You are on page 1of 4

www.bukansoalkurus.com | jom@bukansoalkurus.

com

BSK Perjanjian Team Leader Sekolah


Akur janji antara “Team Leader Sekolah” dan pihak BukanSoalKurus.com untuk program
Bukan Soal Kurus Sekolah bermula 03 Julai 2021 sehingga 28 Ogos 2021

Saya, ................................................................................. dengan No. K/P : ................................................. bersetuju


menjadi “Team Leader Sekolah” untuk program Bukan Soal Kurus Sekolah atau BSK Sekolah bersama
BukanSoalKurus.com (diwakili oleh PERTUBUHAN PENCEGAHAN OBESITI KANAK-KANAK & DEWASA)

Saya bersetuju untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab seperti mana di dalam Jadual di Lampiran A
sebagai seorang Team Leader Sekolah kumpulan program BSK dibawah kelolaan BukanSoalKurus.com.

Saya juga bersetuju untuk menerima bayaran dari peserta dewasa BSK Sekolah di bawah program ini
dan setuju untuk memindahkan wang penyertaan peserta sebanyak RM50/pax ke akaun PERTUBUHAN
PENCEGAHAN OBESITI KANAK-KANAK & DEWASA dalam sebelum 1hb Ogos 2021.

MUNIRAH BINTI MOHAMAD SK PADANG KEMUNTING

Nama Penuh (ikut IC) Nama Sekolah

16/06/2021 0109193329
Tarikh No Telefon Tandatangan

Terma & Syarat

Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami sepenuhnya kenyataan akur janji ini.
Sekiranya saya terpaksa menarik diri sebagai Team Leader Sekolah atau didapati tidak menjalankan tanggungjawap
Lampiran A, BukanSoalKurus.com berhak untuk menamatkan peranan saya sebagai Team Leader Sekolah.

Bukan Soal Kurus | Perjanjian Jurulatih 1


www.bukansoalkurus.com | jom@bukansoalkurus.com

Lampiran A
Berikut adalah garis panduan “Team Lader Sekolah” bagi program BSK Sekolah.

1. Menjalankan, menguruskan dan membimbing aktiviti peserta BSK Sekolah (dipanggil peserta selepas ini) sebagai
ketua kumpulan melalui aplikasi WhatsApp sepanjang program BSK Sekolah musm ini.

2. Bersetuju untuk bekerjasama dengan BukanSoalKurus.com untuk sama-sama menjayakan cabaran BSK Sekolah
dengan semua peserta / umum yang terlibat secara langsung atau tidak.

3. Menjayakan satu acara “Fund-raising” seperti yang telah ditetapkan bersama-sama pihak pengurusan BSK Sekolah.

4. Memastikan peserta mengambil bahagian dan mengikuti senaman dan ceramah yang telah disediakan oleh pihak
BSK Sekolah.

5. Tidak membenarkan orang ketiga untuk campur tangan dalam urusan program BSK Sekolah melainkan dipersetujui
pihak pengurusan.

6. Sekiranya Team Leader Sekolah menarik diri tanpa sebab munasabah atau ditamatkan kerana tidak menjalankan
tanggungjawab, sekolah lain akan didahulukan untuk penyertaan program BSK Sekolah yang akan datang.

7. Tidak menjalankan program seumpama BSK Sekolah atau mana-mana bahagian dari program BSK Sekolah tanpa
pengetahuan pihak pengurusan. Sila hubungi pihak pengurusan sekiranya ada ebarang pertanyaan lanjut atau
konflik berkaitan BSK Sekolah.

8. Hak Cipta banners, video graphic design, fotografi yang disediakan oleh pihak BSK Sekolah tidak boleh digunakan di
luar program BSK Sekolah tanpa persetujuan pihak pengurusan terlebih dahulu.

9. Trademark “Bukan Soal Kurus”, “BSK” dan “BSK Sekolah” adalah hak cipta BukanSoalKurus.com dan tidak boleh
digunakan di luar program tanpa persetujuan pihak BukanSoalKurus.com terlebih dahulu.

10. Sentiasa menjaga nama baik peserta dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak.

11. Tidak melibatkan jualan produk kepada peserta sepanjang pengendalian program ini di bawah nama BSK Sekolah.

12. Tidak memaksa peserta untuk menyertai program hingga boleh membawa kemudaratan atau kecederaan kepada
peserta.

13. Menerima dan akur kepada peraturan yang diolah, dibuang atau ditambah dari semasa ke semasa oleh pihak
pengurusan BSK Sekolah sepanjang program BSK Sekolah dilangsungkan.

