You are on page 1of 4

KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARASAN

JABATAN PENGURUSAN PELAJAR


KOLEJ MATRIKULASI LABUAN, KPM
KE UNIVERSITI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

1. TAJUK

Kertas Kerja Lawatan Penanda Arasan Jabatan Pengurusan Pelajar


Kolej Matrikulasi Labuan, KPM Ke Universiti Negara Brunei Darusalam.

2. TUJUAN

Kertas kerja ini di kemukakan bertujuan memohon pertimbangan


Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan untuk p peruntukan bagi pelaksanaan
lawatan penandaarasan Jabatan Pengurusan Pelajar Kolej Matrikulasi
Labuan, Kementerian Pendidikan Malaysia ke Universiti Negara Brunei
Darusalam ( UBD ).

3. LATAR BELAKANG

Penandaarasan merupakan kaedah yang telah digunakan sekian lama


oleh sesebuah organisasi untuk tujuan perkongsian maklumat dan
penambahbaikan prestasi organisasi masing-masing. Penanda arasan
adalah merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan untuk
mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-
amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi lain
untuk mencapai prestasi unggul.

Sehubungan itu, lawatan yang dirancang oleh Jabatan Pengurusan Pelajar


Kolej Matrikulasi Labuan adalah menjurus ke arah peningkatan prestasi
khususnya dalam bidang pengurusan melalui perkongsian maklumat sama
ada melalui taklimat mahu pun pemerhatian secara langsung. Adalah
diharapkan lawatan ini akan memberi impak kepada pengurusan Jabatan
Pengurusan Pelajar khususnya dan Kolej Matrikulasi Labuan amnya.
PERINCIAN CADANGAN

4.1 Objektif Program


4.1.1 Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi dalam Jabatan
Pengurusan Pelajar Kolej Matrikulasi Labuan dan mentranformasikan
profesion keguruan. (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia)

4.1.2 Menjalin hubungan kerjasama dan persahabatan di antara pensyarah


dan kakitangan Kolej Matrikulasi Labuan dengan UBD.

4.1.3 Memahami adat resam dan budaya serumpun Malaysia –


Brunei

4.1.4 Mengetahui tempat-tempat bersejarah dan destinasi


pelancongan di Negara Brunei Darusalam.

4.2 Pelaksanaan Program

4.2.1 Tarikh : 14, 15 dan 16 Ogos 2015


4.2.2 Tempat : Universiti Negara Brunei Darusalam

4.3 Modus Operandi


4.3.1 Lawatan
4.3.2 Permainan Persahabatan
4.3.3 Ucapan Pengarah
4.3.4 Penyampaian Cenderahati

4.4 Jawatankuasa Pelaksana Program ( Rujuk Lampiran 1 )


4.5 Tentatif Lawatan ( Rujuk Lampiran 2 )
4.6 Perbelanjaan

Bil Item Kuantiti Kos RM


1 Pengangkutan Bas 1 Buah ( 31 RM26.000.00 X 1 Buah 26,000.00
Catar, Airborne Penumpang )
Enterprise
2 Penginapan Hotel 31 Orang RM500.00 X 31 Orang 31,000.00
X 1 Malam
3 Makanan dan 31 Orang RM60.00 X 31 Orang X 5,580.00
Minuman Peserta 3 Hari
Lawatan
4 Cenderahati 1 Unit RM2,000.00 X 1 Unit RM2,000.00
JUMLAH RM64,580.00

4. ASAS PERTIMBANGAN
Program ini penting dilaksanakan bagi memberi ruang dan peluang kepada
pensyarah dan kakitangan Kolej Matrikulasi Labuan untuk menjalin
kerjasama dan persahabatan dengan UBD. Di samping itu lawatan ini juga
memberi ruang kepada kedua dua pihak berkongsi maklumat dalam
meningkatkan prestasi organisasi.

5. IMPLIKASI
Adalah diharap pelaksanaan program lawatan memberi impak kepada
pengurusan kolej khususnya Jabatan Pengurusan Pelajar dan Unit
Kokurikulum KML

6. KESIMPULAN
Kesimpulannya, pihak Pengarah KML perlu meluluskan peruntukan program
lawatan yang dirancang dengan harapan dapat memberi impak positif
dalam pengurusan kokurikulum pelajar khususnya dan pengurusan kolej
amnya.

7. SYOR
Pengarah Kolej Matrikuasi Labuan adalah dipohon menimbang dan meluluskan
cadangan lawatan Jabatan Pengurusan Pelajar Kolej Matrikulasi Labuan
Tahun 2015 .

You might also like