You are on page 1of 4

3.0 Lokasi.

Tidak dinafikan bahawa perniagaan dijalankan sama ada perniagaan kecil kecilan
mahupun besar adalah untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan yang bakal
saya jalankan turut perlu mendapatkan sokongan yang besar daripada pelanggan.
Kedatangan pelanggan yang konsisten pada setiap hari dapat memberikan
keuntungan kepada perniagaan saya disebabkan kos pengeluaran yang dilibatkan
dapat memberi kadar keuntungan yang berpatutan.

Oleh hal yang demikian, bagi mendapatkan langganan yang menggalakkan


sebahagian besarnya adalah bergantung kepada tempat atau tapak perniagaan
yang dipilih oleh peniaga. sebagai analoginya, bagi memulakan perniagaan kedai
kek, keberjayaan perniagaan ini bergantung sepenuhnya oleh tempat dan lokasi
yang dipilih. Pemilihan tempat atau tapak perniagaan berkait rapat dengan fungsi
pemasaran. Aspek tempat atau lokasi perniagaan perlu dilihat daripada segi elemen
ruang dalam kegiatan ekonomi manusia.

3.1 Kriteria memilih lokasi Perniagaan.

terdapat pelbagai kriteria yang perlu diambil kira ketika memilih lokasi perniagaan
termasuklah untuk mengambil kira mengenai lokasi yang dianggap baik dan
strategik. Bagi usahawan yang sudah lama berniaga, tanggapan ini dipengaruhi oleh
pengalaman mereka yang lepas. Usahawan yang baru biasanya tidak mempunyai
pengalaman yang lalu dan tanggapan mereka mengenai tempat perniagaan yang
baik adalah berasaskan tindakan usahawan-usahawan yang sudah lama berniaga.

Seterusnya adalah untuk mengenal pasti jenis perniagaan atau perusahaan yang
akan dijalankan sama adalah peruncitan, perkhidmatan dan perkilangan. setiap jenis
perniagaan ini memerlukan lokasi yang berbeza bagi mendapatkan langganan yang
menggalakkan.
kemampuan dan kesanggupan untuk membayar sewa untuk lokasi dan tempat yang
dipilih turut mengandungi risiko yang berkait terus dengan sejauh mana pelunjuran
yang akan dicapai oleh peniaga. Pada dasarnya, usahawan tidak mempunyai kuasa
yang luas bagi menentukan tapak atau kawasan perniagaan. Penentuan tapak atau
kawasan perniagaan dibuat oleh ahli-ahli perancang bandar dan kawasan.
Sungguhpun demikian, ahli-ahli perancang bandar dan kawasan ini akan mengambil
kira pandangan dan kepentingan ahli-ahli perniagaan, pengilang-pengilang,
persatuan-persatuan pengguna dan agensi-agensi kerajaan ketika merancang
penempatan kawasan-kawasan perniagaan dan perindustrian. Usahawan hanya
dapat memilih tempat atau tapak perniagaan selepas kawasan-kawasan perniagaan
dan perindustrian dimajukan dan diwartakan. Sebahagian besar kawasan-kawasan
perniagaan dimajukan oleh sektor swasta sementara kawasan-kawasan
perindustrian dimajukan oleh agensi-agensi kerajaan.

Keputusan menempatkan perniagaan di sesuatu lokasi bergantung kepada sejauh


mana tempat yang dipilih itu dapat memenuhi segala kriteria yang sudah ditetapkan
oleh seseorang usahawan. Usahawan mempunyai jangkaan tertentu yang
diharapkan dari tempat yang akan dipilih. Jangkaan inilah yang dapat digunakan
bagi membina sebuah peta mental yang dapat menunjukkan keutamaan pilihan bagi
menentukan lokasi perniagaan. Misalnya, usahawan baru menganggap Lembah
Klang di mana terdapat Bandaraya Kuala Lumpur dan Shah Alam, Bandar Klang
dan Kajang sebagai tempat yang paling baik dibandingkan dengan, Kuala Kubu
Baru dan Sabak Bernam.
3.2 Proses memilih lokasi Perniagaan bagi Diamond Cake House.

Proses pemilihan lokasi perniagaan bagi Diamond cake house mengambil masa
yang agak panjang disebabkan oleh kekurangan pengalaman dalam memilih lokasi
perniagaan yang baik. Disamping itu, bagi diamond cake house terdapat dua lokasi
yang menjadi tumpuan kepada saya sebagai usahawan iaitu di Pekan Kinabutan
batu lima dan Bandar sri indah. Terdapat beberapa langkah yang diambil sebelum
lokasi tapak perniagaan dipilih.

pertama sekali, kedua-dua lokasi yang disenarai pendek akan ditinjau tentang
kemungkinan yang akan wujud. di dalam lokasi tersebut. Kedua, kumpul maklumat
mengenai kawasan-kawasan yang sudah dikenal pasti. Maklumat-maklumat yang
diperlukan ialah:

1. Taraf kawasan sama ada bandar raya, bandar atau pekan

2. Prestasi perniagaan

3. Kedudukan infrastruktur

4. Kadar pembangunan

5. Taraf dan gaya hidup penduduk

6. Rancangan pembangunan masa depan

7. Faktor harga lot perniagaan atau kos sewaan

Di samping itu, bandingkan kawasan-kawasan yang sudah disenaraikan. Ketika


membuat perbandingan,faktor-faktor nyata dan tidak nyata patut di ambil kira.
Faktor-faktor nyata adalah seperti harga atau kos sewa lot, kos penyelenggaraan
perniagaan serta ramalan jumlah pengeluaran dan jualan. Faktor-faktor tidak nyata
ialah seperti prestasi kawasan yang berkenaan dan pembaziran atau penjimatan
masa dalam urus niaga perniagaan.
Langkah terakhir adalah untuk mengenal pasti sama ada tapak atau lot yang
strategik dalam sesuatu kompleks atau kawasan dapat menjamin prestasi
perniagaan yang baik. Tapak-tapak atau lot yang strategik biasanya terhad dan
harus ada keupayaan bersaing bagi mendapatkan tapak atau lot yang diperlukan itu.

3.3 Pekan Kinabutan, Batu Lima Tawau.

Lokasi yang telah dipilih untuk memulakan perniagaan bakeri, Diamond Cake House
adalah terletak di Pekan Kinabutan, Batu lima Tawau. Lokasi ini telah dipilih setelah
mengambil kira beberapa faktor seperti kedudukan infrastruktur, taraf dan gaya
hidup penduduk dan lain lain. Walaupun Lokasi ini tidak terletak di Bandar tawau,
tetapi kedudukan infrastruktur yang berhadapan dengan klinik kesihatan ibu dan
anak, sekolah pendidikan awal kanak kanak, pasar harian, masjid dan pusat
kesihatan menjadikan kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai sehari harian.

Di samping itu, kos sewaan yang dikenakan untuk lot perniagaan bakeri yang bakal
dijalankan adalah sebanyak RM300 untuk per bulan. Kos sewaan yang dibayar
adalah sangat berpatutan dan murah jika dibandingkan dengan kos swah lot kedai di
kawasan Bandar tawau.

Taraf dan gaya hidup penduduk juga memainkan peranan yang penting dalam
menuntukan lokasi Diamond Cake House. Berdasarkan pemerhatian beberapa hari
di lokasi tersebut, boleh disimpulkan bahawa pelbagai status sosial orang ramai
hadir dalam kejiranan ini bermula dari golongan berpendapatan rendah hinggah
tinggi.

You might also like