You are on page 1of 8

LAPORAN AJK HADIAH, SIJIL DAN CENDERAHATI

AJK HADIAH, SIJIL DAN CENDERAHATI :

1) Nul- Ida Binti Kuanting


2) Norshafira Binti Yusni
3) Nur Aini Haziqah Binti Abd. Rahman

AHLI JAWATANKUASA BUKU PROGRAM DAN HADIAH, SIJIL DAN


CENDERAHATI

Antara tugas yang diamanahkan kepada ahli jawatankuasa buku program dan
hadiah, sijil serta cenderahati iailah menyediakan buku program sebagai rujukan
kepada guru-guru, tetamu dan ibu bapa sepanjang perjalanan program kejohanan
olahraga dan menyediakan hadiah dan sijil penyertaan dan pemenang kepada para
pemenang dalam acara yang dipertandingkan dan menyediakan cenderahati kepada
tetamu terhormat yang merasmikan program kejohanan ini.

Antara perkara yang dinyatakan dalam mesyuarat adalah berkenaan pembahagian


tugas bagi setiap AJK dan perkembangan dalam menjalankan tugasan yang telah
diamanahkan. Ketua AJK buku program dan hadiah ini akan bertanggungjawab
untuk membahagikan tugas-tugas kepada AJK yang terlibat agar perjalanan program
dapat berjalan dengan lancar terutama ketika majlis penyampaian hadiah

. Secara keseluruhanya, tugas- tugas yang telah diberikan kepada AJK yang terlibat
dapat dijalankan dengan penuh amanah dan baik serta dapat mengatasi sebarang
masalah dengan berkesan. Melalui program seperti ini dapat menyemarakkan
semangat kesukanan dalam diri pelajar dan melahirkan para atlet yang dapat
membanggakan negara di persada dunia sukan.

1
A. LAPORAN TINDAKAN : AJK HADIAH, SIJIL DAN CENDERHATI

I ) Sebelum Kejohanan

Sebelum program kejohanan olahraga diadakan, kami telah mengadakan


mesyuarat perbincangan dengan ahli jawatankuasa yang lain bagi membincangkan
jenis hadiah dan sijil yang akan diberikan kepada para peserta , cenderahati kepada
tetamu terhormat serta jumlah hadiah dan cenderahati yang perlu disediakan.
Perkara ini adalah untuk memastikan pemilihan jenis hadiah dan cenderhati
mendapat persetujuan daripada semua AJK.

Pada mesyuarat ini juga kami turut membincangkan mengenai bajet yang
diperuntukkan bagi menyediakan hadiah, sijil , cenderahati dan peralatan yang
berkaitan seperti ink printer, alas meja, pembalut hadiah dan ribbon. Hal ini bagi
memastikan AJK Hadiah, sijil dan cenderamata Menyediakan hadiah dan
cenderahati, template sijil yang sesuai dengan bajet yang diperuntukkan. Kami juga
telah mengadakan mesyuarat AJK bagi menentukan pembahagian tugasan bagi
memudahkan dan melancarkan perjalanan program tersebut.

Setelah mendapat kelulusan bajet bagi hadiah dan cenderahati AJK yang
terlibat akan bertanggujawab membeli hadiah dan cenderahati tersebut serta
membungkus hadiah hamper bagi para pemenang untuk setiap kategori yang
dipertandingkan.Dalam masa yang sama juga kami menyediakan meja,dulang
hadiah, printer dan memasang alas meja hadiah ditempat yang telah dsediakan dan
setelah segala persiapan telah dilakukan. AJK kami juga memeriksa jumlah hadiah,
sijil dan cenderhati serta memastikan jumlah ink printer mencukupi untuk mencetak
nama pemenang pada sijil.

