You are on page 1of 7

Modul PdPR Minggu 3

MODUL PdPR
MATEMATIK
TAHUN 2
MINGGU 3
Tajuk : 7.0 Ruang
Standard Kandungan : 7.1 Bentuk 3 dimensi
Standard pembelajaran: 7.1.1, 7.1.2, 7.1.3
PBD : TP4

Nama murid:________________________________________________________________

g-94292925@moe-dl.edu.my NoraidaBokah2020
Modul PdPR Minggu 3

Bagaimana menggunakan modul ini untuk belajar?

1. Modul ini akan diambil oleh ibu-bapa sebelum hari Rabu (Kelas
Matematik adalah pada hari Rabu) minggu ini dan akan dihantar
semula ke sekolah sebelum hari Rabu minggu seterusnya.

2. Baca dengan teliti arahan untuk setiap aktiviti.


Tulis kawapan di ruang yang disediakan sekiranya perlu.

3. Untuk tugasan dan nota secara atas talian, minta bantuan ibu-bapa
untuk mengimbas QR Code yang disediakan.

4. Kerjasama ibu-bapa untuk membimbing (bukan terus memberi


jawapan) adalah amat dihargai.

#kitajagakita #kitabelummenang #kitapastimenang

Senarai semak murid:

Sila tandakan √ pada kemahiran yang telah kamu kuasai setelah belajar
menggunakan modul ini:

Contoh:

Saya boleh menamakan bentuk 3 dimensi √


Saya boleh mengenalpasti bentuk tiga dimensi berdasarkan
huraian ciri-cirinya.
Bila disebut berapa bucu. Berapa permukaan rata, kamu boleh
kenal bentuk apa.
Saya boleh mengenalpasti bentuk asas bagi bentuk tiga dimensi.
Kamu boleh kenalpasti apa bentuk 2D yang digunakan untuk
membina bentuk 3D yang disebut.
Saya boleh mengenalpasti pelbagai bentangan bentuk tiga
dimensi.
Kamu boleh kenal bentuk 3D apabila ianya dibuka. Contohnya kotak
yang dibuka, kamu boleh kenalpasti kotak itu berbentuk kuboid.

g-94292925@moe-dl.edu.my NoraidaBokah2020
Modul PdPR Minggu 3

Bahagian1 (Eksplorasi peruntukan masa 20 minit)

Imbas QR Code di sebelah untuk lagu


Boria Bentuk (mp3)
Lagu boleh didapatkan dalam buku
teks mukasurat 77.
Dengar dan cuba nyanyi bersama.

Dah dengar lagu? Cuba kamu isikan kotak dialog di bawah dengan ciri-ciri
bentuk 3 dimensi di bawah.

Berapa permukaan yang ada pada


bentuk ini?
______________________.
Nama bentuk 3 Dimensi ini ialah:

Adakah permukaannya sama __________________


besar?
________________________
_

Bentuk ini ada berapa sisi ya? Barang-barang di rumah saya


yang berbentuk seperti bentuk di
_____________________ atas ialah:
_
1. ____________________
2. ____________________
3. ____________________

g-94292925@moe-dl.edu.my NoraidaBokah2020
Modul PdPR Minggu 3

Bahagian Dua (peruntukan masa: 20 minit)


Berikut merupakan bentuk 3D dan ciri-cirinya. Untuk dibaca dan rujukan.

KUBUS
 6 permukaan rata segiempat
sama.
 Ada 8 bucu
 Ada 12 sisi lurus

KUBOID
 6 permukaan rata segiempat
 Ada 8 bucu
 Ada 12 sisi lurus

PIRAMID
 4 permukaan rata segitiga
 1 permukaan rata segiempat
sama
 5 bucu
 8 sisi lurus

KON
 1 Permukaan rata
 1 permukaan melengkung
 1 bucu

SILINDER
 1 permukaan melengkung
 2 permukaan rata

g-94292925@moe-dl.edu.my NoraidaBokah2020
Modul PdPR Minggu 3

Bahagian Tiga (peruntukan masa: 30 minit)

Setelah selesai membaca nota diatas, cuba kamu menjawab soalan dalam
buku aktiviti mukasurat 139. Cikgu sertakan satu contoh seperti di bawah
untuk panduan. BUAT DI DALAM BUKU AKTIVITI BUKAN DI SINI.

Cuba imbas QR Code ini


untuk mencuba kuiz
interaktif sekiranya ada
peranti

g-94292925@moe-dl.edu.my NoraidaBokah2020
Modul PdPR Minggu 3

Bahagian Empat (peruntukan masa: 30 minit)

Untuk bahagian ini kamu memerlukan warna ungu dan kuning.

Ikut arahan ini satu persatu:

Sebelum itu, boleh kamu teka bentangan bentuk 3 dimensi apakah itu?
______________ .

1. Warnakan bentuk segitiga dengan warna ungu dan segiempat sama


dengan warna kuning.
2. Kemudian, isi jadual di bawah ini dengan menulis bilangan bentuk asas
berikut:

3. Akhir sekali, buat latihan dalam Buku Aktiviti mukasurat 140 untuk
pemahaman selanjutnya.

g-94292925@moe-dl.edu.my NoraidaBokah2020
Modul PdPR Minggu 3

Bahagian Lima (peruntukan masa: 20 minit)

Untuk bahagian ini, anda memerlukan satu kotak berbentuk kuboid.


Contoh: Kotak ubat gigi.

1. Gunting atau buka bahagian bergam pada kotak untuk membukanya.

Sudah?

Contoh menunjukkan bentangan satu silinder:

2. Sekarang, cuba lakarkan rupa bentangan kotak kamu dalam kotak di


bawah.

3. Akhir sekali, buat latihan dalam Buku Aktiviti mukasurat 141 untuk
pengukuhan.

DAH SELESAI SEMUANYA? TAHNIAH!!


JANGAN LUPA ISI “Senarai semak murid” DI ATAS YA (mukasurat 2)

g-94292925@moe-dl.edu.my NoraidaBokah2020

You might also like