You are on page 1of 11

0101011-13-0010

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sosial ditakrifkan sebagai segala
yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan. Situasi sosial meliputi
interaksi antara dua individu atau lebih sama ada secara nyata ataupun secara maya
iaitu melalui internet. Menurut Zulkifly Muda (2008), hubungan sosial masyarakat
Islam bermaksud seseorang dapat mengadaptasi dirinya ke dalam masyarakat serta
mewujudkan pembangunan masyarakat yang seimbang. Dalam konteks pendidikan
pula, istilah sosial dikaitkan dengan ilmu pengetahuan alam yang dapat menjadikan
individu tersebut sebagai manusia yang berdisiplin dan berakhlak mulia.

Budaya pula boleh ditakrifkan sebagai peradaban atau tingkah laku yang diwarisi
secara turun temurun dalam sesebuah bangsa atau kelompok masyarakat. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan budaya merupakan kemajuan fikiran
dan akal budi yang merangkumi cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Malaysia
merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya. Hal ini demikian kerana
penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis suku kaum. Kepelbagaian kaum
ini secara tidak langsung membawa kepada kepelbagaian budaya dalam kalangan
penduduk di Malaysia. Budaya merangkumi pelbagai aspek yakni aspek politik,
agama dan kepercayaan, bahasa, adat istiadat dan sebagainya. Budaya menunjukkan
corak kehidupan sesebuah masyarakat dan mempengaruhi tingkah laku mereka.

Pendidikan meliputi proses pengajaran dan pembelajaran untuk mendidik


individu atau mempelajari sesuatu perkara. Pendidikan memberikan kita pengetahuan
yang mendalam dan khusus tentang sesuatu bidang ilmu tersebut. Pendidikan
terbahagi kepada dua jenis iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
Pendidikan formal merupakan pendidikan yang wujud dalam bentuk kurikulum
terancang atau tersusun rapi serta diajar kepada para pelajar di institusi-institusi
pendidikan seperti sekolah, universiti dan kolej. Pendidikan formal yang terancang ini
mempunyai peperiksaannya yang tersendiri dan mempunyai penganugerahan seperti
sijil, diploma dan ijazah. Sebagai contoh, Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
merupakan sijil yang diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang

1
0101011-13-0010

berumur 17 tahun setelah mereka lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah.

Menurut Siti Zubaidah Ibrahim (2012), pendidikan tidak formal (non-formal)


ialah pendidikan yang dilakukan bukan secara langsung seperti yang dilakukan di
institusi-institusi pendidikan tetapi merupakan pendidikan yang diperoleh daripada
bimbingan keluarga di rumah. Pendidikan tidak formal ini juga meliputi pengalaman,
pemerhatian dan latihan yang dilakukan individu tanpa sebarang perancangan atau
pengkhususan kurikulum.

Sistem pendidikan di Malaysia menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu antara


sistem pendidikan sebelum kemerdekaan dengan selepas kemerdekaan. Sebelum
kedatangan British ke Tanah Melayu, pendidikan pada umumnya merupakan
pendidikan yang tidak formal yang hanya menekankan pengetahuan tentang kitab suci
Al-Quran, akhlak yang baik dan aspek kerohanian. Sewaktu zaman penjajahan
Inggeris, British telah memperkenalkan pendidikan yang menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kemasukan buruh-buruh dari
China dan India pula menyebabkan wujudnya sistem pendidikan yang berasaskan
bahasa ibunda ataupun pendidikan vernakular yang berorientasikan identiti kaum
masing-masing. Selepas kedatangan agama Islam, sistem pendidikan telah
menunjukkan sedikit perkembangan dan diterapkan dengan pembelajaran agama
Islam. Kesannya, wujud sekolah pondok dan madrasah yang diajar oleh para imam
dan ulama. Masjid juga dijadikan tempat penyebaran ilmu agama serta tempat
menghafal al-Quran dan doa.

