membuat
kecoh sehingga rakan semeja terganggu
terutama kalau anda makan di rumah
kawan.

 Jika makan di restoran, sebaik mungkin


gunakan bahasa isyarat untuk menyatakan
masalah anda: sebaiknya cuba maklumkan
kepada ketua pelayan(pengurus restoran).

15
 Jika anda tersuap makanan yang
terlalu pedas atau panas, cepat-
cepatlah teguk sedikit air sejuk.
Jangan luah makanan tersebut,
tetapi cuba menelannya
perlahan-lahan.
 Kalau sukar juga ditelan makan
luahkan perlahan-lahan dan
cermat tanpa disedari oleh orang
di sebelah anda. Gunakan sudu
untuk menadahnya dan letakkan
makanan itu di bahagian tepi
pinggan anda.

16
 Jika sesuatu barang terjatuh dari
meja makan, cepat-cepat minta
maaf dengan berkata, “Maafkan
saya.”

 Sekiranya yang terjatuh itu garpu,


sudu atau pisau, cepat-cepat
ambilnya semula dan minta garpu
bersih yang lain.

 Sekiranya yang terjatuh itu gelas


lalu pecah atau terjatuh dan
mengganggu suasana jika kita
cuba mengambilnya, biarkan saja.
Habiskan makanan dahulu.

17
 Kalau makanan atau air tertumpah tetapi
tidak banyak, biarkan dahulu.
 Kalau tertumpah banyak, eloklah cuba
mengemaskannya dahulu. Paling penting,
lupakan kejadian itu secepat mungkin.
Jangan simpan rasa bersalah sehingga
menjejaskan selera. Teruskan menikmati
makanan dengan selesa.

 Jika dihidangkan makanan yang tidak


digemari, katakan terima kasih sahaja
tanpa memberi alasan lain.

18
Contoh Cara Makan
 Etika ketika menyentuh hidangan utama
– Makanan utama dimakan dengan
menggunakan pisau dan garpu di tangan
kiri, Garpu dengan posisi telungkup.
– Daging, ayam atau ikan dihiris sepotong
demi sepotong dan garpu masih tetap di
tangan kiri.
– Fungsi pisau adalah untuk menghiris
makanan.

 Sesudah selesai makan, pisau dan garpu


hendaklah letakkan sebelah- menyebelah
dengan posisi tangkai arah ke kanan dan
hujungnya pula mengarah ke tengah
19
Cara minum
 Sebelum minum, bersihkan terlebih
dahulu segala minyak dan makanan
yang melekat di bibir agar tidak
meninggalkan bekas makanan, lemak
di tepi gelas.

 Jangan sesekali menggunakan air


minuman untuk berkumur-kumur, dan
elakkan timbul sebarang bunyi ketika
kamu minum.

 Kalau boleh jangan tinggal sedikit pun


bekas lipstik di tepi gelas.

20
Faktor lain yang perlu
diambil berat
 Mengunyah makanan haruslah dengan
mulut yang tertutup agar tidak
mengeluarkan sebarang bunyi.

 Jangan bercakap dengan mulut yang


dipenuhi makanan. Jangan
menggunakan tangan atau sebarang
pencongkel gigi. Sebaiknya ia dilakukan
di toilet.

21
 Ketika di meja makan, jangan pula kamu
bersolek dan mendandan rambut. Semua
ini seeloknya dilakukan di toilet.

 Elakkan merokok di meja makan.

 Untuk wanita pula, dinasihatkan


memakai beg tangan yang bersaiz kecil
agar mudah diletakkan atas riba.

22
23
Susunan Meja (Barat)

24
 A. Napkin
 B. Piring utama
 C. Mangkuk sup
 D. Piring roti dan mentega dengan pisau roti
 E. Gelas air
 F. Anggur putih
 G. Anggur merah
 H. Garpu ikan
 I. Garpu utama
 J. Garpu salad
 K. Pisau utama
 L. Pisau ikan
 M. Senduk sup
 N. Senduk makanan pencuci mulut dan garpu kuih

25
Panduan Menggunakan Pisau Sudu Garpu dengan Betul

Susunan Pisau Sudu Garpu di Meja Makan Cara Barat


(Makan Tengah Hari atau Makan Malam)
e. Pisau mentega (diletak di atas piring layan untuk roti)
f. Garpu hidangan pertama (juga digunakan untuk ikan atau salad)
g. Garpu makan hidangan utama.
h. Camca sedang ‘dessert’ (jika pisau yang diperlukan, gantikan ia
dengan pisau makanan pencuci mulut ini).
i. Garpu sedang (‘desert’)
j. Gelas
k. Napkin
l. Pisau hidangan utama untuk daging (jika ikan yang disediakan,
letakkan pisau untuk ikan sebagai ganti)
m. Sudu makan hidangan utama ( di Malaysia ia digunakan untuk
nasi).
n. Pisau hidangan pertama (juga untuk salad)

26
Tata cara penyusunan peralatan
makan yang lazim digunakan

27
 Garpu-garpu untuk pelbagai keperluan menurut
jenis hidangannya diletakkan berderet di sebelah
kiri piring, sedangkan di sebelah kanan piring
adalah deretan pisau-pisau dan sudu-sudu.

 Garpu diletakkan dengan jari-jarinya menghadap ke


atas. Pisau diletakkan dengan mata pisau
menghadap ke piring, sedang sendoknya
menghadap ke atas.

 Serbet diletakkan dengan terlipat rapi di atas piring


utama jika makanan disajikan di dalam pinggan lain
tapi kalau makanan sudah di piring seperti di
restoran serbetnya diletakkan di tempat piring ,atau
di sebelah paling kiri dari letak garpu.

28
 Berbagai gelas minum ( untuk air, anggur
atau champagne dan sherry ) terletak
berderet di sebelah kanan atas.

 Piring mentega atau roti, dan beberapa


tempat penyedap makanan berada di
sebelah atas kiri.

 Aturan umum tentang peringkat makan


adalah mulai dari posisinya yang paling luar,
dan kemudian bergerak ke arah di mana
piring utama kita berada: sendok sop dulu,
kemudian pisau ikan dan garpu, dan barulah
pisau dan garpu utama.

29
Sekian…

Selamat menghadiri majlis agar


peradaban anda terserlah bukan
seperti rusa masuk kampung!!!

30
noer@KMPk 06/07 31

You might also like