You are on page 1of 8

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD KUALA SELANGOR


UMUR 15 & 18 TAHUN KE BAWAH 2022

01. NAMA PERTANDINGAN


Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor dibahagi kepada
peringkat umur Bawah 15 Tahun dan 18 Tahun

02. PENGELOLAAN
2.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor dengan
kerjasama Sekolah Pengelola

2.2 Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan adalah dibawah Jawatankuasa Pertandingan yang
tertakluk kepada arahan am Jawatankuasa Pengelola. Jawatankuasa Pertandingan juga akan bertindak
sebagai Jawatankuasa Tatatertib bagi pihak Jawatankuasa Pengelola kejohanan ini.

03. UNDANG-UNDANG PERMAINAN


3.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang
permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan
Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

3.2 Segala perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan mengikut Peraturan Am MSSM
dan Peraturan Am MSSS atau Keputusan Jawatankuasa Pertandingan atau Jawatankuasa Pengelola yang
mana keputusannya adalah muktamad.

04. PENYERTAAN
4.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan sekolah di dalam Daerah Kuala Selangor sahaja.

05. KELAYAKAN PEMAIN


5.1 Seseorang pemain yang terdiri daripada pelajar sekolah rakyat Malaysia layak mengambil bahagian dalam
pertandingan ini. Pelajar rakyat Malaysia daripada sekolah swasta yang bergabung dengan MSSS juga
layak mengambil bahagian.

5.2 Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM/STPM tidak layak menyertai semua
pertandingan MSSM.

5.3 Seseorang pemain hanya layak bermain dalam satu kategori peringkat umur sahaja. Seseorang pemain
juga tidak dibenarkan bermain dalam pertandingan kumpulan umur yang lebih tinggi daripada yang
ditetapkan untuk umurnya.

5.4 Seseorang pemain yang telah didaftarkan dalam satu pasukan dalam pertandingan ini tidak layak lagi
mewakili pasukan lain dalam kejohanan ini.

5.5 Kelayakan umur pemain adalah seperti berikut :


5.4.1 Pertandingan Umur 15 Tahun Ke Bawah - dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2007
5.4.2 Pertandingan Umur 18 Tahun Ke Bawah - dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2004
5.6 Dokumen pengesahan kelayakan pemain yang perlu dikemukakan sebelum sesebuah pasukan itu turun
bermain adalah salah satu di antara berikut :
5.6.1 Pemain Umur 15 dan 18 Tahun Kad Pengenalan asal dan Borang M-01 yang lengkap atau
5.6.2 Dokumen JPN KP09 / KPPK 09 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara
( bagi pelajar yang kehilangan kad pengenalan asal ) atau
5.6.3 JPN KP11 / KPPK 11 dari Jabatan Pendaftaran negara ( bagi pelajar yang mendaftar untuk kad
pengenalan pertama kali / Umur 15 tahun dan ke bawah )

5.7 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pertandingan yang mana keputusannya adalah muktamad.

06. PENDAFTARAN PEMAIN


6.1 Borang Pendaftaran Pemain bagi setiap kategori umur yang telah lengkap diisi bersama salinan kad
pengenalan perlu disahkan oleh Pengetua Sekolah dan hendaklah diserahkan kepada Urusetia semasa
pendaftaran pasukan. Sebarang pertukaran atau tambahan pemain selepas itu tidak dibenarkan.

6.2 Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam Borang Pendaftaran Pemain sahaja yang boleh mengambil
bahagian dalam pertandingan ini. Tiap-tiap pasukan bagi setiap kategori umur hendaklah mendaftar
seramai 18 orang pemain sahaja .

6.3 Kesemua pemain boleh didaftarkan di dalam Borang Perlawanan semasa perlawanan di mana 11 orang
adalah pemain utama dan bakinya adalah pemain simpanan.

6.4 Borang Perlawanan yang telah lengkap diisi bersama dengan kad pengenalan asal atau dokumen
pengesahan kelayakan semua pemain hendaklah diserahkan kepada Urusetia Perlawanan 15 minit
sebelum perlawanan bermula. Pengurus atau jurulatih daripada kedua-dua pasukan boleh memohon untuk
menyemak keesahan atau status mana-mana pemain pasukan lawan.

