You are on page 1of 9

BAHAGIAN KEWANGAN,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN BANTUAN

BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

TAHUN 2013
GARIS PANDUAN BANTUAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA KEPADA PELAJAR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2013

1. PENDAHULUAN

Pada 28 September 2012, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri


Kewangan I telah membentangkan Bajet Tahun 2013. Dalam pembentangan
tersebut, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM325 juta untuk
pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 1.3 juta pelajar warganegara
Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta tempatan, Kolej
Matrikulasi serta pelajar Tingkatan 6 Atas di seluruh negara.

2. OBJEKTIF

Pemberian BB1M adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan


pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat
membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3. KRITERIA KELAYAKAN

3.1 Pelajar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang layak


menerima BB1M ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;

b) Berstatus aktif di Institut Pendidikan Guru, Tingkatan 6 (Atas) dan Kolej


Matrikulasi dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2013;

c) Sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Tingkatan 6 (Atas), Senior


Middle 3 (SM3) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah
Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri (SAN),
Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Swasta / Persendirian;

d) Sedang melanjutkan pelajaran secara separuh masa atau sepenuh


masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPG; dan

e) Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M (1 Januari hingga


31 Mei 2013).

Garis Panduan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2013 kepada Pelajar KPM 2
4. TEMPOH PELAKSANAAN

Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi 2013 sahaja. Baucar buku ini sah
diguna pakai selama 5 bulan sahaja iaitu mulai 1 Januari hingga 31 Mei 2013.

5. KADAR

Setiap pelajar yang layak akan menerima baucar buku berjumlah RM250 berupa
baucar RM50 sebanyak 5 keping.

6. TANGGUNGJAWAB JABATAN

6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

a) Menyedia dan mengedar Surat Siaran dan Garis Panduan Pelaksanaan


Pemberian Baucar Buku kepada IPG, Kolej Matrikulasi dan JPN;

b) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pemberian baucar


buku mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan; dan

c) Mengemukakan enrolmen pelajar mengikut IPG, Kolej Matrikulasi dan


JPN kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan cetakan BB1M.

6.2 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) / Bahagian Matrikulasi (BM) /


Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

a) Menyediakan data pelajar yang layak pada Disember 2012;

b) Memaklumkan kepada semua IPG, Kolej Matrikulasi dan sekolah


mengenai pelaksanaan pemberian baucar buku ini;

c) JPN hendaklah menyelaras pengagihan BB1M untuk semua jenis


sekolah di negeri masing-masing meliputi Sekolah Kerajaan, Sekolah
Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama
Rakyat (SAR) dan Sekolah Swasta / Persendirian;

Garis Panduan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2013 kepada Pelajar KPM 3
d) Melaporkan Rumusan Akuan Penerimaan / Pengagihan Pemberian
BB1M seperti di Lampiran 1 kepada KPM mengikut tarikh seperti
berikut;
Jadual 1

TARIKH SERAHAN
PERINGKAT
RUMUSAN AKAUN TINDAKAN
PENGAJIAN
PENERIMAAN
IPG IPGM kepada BKew KPM
Selewatnya pada
Kolej Matrikulasi BM kepada BKew KPM
30 April 2013
Tingkatan 6 Atas JPN kepada BKew KPM

e) Membuat pemantauan di IPG, Kolej Matrikulasi dan sekolah bagi


memastikan pelaksanaan pemberian baucar buku mengikut prosedur
dan peraturan yang ditetapkan.

6.3 IPG / Kolej Matrikulasi / Sekolah

a) Menyemak dan merekod jumlah baucar buku yang diterima;

b) Mengedarkan BB1M beserta 1 sampul surat BB1M kepada pelajar yang


layak dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh
baucar buku diterima oleh pihak IPG / Kolej Matrikulasi / sekolah;

c) Memastikan pelajar menandatangani Senarai Akuan Penerimaan /


Penolakan Pemberian BB1M seperti di Lampiran 2;

d) Memastikan pelajar mengisi pada ruangan nama dan nombor kad


pengenalan pada setiap helai baucar buku sebaik sahaja menerima
baucar buku tersebut;

e) Pihak IPG / Kolej Matrikulasi / sekolah hendaklah memastikan pelajar


menggunakan baucar yang diterima dalam tempoh yang telah
ditetapkan;

f) Pihak IPG / Kolej Matrikulasi / sekolah hendaklah menyimpan Senarai


Akuan Penerimaan / Penolakan BB1M dan buku keratan BB1M bagi
tujuan penyemakan dan pengauditan; dan
Garis Panduan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2013 kepada Pelajar KPM 4
g) Menghantar Rumusan Akuan Penerimaan / Pengagihan Pemberian
BB1M kepada IPGM / BM / JPN mengikut tarikh seperti berikut:

Jadual 2

TARIKH SERAHAN
PERINGKAT
RUMUSAN AKUAN TINDAKAN
PENGAJIAN
PENERIMAAN

IPG IPG kepada IPGM

Selewatnya 1 April 2013 Kolej Matrikulasi


Kolej Matrikulasi
kepada BM
Sekolah kepada PPD
Tingkatan 6 Atas
/ JPN

7. TATACARA PENGGUNAAN BB1M

Tatacara penyaluran dan penggunaan BB1M adalah seperti berikut :

