You are on page 1of 63

BA B 1:

P EN G EN A LA N KE P A DA
REK A BE N TU K D AN
TEK N O LO G I
DISEDIAKAN OLEH:
E N . N AT H A N B A L A K H R I S N A N
012-3027250
TAKRIF REKA BENTUK
• Takrif Reka Bentuk
• Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang
untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.
 
• Takrif teknologi
• Teknologi adalah pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan matematik
bagi memudahkan atau menyelesaikan masalah manusia menggunakan
pelbagai sumber dan pengetahuan teknikal yang terus berkembang.

• Takrif Reka bentuk dan teknologi


• Reka bentuk dan teknologi adalah gabungan pengetahuan tentang penghasilan
idea secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan
matematik.
EVOLUSI REKABENTUK
BIDANG REKABENTUK

Rekabentuk dan Teknologi

Konkrit Abstrak
Produk yang dapat dilihat dan Produk yang boleh dilihat
dipegang tetapi tidak boleh dipegang
Konkrit   Abstrak
Teknologi Seni   Perkhidmatan Komunikasi
Peralatan Masakan   Pengangkutan Bahasa
Mesin Seramik   Sewaan Atur Cara
Pertanian Lukisan   Sistem Bunyi dan Suara
Pembelajaran
Permakanan Alat muzik   Proses dan langkah Cahaya dan isyarat
Pakaian Arca   Sistem pengairan Persuratan
Persenjataan Sulaman /    Grafik Pengiklanan
Anyaman
1.1.2: ELEMEN REKA BENTUK
• Elemen reka bentuk
ialah perkara yang Garisan
digunakan untuk
menzahirkan idea Ruang Bentuk
pereka dalam bentuk
lakaran atau lukisan.
Elemen
Reka
Arah Bentuk Tekstur

Warna Saiz
GARISAN
• Merupakan cantuman satu siri titik yang mempunyai ukuran, panjang, jarak dan ketebalan.
• Garisan adalah unsur terpenting dalam aktiviti melakar, melukis, menggambar dan menulis
• Garisan digunakan untuk fungsi berikut
I. Membahagikan dua ruang Kawasan
II. Menujukkan pergerakkan arah atau aliran
III. Menujukkan perhubungan antara elemen
IV. Memwakili ketegangan antara dua titk
V. Menunjukkan kestabilan dan kerehatan
 
• Contoh jenis-jenis garisan :
RUPA
• Rupa dibentuk apabila garisan bercantum
• Ia juga merujuk kepada elemen yang berbentuk dua dimensi (2D) dan
rata.
BENTUK
• Merujuk kepada pandangan tiga dimensi (3D) yang mempunyai
ketinggian, kelebaran dan kedalaman. Menggambarkan luas dan
isipadu.
TEKSTUR
• Merujuk kepada struktur dan keadaan permukaan yang boleh dirasai
melalui sentuhan dan visual seperti licin, kasar, dan lain-lain.
SAIZ
• Saiz merujuk kepada ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek
WARNA
• Terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu warna asas, warna sekunder
dan warna tertier
• Terdapat dua kategori warna iaitu:
Warna panas - Merupakan warna yang terang
Warna sejuk- Merupakan warna yang lembut
RUANG
• Ruang ialah kawasan kosong disekeliling objek, jarak antara dua
objek atau rongga dalam sesuatu objek
PRINSIP REKA BENTUK
 Prinsip reka bentuk adalah konsep yang digunakan untuk menyusun
maklumat.
 Prinsip reka bentuk membantu pereka membuat keputusan bagaimana
hendak menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
 Prinsip reka bentuk membantu sesebuah lakaran idea menjadi lebih
menarik dan menyenangkan apabila dilihat.

Keseimbangan

Harmoni Pengulanga
n
Prinsip
Reka
Keringkasan Bentuk Kontras

Kesatuan Kepelbagaian
KESEIMBANGAN
• Merujuk kepada kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen
yang digabungkan di dalam sesebuah komposisi.
PERGERAKAN
 Merujuk kepada keadaan bergetar, bergoyang, berayun, berlaur dan
berpancar serta bersinar sinar.
 Ia memberi kesan lebih realistic terhadap sesuatu gubahan.
 Merujuk kepada aliran yang akan memimpin pergerakan pandangan mata
terhadap sesuatu objek.
PENGULANGAN
•Merujuk kepada penyusunan sesuatu elemen yang sama secara
berulang dari segi saiz, bentuk.
•Ia boleh berlaku dalam bentuk bersudut (pola), susunan bersiri
selari atau berjejari
PENEKANAN
• Merujuk kepada tumpuan elemen yang diserlahkan.
KERINGKASAN
• Reka bentuk yang menunjukkan intipati atau elemen yang penting
sahaja untuk menarik tumpuan agar senang diingati
KONTRAS
• Merujuk kepada pelbagai elemen yang berlawanan
KEPELBAGAIAN
• Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai elemen, gaya, kualiti dan
idea yang berbeza dalam sesuatu reka bentuk.
KESATUAN
• Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, konsep
atau idea yang sempurna
HARMONI
• Sesuatu reka bentuk yang dapat mewujudkan gambaran emosi yang
positif
Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk
objek asas

