You are on page 1of 4

Soalan 2

Aktiviti kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah selepas waktu persekolahan.
Aktiviti ini termasuklah unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Terdapat pelbagai
unit beruniform di sekolah seperti Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Kadet Polis dan St. John
Ambulance dan Pertubuhan Pengakap. Setiap murid diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu
daripada setiap jenis aktiviti tersebut. Sebenarnya, banyak faedah yang diperoleh murid apabila mereka
menyertai aktiviti unit beruniform di sekolah.
Antara faedah penyertaan murid dalam aktiviti unit beruniform ialah sikap kepemimpinan dapat
disemai 领导能力被培养 dalam diri murid. Nilai kepemimpinan ini dapat dipupuk 领导能力可以被培养
apabila seseorang murid diajar untuk memimpin dan mengikut arahan jurulatih. Sebagai contohnya, murid
yang memegang jawatan-jawatan tertentu seperti Sarjan, Koperal dan Lans Koperal berpeluang melatih
seseorang murid untuk menjadi pemimpin 训练学生成为领袖. Hal ini juga akan menyerlahkan 凸显 sifat
kepemimpinan murid. Oleh itu, aktiviti unit beruniform dapat memupuk sifat kepemimpinan dalam kalangan
murid.
Jika dikaji seterusnya, murid-murid juga dapat membentuk disiplin diri dengan menyertai
aktiviti badan beruniform. Disiplin sangat penting untuk membantu murid-murid mencapai kejayaan.
Sebagai tamsilannya, murid-murid dikehendaki mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Denda
akan dikenakan terhadap murid yang tidak mengikut arahan atau tidak menepati masa sewaktu latihan
dijalankan. Lantaran itu, jelaslah bahawa aktiviti unit beruniform dapat melahirkan murid yang berdisiplin.
Di samping itu, aktiviti unit beruniform juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
murid. Hal ini disebabkan unit beruniform disertai oleh ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina dan India. Sebagai misalannya, murid yang berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan
tebing 合作无间 untuk mendirikan khemah dan berkawad kaki dalam aktiviti perkhemahan. Secara tidak
langsung, hubungan antara murid yang berlainan kaum akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan
kuku 关系密切 . Ringkasnya, nilai perpaduan dapat diterapkan 被灌输 melalui aktiviti unit beruniform.

Selain itu, pelibatan murid dalam unit beruniform juga menguatkan ketahanan fizikal dan mental
murid. Hal ini berlaku demikian kerana aktiviti unit beruniform kebanyakannya lebih menjurus aktiviti lasak
seperti rempuh halangan, pertandingan kawad kaki dan aktiviti perkhemahan di dalam hutan. Aktiviti-
aktiviti ini bukan sahaja mencabar minda murid bahkan juga menguji kemampuan fizikal dan mental murid-
murid. Oleh itu, murid-murid perlulah menjalani latihan demi latihan untuk menghadapi pelbagai
pertandingan yang menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.
Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa banyak faedah yang dapat diperoleh apabila murid-murid
menyertai aktiviti unit beruniform. Murid yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai pencapaian
dalam kokurikulum akan mendapat perhatian yang lebih kerana kebolehan mereka mengimbangi 平衡
kedua-dua aspek pendidikan tersebut. Ingatlah bahawa generasi muda hari ini ialah pemimpin pada hari
esok 今天的青年是未来的领袖. Oleh hal yang demikian, marilah kita sama-sama menggalakkan murid-murid
menyertai aktiviti kokurikulum untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing 有 竞 争 力 ,
berketerampilan 有能力, kreatif 创意 dan inovatif 创新.
Soalan 3

Laporan Aktiviti Kadet Polis SMK Aman Rahman Tahun 2021


Pasukan Kadet Polis SMK Aman Rahman dianggotai oleh seramai 80 orang anggota kadet yang
terdiri daripada murid tingkatan satu hingga tingkatan lima. Guru Penasihat Kadet Polis pula ialah Puan
Zuraini Hassan, Encik Kamarul Abu dan Encik Ismail Kassan. Sepanjang tahun 2021, pelbagai aktiviti telah
dijalankan oleh Pasukan Kadet Polis SMK Aman Rahman dan banyak pencapaian yang telah diraih
sepanjang tahun 2021.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Kadet Polis SMK Aman Rahman telah menyertai
Pertandingan Perkhemahan Peringkat Negeri yang dijalankan pada 20 sehingga 24 April 2021 bertempat di
Kem Pengakap Hutan Lipur, Kedah. Dalam pertandingan tersebut, pasukan Kadet Polis berjaya memenangi
tempat kedua dalam pertandingan kawad kaki, tempat ketiga dalam pertandingan menembak dan johan
dalam pertandingan persembahan malam kebudayaan.
Seterusnya, seramai 10 orang ahli Kadet Polis berjaya terpilih ke peringkat kebangsaan dalam
Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di Baling, Kedah. Dalam pertandingan tersebut,
kontinjen negeri Kedah telah menjuarai pertandingan kawad kaki. Murid yang menyertai pertandingan
tersebut terdiri daripada murid tingkatan empat, iaitu Ahmad bin Suhaimi, Alvin Tan, Sulaiman bin Supian,
Kasnani bin Radzi, Azhar Amin bin Syafiq, Daniel anak lelaki Kumaran, Chong Khang Seng, Thinagaran a/l
Ramasamy, Teo Sing Loo dan Danish bin Mohammad.
Selain pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan, Kadet Polis juga menyertai pertandingan
kawad kaki semasa Kejohanan Sukan Tahunan dan pasukan Kadet Polis berjaya memenangi tempat pertama
dalam pertandingan tersebut. Pasukan Kadet Polis juga turut menyertai perarakan Maal Hijrah dan berjaya
mendapat tempat kedua dalam perarakan tersebut.
Seperkara lagi, pasukan Kadet Polis telah menempa kejayaan cemerlang pada tahun 2020 apabila
dinobatkan sebagai Pasukan Kadet Terbaik 2020 dan berjaya memenangi hamper dan sijil serta wang tunai
bernilai RM200. Semoga kejayaan yang diraih pada tahun ini menjadi pemangkin untuk pasukan Kadet Polis
menempa kejayaan yang lebih cemerlang pada masa yang akan datang.

Laporan disediakan oleh, 10 NOVEMBER 2021.


Syafiq
(SYAFIQ BIN MANAN)
Setiausaha Pasukan Kadet Polis,
SMK Aman Rahman

You might also like