You are on page 1of 12

Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

Topik 4

KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:

1. Dapat menerangkan komposisi etnik penduduk Malaysia.

2. Dapat menjelaskan tentang perpaduan negara dan integrasi nasional.

3. Dapat menjelaskan tentang prinsip dan kepentingan Rukun Negara.

1.0 PENGENALAN

Topik ini memberi pengetahuan kepada anda tentang kepelbagaian kebudayaan kaum di Malaysia yang bersifat
pluralism. Pengetahuan tentang kebudayaan adalah penting bagi rakyat Malaysia kerana banyak salah faham dan
prasangka timbul daripada gagasan untuk mewujudkan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang berteraskan
kebudayaan peribumi. Ini kerana kebudayaan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan masyarakat kerana
tidak akan ada kebudayaan sekiranya tidak ada masyarakat. Memahami kebudayaan pelbagai kaum sangat penting
untuk memastikan rakyat Malaysia kekal dalam keharmonian walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.

2.0 PENDUDUK UTAMA MALAYSIA

Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan. Kumpulan terbesar
rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Orang Asli adalah pribumi di
Semenanjung Malaysia dan secara umumnya terbahagi kepada tiga suku terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu
Proto. Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi dan etnik majoritinya ialah etnik Kadazan-Dusun.
Manakala penduduk Sarawak terdiri daripada 27 kumpulan etnik dan etnik Iban adalah etnik majoriti. Populasi
penduduk Malaysia bagi tahun 2014 adalah 30,097,900 orang dan pecahan mengikut kumpulan etnik adalah: Melayu
– 15,239,300; Cina – 6,601,000; India – 1,995,000; Bumiputera – 18,846,500; Bumiputera lain – 3,607,200 dan Lain-
lain 260,000. (http://pmr.penerangan.gov.my).

Kepelbagaian kaum di Malaysia wujud kesan daripada penjajahan terutama ketika penjajahan oleh British.
Kemasukan ramai imigran terutama daripada Cina dan India untuk berkerja dalam pelbagai sektor di Tanah Melayu
pada ketika itu. Orang Cina terlibat dalam industri perlombongan bijih timah manakala orang India pula dalam sektor
perladangan dan estet.

67
Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

Saiz, struktur umur dan etnik penduduk Malaysia

Sumber: http://www.rurallink.gov.my

2.1 Etnik Melayu

Dari segi bahasa, bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu adalah daripada kelompok bahasa Austronesia.
Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan kedudukan geografi
masing-masing. Tiga kumpulan tersebut adalah di semenanjung dan Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia,
Indonesia, Filipina dan Madagascar, kedua Malenesia, dan kepulauan sekitarnya serta ketiga Polinesia dan
kepulauan sekitarnya. Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat,
tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang
Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Dari segi hukum adat, dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu, iaitu adat Perpatih
dan adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan
konsep demokrasi dan muafakat. Oleh itu rajanya bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta
pusaka diutamakan kepada anak perempuan. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh
Semenanjung kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada
kaum lelaki. Selain itu, adat ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada agama Islam.

68
Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

Klasifikasi Jenis-jenis

Perayaan-perayaan keagamaan Aidilfitri


Aidiladha
Nuzul Quran
Perayaan-perayaan keagamaan Maulud Nabi
Awal Muharam

Kesenian Wayang kulit


Mak Yong
Kuda Kepang

Menora
Joget Gamelan
Perkahwinan Merisik

Bertunang
Pelamin dan bersanding
Pakaian Sarung
Pakaian Cik Siti Wan Kembang

Pakaian Puteri Perak


Baju Kurung Teluk Belanga

Baju Kebaya Labuh


Baju Riau Pahang

2.2 KAUM CINA

Masyarakat Cina turut mempunyai pengalaman kebudayaan dan adat resam. Antara Amalan yang boleh dilihat
sebagai kebudayaan dan adat resam mereka ialah:

a. Kalendar Orang Cina

Perhitungan hari orang Cina ini bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir selama 29 atau 30 hari. Setiap
tahun mengandungi 12 bulan dan setiap tahun dikenali dengan nama binatang-binatang tertentu. Apabila cukup 12
tahun, nama yang pertama akan diulang. Nama-nama tersebut ialah tikus, lembu jantan, harimau, arnab, naga, ular,
kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.