2 Bukan Soal Kurus | Perjanjian Jurulatih


www.bukansoalkurus.com | jom@bukansoalkurus.com

Garis Panduan WhatsApp

Berikut adalah garis panduan Team Leader Sekolah sebagai pentadbir kumpulan WhatsApp masing-masing.

Pentadbir kumpulan patut:

1. Maklumkan kepada semua ahli kumpulan, sebab utama kumpulan aplikasi pesanan diwujudkan dan memikirkan
samada peraturan asas diperlukan.

2. Prihatin terhadap peraturan/syarat-syarat yang digariskan oleh BSK Sekolah.

3. Menegur posting/komen untuk memastikan perbincangan berada di landasan yang betul.

4. Sentiasa semak posting/komen (dengan seorang moderator, jika boleh.) Mempertimbangkan untuk mengeluarkan
atau menyekat mereka yang terus membuat posting/komen jelik.

5. Bekerjasama dengan pihak pengurusan untuk sebarang perkongsian dan komunikasi asas harian atau masa ke
semasa.

6. Saling menjaga moral dan adab sesama ahli kumpulan.

7. Bekerjasama dengan pakar (pemakanan, nutrisi, senaman dan kesihatan mental) yang disenaraikan oleh Bukan
Soal Kurus Sekolah untuk memantau, membimbing dan menjawab sebarang pertanyaan berkenaan topik-topik
berkaitan.

Pentadbir kumpulan tidak patut:

1. Menjadi pentadbir yang tidak aktif.

2. Melanggar standard komuniti/garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan KKM.

3. Menggalak, menghasut atau bersubahat terhadap posting/komen yang jelik.

4. Membenarkan perbincangan keluar daripada topik yang melampau.

5. Menganggu/menghalang siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak pengurusan.

6. Melainkan mendapatkan kebenaran pihak pengurusan, membenarkan posting yang berunsurkan komerisal di luar
program BSK (ie penjualan produk, promose jualan etc)

7. Membenarkan peserta membuat sebarang iklan atau sebaran palsu atau komen yang boleh mengganggu
ketenteraman peserta lain.

Bukan Soal Kurus | Perjanjian Jurulatih 3


www.bukansoalkurus.com | jom@bukansoalkurus.com

Garis Panduan SENAMAN Fizikal, Jika Ada

Berikut adalah garis panduan SENAMAN atau acara fizikal sekiranya Team Leader Sekolah bercadang untuk
menjayakanya untuk peserta dan warga Bukan Soal Kurus sekolah.

1. Memperkenalkan program Bukan Soal Kurus - kolaborasi KKM, KPM & PERTUBUHAN PENCEGAHAN OBESITI KANAK-
KANAK & DEWASA.

2. Memulakan setiap aktiviti dengan “safety briefing” untuk mengingatkan peserta mengenai kepentingan dan cara-
cara mengelak kecederaan. Membantu peserta yang mengalami kecederaan, kemalangan atau perlukan bantuan
kecemasan. Jika perlu, hantar peserta berkenaan ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk rawatan kecemasan.

3. Untuk menjamin keselamatan peserta, teamleader bersetuju untuk mengupah jurulatih-jurulatih atau cikgu
berkelayakan untuk melaksanakan aktiviti senaman bersama.

4. Demi keselamatan peserta, 1x aktiviti senaman BSK Sekolah tidak patut melebihi 60-90min (tak termasuk briefing,
warm up, berbincangan dll).

5. Sentiasa memantau dan pastikan aktiviti BSK dijalankan dalam keadaan yang selamat dan tidak membahayakan
keselamatan peserta.

6. Hiking: Disebabkan durasi berpanjangan dan risiko alam sekitar, aktivtiti hiking tidak digalakkan bagi peserta yang
mempunyai BMI melebihi 35, masalah kesihatan dan lain-lain faktor yang mungkin tingkatkan risiko kecerderaan.

7. Berpakaian yang melambangkan keperibadian dan kesusilaan sebagai Team Leader Sekolah program yang meliputi
seluruh negara. Elak pakaian yang menjolok mata, terlalu ketat, seluar pendek, tatoo, atau melambangkan istilah
atau perkataan pada baju yang tidak sesuai dll. Sekiranya was-was, sila hubungi pihak pengurusan terlebih dahulu.

8. Elak penggunaan kata-kata kesat dan bincangkan topik politik dan isu-isu yang sensitif.

9. Menepati masa dan jadual yang ditetapkan pihak pengurusan. Sekiranya Team Leader Sekolah tidak dapat
menjayakan mana-mana sessi, team leader perlu menghubungi para peserta secepat mungkin.

4 Bukan Soal Kurus | Perjanjian Jurulatih

You might also like