You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Definisi kokurikulum menurut https://ms.wikipedia.org/wiki/Kokurikulum ialah apa-

apa kegiatan yang dirancang selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan

mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Sehubung dengan ini,

SMK Raja Lumu yang terletak di Pelabuhan Klang mempunyai pelbagai kegiatan

kokurikulum yang terdiri daripada tiga unit iaitu kelab dan persatuan, permainan, dan unit

beruniform. Badan Beruniform adalah kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian

dan mempunyai dasar tertentu yang harus dipatuhi. Berdasarkan Warta kerajaan bertarikh 31

Disember 1997, murid di sekolah wajib untuk menyertai mana-mana pasukan badan

beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Kadet Polis dan Pertubuhan

Pengakap sebagai aktiviti kokurikulum.

Menurut https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Raja_Lumu nama

sekolah menengah kebangsaan Raja Lumu ini diambil daripada nama asal Sultan Selangor

yang pertama iaitu Raja Lumu. Kawasan sekolah ini ialah bekas lapangan terbang untuk

tentera Udara Australia. Pada masa Perang Dunia Kedua ia telah digunakan oleh Tentera

Jepun untuk dijadikan markas mereka. Pada mulanya bangunan sekolah ini dicadang

dijadikan Sekolah Jenis Ke-bangsaan (Tamil), Simpang Lima, Klang tetapi oleh kerana

kedudukannya tidak sesuai ia telah dijadikan Asrama Putera Sekolah Tengku Ampuan

Rahimah Klang. Apabila Sekolah Tengku Ampuan Rahimah Klang telah mempunyai

bangunannya sendiri, bagunan ini telah dijadikan Asrama Putera Sekolah Tengku Ampuan

Jemaah Pelabuhan Klang untuk pelajar-pelajar yang tinggal di Pulau Lumut.

1
2.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PASUKAN BADAN BERUNIFORM

Seperti sekolah-sekolah lain di Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu

juga giat menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum berdasarkan sesuatu pasukan badan

beruniform itu dan terdapat juga aktiviti yang melibatkan semua pasukan badan berunifom.

2.1 PENDAFTARAN AHLI DAN MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM

Mesyuarat agung kokurikum merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh setiap

sekolah di Malaysia. Mesyuarat ini adalah bertujuan bagi melantik jawatankuasa,

perancangan aktiviti, pengurusan kewangan atau perbelanjaan dan taklimat ringkas mengenai

kepentingan markah PAJSK. Melalui mesyuarat ini, jawatankuasa seperti pengerusi dan naib

pengerusi akan dipilih secara rawak mahupun secara undian dalam sesebuah pasukan badan

beruniform. Tambahan pula, mesyuarat ini juga membincangkan mengenai perbelanjaan

yang digunakan sepanjang tahun dalam mengadakan pelbagai aktiviti.

2.2 PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM

2
2.3 PERBARISAN SEMASA KEJOHANAN OLAHRAGA

Kejohanan olahraga atau lebih mesra dikenali sebagai hari sukan merupakan program

tahunan yang diadakan oleh setiap sekolah di Malaysia. Pelaksanaan program seumpama ini

adalah bertujuan bagi mengembangkan potensi dan minat murid ke arah melahirkan insan

yang cemerlang dan harmonis. Melalui penglibatan murid dalam perbarisan kawad kaki,

membolehkan murid-murid meningkatkan tahap disiplin diri bagi setiap individu. Perbarisan

yang diketuai oleh seorang komanden yang ditanggungjawabkan untuk menjadi ketua bagi

memberikan arahan kepada kadet-kadet yang berada dalam perbarisan memerlukan disiplin

diri dan sifat kepimpinan yang sangat tinggi.

2.2 MASAKAN RIMBA

Diadakan oleh pihak kokurikulum sekolah pada sebagai salah satu aktiviti mingguan

kokurikulum bagi setiap badan beruniform. Aktiviti ini dianjurkan bertujuan untuk

mempertingkatkan kemahiraan hidup atau dikenali sebagai ‘survival skill’ semasa berada di

dalam hutan. Aktiviti ini di jalankan di dalam kawasan sekolah dengan hanya menggunakan

daun kayu, ranting kayu,batu, ruas buluh, tanah liat atau lumpur dan aluminium sebagai ganti

perkakas dapur. Terdapat beberapa kaedah dalam penyediaan makanan dalam masakan

rimba, antaranya ialah;

 Memasak menggunakan makanan sebagai bekas

 Memasak menggunakan daun

 Memasak menggunakan kepingan batu

Aktiviti masakan rimba ini secara tidak langsung telah menarik minat para murid

dalam melibatkan diri dengan lebih aktif dalam aktiviti-aktitiviti badan beruniform di SMK

Raja Lumu.

3
4
3.0 CABARAN DAN HALANGAN

Dalam merealisasikan aktiviti badan beruniform di sekolah, sudah pasti terdapat

pelbagai kekangan yang terpaksa ditempuh oleh pihak sekolah, guru, pelajar serta para ibu

bapa.

