You are on page 1of 15

8/4/2022

DEFINISI MELAYU
MENURUT TAFSIRAN
ENAKMEN-ENAKMEN
RIZAB MELAYU
Oleh :
Profesor Madya Sr Dr. Mohd Hasrol Haffiz Bin Aliasak
Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar
14 April 2022

Pendahuluan
• Secara umumnya, komuniti Melayu merupakan suatu bangsa yang mendiami
dan bermastautin di negara-negara sekitar Asia Tenggara.
• Terdapat dua kategori utama masyarakat Melayu iaitu Melayu dan Malayan.
• Tafsiran atau definisi Melayu ini terdiri daripada dua kelompok utama yang
mempunyai persamaan dari segi pertuturan dan amalan kebudayaan.
• Dalam konteks yang lebih umum, terdapat dua kumpulan utama etnik
peribumi di Alam Melayu iaitu Melayu dan Orang Asli (indigenous) yang juga
merupakan sebahagian daripada kelompok Malayan.
• Kawasan dominasi Melayu ialah :
• Pulau Sumatera (kini menjadi sebahagian daripada Negara Kesatuan
Republik Indonesia)
• Semenanjung Melayu (terdiri daripada wilayah-wilayah yang dikenali
sebagai Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura)
• Kawasan Pesisiran Pantai Pulau Borneo (Kawasan yang pernah
menjadi sebahagian daripada Kesultanan Melayu Melaka dan
Kesultanan Melayu Johor-Riau).

1
8/4/2022

2
8/4/2022

• Terdapat tiga perundangan awal pemilikan


tanah adat Melayu sebelum perwartaan ERM,
iaitu :-
• Ordinan Hak Tanah Adat Melaka 1886 :
meliputi Tanah Adat Melaka dan Tanah Adat
Undang-Undang Naning. Telah dimansuhkan dan digantikan
dengan Bahagian VIII, Akta Kanun Tanah
Pemilikan Tanah Negara (Hakmilik-Hakmilik Pulau Pinang dan
Adat Melayu Melaka) 1963.
Sebelum Enakmen • Seksyen 6, Kanun Tanah Selangor 1891 :
Rizab Melayu (ERM) Petempatan Pertanian Melayu Kg. Bharu,
Kuala Lumpur.
• Enakmen Pegangan Adat 1909 : Tanah Adat
Perpatih di Negeri Sembilan. Dimansuhkan
dan digantikan dengan Enakmen Pegangan
Adat 1926.

Undang-Undang Tanah Adat Melayu Terawal

3
8/4/2022

Tanah Rizab Melayu (TRM) : suatu


definisi
• Suatu bentuk pemilikan tanah yang secara
perundangan diperuntukkan kepada
orang Melayu mengikut definisi di dalam
undang-undang rizab Melayu yang sedang
berkuatkuasa di negeri-negeri Melayu
beraja dan bersultan.
• Kawasan Rizab Melayu merupakan
kawasan tanah yang telah diwartakan
sebagai kawasan simpanan Melayu
menurut undang-undang TRM yang
berkuatkuasa bagi negeri di mana tanah
tersebut terletak.

Sebelum 1900 Laporan Pemungut Hasil Tanah Daerah Kuala Lumpur


(1905-1906) : 32 keping tanah milik peribumi Melayu di
sekitar Daerah Kuala Lumpur telah dijual kepada bukan
Melayu disebabkan oleh ketidakmampuan pemilik Melayu
membayar cukai tanah kepada pihak berkuasa Inggeris di
Selangor.
Kronologi 1908 Mesyuarat Residen-Residen British di Kuala Lumpur : Mr.
Pembentukan D. G. Campbell (Residen British di Negeri Sembilan) dan Mr.
Brockman (Timbalan Residen British di Perak) membangkitkan
TRM di Negeri isu kehilangan milikan tanah peribumi Melayu di NMB

Melayu 1910 Arahan Setiausaha NMB : mengarahkan semua Residen


Bersekutu British untuk menjalankan siasatan dan melaporkan hasil
siasatan berkaitan isu pindahmilik tanah antara penjual
Melayu dan pembeli bukan Melayu.

1911 Laporan Siasatan 1911 : 754 lot tanah milik peribumi


Melayu telah dilupuskan kepada bukan Melayu di Perak
terutama kepada pemodal Eropah yang menawarkan harga
yang tinggi.

4
8/4/2022

Kronologi Pembentukan TRM di Negeri


Melayu Bersekutu
1911 Pengenalan Kepada Pendaftaran Tanah Adat : Tujuan untuk
menyekat sebarang bentuk penjualan tanah kepada bukan Melayu
tanpa kebenaran Pemungut Hasil Tanah. Tetapi gagal.

