You are on page 1of 2

Intro

Sosialisme adalah fahaman yang bertujuan membentuk negara yang makmur dengan usaha
memberi sumber kekayaan kepada rakyat dengan sama rata dan seadilnya. Selain itu,
sosialisme juga ialah sistem ekonomi dan politik populis berdasarkan pemilikan awam (juga
dikenali sebagai pemilikan kolektif atau bersama) alat pengeluaran. Cara tersebut
termasuklah mesin, alatan dan kilang yang digunakan untuk menghasilkan barangan yang
bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia secara langsung. Penyokong sosialisme
percaya bahawa ia membawa kepada pengagihan barangan dan perkhidmatan yang lebih
sama rata dan masyarakat yang lebih saksama.

Tokoh Sejarah
1 ) Robert Owen dianggap sebagai pengasas Gerakan koperasi di Britain. Beliau adalah
seorang sosiolis pertama yang berasal dari wales. Beliau kemukakan bahawa sepatutnya
pekerja adalah tuan kepada syarikat tempat mereka sendiri bekerja. Ini adalah supaya
pekerja dapat berkongsi kenikmatan dan keuntungan sesama mereka. Pada tahun 1825,
Robert Owen membeli sebuah bandar di Indiana, Amerika Syarikat (AS) yang dinamakan
New Harmony. Bandar itu menjadi eksperimen sosialnya untuk menerapkan idea Owen
tentang sosialisme. Idea komuniti kecil ini kemudiannya menjadi pelopor kepada konsep
koperasi yang kita kenali sekarang. Beliau mengajar kepentingan meningkatkan ekonomi
semua lapisan masyarakat dan menyelesaikan masalah yang timbul antara kapitalis dan
pekerja melalui pelbagai dasar yang boleh mengawal kemunculan ketidaksamaan ekonomi
dan kecemburuan sosial.
2) Henri de Saint ialah seorang sosialis Perancis yang terkenal dengan teori falsafahnya dan
asas pemikiran yang mempengaruhi ahli falsafah abad ke-19. Beliau menganjurkan satu
bentuk sosialisme teknokratik, di mana ekonomi diurus dan dipimpin oleh industrialis dan
pakar yang dilantik secara merit. Beliau percaya penyusunan itu akan menyebabkan
masyarakat negara bekerjasama dan ini dapat memajukan teknologi supaya kemiskinan
tidak melanda golongan bawahan. Beliau merasakan bahawa saintis atau orang dari badan
saintifik atau bukan gereja harus menjadi pemimpin dalam masyarakat. Beliau memegang
kepercayaan bahawa orang yang produktif dalam masyarakat berhak untuk berkuasa.
3) Karl Marx adalah seorang ahli falsafah Jerman, pengkritik ekonomi politik, ahli ekonomi,
ahli sejarah, ahli sosiologi, ahli teori politik dan wartawan. Dilahirkan di Trier, Jerman.
Menurut pandangan karl marx, pemilik ladang akan dapat keuntungan yang lebih
berbanding dengan pekerja yang bekerja keras, beliau merasakan ketidakadilan. Beliau
menggelar pemilik ladang tersebut sebagai Bourgeoisie yang akan mendapat lebih
penguasaan berbanding dengan pekerjanya yang beliau gelarkan sebagai Proletriat. Bagi
membetulkan ketidakadilan ini, beliau merasakan masyarakat perlu beralih ke sebuah
pandangan baharu iaitu pekerja yang sebaliknya mempunyai kuasa berbanding pemilik
dengan secara kolektif mengawal pengeluaran.
References
1) https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/12/sosialisme/
2) https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-6081728/sejarah-paham-sosialisme-latar-
belakang-tokoh-dan-ciri-cirinya
3) https://iluminasi.com/bm/komunisme-vs-sosialisme-vs-kapitalisme-apa-kaitan-dan-
perbezaannya.html

You might also like