3.1 MURID KURANG BERMINAT MENYERTAI AKTIVITI

Antara permasalahan yang sering dibangkitkan dalam mesyuarat Persatuan Ibubapa

dan Guru (PIBG) pada setiap bulan adalah seperti murid kurang berminat untuk menyertai

aktiviti yang dianjur pasukan badan beruniform seperti aktiviti kawad kaki. Kawad kaki

merupakan aktiviti wajib bagi setiap pasukan badan beruniform. Namun begitu, ianya sering

mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan daripada para pelajar. Hal ini kerana

para pelajar harus melaporkan diri untuk aktiviti kawad kaki selepas waktu sekolah yang

menyebabkan mereka tidak cukup rehat dan kurang bermaya untuk menyertai latihan kawad

kaki. Sekaligus menyebabkan guru sukar untuk meneruskan latihan kawad kaki tersebut.

3.2 KURANG BERKEMAMPUAN UNTUK MEMBELI PAKAIAN SERAGAM DAN

MENYERTAI AKTIVITI

Tambahan pula, majoriti pelajar di SMK Raja Lumu Klang tergolong dalam golongan

keluarga berpendapatan serdehana (B40). Dan disebabkan ini, pelajar sukar untuk

mengadakan pakaian seragam unit beruniform yang diwajibkan bagi menyertai sebarang

aktiviti. Natijahnya, pelajar tidak dapat menyertai aktiviti serta pertandingan yang diadakan

di peringkat negeri dan kebawah. Sekaligus mengurangkan penglibatan pelajar dalam

pasukan badan beruniform.

3.3 TIADA PENGANGKUTAN

5
Selain itu, pelajar yang mempunyai ibubapa yang sibuk bekerja menyukarkan pelajar

menghadirkan diri dalam aktiviti yang diadakan Selepas tamatnya sesi persekolahan, terdapat

ibu bapa bekerja dan tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah mahupun

menjemput mereka pulang dari sekolah selepas waktu kokurikulum.

6
4.0 TAHAP PENCAPAIAN

Antara badan beruniform yang telah mengharumkan nama sekolah SMK Raja Lumu

Klang sehingga ke peringkat negeri ialah kadet polis, bulan sabit merah Malaysia (BSMM)

dan kadet bomba. 3 pasukan badan beruniform yang aktif telah berjaya menacapai pelbagai

kejayaan dari pelbagai peringkat.

Peringkat Pencapaian

Peringkat Sekolah BSMM

Kadet Polis

 Perkhemahan perdana

Kadet Bomba

St. John

Peringkat Daerah Kadet Polis

(Klang Selatan)  Perkhemahan

 Pertandingan menembak M16

 Pertandingan menembak Revolver

 Ujian kenaikkan pangkat

 Majlis graduasi

7
Peringkat Negeri

8
5.0 RUMUSAN

Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti kokurikulum di SMK Raja Lumu menghadapi

pelbagai kekangan dalam mencapai kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2012 hingga

tahun 2020. Walaubagaimanapun, permasalahan tersebut tidak menghalang para guru dan

murid untuk berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi mencapai kejayaan. Persis kata

peribahasa Melayu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu,

bersenang-senang kemudian.

Pada masa yang sama, setiap pihak haruslah memberikan perhatian kepada isu yang

dihadapi oleh pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti kokurikulum. Diharap demikian hal

ini tidak lagi dipandang enteng dan wajarlah diketengahkan dalam usaha memajukan negara

yang bakal diteraju oleh generasi muda kini. Sebagai ibubapa, mereka haruslah memantau

dan menyediakan keperluan yang sempurna sebagai galakkan untuk mereka menyertai

sebarang aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Akhirulkalam, aktiviti

kokurikulum yang melibatkan bukan sahaja dari aspek pembelajaran tetapi sekaligus melihat

dari aspek kemahiran dan bakat seseorang murid merupakan aktiviti yang harus dititik

beratkan oleh semua pihak bagi membina sahsiah unggul dalam diri setiap murid.

9
6.0 JENIS-JENIS BADAN BERUNIFORM

Bagi menanam semangat patriotik kepada negara Malaysia serta meningkatkan

disiplin pelajar-pelajar, SMK Raja Lumu Klang memberikan pelbagai pilihan dari segi Badan

Beruniform untuk pelajar memilih pasukan yang diminati serta bersesuaian dengan mereka

untuk diceburi. Di antara pasukan badan beruniform yang ditawarkan oleh pihak sekolah

ialah;

 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

 Kadet Bomba Dan Penyelamat

 Kadet Polis

 Kadet Remaja Sekolah

 Pandu Puteri

 Pengakap

 St. John’s Ambulan

Walaubagaimanapun, didapati bahawa ramai murid lebih cenderong untuk menyertai

pasukan badan beruniform bulan sabit merah (BSMM) dan kadet polis. Hal ini dapat

diklasifikasikan apabila dua pasukan badan beruniform ini memegang majoriti keahlian di

SMK Raja Lumu Klang.

10
11

You might also like