7.1 BB1M akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
dengan ciri–ciri keselamatan yang tinggi;

7.2 BB1M akan diedar oleh PNMB ke IPG melalui IPGM, Kolej Matrikulasi dan
sekolah melalui JPN;

7.3 Pihak IPG / Kolej Matrikulasi / sekolah perlu mengagihkan kepada pelajar
dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh BB1M diterima;

7.4 Pelajar perlu menggunakan baucar buku di mana-mana kedai buku terpilih
yang menyertai perlaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan baucar
dan kad pengenalan;

7.5 Sekiranya nilai pembelian kurang daripada RM250, pelajar dibenarkan


untuk membeli peralatan pembelajaran yang lain seperti buku catatan dan
alat tulis. Baki baucar buku yang tidak dihabiskan dianggap telah digunakan
dan tidak boleh dituntut;

Garis Panduan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2013 kepada Pelajar KPM 5
7.6 Jika nilai buku yang dibeli melebihi RM250, pelajar perlu membayar sendiri
lebihan tersebut dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada
Kerajaan;

7.7 Baucar buku yang diterima tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam
bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga; dan

7.8 Tempoh sah laku BB1M adalah selama lima (5) bulan mulai 1 Januari
hingga 30 Mei 2013.

8. PELAJAR BERPINDAH IPG / KOLEJ MATRIKULASI / SEKOLAH.

8.1 Pihak IPG / Kolej Matrikulasi / sekolah hendaklah terlebih dahulu merujuk
kepada IPG / Kolej Matrikulasi / sekolah asal pelajar mengenai status
pemberian baucar buku ini bagi mengelakkan pertindihan agihan; dan

8.2 Pelajar yang telah berpindah IPG / Kolej Matrikulasi / sekolah dan belum
menerima bantuan ini, hendaklah menuntutnya di IPG / Kolej Matrikulasi /
sekolah baharu.

9. KEROSAKAN / KEHILANGAN BAUCAR

9.1 Pelajar hendaklah memastikan baucar buku yang diterima daripada IPG /
Kolej Matrikulasi / sekolah berada dalam keadaan yang elok sebelum
melakukan pembelian buku;

9.2 Sebarang kerosakan / kehilangan baucar akan ditanggung oleh pelajar; dan

9.3 KPM tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan / kehilangan baucar


buku pelajar.

10. KEKURANGAN / LEBIHAN BB1M

10.1 Kekurangan Baucar Buku

Sekiranya berlaku kekurangan baucar buku, pihak IPG / Kolej Matrikulasi /


sekolah hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada
Bahagian Kewangan, KPM melalui IPGM / BM / JPN bersama Rumusan
Akuan Penerimaan / Pengagihan BB1M. Tarikh akhir untuk IPGM / BM /
JPN kemukakan kepada KPM adalah pada 1 Mac 2013.

Garis Panduan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2013 kepada Pelajar KPM 6
10.2 Lebihan Baucar Buku

Sekiranya berlaku lebihan baucar buku, Pengarah IPG / Pengarah Kolej


Matrikulasi / Pengetua sekolah hendaklah mengembalikannya kepada
Bahagian Kewangan, KPM melalui IPGM / BM / JPN selewat-lewatnya
pada 1 April 2013.

11. PENUTUP

11.1 Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan yang
berkuat kuasa dalam pelaksanaan pemberian BB1M.

11.2 Dokumen berkaitan pemberian BB1M hendaklah dikemaskini dan disimpan


dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.

11.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan BB1M,


pihak IPGM / BM / JPN / IPG / Kolej Matrikulasi / sekolah boleh
menghubungi Bahagian Kewangan, KPM di talian 03-8884 7465
(Encik Hazhar bin Muhamad Hanip), 03-8884 7616 (Encik Mohd Yusof
bin Rosli), 03-8884 7081 / 7506 (Puan Hasnah binti Ismail) beralamat di:

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Bahagian Kewangan,
Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Garis Panduan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2013 kepada Pelajar KPM 7
LAMPIRAN 1
RUMUSAN AKUAN PENERIMAAN/PENGAGIHAN
PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

IPGM / BM / JPN :
PPD (jika
:
berkaitan)
ALAMAT PPD
:
(jika berkaitan)

NO TELEFON :
NO FAKSIMILI :

IPG/KOLEJ BAUCAR BAUCAR LEBIHAN/


BIL
MATRIKULASI/SEKOLAH DITERIMA DIAGIH KURANGAN

JUMLAH KESELURUHAN

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Tarikh : Tarikh :
LAMPIRAN 2
SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA
NAMA IPG / KOLEJ MATRIKULASI / SEKOLAH : ………………………………………………………..

KOD IPG / KOLEJ MATRIKULASI / SEKOLAH : …………….

ALAMAT IPG / KOLEJ MATRIKULASI / SEKOLAH : ………………………………………………………..

NO. TELEFON : ………………...….. JUMLAH BAUCAR DITERIMA : ………………………..


NO FAKS : ............................ JUMLAH BAUCAR DIAGIH : ………………………..
JUMLAH LEBIHAN / KURANGAN : ………………………..

NO. KAD MENERIMA / TARIKH


BIL NAMA PELAJAR NO SIRI BAUCAR TANDATANGAN
PENGENALAN MENOLAK BB1M TERIMA

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Tarikh : Tarikh :

You might also like