Sebagai sebuah negara yang mengejar kemajuan, Malaysia telah mengatur


strategi dan mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan status sosial dan
ekonomi negara melalui pendidikan. Sejak negara mencapai kemerdekaan, Malaysia
terus menunjukkan perubahan dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Hal ini
bertujuan untuk membawa sistem pendidikan negara ke arah pemantapan yang selaras
dengan kemajuan ekonomi, sosial dan politik negara. Menurut Prof Madya Datuk Dr

2
0101011-13-0010

Ismail Sualman (2019), kualiti pendidikan Malaysia dalam kalangan negara Asia
Tenggara ialah Malaysia berada di tangga kedua selepas Singapura (1) dan diikuti
oleh Indonesia (3). Kualiti sistem pendidikan negara merupakan salah satu faktor
yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Pencapaian akademik merupakan pencapaian individu dalam pelbagai bidang


ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pencapaian akademik kebiasaanya diukur
berdasarkan gred atau peratus markah yang diperolehi dalam sesuatu peperiksaan.
Menurut Info UPU (2016), terdapat perubahan dalam sistem gred pemarkahan bagi
peperiksaan dan ujian persekolahan mulai tahun 2016. Sejak daripada itu, Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah digunakan untuk menyemak keputusan
peperiksaan pelajar secara atas talian. Mulai tahun 2016 juga, terdapat julat Gred
Markah Peperiksaan baharu bagi peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM, STAM
dan STPM. Terdapat tiga peringkat pembelajaran dalam perubahan julat gred ini iaitu
Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016, Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016 dan
Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016.

Umum mengetahui pencapaian akademik yang cemerlang dalam peperiksaan


menjadi akar umbi kepada usaha negara dalam melahirkan generasi yang cemerlang
dan berpengetahuan luas. Walaupun kualiti sistem pendidikan negara semakin
berkembang dari masa ke masa, pencapaian akademik pelajar-pelajar masa ini masih
tidak dapat memenuhi kriteria dalam mencapai sebuah negara maju. Hal ini boleh
dikaitkan dengan pelbagai faktor yang mempengaruhi prestasi akademik golongan
pelajar. Punca-punca yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar ini perlulah
dikesan dengan segera bagi memantapkan pencapaian pelajar di Malaysia. Pelbagai
pihak memberikan kesannya masing-masing ke atas pencapaian akademik pelajar
yakni sikap pelajar itu sendiri, barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat.

Dalam menangani pemasalahan ini, usaha-usaha yang berterusan perlulah


dilakukan bagi meningkatkan dan memantapkan pencapaian akademik pelajar.
Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan bagi merealisasikan matlamat ini.

3
0101011-13-0010

Peranan pihak sekolah dan guru secara khususnya akan memberikan impak yang
besar ke atas pencapaian akademik pelajar. Hal ini demikian kerana pihak pentadbir
dan barisan guru merupakan tunjang dalam memastikan proses pembelajaran dan
pengajaran berjalan dengan lancar. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan perlulah dirancang oleh pihak sekolah. Namun begitu, peranan pelajar
itu sendiri tidak boleh dipertikaikan. Penglibatan murid-murid dalam pelbagai aktiviti
seperti belajar, berinteraksi dengan para guru dan rakan sebaya serta melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti di sekolah juga perlu dititikberatkan. Usaha dan keazaman
pelajar itu sendiri menjadi kunci utama kepada kejayaan yang mereka capai.

Rasionalnya, kajian ini dijalankan kerana berlakunya kemerosotan pencapaian


akademik pelajar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pencapaian akademik pelajar
yang semakin merosot ini merupakan perkara yang amat merungsingkan semua pihak.
Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan tunjang kepada pembinaan negara
maju. Pencapaian akademik yang baik secara tidak langsung menunjukkan keupayaan
modal insan untuk memacu negara ke arah kemajuan dalam semua aspek iaitu politik,
sosial dan ekonomi. Di samping itu, rasional kajian ini dilakukan adalah kerana
wujudnya kelemahan dalam usaha pihak sekolah untuk memantapkan pencapaian
akademik pelajar. Oleh itu, kajian perlu dilakukan bagi memastikan modal insan yang
berkualiti dapat dilahirkan untuk meneruskan pembangunan negara pada masa akan
datang.