Rangka Kerja Undang-Undang Khas : Mr. Fredrick Belfield


iaitu Penasihat Undang-Undang NMB berdasarkan isu berbangkit
di dalam Mesyuarat Residen-Residen British pada tahun 1911.

1912 Rang Undang-Undang Rizab Melayu : diisytiharkan kepada


masyarakat awam pada April 1912 yang bertujuan untuk
melindungi kepentingan tanah masyarakat peribumi Melayu di
kawasan luar bandar

1913 Perwartaan Enakment Rizab Melayu 1913 : dikuatkuasakan


pada 1 Januari 1914 dan digunapakai di NMB yang terdiri
daripada negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang.

Warta Kerajaan NMB 1913 dan ERM pertama tahun 1913

5
8/4/2022

1913 Enakmen Rizab Melayu 1913 : Enakmen yang pertama diperkenalkan dan
dikuatkuasakan pada 1 Januari 1914 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

1930 Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 : diperkenalkan dan


dikuatkuasakan di Negeri Kelantan.

1931 Enakmen Rizab Melayu Kedah 1931 : diperkenalkan dan dikuatkuasakan


di Negeri Kedah.

1933 Enakmen Rizab Melayu (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Bab 142)


1933 : undang-undang baru TRM bagi NMB bagi menggantikan ERM 1913.

1935 Enakmen Rizab Melayu Perlis 1935 : diperkenalkan dan dikuatkuasakan


di Negeri Perlis. Perkembangan
1936 Enakmen Rizab Melayu Johor 1936 : diperkenalkan dan dikuatkuasakan
di Negeri Johor. ERM di Tanah
1941 Enakmen Rizab Melayu Terengganu 1941 : diperkenalkan
dan dikuatkuasakan di Negeri Terengganu. Melayu

Enakmen-enakmen
Rizab Melayu

6
8/4/2022

Pemakaian ERM di Negeri-Negeri Tanah


Melayu
Enakmen Rizab Melayu Perlis 1935

Enakmen Rizab Melayu Kedah 1931

Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930

Enakmen Rizab Melayu Terengganu 1941

Enakmen Rizab Melayu (Negeri-Negeri


Melayu Bersekutu Bab 142) 1933

Enakmen Rizab Melayu Johor 1936

Bangsa Melayu
Suatu Definisi

7
8/4/2022

Siapa Melayu?
• Dalam mentakrifkan seseorang tersebut merupakan
seorang Melayu, terdapat pelbagai tafsiran dan takrifan
yang berbeza iaitu menurut Artikel 160 Perlembagaan
Persekutuan dan Enakmen-enakmen Rizab Melayu.
• Perbezaan utama keduanya ialah, Perlembagaan
Persekutuan tidak menyentuh mengenai darah
keturunan suku Melayu manakala di dalam Enakmen-
enakmen Rizab meletakkan keturunan suku Melayu
yang pertama sebelum diikuti dengan Agama Islam dan
Adat Melayu.
• Namun begitu, kelebihan yang dimiliki oleh Enakmen-
enakmen Rizab ialah, tafsiran Melayu yang digunakan
mengatasi tafsiran Melayu di dalam Perlembagaan
Persekutuan sebagaimana yang telah digariskan di
dalam Artikel 89(6).

Perlembagaan
Persekutuan
• Perkara 160 mentakrif “Melayu” ialah seseorang
yang menganuti AGAMA ISLAM, LAZIMNYA
BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU,
MENGAMALKAN ADAT ISTIADAT MELAYU dan
• Lahir di PERSEKUTUAN atau SINGAPURA
sebelum MERDEKA atau ibu atau bapanya
atau salah satunya lahir di PERSEKUTUAN atau
SINGAPURA atau telah bermastautin
PERSEKUTUAN atau SINGAPURA pada hari
MERDEKA, atau
• Berketurunan MELAYU sama ada ibu atau
bapanya.

8
8/4/2022

Enakmen Rizab Melayu


1933 (FMS Cap. 142)
• Seksyen 2 mentakrif “Melayu”
adalah
• seseorang yang berketurunan
mana-mana suku MALAYAN
• bertutur dalam BAHASA MELAYU
atau mana-mana bahasa suku
MALAYAN, dan
• menganut AGAMA MUSLIM
(ISLAM).