6.5 Dalam keadaan di mana pemain atau pemain-pemain yang turun bermain bagi sesuatu pasukan gagal
mengemukakan dokumen pengesahan kelayakan pemain yang sah maka perlawanan tersebut boleh
dimulakan atau diteruskan dengan pasukan lawannya bermain ‘under protest’. Pasukan tersebut mestilah
dapat mengemukakan dokumen tersebut kepada Urusetia Perlawanan dan diperakui oleh Pengurus atau
Jurulatih pasukan lawan dalam tempoh sebelum tamat masa perlawanan tersebut. Sekiranya gagal maka
pasukan lawan akan diberi kemenangan dengan tiga (3) mata dan tiga (3) jaringan gol berbalas kosong (0)
atau lebih sekiranya itulah jaringan gol pada masa perlawanan ditamatkan.

07. CARA PERTANDINGAN


7.1 Pertandingan akan dijalankan seperti berikut :

7.1.1 Liga dan Kalah Mati


a. Pusingan Pertama - Liga kumpulan
b. Pusingan Kedua - Kalah Mati
c. Pertandingan Perlawanan Akhir

08. FORMAT PERTANDINGAN

8.1 Liga Antara Sekolah

Pusingan Pertama
8.1.1. Semua pasukan yang mengambil bahagian akan diundi ke dalam empat ( 4 ) kumpulan A, B, C
dan D yang akan bermain secara liga satu pusingan di dalam kumpulan masing-masing. Empat
pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir pada pada kejohanan tahun lepas tidak akan
diundi, ia dianggap pasukan pilihan. Pasukan yang mendapat tempat Johan mewakili A1, Naib
Johan mewakili B1, Ketiga mewakili C1 dan Keempat mewakili D1.

8.1.2. Tiga (3) mata akan diberikan kepada pasukan yang menang, kosong (0) mata kepada pasukan
yang kalah dan satu (1) mata jika seri. Bagi mana-mana kumpulan yang mengandungi tiga (3)
pasukan sahaja, jika terdapat keputusan seri setelah tamat tempoh masa perlawanan maka setiap
pasukan akan mengambil tiga (3) tendangan dari tanda penalti sehingga keputusan diperolehi.
Peraturan ‘sudden death’ akan dikuatkuasakan. Pasukan yang muncul pemenang akan mendapat
dua (2) mata dan pasukan yang tewas akan mendapat satu (1) mata. Keputusan jaringan gol
adalah seperti keputusan jaringan setelah tamat tempoh masa penuh perlawanan.

8.1.3. Jika terdapat mana-mana pasukan gagal bermain atau gagal berada di padang seperti yang telah
dijadualkan maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan
tiga (3) jaringan gol.

8.1.4. Setelah tamat liga satu pusingan dalam kumpulan, dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan
layak bermain dalam Pusingan Kedua/ suku akhir , Separuh Akhir dan Akhir.

Pusingan Kedua (Peringkat Kalah Mati)


8.1.5. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan masuk ke pusingan kedua / suku akhir dan
pertandingan akan dijalankan kalah keluar.

8.1.6. Pada peringkat ini jika keputusan perlawanan seri maka ia akan ditentukan terus melalui 3
sepakan penalti . Jika seri juga ia akan diteruskan oleh pemain yang belum mengambil sepakan (1
vs 1) sehingga berlaku “suddendeath”

8.1.7. Perlawanan suku akhir ditetapkan melalui undian . Undian dijalankan selepas tamat peringkat liga

Pusingan Separuh Akhir


8.1.8. Pemenang dalam perlawanan Pusingan kedua/ Suku akhir akan memasuki Pertandingan Separuh
Akhir yang dijalankan secara kalah mati.

8.1.9. Jika perlawanan berkesudahan dengan seri selepas tamat tempoh perlawanan maka masa
tambahan setiap separuh masa hendaklah diberi (rujuk perkara 10). Pemain-pemain tidak boleh
meninggalkan padang antara tamat tempoh permainan dalam masa tambahan. Jika masa
tambahan ini berkesudahan dengan seri, maka pemenangnya akan ditentukan dengan 5 sepakan
penalti. Jika seri juga ia akan diteruskan oleh pemain yang belum mengambil sepakan (1 vs 1)
sehingga berlaku “suddendeath”

Perlawanan Akhir / Perlawanan Tempat Ke-3/4


8.1.10. Pemenang-pemenang peringkat Separuh Akhir layak bermain dalam Pertandingan Akhir dan
pasukan yang kalah peringkat separuh akhir akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan
keempat. Perlawanan dijalankan secara kalah mati.

