You are on page 1of 8

PERTUMBUHAN PRIMER

PERTUMBUHAN PRIMER
MERUPAKAN PERTUMBUHAN YANG
BERLAKU SELEPAS PERCAMBAHAN
DAN DIALAMI OLEH SEMUA
TUMBUHAN UNTUK MENAMBAH
PANJANG BATANG DAN
AKAR.PERTUMBUHAN PRIMER
BERLAKU PADA MERISTEM APEKS
YANG TERDAPAT PADA HUJUNG
PUCUK DAN HUJUNG
AKAR.PERTUMBUHAN PRIMER
BERMULA APABILA SEL-SEL
MERISTEM PADA MERISTEM APEKS
DALAM ZON PEMBAHAGIAN SEL
GIAT MEMBAHAGI.HAL INI DIIKUTI
DENGAN PEMANJANGAN SEL DAN
PEMBEZAAN SEL.
TUMBUHAN SEMUSIM

TUMBUHAN SEMUSIM IALAH


TUMBUHAN YANG MEMPUNYAI
SATU KITAR HIDUP UNTUK
SEMUSIM ATAU
SETAHUN.TUMBUHAN INI
BIASANYA MATI SELEPAS
MELENGKAPKAN KITARAN
BIOLOGINYA BERMULA
DARIPADA PERCAMBAHAN
SEHINGGA DIAKHIRI DENGAN
BERBUNGA ATAU PENGHASILAN
BIJI BENIH.CONTOH TUMBUHAN
SEMUSIM IALAH POKOK
PADI,POKOK LABU DAN POKOK
TEMBIKAI.
TUMBUHAN DWIMUSIM

Tumbuhan dwimusim merujuk kepada


tumbuhan yang mengambil masa dua tahun,
iaitu dengan dua musim pertumbuhan untuk
melengkapkan kitar hidupnya. Musim
pertumbuhan pertama ialah pertumbuhan
tampang. Manakala musim pertumbuhan
kedua ialah pembiakan. Apabila memasuki
musim bunga dan musim panas, pertumbuhan
kedua diteruskan sebagai persediaan untuk
membiak. Tumbuhan akan berbunga,
menghasilkan buah serta biji benih, dan
akhirnya tumbuhan akan mati. Contoh
tumbuhan dwimusim ialah kubis, lobak
merah dan pokok bunga balung ayam.

TRANSPIRASI
Transpirasi ialah proses kehilangan air
dalam bentuk wap air secara sejatan
daripada tumbuhan ke atmosfera.
Walaupun transpirasi berlaku melalui
organ batang dan bunga, namun 90%
daripada air tersejat keluar melalui liang
stoma yang terdapat pada daun. Air akan
meresap masuk ke sistem akar secara
osmosis dengan berterusan.

TUMBUHAN PARASIT
TUMBUHAN PARASIT HIDUP
MENUMPANG PADA HIDUPAN
LAIN,IAITU PERUMAH.AKAR
TUMBUHAN PARASIT MNYERAP
BAHAN ORGANIK,MINERAL DAN
AIR DARIPADA PERUMAHNYA
DENGAN MENEMBUSI BATANG
PERUMAH SEHINGGA KE BERKAS
VASKULAR PERUMAH.INI
MENYEBABKAN TUMBUHAN
PARASIT MEMBESAR LEBIH CEPAT
DAN SUBUR MANAKALA
PERUMAH AKAN MENGALAMI
KEKURANGAN
NUTRISI ,MENGERING DAN
AKHIRNYA MATI.

GUTASI
Gutasi ialah rembesan titisan air melalui
struktur khas di bahagian hujung urat
daun tanpa melibatkan bahagian stoma
akibat tekanan akar yang tinggi .Gutasi
berlaku apabila tekanan akar adalah tinggi
dan kadar transpirasi rendah. Keadaan ini
selalunya berlaku pada waktu malam dan
awal pagi, apabila udara persekitaran
mempunyai kelembapan yang tinggi dan
suhu persekitaran yang rendah. Tekanan
akar menolak air ke bahagian daun dan
pucuk tumbuhan.

TRANSLOKASI
Translokasi ialah proses pengangkutan
bahan-bahan organik seperti sukrosa, asid
amino dan hormon di dalam floem dari daun
ke bahagian lain tumbuhan seperti akar dan
batang. Translokasi membantu tumbuhan
untuk mengangkut hasil fotosintesis dari
daun ke bahagian lain tumbuhan untuk
pertumbuhan dan respirasi seperti akar,
buah, hujung pucuk atau bunga yang sedang
berkembang. Selain itu, translokasi juga
mengangkut hasil fotosintesis yang
berlebihan ke bahagian tumbuhan seperti
rizom, umbisi dan bebawang.
OVUL
Ovul ialah struktur bunga yang terbentuk di
dalam karpel. Ovul berkembang daripada
selapis tisu yang terdapat di dalam ovari. Satu
ovari mungkin mengandungi satu atau lebih
ovul Ovul melekat pada dinding ovari melalui
satu tangkai yang disebut sebagai funikel.
Tempat pelekatan funikel ke ovari dipanggil
plasenta. Plasenta membekalkan nutrien
kepada ovul melalui funikel. Sekelompok tisu
di dalam ovari berkembang membentuk satu
tonjolan yang disebut nuselus. Nuselus terdiri
daripada tisu parenkima.

TUMBUHAN HALOFIT
Tumbuhan halofit adalah tumbuhan yang
dapat hidup dalam habitat yang
mengandungi kepekatan garam yang
tinggi dan kandungan oksigen yang
rendah. Pokok bakau yang hidup di
kawasan paya bakau ialah contoh
tumbuhan halofit. Kawasan paya bakau
ini juga terdedah kepada keamatan cahaya
yang tinggi. Pokok bakau yang hidup di
sini mempunyai ciri-ciri penyesuaian
tertentu untuk beradaptasi dengan
keadaan persekitaran.

You might also like