You are on page 1of 41

BAB 1:

PENGENALAN KEPADA
REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI
1.1 DUNIA REKA BENTUK
OBJEKTI
1.1.1 F teknologi.
Mentakrifkan reka bentuk dan
1.1.2 Mengenal pasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih.
1.1.3 Menjelaskan prinsip reka bentuk.
1.1.4 Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk
objek asas.
1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk.
1.1.6 Meneroka kriteria reka bentuk yang baik.
1.1.7 Membina objek asas
TAKRIF REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Takrif Reka Bentuk

• Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk
menghasilkan sesuatu produk dan memberi impak kepada kehidupan.
 
 
Takrif Teknologi

• Teknologi ialah pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan


sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga, atau sistem.
 
 
   
Takrif Reka Bentuk dan Teknologi

• Reka bentuk dan teknologi merupakan gabungan pengetahuan tentang penyusunan


bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.
 
EVOLUSI REKA BENTUK
BIDANG REKA BENTUK & TEKNOLOGI
TP1: Lengkapkan takrif berikut:

Takrif Reka Bentuk


1. Reka bentuk ialah ____________ tentang penyusunan bahan secara _______________
untuk menghasilkan sesuatu produk dan memberi _______________ kepada
kehidupan.
 
 
Takrif teknologi
2. Teknologi ialah _______________ ilmu sains dan ____________ dengan menggunakan
_____________ semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga, atau sistem.
 
    
Reka bentuk dan teknologi
3. Reka bentuk dan teknologi merupakan _____________ pengetahuan tentang
penyusunan bahan secara ____________ dengan mengaplikasikan pengetahuan
_________ dan matematik.
 
ELEMEN REKA BENTUK
Elemen reka bentuk ialah perkara yang
digunakan untuk menzahirkan idea
awal sesebuah rekaan secara
lakaran.

Tujuannya adalah untuk membolehkan


idea yang hendak digambarkan oleh
pereka bentuk difahami.
GARISAN
Garisan merupakan cantuman satu siri titik. Garisan adalah unsur terpenting dalam aktviti melakar,
melukis, menggambar dan menulis. Garisan digunakan untuk menghasilkan rupa, bentuk, jalinan dan
bayangan. Garisan boleh dihasilkan dengan menggunakan sebarang alat tulis atau peralatan (gadget).
Fungsi garisan:
RUPA
Rupa adalah hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya. Rupa juga merujuk
kepada ruang yang dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai (tona). Ia juga merujuk kepada
elemen yang berbentuk dua dimensi (2D) dan rata. Dua jenis rupa adalah rupa geometri dan
rupa organik
BENTUK
Bentuk ialah objek yang membunyai ruang, isi
padu, dan mempunyai lebih dari satu permukaan.
Dua jenis bentuk:
1. Konkrit (boleh dipegang)
2. Ilusi (lakaran 3D)
WARNA
Warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan
melalui deria penglihatan.

Warna panas
• Merupakan warna yang mempunyai kesan
cahaya yang tinggi
• Memberi kesan terang, garang seperti api
dan merangsang penglihatan
Warna sejuk
• Merupakan warna yang mempunyai kesan
cahaya yang rendah
• Memberi kesan redup, tenang dan damai
menyejukkan mata memandang
RUANG
Ruang ialah kawasan kosong disekeliling objek, jarak antara dua objek atau rongga
dalam sesuatu objek.
• Ruang yang kelihatan adalah ruang nyata atau fizikal (positif)
• Ruang yang tidak kelihatan adalah ruang ilusi atau tampak(negatif)
SAIZ
Saiz merujuk kepada ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek.
TEKSTUR
Merujuk kepada jalinan atau susunan bahagian-bahagian halus yang membentuk struktur dan
keadaan permukaan yang boleh dirasai melalui sentuhan dan visual seperti:
1. Licin
2. Kasar
3. Halus
4. Kesat
5. Lembut
6. keras
7. Berkilat
NILAI
Merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna.
merujuk kepada perkaitan antara pencahayaan dan kemalapan warna
atau sampel. Putih ialah nilai yang tertinggi. kelabu sederhana ialah titik
tengah antara hitam dan putih. Hitam ialah nilai yang terendah.
TP2: Senaraikan lima elemen
yang digunakan dalam
gambar.
PRINSIP REKA BENTUK
Prinsip reka bentuk ialah konsep atau aturan yang digunakan pada elemen reka bentuk
bagi memudahkan pembinaan sesuatu objek agar visual yang dihasilkan lebih menarik,
selesa serta memberi kepuasan kepada pelanggan
KESEIMBANGAN
Keseimbangan adalah mengagihkan keberatan visual
objek, warna, tekstur dan ruang.

Simetri Asimetri Jejari


PENGULANGAN
Merujuk kepada perletakan/penyusunan sesuatu elemen yang sama secara
berulang- ulang
KONTRAS
Merujuk kepada pelbagai elemen yang berlawanan (seperti garisan, bentuk,
ruang,warna, tekstur, saiz, rupa, dan nilai)
KEPELBAGAIAN
Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai elemen, gaya, kualiti dan idea
yang berbeza dalam sesuatu reka bentuk.
KESATUAN
Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, konsep dan idea
reka bentuk yang sempurna.
KERINGKASAN
Menapis mana-mana elemen yang tidak diperlukan. Ia juga menunjukkan
intipati atau elemen yang penting sahaja.
HARMONI
Sesuatu reka bentuk yang dapat mewujudkan gambaran emosi positif,
keamanan, dan kedamaian
PERGERAKAN
Merujuk kepada aliran yang akan memimpin pandangan mata terhadap
sesuatu objek.
PENEKANAN
Merujuk kepada tumpuan elemen yang diserlahkan (focus area).
PEMBAHAGIAN
Merujuk kepada hubung kait di antara dua elemen berdasarkan kadar
banding yang betul dalam ukuran seperti saiz, nombor, jumlah atau tahap.
TP2: Lukis garisan untuk menyesuaikan prinsip reka bentuk dengan keterangannya

Merujuk kepada penyusunan sesuatu elemen


Keringkasan yang sama secara berulang.

Kesatuan Merujuk kepada tumpuan elemen yang


diserlahkan.

Pengulangan Reka bentuk yang menunjukkan intipati atau


elemen yang penting sahaja.

Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai


Penekanan elemen, gaya, kualiti dan idea yang berbeza
dalam sesuatu reka bentuk.

Semua bahagian elemen bergabung untuk


Kepelbagaian membentuk imej, konsep atau idea yang
sempurna.
KRITERIA REKA BENTUK YANG BAIK
KRITERIA REKA BENTUK YANG BAIK
KRITERIA REKA BENTUK
YANG BAIK
KRITERIA REKA BENTUK
YANG BAIK
KRITERIA REKA BENTUK
YANG BAIK
TEKNIK
PEMBINAAN
OBJEK
Pembenaman
TEKNIK
PEMBINAAN
OBJEK
Pembuangan
TEKNIK
PEMBINAAN
OBJEK
Penyatuan
TEKNIK
PEMBINAAN
OBJEK
Peleraian
TEKNIK Lipatan
PEMBINAAN (Kaedah
OBJEK Hamparan)
TP3: Lukis gabungan sekurang-kurangnya dua objek asas berikut
menjadi sebuah objek baru
TP5 & TP6: Hasilkan binaan objek baharu yang anda telah lakar

You might also like