8.1.11. Jika perlawanan berkesudahan dengan seri selepas tamat tempoh perlawanan maka masa
tambahan setiap separuh masa hendaklah diberi (rujuk perkara 10). Pemain-pemain tidak boleh
meninggalkan padang antara tamat tempoh permainan dalam masa tambahan. Jika masa
tambahan ini berkesudahan dengan seri, maka pemenangnya akan ditentukan dengan 5 sepakan
penalti. Jika seri juga ia akan diteruskan oleh pemain yang belum mengambil sepakan (1 vs 1)
sehingga berlaku “suddendeath”
09. SEPAKAN DARI TANDA PENALTI
9.1 Sepakan dari tanda penalti jika diberikan hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
FAM dan FIFA.

10. MASA PERLAWANAN


10.1 Masa perlawanan bagi peringkat liga dan peringkat kalah mati adalah 20 minit bagi kategori umur 15 tahun
DAN 20 minit bagi kategori umur 18 tahun setiap separuh masa.
10.2 Masa tambahan perlawanan bagi peringkat kalah mati adalah 05 minit setiap separuh masa.

11. JADUAL PERTANDINGAN


11.1 Jadual Pertandingan akan disediakan oleh Pengerusi Teknik Bola Sepak Daerah dengan kerjasama pihak
pengelola. Walau bagaimanapun Jawatankuasa Pertandingan atau atas arahan Jawatankuasa Pengelola
berhak membuat pindaan kepada mana-mana bahagian Jadual Pertandingan jika perlu atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan atau atas sebab kepentingan permainan bola sepak semasa kejohanan
berlangsung dimana keputusan pindaan tersebut perlu dipatuhi.

12. KELEWATAN
12.1 Setiap pasukan hendaklah berada di padang 45 minit sebelum perlawanan bermula.

12.2 Masa tidak melebihi 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat berada di padang. Selepas
daripada tempoh tersebut Pengadil berhak tidak memulakan permainan dan akan mengemukakan laporan
kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk membuat keputusan.

13. BILANGAN PEMAIN MINIMA


13.1 Sesuatu pasukan hendaklah menurunkan sekurang-kurangnya 9 orang pemain yang berdaftar berada di
atas padang semasa pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan. Mana-mana pasukan yang gagal
mematuhi peraturan ini maka kemenangan akan diberikan kepada kepada pasukan lawan dengan tiga (3)
mata dan tiga (3) jaringan gol.

13.2 Jika kedua-dua pasukan gagal menurunkan 9 orang pemain atau lebih berada di atas padang apabila
pengadil memerintahkan perlawanan di mulakan mengikut masa yang dijadualkan maka pengadil
hendaklah melaporkan kepada Jawatankuasa Pertandingan yang akan membuat keputusan di mana
keputusannya adalah muktamad.

13.3 Jika perlawanan diberhentikan, kerana salah satu pasukan mempunyai kurang daripada 7 (tujuh) pemain
maka kemenangan diberikan kepada pasukan lawan dengan kemenangan 3 – 0 atau jaringan semasa
perlawanan diberhentikan , jika ianya lebih

14. PEMAIN GANTIAN


14.1 Tidak lebih dari 7 orang pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh digantikan dalam masa satu
perlawanan termasuk masa tambahan. Mana-mana pemain yang digantikan tidak boleh bermain lagi dalam
perlawanan tersebut termasuk mengambil tendangan dari tanda penalti.

14.2 Pemain yang akan masuk sebagai pemain gantian hendaklah terlebih dahulu membuat pengesahan
kelayakan permain dengan Urusetia Perlawanan sebelum masuk ke padang.
15. PAKAIAN PASUKAN SERTA ALATAN PEMAIN
15.1 Setiap pasukan bagi setiap kategori umur hendaklah membawa dua (2) set jersi yang berlainan warna
Pasukan yang disebut dahulu hendaklah menukar jersi sekiranya jersi kedua-dua pasukan sukar dibezakan
oleh pengadil.

