You are on page 1of 4

NAMA:_____________________

PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN MARKAH: /100


(MASA:1 JAM 30 MINIT)
Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Sultan ____________ terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

A marah B murka C sembah D perkenan

2 "Borang deklarasi status kesihatan ini harus diserahkan _________ pegawai yang bertugas," kata
pegawai yang sedang memberikan taklimat kepada penerima vaksin.

A ke B pada C kepada D daripada

3 Penduduk kampung menentang ________________ cadangan pihak pemaju untuk membuka pusat
hiburan di kampung mereka.

A bulat-bulat C hidup-hidup

B rapat-rapat D dalam-dalam

4 Wakil rakyat itu __________ khabar ayah saya yang masih terlantar di hospital.

A ditanya B bertanya C menanya D bertanyakan

Soalan 5-6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

5 Pihak polis (A) mengambil keterangan (B) dari beberapa orang saksi berhubung kejadian

(C) tembak-menembak yang berlaku semalam. (D) Tiada kesalahan

6 Ahli jawatankuasa telah (A) memputuskan untuk (B) memulakan projek bantuan makanan kepada
keluarga yang (C) terkesan. akibat pandemik. (D) Tiada kesalahan
Soalan 7-8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Puan Kamariah menenangkan perasaan anak perempuannya yang trauma akibat gugur.

II Nama atlet tersebut gugur daripada senarai pemenang kerana terbukti mengambil bahan
terlarang.

III Setiap petang Hanis akan menyapu daun kering yang gugur di halaman rumahnya.

IV Kami bertafakur sebentar bagi menghormati barisan hadapan yang gugur ketika memerangi
wabak COVID-19.

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

8. I Hayyan cuba menarik tangan Haidar yang kelemasan itu.

II Panas yang menarik tengah hari itu menyebabkan wajah Fatehah kemerahan.

III Affan terus menarik muka apabila disindir oleh Akram.

IV Persembahan tarian tradisional itu menarik minat penonton yang hadir.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, III dan IV sahaja

Soalan 9-10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa
atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan.

9 Manis-manis sungguh buah-buah salak madu yang dibeli oleh ayah di pasar tani.

A Manis sungguh buah C Manis-manis sungguh buah

B Manis buah-buah D Manis-manis sungguh buah-buah


10 Setelah berpuluh-puluh tahun merantau, akhirnya Aznil kembali ke pangkuan keluarganya.

A pulang pada keluarganya

B pulang kepada keluarganya

C kembali pada pangkuan keluarganya

D kembali ke pangkuan keluarganya

Soalan 11-12

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.

11 Peniaga perlu mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Negara bagi mengekang penularan COVID-19.

A Majlis Keselamatan Negara perlu mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh
peniaga bagi mengekang penularan COVID-19.

B Penularan COVID-19 dapat dikekang jika peniaga tidak mengikut Prosedur Operasi Standard yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

C Majlis Keselamatan Negara menetapkan Prosedur Operasi Standard yang perlu diikuti oleh peniaga
dalam membendung penularan COVID-19.

D Peniaga tidak perlu mengikut Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Negara bagi mengekang penularan COVID-19.

12 Amalan jimat cermat perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana banyak
mendatangkan faedah.

A Anak-anak yang berjimat cermat mendatangkan banyak faedah.

B Pemupukan tabiat berjimat cermat banyak faedah kepada anak-anak.

C Banyak faedahnya berjimat cermat jika dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil.

D Anak-anak perlu dididik dengan amalan jimat cermat dari kecil kerana amalan ini mendatangkan
banyak faedah.
Soalan 13-14

Pilih ayat-ayat yang betul.

13 I Adapun istana yang tersergam indah lagi megah itu milik Tun Lanang.

II Sila lalu di kawasan ini kerana rumputnya baru ditanam.

III Aduhai, luluhnya hati saya melihat nasib ibu tunggal yang malang itu!

IV Minta tolong belikan saya air bandung cincau di kedai Mak Senah.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, III dan IV sahaja

14 I Sudah dua minggu Puan Afifah menghadapi penyakit deman panas.

II Semua mangsa tanah runtuh itu berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

III Devnath selalu membantu rakan- rakannya sekiranya mereka menghadapi masalah dalam
pelajaran.

IV Solihin menghadapi kesulitan untuk pergi ke luar negara kerana dokumen perjalanannya tidak
lengkap.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

Soalan 15

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan berikut.

15 Azmeer yang merupakan bekas pemain bola sepak negara tidak lokek berkongsi tip dan kemahiran
permainan dengan anak didiknya. Jika bakatnya itu tidak digunakan, pasti tidak akan mendatangkan
faedah. Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan ini ialah

A ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

B kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

C kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

D jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau

You might also like