You are on page 1of 3

CURRENCY STRENGTH METER (CSM) – CSM Master

INDIKATOR KEKUATAN MATAWANG

Salam sejahtera semua sahabat traders yang dikasihi. CSM ini saya buat sejak Nov 2014 selepas tamat
pengajian advance bersama cikgu Oma Ally (terima kasih tidak terhingga buat cikgu, moga sentiasa
sihat dan bahagia, luas rezeki dan panjang usia, aamiin), sebelum ini ada satu indikator lagi
SakaExtreme – alert untuk Xtreme/CSA/RE .. insya’Allah saya akan upgrade sesuai trend masa kini.
Cikgu Oma Ally sangat berminat menggunakan indikator ini, dan ramai rakan rakan lain juga
berminat. CSM (KamnFx) ini adalah percuma, jika anda ingin mendapatkannya terus hubungi saya
Jafrid @ KamnFx +60168247468.

CSMPro kini berwajah baru dan lebih mudah digunakan.

Versi baharu dilengkapi dengan bebutang Timeframe, anda hanya perlu menekan butang timeframe
yang diingini untuk memaparkannya bacaan kekuatan matawang pada timeframe tersebut. Versi ini
juga terbuka kepada mana mana timeframe dari M1 hingga ke MN, berbanding versi lama hanya pada
timeframe M1 hingga D1 sahaja.

Penggunaan bebutang lebih mesra pengguna, mudah serta lebih efisien. Jika anda menyusunnya
seperti gambar di atas, anda boleh melihat kekuat matawang tertentu di timeframe tertentu, gabungan
bacaan ini dan BBMA-OA anda boleh melihat matawang yang trending, MHV, Xtreme, RE. Penelitian
berpanjangan memahirkan anda menggunakan CSM secara lebih jitu, tepat dan selamat.

Versi baharu juga boleh mengaktifkan notifikasi ke MT4 android/iPhone anda dengan setup yang
mudah.
CARA MEMASANG CSMPro-Master

Salin CSMPro-Master.ex4 ke folder Indicators.


Buka MT4 FXTM, klik menu File > Open Data Folder, kemudian klik MQL4 > Indicators. Paste
indicator CSMPro-Master.ex4 di folder ini. Close file browse anda.

Pergi ke MT4 bahagian Navigator, dan pilih Indicators dan expand kan. Klik kanan mouse, pilih
Refresh. Selepas selesai refresh, anda seharusnya boleh melihat CSMPro-Master sudah tersenarai di
dalam indicators. Klik dan drag indikator ini ke mana mana chart.

Anda perlu Show All semua pairs, klik kanan bahagian pairs dan pilih Show All. Jika ini adalah kali
pertama anda mengaktifkan CSM, biar seketika untuk update bacaan. Update selesai jika bacaan yang
dipaparkan tidak melebihi daripada 10. Default strength yang dipaparkan ialah D1, anda boleh
memilih mana mana TF dengan mengelik mana mana bebutang TF.

Perlu ingat bahawa update akan berlaku setiap kali ada tick, anda boleh kenalpasti tick dengan melihat
simbol © dan ® yang berubah warna. Saya syorkan anda memasang di chart/pair yang aktif dan setiap
chart/pair dengan satu TF.

CARA MEMASANG NOTIFIKASI

Dapatkan dulu MQID anda, buka MT4 android/iPhone, tap simbol ≡ dan pilih Messages. Di bahagian
atas tengah, anda lihat butang MQID, tap butang ini. Anda akan lihat My ID : xxxxxxxx. Salin ID ini.

Pergi ke MT4 PC/Laptop, menu Tools > Options dan pilih Notification

Tandakan Enable Push Notifications, dan masukkan ID anda di ruang MetaQuotes ID, klik Test. Satu
mesej test akan dihantar ke MT4 android anda. Jika berjaya, klik OK.
Buka Indicator Inputs, dan setting seperti ini:
Aktifkan Alert ke MT4 = true
Hantar Alert Selang Minit = 5 (bermaksud setiap 5 minit)
Alert CSM TF = 1 Day (bermaksud CSM di TF D1)

Pastikan HANYA satu chart/pair sahaja anda setting Alert kepada TRUE.

Untuk sentiasa menerima notifikasi, PC/Laptop mestilah ON. Sebagai alternatif, anda boleh gunakan
VPS. Saya syorkan anda menyewa VPS di SocialVPS, harga murah dan efisien, saya telah
menggunakannya lebih daripada 4 tahun, setakat ini saya tidak menghadapi masalah. Pembayaran
juga boleh melalui Local Bank Transfer ke Maybank2U atau BSN.

Anda boleh register di SocialVPS melalui link ini :


https://socialvps.net/client/aff.php?aff=467

Anda boleh hubungi saya di +60168247468 (telegram/whatsapp sahaja) untuk sebarang pertanyaan
mengenai CSMPro dan VPS.

CARA MEMASANG CSMPro-Client

Cara pasang adalah sama dengan cara memasang CSMPro-Master, hanya kegunaan sahaja yang
berbeza. CSMPro-Client dipasang di MT4 dari broker berlainan, tetapi anda masih perlu memasang
CSMPro-Master. CSMPro-Master akan menghantar data ke CSMPro-Client dan akan dipaparkan.

Sekian, terima kasih.


Moga anda sukses.

“INDIKATOR CSMPro-Master ADALAH ALAT BANTU TRADING SAHAJA, IA BUKANLAH SIGNAL


UNTUK TRADE. ANDA DINASIHATKAN MEMBUAT KAJIAN, PENELITIAN DAN UJIAN
SEBELUM MENGGUNAKAN CSMPro. SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS APA JUGA
KERUGIAN YANG DIALAMI, DAN ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA SEGALA
RISIKO DENGAN MENGGUNAKAN INDIKATOR INI”

You might also like