1.1 Persoalan Kajian

1.1.1 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan


Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak ?

1.1.2 Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk memantapkan
pencapaian akademik pelajar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak?

4
0101011-13-0010

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

2.1 Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar


dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun
Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak.

2.2 Mengkaji usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak.

5
0101011-13-0010

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 : Bandaraya Kuching


Sumber : Laman Web Google

Bandaraya Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak yang signifikan dengan
gelaran Bumi Kenyalang. Bandaraya Kuching merupakan bandaraya yang
mempunyai bilangan penduduk paling ramai di Malaysia Timur dan yang terbesar di
Borneo. Mengikut banci 2010, bandaraya Kuching mempunyai 658, 549 ribu orang
penduduk. Ekoran daripada jumlah penduduk yang banyak ini, wujudlah pelbagai
jenis sekolah dan institusi pendidikan yang terdapat di sekitar kawasan Kuching.
Antara sekolah yang terdapat di Kuching ialah sekolah jenis kebangsaan, sekolah
kluster, sekolah agama Islam, Kolej vokasional, Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM), sekolah berasrama penuh (SBP) dan sebagainya.

6
0101011-13-0010

Foto 1: SMK Tun Abang Haji Openg


Sumber : Laman Web Google

SMK Tun Abang Haji Openg dinamakan sempena nama Gabenor Pertama
Sarawak iaitu Yang Terutama Tun Abang Haji Openg Bin Abang Sapiee. Sekolah ini
kini terletak berhampiran dengan Mydin Hypermarket Vista Tunku yang
sememangnya menjadi kawasan kunjungan ramai.

7
0101011-13-0010

Peta 2 :

Peta 2 : SMK Tun Abang Haji Openg


Sumber : Laman Web Google

Lokasi sekolah ini terletak kira-kira 7.5 kilometer dari bandaraya Kuching,
Sarawak. Perjalanan ke SMK Tun Abang Haji Openg dari bandaraya Kuching
mengambil masa kira-kira 15 minit. Terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan
yang boleh digunakan untuk menghubungkan penduduk dari bandaraya Kuching ke
SMK Tun Abang Haji Openg. Antaranya ialah bas, van, teksi, kereta dan motosikal.
Perkhidmatan pengantaraan (e-hailing) seperti Grab, Maxim dan sebagainya turut
dapat diperolehi di kawasan ini.

8
0101011-13-0010

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), metodologi membawa maksud


sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan
atau disiplin. Imam Barmadib (2002) menyatakan bahawa metodologi ditakrifkan
sebagai “ilmu tentang menjelaskan penelitian”. Secara amnya, metodologi atau
metode ini merupakan medium yang digunakan dalam melakukan sesuatu kajian bagi
mencapai tujuan tertentu. Kewujudan metodologi ini akan memudahkan dan
membantu pengkaji memperoleh maklumat untuk sesuatu kajian.

Menurut Dr. C. Rajendra Kumar (2008), perkataan kajian ialah satu intensif dan
tujuan dalam bidang akademik untuk mencari pengetahuan dan kefahaman tentang
sesuatu fenomena bagi menerangkan sesuatu fakta, teori dan prinsip. Dalam kata lain,
metodologi kajian merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam
menjalankan kajian serta menentukan cara yang paling berkesan bagi menjawab
pemasalahan kajian.

4.1 Persampelan

Menurut Kamarul Shukri Mat Teh (2015), persampelan merujuk kepada proses
memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai
responden kajian. Mohd Majid Konting (1998) menyatakan bahawa sampel yang
dipilih sekurang-kurangnya mempunyai sifat yang sama dengan populasi dalam
penyelidikan. Dalam kajian ini, persampelan kebarangkalian iaitu persampelan rawak
mudah telah digunakan. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab
borang soal selidik ini. Responden yang dipilih merupakan kelompok pelajar yang
terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun
Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak.