2
II) Semasa Kejohanan

Tindakan kami sebagai AJK hadiah, sijil dan cenderahati semasa program
kejohanan berlangsung yang paling utama adalah memastikan semua
hadiah,cenderahati, sijil, dulang hadiah dan Printer telah tersedia untuk dibawa ke
tempat pertandingan. Semua AJK memainkan peranan untuk menyemak dan
memastikan segala peralatan dan hadiah-hadiah serta sijil dan cenderahati bersedia
untuk dibawa ke tempat penyampaian hadiah. Setelah tiba di tempat yang telah
disediakan untuk penyampaian hadiah, Kami mula menyusun hadiah, sijil dan
cenderahati ditempat yang disediakan untuk bahagian hadiah dan memastikan
dulang hadiah berada di atas meja hadiah.

AJK yang bertugas dalam menyampaikan hadiah serta akan sentiasa merujuk
kepada pengerusi majlis berkenaan perjalanan majlis bagi memastikan kelancaran
penyampaian hadiah berjalan dengan baik disamping membantu AJK hadiah
bersedia dengan acara penyampaian hadiah. Setelah kesemua acara yang
dipertandingkan telah selesai dijalankanm AJK yang bertugasa akan meminta
senarai nama-nama para pemenang daripada AJK Pertandingan dan membuat
pengesahan keputusan pertandingan tersebut pada Ketua Hakim untuk
mengelakkan berlaku sebarang kesilapan maklumat sekaligus bagi menyediakan
hadiah dan sijil para pemenang dengan lebih awal agar lebih teratur.

Penyampaian cenderehati kepada tetamu kehormat merangkap perasmi program


kejohanan olahraga ini turut berjalan dengan baik dalam masa yang sama AJK yang
bertugas akan mencetak nama-nama para pemenang pada template sijil yang telah
disediakan dan menyemak semula nama-nama para pemenang agar selari dengan
acara yang dimenangi. Mankala AJK hadiah akan saling membantu dalam
menyediakan hadiah-hadiah dan sijil para pemenang sebelum majlis penyampaian
hadiah dan menyampaikan hadiah ,sijil pemenang dan sijil penyertaan dengan
teratur semasa acara penyampaian hadiah berlangsung.

3
III) Selepas Kejohanan

Diakhir program kejohanan ini, kami mengemas dan menyusun peralatan yang
telah digunakan dalam keadaan yang teratur dan bersih. Kami akan memastikan
bahawa tiada berlaku keciciran atau kehilangan peralatan yang telah digunakan.
Setelah tempat bahagian hadiah telah dibersihkan, kami turut menyertai AJK lain
dalam membantu mereka untuk membersihkan tempat pertandinga, dijalankan dan
seluruh kawasan program berlansung bagi memastikan tiada sampah mahupun
peralatan tercicir. Kami turut memastikan bahawa peralatan yang telah digunakan
dikemas dengan baik bukan sahaja peralatan yang digunakan oleh kami bahkan
peralatan yang digunakan oleh AJK lain dan tindakan yang terakhir kami lakukan
adalah berkerjasama dengan AJK yang lain untuk menyediakan laporan postmortem.

4
SIJIL PERTANDINGAN DAN PENYERTAAN

SIJIL PENYERTAAN
Dengan ini diperakui bahawa
….………………………………………
Telah menyertai dengan jayanya
KEJOHANAN OLAHRAGA MURID
KEPERLUAN KHAS
TAHUN 2021

Bertempat di
SK. PENDIDIKAN KHAS TUARAN

Pada
26 - 27 Julai 2021

Indang Kasi
( PN.INDANG KASI BINTI HJ SIBIN )
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
PENAMPANG

5
SIJIL PENCAPAIAN
Dengan ini diperakui bahawa
….………………………………………

Telah berjaya mendapat


……………………………………………..
ACARA 70M KATEGORI LELAKI
Pertandingan Olahraga Murid Keperluan Khas

Bertempat di
SK. PENDIDIKAN KHAS TUARAN

Pada
26 - 27 Julai 2021

Indang Kasi
( PN.INDANG KASI BINTI HJ SIBIN )
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
PENAMPANG

HADIAH PEMENANG

6
7
8

You might also like