You are on page 1of 10

KARAKTER MURID JOHOR 2.

0
(KrMJ)
PENDIDIKAN HOLISTIK JPNJ
2021 - 2025
KARAKTER MURID
JOHOR
Pembentukan dan dasar pendidikan negara seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961
adalah bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin.

Pada tahun 1988, Falsafah pendidikan Kebangsaan diperkenalkan dengan matlamat yang lebih menyeluruh.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.

Karakter Murid Johor atau lebih dikenali sebagai KrMJ merupakan nilai tambah yang diperkenalkan kepada
semua murid di negeri Johor bagi melahirkan murid Johor yang mempunyai identiti Johor. Sejak diperkenalkan pada
tahun 2017, KrMJ telah memperkenalkan beberapa program antaranya keseragaman Kemeja-T KrMJ, rambut kemas
ala Johor dan juga amalan budaya salam serta teks doa yang seragam.

Kini KrMJ 2.0 yang bermula pada tahun 2021 telah memperkenalkan beberapa lagi program selaras dengan
pendidikan holistik 2.0 Jabatan Negeri Johor. Program Perintis Warisan, Sahabat, Senamrobik KrMJ dan Program
Dwibahasa (Prodib) antara program baharu yang diperkenalkan bagi menyuntik identiti Johor yang lebih menyerlah
dalam kalangan murid Johor.
RAMBUT ALA JOHOR

BUTIRAN
Rambut pendek ala Johor untuk murid lelaki
PROGRAM

Murid berambut panjang atau mengikut trend.


ISU
Potongan rambut yang tidak mengikut buku
peraturan sekolah.

Bilangan sekolah yang melaksanakan program


KPI
potongan Rambut Ala Johor.
Mewujudkan penampilan yang kemas dan
IMPAK
berdisiplin dalam kalangan murid lelaki Johor.
LARANGAN POTONGAN RAMBUT
MURID LELAKI
Murid lelaki dilarang berambut panjang.Istilah RAMBUT
PANJANG adalah seperti berikut :

Di belakang : Rambut panjang sehingga jatuh melebihi garisan


cuping telinga.
Di depan : Rambut panjang menutup garisan tengah dahi
/jambul yang menganggu pandangan mata.
Di sebelah :Rambut menutup kedua-dua telinga atau
sebahagian daripadanya dan sideburn
melebihi garisan tengah hidung.
Di atas : Rambut panjang melebihi ukuran 8 cm panjang.
LARANGAN POTONGAN RAMBUT
MURID LELAKI
Murid lelaki dilarang mewarnakan rambut.

Potongan rambut berfesyen seperti punk, mohawk,


spiky, berekor atau seumpamanya adalah dilarang.

Mencukur licin rambut di kepala adalah dilarang


kecuali untuk tujuan keagamaan dan kesihatan
dengan kebenaran Pengetua dan guru besar.
POTONGAN
RAMBUT ALA JOHOR
-Sisi tepi dan belakang
menggunakan tapak 2.

-Sisi hadapan/atas menggunakan


tapak 3.
Untuk penerangan lebih lanjut, sila rujuk gambar bagi gaya
menyimpan rambut murid lelaki yang dibenarkan.
GAYA RAMBUT ALA JOHOR
PANDANGAN DEPAN DAN BELAKANG
GAYA RAMBUT ALA JOHOR
PANDANGAN BELAH TEPI
PENGHARGAAN
TEAM RAMBUT ALA JOHOR

ENCIK ZAID B AHMAD


TERIMA KASIH
(SK LKTP KLEDANG)
EN MOHAMED NUR ARIEF BIN AWANG
(SK FELDA SEMENCHU)
CIK SYAHIRAH AQILAH BINTI ABDUL SAMAD
(SMK PADUKA TUAN,SEGAMAT)
EN.MUHAMMAD RABBANI B MOHD HAFIDZ
(SMK PADUKA TUAN,SEGAMAT)
SEKIAN,TERIMA KASIH

You might also like