You are on page 1of 2

Untuk Perhatian:

Puan Khairunnisa

Training Manager

PKNP Group

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Saya Mohd Nasri bin Hj Ashaari dari syarikat LHI Consulting Sdn Bhd.

Perbualan telefon bersama Puan pada 18 Mac 2022 yang lalu adalah dirujuk. Seperti dimaklumkan,
pihak kami berhasrat untuk memperkenalkan syarikat dan pengkhususan kepakaran kami kepada pihak
PKNP Group. Secara ringkas, LHI Consulting adalah sebuah firma perunding transformasi organisasi yang
telah beroperasi sejak 2009, memberikan fokus kepada proses transformasi syarikat/organisasi daripada
tahap kebiasaan kepada tahap berprestasi tinggi. Khidmat kepakaran LHI Consulting telah diperakui oleh
lebih 350 syarikat penaraju di Malaysia dan juga diperingkat antarabangsa, melibatkan penyertaan
melebihi 250,000 orang yang telah mendapat bimbingan dan latihan daripada kami.

Secara khususnya, kepakaran LHI Consulting bertumpu kepada EMPAT bidang berikut:

1. ORGANISATIONAL DEVELOPMENT - Penetapan dasar organisasi serta hala tuju perniagaan

2. STRATEGIC TALENT MANAGEMENT - Memperkukuhkan fungsi HR, serta mengekalkan daya saing
syarikat didalam

industri dengan melahirkan tenaga kerja yang berkompetensi tinggi.

3. COMPETENCY BASED-TRAINING - meningkatkan kualiti kemahiran tenaga kerja, memiliki set minda
yang

selari dengan aspirasi organisasi/syarikat dan memenuhi jangkaan

pelanggan/pemegang taruh.

4. FINANCIAL MANAGEMENT - pengurusan kewangan yang berkesan kepada syarikat dan pekerja.

Untuk perincian lebih lanjut, Puan bolehlah merujuk kepada Corporate Broachure dan Corporate Profile
yang dilampirkan, atau mengunjungi laman web rasmi kami di www.lhi-consulting.com.
Bersama email ini juga, kami lampirkan satu (1) kertas cadangan kepada pihak Puan sebagai rujukan dan
semakan. Namun, tawaran khidmat kepakaran kami bukanlah terhad kepada kertas cadangan ini
sahaja, tetapi merangkumi segala aspek transformasi syarikat mengikut keperluan dan kehendak pihak
PKNK Group.

Bagi tujuan pengenalan dan silaturrahim antara LHI Consulting dan PKNP Group ini, kami mencadangkan
beberapa tarikh seperti berikut:

Jumaat 8 April 2022/ Selasa 12 April 2022 / Jumaat 15 April.

Masa dicadangkan pada jam 10.00 pagi.

Selain pertemuan secara fizikal, kami juga boleh mengaturkan sesi pengenalan ini secara atas talian
melalui Zoom, Webex, GoogleMeet.

Untuk sebarang maklumbalas email ini, saya boleh dihubungi melalui talian telefon dan e-mail yang
tertera dibawah pada bila-bila masa, insyaAllah.

Sekian dahulu, dan kami nantikan maklumbalas positif dari pihak Puan.

Terima kasih.

MOHD NASRI BIN HJ ASHAARI

Business Development Manager

LHI Consulting Sdn Bhd

+6013-439 0119

nasri@lhi-consulting.com

You might also like