15.2 Bagi perlawanan akhir jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukarkan jersi
tersebut.

15.3 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor seperti yang berdaftar mengikut nama pemain
tersebut. Setiap pemain mesti menggunakan nombor yang sama sepanjang kejohanan tersebut. Sebarang
pengiklanan jenama rokok, minuman keras dan parti politik tidak dibenarkan.

15.4 Semua pemain hendaklah berpakaian kemas dan mengikut peraturan pakaian pemain yang
dikuatkuasakan oleh FAM.

15.5 Kasut bola (boots) yang mengikut peraturan yang ditetapkan dan pelapik betis (shin pads) wajib dipakai
oleh semua pemain.

15.6 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya beliau digantikan kepada pemain lain yang
mengambil alih.

15.7 Setiap pasukan hendaklah membawa sebiji bola yang akan dipilih oleh pengadil sebagai bola perlawanan.
Sebarang jenama bola yang mengikut peraturan dan mendapat kebenaran pengadil bertugas boleh
digunakan.

16. PERLAWANAN YANG DIHENTIKAN


16.1 Sekiranya pengadil menghentikan sesuatu perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain
sesuatu pasukan yang tidak memuaskan atau yang mendatangkan ancaman maka pengadil perlawanan
tersebut hendaklah membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk membuat
keputusan. Jika Jawatankuasa Pertandingan membuat keputusan bahawa sesuatu pasukan itu bersalah di
atas tindakan yang telah dibuat maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan tiga(3)
mata dan tiga (3) jaringan gol berbalas kosong (0) atau jaringan semasa perlawanan dihentikan jika ianya
lebih.

17. TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN


17.1 Menarik diri atau gagal bermain dalam kejohanan atau mana-mana perlawanan tidak dibenarkan. Sekiranya
berlaku, Jawatankuasa Pertandingan akan menimbang untuk membuat laporan bertulis mengenai pasukan
tersebut kepada Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan. Semua perlawanan yang telah dilalui oleh
pasukan tersebut dibatalkan.

17.2 Sekiranya sesebuah pasukan tidak melaporkan diri untuk sesuatu perlawanan kecuali dalam hal yang tidak
dijangkakan dan sebab-sebabnya boleh diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan atau jika sesebuah
pasukan itu enggan meneruskan permainan atau meninggalkan padang sebelum tamat tempoh masa
perlawanan sebenar maka pasukan yang ingkar itu dianggap telah kalah dan kemenangan diberi kepada
pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan tiga (3) jaringan gol berbalas kosong (0). Jawatankuasa
Pertandingan juga akan mengguna pakai peraturan 17.1.
18. BANTAHAN
18.1 Sebarang bantahan atas perkara-perkara yang bukan berkaitan undang-undang permainan atau keputusan
pengadil perlawanan mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan tidak
lewat daripada 2 jam selepas sesuatu perlawanan itu tamat . Bantahan bertulis mestilah ditandatangani
oleh Pengurus Pasukan dan disahkan oleh Pengetua sekolah masing-masing beserta dengan bayaran
RM300.00. Wang bayaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya.

19. TINDAKAN TATATERTIB


19.1 Tindakan tatatertib secara otomatis akan dilaksanakan ke atas pemain atau pemain-pemain seperti
berikut :
19.1.1 seseorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima dua kali amaran bertulis di
dalam satu perlawanan akan digantung satu perlawanan.

19.1.2 seseorang pemain yang menerima dua kali amaran bertulis dalam dua perlawanan akan digantung
satu perlawanan selepas perlawanan dimana pemain tersebut menerima amaran bertulis kali
kedua. Jika pemain tersebut menerima dua kali amaran bertulis lagi dalam mana-mana
perlawanan selepas itu maka pemain tersebut akan digantung satu perlawanan lagi dan begitulah
seterusnya.

19.1.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang dalam sesuatu perlawanan akan digantung dua
perlawanan berikutnya walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya.
Jawatankuasa Pertandingan akan menimbang laporan pengadil mengenai pemain tersebut untuk
tindakan selanjutnya jika perlu di mana tindakan yang lebih berat boleh dikenakan.