69
Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

b. Keinginan Mendapat Anak Lelaki Pertama

Keinginan mendapat anak lelaki sememangnya kuat di kalangan masyarakat Cina kerana anak lelaki akan
mengekalkan nama keluarga dan orang yang mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal dunia.

c. Pelajaran

Masyarakat Cina sejak dari beribu-ribu tahun dahulu amat mementingkan pelajaran. Di Tanah Melayu dalam abad
ke-19 dan ke-20, anak-anak Cina merupakan yang paling ramai bersekolah berbanding dengan anak-anak Melayu
dan India. Masyarakat Cina beranggapan, bagaimana miskinpun seseorang itu bahawa mereka patut diberi peluang
yang sama untuk diberi pelajaran. Pelajaran diharap dapat memajukan seluruh keluarga dan membantu sanak
saudara kelak.

d. Upacara Pengebumian

Masyarakat Cina sering mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang kematian. Perarakan ini akan diiringi
bunyian muzik dan biasanya menelan kos yang besar. Oleh itu, seseorang yang menyambut hari lahir yang ke- 60
menandakan orang itu sudah layak untuk memasuki ‘persatuan keranda’ dan ia perlu membayar yuran bulanan
supaya apabila ia mati kelak ia mempunyai keranda yang baik.

Selain itu, dari segi perayaan masyarakat Cina juga mempunyai beberapa perayaan yang disambut dalam satu
tahun. Antara perayaan tersebut ialah:

Perayaan Huraian

Tahun Baru Cina Perayaan ini lebih mengutamakan perjumpaan keluarga yang diadakan
(Chinese New Year) menjelang hari tersebut. Masyarakat Cina memastikan sebelum
perayaan ini menjelang, hutang hutang dibayar dan semua akaun
ditutup. Persediaan bagi perayaan ini dibuat sejak hari ke- 24 bulan ke-
12 lagi. Perayaan ini berlanjutan selama 3 minggu.

Chap Goh Mei Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 selepas tahun baru yang juga
merupakan hari terakhir sambutan Tahun Baru cina.
Perayaan Ching Ming Perayaan ini diraikan pada hari terakhir bulan kedua dalam tahun lunar.
Pada hari ini, kaum keluarga melawat kubur nenek moyang untuk
dibersihkan dan bersembahyang.
Perayaan Hantu Lapar Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan ketujuh. Perayaan
ini lebih popular di Pulau Pinang. Hari ini diraikan sempena ingatan
terhadap seseorang bernama Mu Lien yang juga dikenali sebagai Ti
Tsang Wang yang menyelamatkan ibunya daripada syaitan-syaitan

70
Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

yang kelaparan.
Perayaan Kuih Bulan Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan kelima. Ia diraikan
sempena mengingati kejayaan kumpulan pemberontak yang
menentang pemerintahan kerajaan Mongol pada abad ke-14 di Negara
China. Kuih Bulan dijadikan alat untuk menyampaikan mesej dalam
intinya. Tanglung yang turut menjadi sebahagian daripada perayaan ini
sebenarnya mengambil daripada kegunaannya pada waktu itu yang
dijadikan sebagai medium isyarat dari puncak bukit ke puncak bukit
yang lain.

Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakkannya telah menggunakan pakaian moden yang bercirikan barat.
Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih digunakan hingga kini. Salah satu darinya ialah ‘samfoo’.
‘Samfoo’ terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar. Pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua. Sejenis
lagi ialah ‘cheongsam’.

Dari segi makanan, makanan asas bagi masyarakat Cina di negara ini ialah nasi. Namun, jenis makanan utama
terdiri daripada Kantonis, Hokkien, dan Szechuan. Jelas menunjukkan masyarakat Cina mempunyai identiti atau
budaya mereka tersendiri. Budaya yang diamalkan jauh berbeza daripada budaya masyarakat tempatan dan kaum
pendatang yang lain.

2.3 KAUM INDIA

Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi mereka yang tersendiri. Kebudayaan kaum
ini juga dibawa dari tanah asal mereka dan kini kebudayaan mereka turut mengalami asimilasi dengan budaya
tempatan. Masyarakat india juga terkenal dengan sistem Hierarki Sosial atau sistem kasta yang menjadi pengenalan
kepada masyarakat mereka.