9
0101011-13-0010

4.2 Pengumpulan Data

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui soal selidik,
temu bual dan rujukan kepustakaan. Dua jenis data telah dikumpulkan bagi
menjalankan kajian ini iaitu data primer dan data sekunder. Menurut Rohana Yusof
(2004), sumber primer merupakan sumber yang belum diolah, dicetak, ditafsir serta
bersifat asli dan sahih. Sumber primer yang digunakan dalam kajian ini ialah soal
selidik dan temubual. Menurut Sharah Ayumi (2014), data sekunder merupakan data
yang telah sedia ada atau idea yang diperolehi daripada mana-mana sumber yang
digunakan untuk dibuat kajian. Hal ini menunjukkan bahawa data sekunder tersebut
merupakan hasil yang terbit daripada sesuatu asas. Data sekunder dalam kajian ini
ialah rujukan perpustakaan.

4.2.1 Soal Selidik

Menurut Intan Juita Binti Menan (2014), soal selidik merupakan satu set soalan
atau item dalam bentuk tulisan. Soal selidik ini digunakan untuk mengumpul
maklumat dan kemudian dianalis bagi menjawab persoalan-persoalan dalam sesuatu
kajian. Borang selidik untuk kajian ini telah diagihkan kepada 30 orang responden
yang terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan SPM di SMK Tun Abang Haji Openg,
Kuching, Sarawak. Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu
bahagian A, B, dan C.

Bahagian A mengandungi soalan-soalan tentang data demografi responden


seperti jantina dan bangsa. Bahagian B dan Bahagian C pula mengandungi soalan-
soalan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dan
usaha-usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kedua-dua bahagian
ini mengandungi 8 item. Responden perlu menjawab semua soalan berdasarkan skala
likert tiga mata yang telah disediakan.

10
0101011-13-0010

4.2.2 Temu Bual

Temu bual merupakan kaedah yang melibatkan perbualan antara pengkaji dengan
seorang informan untuk mendapatkan maklumat. Dalam kajian ini, temubual telah
dilakukan ke atas seorang informan yang dipilih secara rawak dari kalangan pelajar
lepasan SPM. Beberapa soalan terbuka yang berkaitan dengan kajian telah dikemukan
kepada informan. Jawapan-jawapan yang diberikan telah dirakamkan dan dicatat
untuk dianalisis. Jawapan-jawapan informan sedikit sebanyak membantu pengkaji
untuk mengetahui pandangan informan tentang pencapaian akademik pelajar di SMK
Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak.

4.2.3 Rujukan Kepustakaan Dan Rujukan Internet

Kaedah rujukan kepustakaan digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan


maklumat tambahan melalui data sekunder. Untuk mendapatkan data sekunder,
pengkaji telah membuat rujukan di Pustaka Negeri Sarawak. Pengkaji telah merujuk
kepada kamus dewan, karya penulis dan surat khabar untuk menambahkan maklumat
yang berkaitan dengan tajuk kajian. Bahan internet juga telah digunakan sebagai
rujukan bagi melengkapkan hasil kajian ini.

4.3 Penganalisisan Data dan Persembahan Data

Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk frekuensi dan


peratusan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), deskriptif merupakan kata
adjekif yang menghuraikan atau memberikan gambaran dan bersifat huraian.
Penganalisaan data dilakukan setelah mendapat data primer melalui soal selidik yang
telah diedarkan kepada responden. Bahagian A yang terdapat dalam borang selidik
menunjukkan data tentang jantina dan bangsa responden. Kaedah deskriptif
digunakan untuk menganalisis data-data yang berbentuk skala likert dalam Bahagian
B dan Bahagian C. Skala likert tiga mata digunakan untuk mengenal pasti faktor-
faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dan mengkaji usaha-usaha
untuk menigkatkan pencapaian akademik pelajar. Tahap analisis dicapai apabila data
yang diperoleh dalam kajian ditukarkan kepada angka dan kemudian dipersembahkan
dalam bentuk jadual dan carta pai.

11

You might also like