19.1.4 Semua pemain juga adalah tertakluk kepada kod kesalahan dan hukuman yang ditetapkan.

20. PEMILIHAN PEMAIN KE KEJOHANAN PERINGKAT MSS SELANGOR


20.1 Pencalonan pemain oleh Pengurus Pasukan Sekolah melalui borang khas penilaian

20.2 Penilaian prestasi pemain semasa Kejohanan oleh Jawatankuasa Pemilih dan Jawatankuasa Teknik &
Pembangunan MSSD Kuala Selangor

20.3 Pemain yang telah mempunyai ’cap’ ATAU telah mewakili daerah dan negeri dalam kejohanan MSSS dan
MSSM sebelum ini turut dipanggil mengikuti sesi pemilihan.

20.4 Pemain yang dikenalpasti berbakat layak dipertimbangkan.

20.5 Menerima pakai pendapat dan cadangan dari pegawai padang yang bertugas – pengadil dan VK

20.6 Penilaian melalui sesi pemilihan pemain oleh Pengerusi Teknik , Jurulatih dan Pembantu Jurulatih.
Menggunakan borang yang disediakan. Pemain yang tidak hadir semasa pemilihan ini dianggap tidak
berminat.

20.7 Penilaian akhir semasa latihan pusat


21. ETIKA PEGAWAI
21.1 Pengurus Pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan pemain termasuk
penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan semangat sukan
yang tulin.

21.2 Jawatankuasa Pengelola akan membuat laporan bertulis kepada Pegawai Pendidikan Daerah
berkenaan ,mengenai mana-mana pegawai atau pasukan yang bertindak tidak mengikut peraturan
pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya.

21.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau pemain yang diturunkan semasa perlawanan sama
ada sengaja atau tidak sengaja adalah dianggap sebagai kesalahan berat dan bertentangan dengan etika
permainan bola sepak.

21.4 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang permainan adalah juga satu
kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan bola sepak.

22. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN


22.1 Segala hal yang tidak diperuntukan dan segala tafsiran mengenai peraturan dan syarat yang terkandung
hendaklah diselenggara oleh Jawatankuasa Pertandingan. Sebarang keputusannya adalah muktamad
kecuali diputuskan selainnya oleh Jawatankuasa Pengelola atau MSSD Kuala Selangor Dan MSS
Selangor.
KOD KESALAHAN

AMARAN PERINTAH KELUAR TINDAKAN


KOD KOD
(KAD KUNING) (KAD MERAH) OTOMATIS
Bersalah kerana berkelakuan Bersalah kerana bermain dengan
K1 M1 2 PERLAWANAN
tidak bersemangat sukan amat kasar
Membantah dengan perkataan Bersalah kerana berkelakuan
K2 M2 KESELURUHAN
atau perbuatan ganas
Sentiasa melanggar Undang- Meludah pemain lawan atau orang
K3 M3 KESELURUHAN
undang Permainan lain
Menggagalkan jaringan gol
pasukan lawan atau peluang jelas
Melambat-lambat memulakan
untuk menjaringkan gol dengan 1 PERLAWANAN
K4 semula permainan M4
sengaja memegang bola (ini tidak
terpakai kepada penjaga gol yang
berada di dalam kawasan penalti)
Menggagalkan peluang jelas untuk
Gagal beredar ke jarak yang menjaringkan gol oleh pemain
dikehendaki apabila permainan lawan yang menuju ke arah gol
1 PERLAWANAN
K5 dimulakan semula dari sepakan M5 lawannya, dengan melakukan
penjuru atau sepakan percuma kesalahan yang boleh dihukum
dengan sepakan percuma atau
sepakan penalti
Masuk atau masuk semula Menggunakan bahasa yang
padang permainan tanpa menyinggung perasaan, menghina
K6 M6 KESELURUHAN
kebenaran pengadil atau kata-kata kesat dan/atau
tingkah laku
Dengan sengaja meninggalkan Menerima amaran kedua di dalam
K7 padang permainan tanpa M7 perlawanan yang sama 1 PERLAWANAN
kebenaran Pengadil

You might also like