Sistem Hierarki Sosial Masyarakat India

Masyarakat India mempunyai berbagai-bagai perayaan. Tiga jenis perayaan utama ialah Deepavali, Thaipusam dan
Thai Ponggal. Selain dari itu, masyarakat Hindu juga merayakan beberapa perayaan lain yang diraikan di kuil-kuil
tertentu di seluruh negara.

71
Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

Perayaan Huraian

Deepavali Perayaan ini juga dipanggil perayaan lampu. Diraikan dalam bulan ’Kartikal’ dalam
agama Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.
Masyarakat India meraikan hari ini sebagai simbol keterangan yang boleh
menghalau kuasa jahat (kegelapan). Disebelah pagi pada hari perayaan ini,
mereka akan bangun dan mandi dengan minyak wangian, mengenakan pakaian
baru dan bersembahyang ataupun ke kuil.

Thaipusam Thaipusam ialah perayaan yang mula dirayakan di Tamil Nadu (India selatan).
Namanya diambil daripada bahasa tamil sendiri iaitu Thai (selalunya merujuk pada
bulan Januari atau Febuari) dan Pusam (perayaan). Perayaan ini sering diraikan
secara besar-besaran di tiga buah kuil utama Balathandayuthabani di Pulau
Pinang dan kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, Selangor dan Kuil Sri
Subramaniam di Ipoh. Masyarakat Hindu biasanya membayar nazar pada
perayaan ini.

Thai Ponggal Perayaan ini merupakan perayaan penuai atau petani. Ia dirayakan pada awal
bulan ‘Thai’,. Perayaan ini kurang disambut di bandar,tetapi masih diraikan oleh
masyarakat India yang tinggal di ladang-ladang atau estet-estet.

Dari segi pakaian, golongan wanitanya kerap menggunakan ‘sari’ iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang
enam ela yang dililitkan dikeliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum lelaki pula
digelar ‘dhotis’ iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan ‘vesti’ atau ‘kurta’ iaitu pakaian putih
untuk ke kuil atau perayaan tertentu.

Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi ataupun roti-roti tertentu. Antara jenis roti yang popular ialah
‘chappati’, ‘parratta’ dan ‘puri’. Nasi dan roti dimakan bersama dengan kari atau dal. Masyarakat India tidak makan
daging babi dan lembu.

3.0 KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

Menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk ialah masyarakat yang hidup berdampingan, tetapi berlainan dalam satu
entiti politik. Walaupun pendapat Furnival itu mengambil contoh Burma dan Indonesia tetapi sebenarnya perkara
yang sama juga turut berlaku di sekitar Tanah Melayu.

Dengan kata lain, pendapat Furnival itu dapat difahami sebagai satu masyarakat yang hidup bersama tetapi tidak
bersatu. Setiap kaum mempunyai bahasa, budaya, agama dan nilai pemikiran yang berbeza. Setiap perhubungan itu
lebih bersifat ekonomi iaitu dalam urusan jual beli.

72
Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

Masyarakat pelbagai kaum yang tidak lagi dicirikan oleh perbezaan yang besar di kalangan mereka. Ini bermakna
masyarakat kepelbagaian mempunyai ciri-ciri yang berlawanan dengan ciri-ciri masyarakat majmuk.

Ciri-ciri masyarakat majmuk adalah seperti:

i. Pelbagai jenis manusia


ii. Bercampur tetapi tidak bersatu
iii. Berdekatan tetapi berpisah dalam sistem politik yang sama atau penempatan berasingan
iv. Berpegang kepada budaya, agama, bahasa, idea, dan kaedah sendiri
v. Bergaul tetapi tidak bercantum
vi. Pengasingan pekerjaan mengikut kaum

Masalah integrasi nasional

A. Tahap Hubungan Kaum

INTEGRASI RENDAH INTEGRASI TINGGI

SEGREGASI AKOMODASI AKULTURASI ASIMILASI AMALGAMASI

Segregasi
Merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku
dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengankutan dan
kemudahan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang (de jure) atau tidak didasari
oleh undang-undang (de facto). Contoh segregasi De Jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di afrika
selatan.

