You are on page 1of 1

TASK 6

PdPR SMKBG
01/09/2021
SOALAN KAJIAN KES

Pemilihan Lokasi

Tujuan utama seseorang individu menceburkan diri dalam perniagaan adalah mendapatkan
untung. Bagi mendapatkan keuntungan, sesebuah perniagaan itu perlu mendapat langganan yang besar
daripada pengguna. Langganan yang besar sahaja tidak memastikan keuntungan kecuali kos
pengeluaran yang dilibatkan dapat memberi kadar keuntungan yang berpatutan.

Keupayaan mendapatkan langganan yang mengalakkan sebahagian besarnya bergantung kepada


tempat atau tapak perniagaan yang dipilih. Seseorang usahawan akan memilih lokasi yang dianggap
baik dan strategik. Pemilihan lokasi melibatkan kos yang tinggi. Pihak pengurusan perlu menentukan
lokasi yang baik dan strategik supaya dapat mengurangkan kos pengeluaran dan memaksimumkan
keuntungan. Selain daripada ini, pemilihan lokasi yang sesuai juga memudahkan logistik dan dapat
membantu mewujudkan harga produk yang kompetitif. Lokasi yang dipilih haruslah berhampiran
dengan pembekal input seperti bahan mentah. Dengan ini, pengilang boleh mendapatkan bahan mentah
dengan kos pengangkutan yang rendah. Selain daripada itu, lokasi yang berhampiran dengan sumber
bahan mentah juga membolehkan bahan mentah dibekalkan dengan cepat. Keadaan ini dapat
memastikan proses pengeluaran tidak terganggu atau tergendala atas sebab kekurangan bahan mentah.

Identiti yang dikaitkan dengan kawasan yang dipilih. Sebagai contoh Jalan Sungai Besi di
Kuala Lumpur dikaitkan dengan industri percetakan dan Sungai Rasah di Klang dikaitkan dengan
bengkel-bengkel servis kenderaan. Ini tidak bermakna industri-industri yang lain tidak wujud di
kawasan-kawasan yang dinyatakan. Biasanya industri-industri sokongan juga akan wujud di tempat
yang sama.

Faktor potensi menembusi dan menguasai pasaran di kawasan sekitar tempat yang dipilih
adalah tarikan utama industri peruncitan dan perkhidmatan. Lokasi kilang yang dipilih seharusnya
berhampiran dengan pelanggan utama. Hal ini dapat memastikan produk yang dihasilkan dapat
disalurkan kepada pengguna dengan kadar yang segera untuk menenuhi keperluan dan kehendak
mereka.

Kemudahan pengangkutan adalah penting untuk mengangkut bahan mentah yang dibeli
daripada pembekal dan menghantar produk siap ke pasaran. Lokasi yang sesuai dipilih ialah lokasi yang
mempunyai jaringan pengangkutan yang sempurna. Lokasi yang dipilih perlu mempunyai kemudahan
seperti mempunyai kemudahan bekalan air, kuasa eletrik, dan telefon untuk memudahkan urusan
perniagaan. Infrastruktur yang baik memudahkan sesuatu perniagaan itu mengadakan perhubungan
dengan pihak luar seperti pelanggan, pembekal, agensi penyelidikan, dan institusi kerajaan.

Keluasan tapak perniagaan yang sesuai di sesuatu lokasi diperlukan bagi mendapatkan skala
pengeluaran yang paling cekap atau optimum. Usahawan perlu memilih tapak perniagaan yang sesuai
dengan jenis industri yang akan diusahakan. Misalnya sebuah perusahaan biskut memerlukan luas
ketuhar yang ukuran minimumnya 12 kaki padu bagi mendapatkan pulangan yang menguntungkan.

Faktor kos pembangunan tapak perniagaan perlu dilibatkan sebelum operasi pernaigaan
dijalankan. Sesetengah jenis perniagaan yang menggunakan bahan mentah berbahaya seperti industri
kimia dan barang binaan perlu membangunkan tapak perkilangan sendiri. Lokasi keadaan fizikal
sesebuah tempat akan menentukan kos pembanguan yang terlibat. Misalnya, kos pembangunan sebuah
tapak pengilangan di Lembah Klang lebih rendah berbanding kos pembangunan tapak yang sama di Ulu
Selangor.

(Disesuaikan daripada http://pts.com.my/berita/memilih-lokasi-dan-tapak-perniagaan)

Berdasarkan kes di atas,


(a) Nyatakan objektif pemilihan lokasi, [4]
(b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi [26]

You might also like