Enakmen Rizab Melayu


Kelantan 1930 (Enakmen No.
18 Tahun 1930)
• Seksyen 3 mentakrif “Melayu” sebagai
• seseorang yang berketurunan mana-mana suku
MALAYAN
• bertutur dalam mana-mana bahasa suku
MALAYAN
• menganut agama MUHAMMAD (ISLAM) dan,
• mestilah termasuk (a) Majlis Ugama Islam, (b)
Pentadbir Rasmi yang bertindak sebagai
pentadbir atau pemegang amanah ke atas
harta pusaka bagi simati MELAYU.

9
8/4/2022

Seksyen 2,
Enakmen Tanah
Kelantan 1938
mengenai tafsiran
“Anak Watan
Kelantan”

Seksyen 9, Enakmen
Tanah Kelantan 1938
mengenai syarat
pemberimilikan tanah
oleh Kerajaan Negeri
Kelantan

Enakmen Rizab Melayu Kedah


1931 (Enakmen No. 63)
• Seksyen 2 mentakrif “Melayu”
sebagai
• seseorang yang BERAGAMA
MUSLIM (ISLAM)
• bertutur dalam BAHASA MELAYU
• sekurang-kurangnya salah seorang
ibu atau bapanya berketurunan
suku MELAYU atau ARAB.

10
8/4/2022

Kuasa Sultan Kedah isytihar “Melayu”

Enakmen Rizab Melayu Perlis 1935


(Enakmen No. 7 Tahun 1353)
• Seksyen 1 mentakrif “Melayu”
sebagai
• seseorang yang berketurunan
mana-mana suku MELAYU atau,
• seseorang berketurunan ARAB
• bertutur dalam BAHASA MELAYU
atau mana-mana bahasa suku
MALAYAN dan,
• menganut AGAMA MUSLIM
(ISLAM).

11
8/4/2022

Perbandingan Tafsiran Melayu antara ERM


Kedah dan ERM Perlis
Keturunan Anak
Keturunan Ibu Keturunan Bapa
ERM Kedah ERM Perlis
Melayu Melayu Melayu Melayu
Melayu Bukan Melayu Melayu Bukan Melayu
Melayu Arab Melayu Melayu
Arab Melayu Melayu Melayu
Arab Bukan Melayu Melayu Bukan Melayu
Arab Arab Melayu Melayu
Bukan Melayu Melayu Melayu Melayu
Bukan Melayu Arab Melayu Melayu
Bukan Melayu Bukan Melayu Bukan Melayu Bukan Melayu

Enakmen Rizab Melayu Johor 1936 (No. 1


Tahun 1936)

• Seksyen 2 mentakrif “Melayu” sebagai


• seseorang yang berketurunan Melayu atau mana-mana
suku MALAYSIAN
• bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana
bahasa suku MALAYSIAN,
• menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM) dan,
• lain-lain yang terkandung di dalam Jadual Kedua seperti
pihak berkuasa, lembaga, badan-badan, pertubuhan-
pertubuhan, persekutuan dan syarikat yang
disenaraikan.

12
8/4/2022

Enakmen Rizab Melayu


Terengganu 1941 (No. 17
Tahun 1360)
• Seksyen 2 mentakrif “Melayu” sebagai
• seseorang yang berketurunan mana-mana
suku MALAYAN
• bertutur dalam BAHASA MELAYU atau
mana-mana bahasa suku MALAYAN dan,
• menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM).

• Seksyen 94 mentakrif “Melayu” sebagai seseorang


yang menganut AGAMA ISLAM, bertutur dalam
BAHASA MELAYU, mengamalkan adat istiadat
MELAYU dan,
• sebelum MERDEKA telah lahir di
PERSEKUTUAN atau salah seorang ibu atau
bapanya telah lahir di PERSEKUTUAN atau
Akta Kanun Tanah telah bermastautin di PERSEKUTUAN,
• Berketurunan MELAYU sama ada ibu atau
Negara (Hakmilik- bapanya.
Hakmilik Pulau
Pinang dan
Melaka) 1963

13
8/4/2022

Perbandingan Definisi Melayu mengikut Negeri-Negeri

Rumusan Definisi Melayu

• Berketurunan MELAYU atau mana-mana suku


MALAYAN,
• Bertutur di dalam BAHASA MELAYU atau
mana-mana bahasa MALAYAN,
• Menganut AGAMA ISLAM, dan
• Mengamal adat istiadat MELAYU.

14
8/4/2022

Perbadanan yang boleh menerima cagaran, Pajakan dan


pemberimilikan TRM

Terima Kasih

Sebarang pertanyaan, pendapat, ulasan dan komen, bolehlah dikirim melalui email di alamat :
hasrol170777@gmail.com atau haffiz677@uitm.edu.my atau
melalui sms/whatsapp di talian : 012-5556534/019-5523445

15

You might also like