Akomodasi
Ia merupakan proses di mana etnik-etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu dengan yang lain namun
mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.Walaubagaimanapun mereka hiudp secara harmoni
dan menghormati antara satu sama lain. Diperingkat pemerintahan pusat, setiap etnik menghantar wakil yang
mewakili etnik masing-masing. Namun dalam institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan mereka adalah paling
bergantungan antara satu dengan lain. Negara Swirzerland adalah contoh negara yang mempunyai hubungan etnik
bersifat akomodasi di mana etnik di dalamnya seperti etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian
antara satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman.

Akulturasi

73
Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

Ia merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai asimilasi budaya, ia terjadi apabila manusia dalam
kumpulan minoriti menerima norma, nilai, dan pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti. Proses ini
merupakan proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur
budaya asal.

Asimilasi
Ia merupakan satu proses yang kadang kala dinamakan sebagai asimilasi struktur untuk membezakannya daripada
akulturasi atau asimilasi budaya. Konsep asimilasi menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat dominan
melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza iaitu berdasarkan
kepada perbezaan fizikal dan darjah sejauhmana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.

Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan
ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik
atau ras.

B. Teori Hubungan Kaum

Prasangka
Merupakan sikap terhadap kumpulan-kumpulan lain yang berasaskan generalisasi umum (stereotaip). Masalah ini
wujud kerana sekalipun ada maklumat baru yang positif mengenai kumpulan lain, prasangka yang sedia ada sukar di
ubah.

Perkauman
Ia merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri. Dalam negara kita, fenomena ini wujud dengan agak
jelas dalam bidang ekonomi, politik dan sosial atau kebudayaan di mana satu-satu kumpulan etnik mementingkan
orang-orang kumpulanya sendiri. Sikap perkauman mudah menghasilkan hubungan yang tegang dan jarak sosial di
antara individu-individu atau kelompok yang berlainan etnik.

Etnosentrisme
Ia merujuk kepada kepercayaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah lebih agung daripada unsur-unsur
budaya lain. Kerana ada kepercayaan begini, apa juga unsur-unsur budaya dan manifestasi budaya lain. Kalau
berbeza daripada yang terdapat dalam budaya sendiri akan dianggap salah, tidak baik, dan mungkin
membahayakan.

Penyebab Dan Penghalang Integrasi

Kejahilan tentang kumpulan-kumpulan etnik lain

74
Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

Proses pemasyarakatan yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri

Politik perkauman

Perbezaan sosio ekonomi

Perbezaan kebudayaan

Segregasi atau pemisahan fizikal

4.0 USAHA KE ARAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Usaha Politik

• Perlembagaan - menjurus kesamarataan kaum seperti hak istimewa orang Melayu dan kerakyatan bagi
pihak lain.

• Akta - menjaga persefahaman kaum seperti akta hasutan mencegah individu membangkitkan isu sensitif

Usaha Ekonomi

• Wujudkan usahawan Melayu – berikan pinjaman, lesen dan kontrak pekerjaan.

• Agensi kerajaan – PERNAS, MARA , UDA. Bantu Melayu dalam perniagaan. Bantu dapatkan 30% modal
negara.

• Pembahagian harta – kuota perumahan. Galakkan Melayu beli saham kerajaan seperti ASB dan ASN.

• Peluang pekerjaan – galakkan pelabur membina banyak kilang.

• Agensi pembangunan – FELDA, FELCRA, RISDA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH. Untuk


pertingkatkan kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat.

Usaha Sosial

• Kurikulum pendidikan diubahsuai.

• Konsep kebudayaan Nasional – 1971 untuk wujudkan identiti nasional. Berasaskan kebudayaan Melayu
dan menerima unsur-unsur kebudayaan lain.

• Bahasa Melayu- sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar pendidikan.

• Agensi – Jabatan Perpaduan Negara, KEMAS, Rukun Tetangga. Jabatan Perpaduan Negara di
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

75
Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

5.0 RUKUN NEGARA

Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13
Mei 1969. Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara (MPN).

Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi dinegara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN iaitu 27 januari
1970 dan diisytiharkan pada 31 Ogmatkos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong.

5.1 Objektif Rukun Negara

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat


2. Memelihara cara hidup demokratik.
3. Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama.
4. Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing-masing.
5. Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.

5.2 PRINSIP RUKUN NEGARA

Penghayatan prinsip-prinsip yang baik oleh semua rakyat Malaysia akan membantu kepada pencapaian masyarakat
Malaysia yang bersatu padu.

a. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

• Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana ketiadaan agama meruntuhkan keperibadiaan
seseorang serta sesebuah bangsa dan negara.

