You are on page 1of 17

Memerhati

(Kaedah Pengumpulan
Data)
Dr. Hairul Faiezi B.Lokman
Temu Bual
Terdapat tiga jenis temu bual yang boleh digunakan iaitu:
1. Temu bual berstruktur
2. Temu bual semi berstruktur
3. Temu bual tidak berstruktur

Saya sarankan buat temu bual semi berstruktur. Bagaimana?

1. Bina fokus soalan berdasarkan Kepada persoalan kajian.


2. Kemudian daripada soalan yang telah dibina temu bual lah pelajar dan buat
rakaman terhadap temu bual yang dilakukan.
3. Setelah rakaman temu bual dibuat, anda perlu melakukan transkripsi iaitu
menulis hasil perbualan yang diberikan oleh murid ke dalam Microsoft
Word
4. Setelah transkripsi dibuat Anda perlu menyaring data berkenaan dengan
persoalan Kajian yang diutarakan ada tak analisis temu bual yang dilakukan
menunjukkan ianya menjawab persoalan kajian. Sila highlightkan atau
tandakan
5. Tuliskan dapatan temu bual dengan memuat naik dapatan-dapatan
TEMU BUAL
Contoh:

Objekti kajian :

1. Pelajar dapat mengingati lima orang tokoh dan dua persatuan dengan tepat dalam bab Gerakan
Nasionalisme di Indonesia.

Bina Fokus soalan temu bual semi berstruktur :

1. Melalui komik rumus PHTMK, Apakah yang anda perolehi?


2. Apakah yang anda faham selepas belajar melalui komik rumus.PHTMK
3. Dapatkah anda mengingati lima orang tokoh selepas menggunakan kaedah ini?
4. Kemudian Adakah anda dapat Mengingati juga persatuan selepas menggunakan kaedah yang
telah diberikan?
Contoh transkripsi
Pengkaji : Assalamualaikum hari ini Cikgu nak temu bual awak. Awak sihat?
Pelajar 1 : Sihat cikgu duduk di rumah ni asyik makan je….. Tak ada pun buat apa-apapunlah….
Pengkaji : Baik minggu lepas cikgu ada berikan berkenaan dengan kaedah menggunakan komik
rumus Pak
Herman Tak Makan Ke Tentang bab gerakan nasionalisme Di Indonesia. Melalui komik
rumus
PHTMK, apakah yang awak perolehi?
Pelajar 1 : emmmm. Kaedah tu seronok cikgu… saya dapat belajar benda yang baharu. Kalau dulu
susahlah
nak kena ingat…. nak kena baca…. Banyakkan. Kadang tu selaluje lupa. Kira baguslah benda
tu.
Pengkaji : Bagus macam mana tu boleh awak terangkan tak?
Pelajar : emmmm yalah bila saya dah tahu kaedah tu saya boleh ingat apa yang cikgu ajar berkenaan
dengan gerakan nasionalisme tu
Pengkaji : Oh ya ke? Jadi apakah yang anda faham selepas belajar melalui komik rumus PHTMK?
Pelajar 1 : Bila saya dah belajar tentang rumus ni saya boleh ingat dan tahu beberapa orang tokoh di
antaranya
Contoh Highlight/ Tanda
Pengkaji : Assalamualaikum hari ini Cikgu nak temu bual awak. Awak sihat?
Pelajar 1 : Sihat cikgu duduk di rumah ni asyik makan je….. Tak ada pun buat apa-apapunlah….
Pengkaji : Baik minggu lepas cikgu ada berikan berkenaan dengan kaedah menggunakan komik rumus Pak
Herman Tak Makan Ke Tentang bab gerakan nasionalisme Di Indonesia. Melalui komik rumus
PHTMK, apakah yang awak perolehi?
Pelajar 1 : emmmm. Kaedah tu seronok cikgu… saya dapat belajar benda yang baharu. Kalau dulu susahlah
nak kena ingat…. nak kena baca…. Banyakkan. Kadang tu selaluje lupa. Kira baguslah benda
tu.(TBP1B7)
Pengkaji : Bagus macam mana tu boleh awak terangkan tak?
Pelajar : emmmm yalah bila saya dah tahu kaedah tu saya boleh ingat apa yang cikgu ajar berkenaan
dengan gerakan nasionalisme tu
Pengkaji : Oh ya ke? Jadi apakah yang anda faham selepas belajar melalui komik rumus PHTMK?
Pelajar 1 : Bila saya dah belajar tentang rumus ni saya boleh ingat dan tahu beberapa orang tokoh di
antaranya
ialah Suharto, Marjono dan Muhammad. (TBP1B13)
Pengkaji : Siapa lagi Awak ingat tak?
Menulis dapatan temu bual
Berdasarkan analisis temu bual yang dilakukan kepada pelajar-pelajar menunjukkan bahawa mereka telah dapat
mengingat Lima orang tokoh Gerakan nasionalisme Indonesia setelah menggunakan rumus PTHMK yang
diperkenalkan oleh pengkaji di dalam kajian. Buktinya pelajar 1 ada menyatakan bahawa melalui kaedah rumus
yang telah beliau pelajari beliau merasa senang untuk mengingati tokoh-tokoh dalam gerakan nasionalisme.
Berikut adalah petikan temubual murid tersebut:

Kalau dulu susahlah nak kena ingat…. nak kena baca…. Banyakkan. Kadang tu selaluje lupa. Kira
baguslah benda tu. (TBP1B7)

Pelajar tersebut juga dapat menyebut kelima lima tokoh apabila pengkaji menyoal adakah beliau mengingati
tokoh-tokoh setelah menggunakan kaedah tersebut. Walaupun pada peringkat awal beliau hanya menyatakan
tiga orang, namun akhirnya beliau boleh menyebut kelima-lima tokoh tersebut dengan baik. Berikut adalah
petikan temu bual bersama murid tersebut:

…saya boleh ingat dan tahu beberapa orang tokoh di antaranya ialah Suharto, Marjono dan
Muhammad…(TBP1B13)

emmmmm…. ingat di samping itu Sameon dan Yuhardo.(TBP1B15)


Analisis Dokumen
• Analisis dokumen merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang dijadikan sebagai Kaedah
untuk kita mendapatkan data Contohnya buku latihan pelajar, kertas peperiksaan, bahan
daripada internet di kerja kursus pelajar mahupun sebarang latihan yang digunakan yang
berbentuk catatan atau pun maklumat pemarkahan.
• Kaedahnya ialah :
1. Kumpulkan bahan-bahan yang ingin dianalisis Contohnya kalau kita ingin menganalisis
tentang keputusan pencapaian pelajar bolehnya kita fotostat ataupun kita simpan bahan-
bahan tersebut. Labekan bahan tersebut
2. Berdasarkan kepada analisis dokumen yang disimpan tersebut ada tak benda-benda
tersebut yang dapat menjawab persoalan kajian? Kalau ada jadikannya ia satu sokongan
dapatan. Highlightkan atau tandakan pada bahagian yang membuktikan ianya adalah
perkara yang anda rasa menyokong prersoalan kajian anda.
3. Bagi membuktikan anda perlulah memberikan potongan jawapan tersebut dan
diletakkan di dalam pelaporan.
ANALISIS DOKUMEN

Kumpulkan bahan

ADLTP1 ADLTP2
ADLTP3
ANALISIS DOKUMEN

Kumpulkan bahan

ADLTP1 ADLTP2
ADLTP3
Contoh penulisan analisis dokumen
Berdasarkan kepada analisis dokumen melalui latihan mingguan kepada pelajar, pelajar telah dapat
menyenaraikan kelima-lima tokoh nasionalisme Indonesia dengan baik setelah intervensi pelaksanaan
kajian tindakan dilakukan. Jawapan yang diberikan pelajar jelas menunjukkan mereka telah dapat
menguasai nama-nama tokoh tersebut dengan baik. Berikut adalah tangkap layar latihan Pelajar 2
dan Pelajar 3 melalui penggunaan Google Form :

(ADLTP2)

(ADLTP3)
Pemerhatian
Proses pemerhatian adalah proses meninjau perlaksanaan samada sebelum,
semasa dan selepas perlaksanaan tindakan dilakukan. Ianya memerlukan para
pengkaji melihat dan membuat pemantauan setiap perkara dalam sebuah
proses pemerhatian.

