You are on page 1of 2

MEMO ANTARA

JABATAN / BAHAGIAN / KULIYYAH


RUJ. TUAN : TARIKH: 28 APRIL 2022
RUJ. KAMI : MARSAH/PPA/100-16/3 JLD 3 (01)
PERKARA : MAKLUMAN UMUM PERJALANAN KULIAH SEMPENA FASA ENDEMIK
KEPADA : SEMUA PELAJAR DAN PENSYARAH TERLIBAT SALINAN :
PENDAFTAR
SEMUA DEKAN
SEMUA KETUA
PROGRAM
HEPA
DARIPADA : BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berdasarkan keputusan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan pada 28 April 2022 (Khamis)
telah memutuskan perjalanan kuliah bagi semester Jun Oktober 2022 yang akan dilaksanakan bersemuka
dengan secara berperingkat sebagaimana ketetapan berikut:

Pelajar semester 1, 6, 7 dan 8 akan menjalani kuliah secara bersemuka.


Semua Pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran akan menjalani kuliah secara bersemuka.
Pelajar semester 2, 3, 4 dan 5 akan menjalani kuliah secara atas talian sehingga cuti pertengahan
semester.

3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"


(MUHAMMAD SANUSI BIN MD. NOH)
Pendaftar
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
MSMN/Masitah/PengurusanAkademik
LAMPIRAN

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK (BPA) / PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

i. Pendaftaran subjek bagi semua pelajar akan dibuka bermula 26 Mei 2022 hingga 09 Jun
2022.
ii. Sesi perkuliahan akan bermula pada 05 Jun 2022 bagi semester Jun- Oktober 2022.
iii. Bagi pelajar semester 1, 6, 7 dan 8 akan menjalani kuliah secara bersemuka.
iv. Semua Pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran akan menjalani kuliah secara bersemuka.
v. Bagi pelajar semester 2, 3, 4 dan 5 akan menjalani kuliah secara atas talian sehingga cuti
pertengahan semester. Pada 31 Julai 2022 kesemua pelajar akan menjalani kuliah secara
bersemuka seperti biasa.
vi. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI


i. Pelajar semester 1, 6 dan semua pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran pada sesi Mei 2022
sahaja akan memulakan kuliah secara bersemuka pada 05 Jun 2022. Oleh yang demikian
pelajar ini akan mendaftar asrama pada 04 Jun 2022.
ii. Bagi pelajar semester 2,3,4 dan 5 akan menjalani kuliah secara atas talian dan tidak perlu
mendaftar asrama. Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar ini akan mendaftar asrama pada
selepas cuti pertengahan semester dan tertakluk kepada perubahan.
iii. Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH (MPMM) akan mendaftar asrama pada 01 Jun
2022.
iv. Pelajar baharu kemasukan Mei 2022 akan mendaftar asrama pada 01 Jun 2022 dan akan
ingga 03 Jun 2022.

You might also like