You are on page 1of 2

Ruj.

Tuan :
Ruj. Kami : JPK.SPPK.UKK.600-3/2/4 Jld. 2 (76)
Tarikh : 9 September 2021

Pengetua / Guru Besar


Sekolah-Sekolah Negeri Kedah

Tuan,

HEBAHAN PENGIKTIRAFAN MARKAH KOKURIKULUM PENGLIBATAN MURID UNTUK


KEJOHANAN GENERASI E-SUKAN SEKOLAH 2021 SIRI 2

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mengucapkan tahniah atas


usaha pihak Kelab Sukan Elektronik Generasi Bijak dengan kerjasama Unit Pembangunan
Bakat Murid (Sukan), Sektor Pembangunan Murid JPN Kedah memberi peluang kepada murid
meningkatkan potensi diri melalui pertandingan yang dilaksanakan secara dalam talian iaitu
Kejohanan Generasi E-Sukan Sekolah 2021 Siri 2 yang dilaksanakan pada 7 hingga 22 Mei
2021.

3. Sehubungan itu, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah
meneliti laporan penglibatan murid bagi pertandingan yang dianjurkan dan memberi pengiktirafan
markah kokurikulum adalah Penglibatan I dan Pencapaian Peringkat Negeri.

4. Bagi tujuan pemarkahan, pihak sekolah perlu merujuk kepada jadual penilaian markah
PAJSK yang telah ditetapkan seperti di lampiran A. Bersama-sama ini disertakan pautan berikut:
https://tinyurl.com/pemenangpenyertaangessiri2 senarai penglibatan murid dalam pertandingan
yang dianjurkan untuk rujukan dan dan tindakan dalam pemarkahan penglibatan murid bagi
Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Rizuan bin Ishak, Penolong Pengarah
Pembangunan Bakat Murid di talian 0129639219 dan En. Mohd Adrie bin Adenan, Penolong
Pengarah Pembangunan Bakat Murid di talian 0193224290.

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI AHMAD SHUKRI BIN SHAFIE )


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

s.k : 1. Pengarah Pendidikan Kedah

MRI/UNITKOKURIKULUM/JPNK
HEBAHAN PENGIKTIRAFAN MARKAH KOKURIKULUM PENGLIBATAN MURID UNTUK
KEJOHANAN GENERASI E-SUKAN SEKOLAH 2021 SIRI 2

JPK.SPPK.UKK.600-3/2/4 Jld. 2 (76) Tarikh : 9 September 2021

LAMPIRAN A

PENGIKTIRAFAN PEMARKAHAN PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM


MURID DALAM PENILAIAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN
KOKURIKULUM (PAJSK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JENIS PENGLIBATAN

JENIS TAFSIRAN
PENGLIBATAN I Murid yang didaftarkan sebagai atlet/ peserta
perkhemahan/ kejohanan/ kursus/ karnival/program
pertandingan
Penglibatan murid dalam aktiviti seperti:
PENGLIBATAN II - Jawatankuasa pelaksana
- Petugas Teknikal
- Persembahan selingan
PENGLIBATAN III Penglibatan murid yang bersifat meramaikan majlis
seperti penyokong, kumpulan sorak dan sebagainya

SKOR PENGLIBATAN

SKOR
PERINGKAT
Penglibatan I Penglibatan II Penglibatan III
Antarabangsa 20 15 10
Kebangsaan 17 12 8
Negeri 14 10 6
Bahagian (Sabah/ Sarawak) 12 9 5
Zon/Daerah 11 8 4
Sekolah 0 0 0

SKOR PENCAPAIAN

ELEMEN PERKARA SKOR


PERINGKAT Johan N.Johan Ketiga Keempat Kelima
Antarabangsa 20 19 18 17 16
TAHAP Kebangsaan 17 16 15 14 13
PENCAPAIAN Negeri 14 13 12 11 10
Daerah 11 10 9 8 7
Sekolah 8 7 6 5 4

Catatan:

1. Kedudukan tempat keempat dan kelima terpakai bagi kategori individu sahaja bagi
aktiviti sukan.
2. Untuk semua pertandingan peringkat kebangsaan perlu mengikut jadual pemarkahan
yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, pemarkahan peringkat
antarabangsa,pengiktirafan perlu merujuk kepada BSKK.
3. Anugerah Emas, Perak, Gangsa dan lain-lain yang diberikan di dalam
program/pertandingan seperti program STEM dan SENI adalah tahap penguasaan
murid dan TIDAK DIKIRA dalam pemarkahan bagi tahap pencapaian.

You might also like