You are on page 1of 3

JAWAB SEMUA SOALAN

BAHAGIAN A (10 markah)

Soalan 1 - 3 berdasarkan ayat di bawah

Berlari laju sekali polis dan penjenayah itu

1 Ayat di atas ialah ayat


A Majmuk gabungan
B Majmuk campuran
C Majmuk pancangan relatif
D Majmuk pancangan keterangan

2 Subjek bagi ayat di atas ialah


A polis
B penjenayah
C berlari laju sekali
D polis dan penjenayah

3 Ayat di atas dibina dalam bentuk


A binaan asal
B aktif transitif
C binaan songsang
D aktif tak transitif

4 Berikut ialah contoh ayat majmuk campuran, KECUALI


A Kerbau yang lari dari kandang telah mati dilanggar lori
B Ali dan Abu telah menyerahkan baju untuk didermakan kepada anak yatim
C Aminah sangat rajin, tetapi adiknya yang comel itu malas
D Arif masuk ke dalam bilik itu lalu diambilnya sehelai baju yang bersih

5 Ayat-ayat yang mengandungi keterangan syarat, ialah


I Saya bernazar, sekiranya saya berjaya cemerlang, saya akan ke Mekah untuk
mengerjakan umrah.
II Sekiranya mereka menyerang, kita mesti bertahan bersungguh-sungguh.
III Semasa hujan mula turun, mereka masih berada di padang permainan itu.
IV Kami akan datang lagi pada tahun hadapan untuk menziarahinya yang makin
uzur.

A I dan II sahaja.
B I dan III sahaja.
C II dan IV sahaja.
D III dan IV sahaja.
Dia bermain di luar rumah.
Cuaca sangat panas.

6 Sekiranya kedua-dua ayat di atas digabungkan, ayat yang terhasil ialah ayat
A majmuk pancangan komplemen.
B majmuk pancangan relatif.
C majmuk campuran.
D majmuk keterangan.

7 Antara ayat berikut, manakah ayat terbitan?


I Lelaki itu abang ipar saya.
II Peguam yang tinggi lampai itu kacak
III Kami membaiki kereta kesayangan ayah
IV Anak saya membeli sepasang baju kurung untuk menghadiri temu duga.

A I dan II sahaja.
B I dan III sahaja.
C II dan IV sahaja.
D III dan IV sahaja.

Soalan 8-10 berdasarkan pola berikut:

A FN + FK
B FN + FA
C FN + FSN
D FN + FN

8 Ayahnya seorang guru.

9 Abang ke Melaka petang semalam.

10 Rumah itu sangat cantik.


BAHAGIAN B (10 markah)

1. Bina rumus berdasarkan frasa-frasa berikut:

a. Berpuluh-puluh buah kapal persiaran mewah


b. belum bergerak dari meja makan
c. amat kemas susunannya

2. Bina frasa daripada unsur-unsur berikut:

a. Kata bantu + kata kerja transitif + objek 1 + objek 2 + keterangan


b. Kata penguat + kata adjektif + kata adjektif + keterangan

BAHAGIAN C (10 markah)

1. Berdasarkan pendapat anda, bagaimanakah pengajaran dan pembelajaran tatabahasa


berbantukan data korpus dapat membantu meningkatkan penguasaan tatabahasa
seseorang pelajar? Bincangkan.

You might also like