Murid perlu mengaplikasikan


prinsip reka bentuk dalam
menghasilkan sesuatu objek.
Contohnya; tin susu silinder
• 1. Apakah prinsip yang
digunakan?
• 2. Murid membina bentuk
silinder
• 3. Minta murid hasilkan objek
asas dan kenal pasti prinsip
yang ada pada objek tersebut
(kerja rumah dan boleh buat
dalam kumpulan)
Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk

Elemen Reka Bentuk Tandakan (/) Jika Ada Prinsip Reka Bentuk Tandakan (/) Jika Ada

Garisan Keseimbangan

Bentuk Pengulangan

Ruang Kepelbagaian

Warna Kontras

Tekstur Harmoni

Saiz Keringkasan

Rupa Kesatuan
KRITERIA REKA BENTUK YANG BAIK

Ergonomik

Kekuatan Kulaiti Kecenderunga


dan KRITERIA
Kebolehpasaran REKA n Inovasi
BENTUK
YANG
BAIK

Keaslian
kreativiti rekabentuk
KECENDERUNGAN INOVASI
• Kreativiti dalam menghasilkan idea reka bentuk baharu yang lebih
berdaya saig daripada produk sedia ada dalam pasaran.
KEASLIAN REKA BENTUK
• Penghasilan idea reka bentuk
yang tidak meniru produk
yang lain
KEKUATAN KUALITI DAN
KEBOLEHPASARAN
• Mempunyai ciri kekuatan iaitu tidak mudah rosak/hancur.
• Produk yang dihasilkan mempunyai ketahanan
ERGONOMIK
• Interaksi yang ada antara produk, pengguna dan persekitaran seperti
keselesaan, mudah diguna dan keselamatan
KREATIVITI
• Idea baharu dalam menghasilkan produk
MEMBINA OBJEK ASAS
• Objek asas boleh dihasilkan melalui teknik pembinaan dengan
memilih beberapa rupa geometri. Antara teknik pembinaan seperti;
pembenaman, pembuangan, penyatuan, peleraian dan lipatan (kaedah
hamparan).
CONTOH BENTUK ASAS
TEKNIK PEMBINAAN OBJEK

Pembenaman Penyatuan
Teknik Pembinaan
Objek
Pembuangan Peleraian
PEMBENAMAN
Pembenaman
Apabila sesuatu objek asas dimasukkan
ke dalam objek yang lain.
PEMBUANGAN
Pembuangan
Teknik ini dilakukan pada bahagian yang tidak
dikehendaki.
PENYATUAN
Penyatuan
Teknik penyatuan dilakukan dengan mencantumkan dua
atau lebih objek tanpa melibatkan pembuangan atau
pembenaman.
PELERAIAN
Boleh dipisahkan atau dicantum semula.
LIPATAN
 Rupa asas yang dilipat menjadi bentuk asas.
KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI

Dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat


Kepentingan

Menyumbang pembangunan sosial, sains dan teknologi

Pengubahsuaian produk untuk memudahkan manusia

Memupuk nilai invensi, inovatif dan kreatif

Membuka peluang kerjaya dan perniagaan


PERANAN REKA BENTUK

• Kebebasan • Melahirkan • Menghasilkan

Pengeluar dan negara


Individu

Masyarakat
memilih masyarakat yang produk yang
keperluan dan kreatif dan bermutu
kehendak. inovatif • Meningkatkan
• Mudah • Melahirkan imej dan
melakukan kerja. nilai-nilai ekonomi negara
• Mengelakan estetika • Menjaha maruah
pembaziran dan keselamatan
sumber alam negara
• Mengahasilkan • Meningkatkan
idea yang kreatif pendpaatan
negara
ETIKA REKA BENTUK
KEASLIAN

BERMANAFAA
JUJUR
T

ETIKA

SELAMAT
MESRA ALAM
DIGUNAKAN
BERMANFAAT
• Produk yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua pihak.
• Semakin banyak orang menggunakannya maka produk tersebut
semakin bermanfaat.
KEASLIAN
• Mereka bentuk produk dengan usaha sendiri, tidak meniru karya
orang lain kecuali mendapat keizinan pemilik.
KEJUJURAN
• Memberi maklumat yang tepat kepada pengguna seperti bahan
digunakan, harga dan kualiti. Produk sewajarnya tidak mempunyai
agenda lain yang terselindung.
KESELAMATAN PRODUK
• Menghasilkan produk yang selamat digunakan dan tidak memberi
kesan sampingan kepada pengguna.
MESRA ALAM SEKITAR
• Menggunakan sumber semula jadi tanpa menjejaskan alam
sekitar. Gunakan alatan atau bahan yang boleh dikitar semula.
KERJAYA DALAM BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
BIL KERJAYA TUGAS