Berikut adalah langkah membuat pemerhatian:


1. Dalam proses pemerhatian, anda dikehendaki membuat borang senarai semak
terlebih dahulu. Borang tersebut haruslah di sedikan lebih awal. Tumpuan senarai
pemerhatian sudah tentulah berdasarkan kepada objektif kajian.
2. Kemudian semasa sesi pemerhatian dilakukan sila catat semua perkara yang
dilihat. Fokus pemerhatian ialah terhadap objektif kajian.
3. Selepas siap mencatat, tandakan isi-isi penting dan labelkan untuk tujuan rujukan.
PEMERHATIAN
Contoh (Pn Farizyan)
Objektif : Murid dapat mengenal huruf tunggal jawi dengan betul.

Borang Pemerhatian
Perkara/Situasi Catatan
Guru mengajukan soalan
secara spontan
Guru memberikan latihan
kepada murid
Semasa murid menjawab
soalan
Selepas tamat sesi soalan
PEMERHATIAN
Contoh (Pn Farizyan)
Objektif : Murid dapat mengenal huruf tunggal jawi dengan betul.

Borang Pemerhatian
Perkara/Situasi Catatan
Guru mengajukan 10 daripada 12 murid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan
soalan secara spontan. Mereka jawab laju dan cepat. Nampaknya mereka dah faham dan
spontan kenal huruf huruf jawi yang diberikan.
Guru memberikan Murid tenang dan bersedia untuk jawab. Dulu kalau diberi latihan semua
latihan kepada murid mengeluh sekarang namapknya semua ok. Semua tenang nak jawab
Semasa murid Semua murid jawab dengan cepat. Walaupun masa diberkan 20 minit ada 3
menjawab soalan orang siap dalam masa 10 minit sahaja. Selain itu ada yang siap selama 15
minit. Semua jawab dengan tenang dan dapat mengisi soalan tentang
huruf-huruf jawi.
Selepas tamat sesi
soalan
PEMERHATIAN
Contoh (Pn Farizyan)
Objektif : Murid dapat mengenal huruf tunggal jawi dengan
betul.

Perkara/Situasi Borang Pemerhatian


Catatan
Guru mengajukan 10 daripada 12 murid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan
soalan secara spontan. Mereka jawab laju dan cepat. Nampaknya mereka dah faham dan
spontan kenal huruf huruf jawi yang diberikan.
(PMGAS)
Guru memberikan Murid tenang dan bersedia untuk jawab. Dulu kalau diberi latihan semua
latihan kepada mengeluh sekarang namapknya semua ok. Semua tenang nak jawab
murid
(PMGBL)
Semasa murid Semua murid jawab dengan cepat. Walaupun masa diberkan 20 minit ada 3
menjawab soalan orang siap dalam masa 10 minit sahaja. Selain itu ada yang siap selama 15
(PMMJS) minit. Semua jawab dengan tenang dan dapat mengisi soalan tentang huruf-
huruf jawi.
Contoh Penulisan Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, 10
daripada 12 murid telah dapat menjawab soalan yang diberikan
secara spontan sebelum sesi ujian diberikan (PMGAS). Hal ini
menunjukkan murid telah bersedia tentang kemahiran mengenal
jawi. Semasa ujian berlangsung, keemua murid dapat menjawab
soalan dengan cepat. Walaupun masa diberkan hanyalah 20 minit
namun3 orang murid telah dapat menyiapkan soalan dalam masa
10 minit sahaja. Selain itu ada yang dapat menyiapkan soalan
selama 15 minit (PMMJS). Ini menunjukka penguasaan murid
terhadap kemahiran mengenal jawi telah berjaya dipertingkatkan
setelah kajian tindakan ini dilaksanakan
.
Jurnal Refleksi / Diari
Selamat maju jaya

You might also like