• Kaum di Malaysia menganut pelbagai agama seperti Islam,Buddhisme,Taoisme,


Confucianisme, Kristian,dan lain-lain.

• Dapat membimbing tindakan seseorang  untuk berbuat baik dan menghindari perbuatan jahat serta
mengenali dosa dan pahala.

b. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan iaitu Seri Paduka
Banginda Yang di-Pertua Agong sebagai Ketua Negara. Prinsip ini menekankan kesetiaan rakyat kepada
ketua Negara dan negeri masing-masing.
• Pegangan yang teguh kepada prinsip ini dipercayai dapat melahirkan rakyat seperti berikut:
i. menghormati harta awam
ii. menghormati symbol-simbol kedaulatan Negara

76
Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

iii. mematuhi undag-undang


iv. produktif
v. berusaha meningkatkan nama baik Negara.
vi. sanggup menyumbangkan masa dan tenaga untuk pembangunan masyarakat dan negara
vii. Setia dan sanggup mempertahankan Negara daripada ancaman luar
vii. mengutamakan kebaikan masyarakat dan Negara tanpa perajaan prejudis.

c. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• Malaysia mempunyai perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi dalam Negara. Prinsip ini
menekankan agar rakyat menerima dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan Malaysia.

• Perlembaagn menyatakan beberapa aspek yang perlu dipatuhi iaitu:

i. Konsep Raja Perlembagaan


ii. Jaminan terhadap kedudukan kaum Bumiputera dan bukan bumiputera
iii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perkembangan bahasa lain
iv. Agama Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama lain
v. Hak asasi dan kerakyatan

d. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

 Undang-undang adalah penting untuk keharmonian masyarakat. Setiap rakyat adalah sama tarafnya dari
segi undang-undang.

 Undang-undang perlu dipatuhi untuk mematikan kedaulatannya terpelihara supaya masyarakat dapat
membangun serta hidup secara aman dan harmoni.

e. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

 Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat untuk memastikan
rakyat sentiasa bersopan-santun dan bertatasusila.
 Prinsip ini berkaitan dengan tutur kata yang lembut untuk menjamin hubungan baik antara kaum terus kekal.
 Perbentukan masyarakat berbilang kaum yang harmoni dapat dilahirkan sekiranya rakyat berakhlak mulia,
saling menghormati dan tidak menyentuh hal-hal sensitif.

RUMUSAN
Kedatangan kaum Cina, India dan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu telah membentuk
masyarkat Malaysia pada haru ini iaitu wujudnya kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Semua kaum perlu
mengambil peluang dan berusaha untuk mengenali antara satu sama lain. Dalam sebuah negara yang berbilang
kaum, setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Justeru, setiap
kaum perlu saling bekerja sama dan menghargai peranan kaum-kaum yang lain.

77
Topik 4: Kemasyarakatan dan Perpaduan

KATA KUNCI
Sistem Kasta
Asimilasi
Amalgamasi
Akomodasi
Akulturasi
Segregasi
Integrasi
Etnosentrisme
13 Mei 1969
Mageran
MPN
Demokratik
Tatasusila

SEMAK KENDIRI 4.1


1. Nyatakan maksud bagi perayaan berikut:
i. Tahun Baru Cina
ii. Deepavali
iii. Thai Ponggal

2. Senaraikan TIGA (3) kesenian yang menjadi amalan dan budaya


masyarakat Melayu.

3. Berikan TIGA (3) amalan dan adat resam yang diamalkan oleh
masyarakat Cina di Malaysia.

4. Sebagai seorang warganegara Malaysia, apakah harapan anda


terhadap komposisi kaum di Malaysia pada masa akan datang.
RUJUKAN
Asnarul Hadi Abu Samah, Nazaruddin Mohd Jali & Ismail Hj. Mohd Rashid (2010), Pengajian Malaysia Edisi Kedua,
Kuala Lumpur, Penerbit Prentis Hall.

Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin (2014), Pengajian Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbit Oxford Fajar

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin et al (2011), Kenegaraan & Ketamadunan, Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti

http://pmr.penerangan.gov.my capaian pada 20 Oktober 2017

http://www.rurallink.gov.my capaian pada 20 Oktober 2017

78

You might also like