1 Merancang reka bentuk dan pelan pembangunan


Arkitek

2 Pereka Bentuk Automatif Mereka bentuk rangka kenderaan


 

Pereka Bentuk Kejuruteraan Mereka bentuk bangunan, mesin, jentera dan


3
elektrik
 

4 Pereka Bentuk Fesyen Mereka bentuk fesyen pakaian


 

Pereka Bentuk Persembahan Makan Mereka bentuk persembahan kek, roti dan buah-
5
buahan
 

Seni Bina Landskap


6 Mereka bentuk hiasan taman
 

Pereka Bentuk Lampu


7 Mereka bentuk lampu dan cara pemasangan
 
INVENSI DAN INOVASI DALAM REKA BENTUK
Definisi Invensi
•Invensi ialah kaedah dan proses mencari jalan untuk
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum
pernah wujud sebelumnya.

Sesuatu rekaan produk tidak lagi dipanggil invensi apabila tempoh


penciptaannya melebihi 10 tahun atau kebanyakan orang sudah
mengetahuinya.
Definisi Inovasi
• Inovasi ialah pengubahsuaian terhadap produk sedia ada
supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan
bermakna serta mesra pengguna
APLIKASI PRINSIP INVENSI DAN
INOVASI DALAM KERJAYA REKA BENTUK
APLIKASI PRINSIP INVENSI DAN INOVASI DALAM
KERJAYA REKA BENTUK

Pertahanan Pendidikan

Kesihatan Pembuatan

Teknologi
maklumat
Bidang Pendidikan
 Melalui prinsip ini, penyampaian dan penerimaan ilmu
dapat dilakukan dengan tepat serta menarik minat pelajar.
Antaranya ialah peralatan seperti papan putih pintar dan e-
book yang menggunakan peralatan teknologi maklumat dan
komunikasi yang canggih.
Bidang Kesihatan

Contohnya jam pengukur degupan jantung dan penggunaan


mesin pengimejan resonans magnetic, pengimejan MRI
Bidang Pembuatan
Contohnya, pada masa dahulu, untuk membuat sebuah model,
pereka cipta perlu menghabiskan masa untuk mengukur,
mengerat, menggerudi, menyambung, melicin dan mewarna.
Oleh itu, melalui teknologi pencetak 3D dan pen 3D, ini akan
memudahkan semua tugas dengan hanya menggunakan hujung
jari untuk menekan butang-butang arahan.
• Bidang Teknologi Maklumat
• Bidang teknologi maklumat mengaplikasikan invensi, inovasi dan reka bentuk
dalam dua aspek iaitu peralatan dan rangkaian.
• Contohnya, jika dahulu kita menulis dengan menggunakan papan kekunci dan
pen stilus tetapi kini kita boleh menulis dengan menggunakan jejari sahaja.
Selain itu, sebelum ini alat kawalan jauh memerlukan peranti yang
mempunyai infra merah atau kawalan frekuensi radio, tetapi dengan
penggunaan telefon pintar pelbagai tugas dapat dilakukan secara serentak
melalui rangkaian internet. Penggunaan telefon pintar ini juga bukan sahaja
boleh digunakan untuk berkomunikasi malah boleh melakukan tugas kawalan
dan pemantauan.
Bidang Pertahanan
• Dalam bidang pertahanan, prinsip invensi, inovasi dan reka bentuk dapat
dilihat melalui penghasilan peralatan persenjataan, teknologi
komunikasi, perekodan dan pengawasan.
• Contohnya penciptaan robot pengesan periuk api yang boleh digunakan
tanpa memudaratkan manusia.
INVENSI DAN INOVASI REKA
BENTUK TERKINI
Teknologi komunikasi
INVENSI DAN INOVASI REKA
BENTUK TERKINI

Teknologi Nano
INVENSI DAN INOVASI REKA
BENTUK TERKINI

Pengesan Ergo (ergo sensor)


INVENSI DAN INOVASI REKA
BENTUK TERKINI
Teknologi kecerdikan buatan (artificial intelligence)
INVENSI DAN INOVASI REKA
BENTUK TERKINI
• Telefon Pintar Pegesan Gempa Bumi
SEKIAN, TERIMA KASIH
Disediakan Oleh: En. Nathan
Balakhrisnan
012-3027250

You might also like