You are on page 1of 52

BAB 1 PENGENALAN KEPADA

REKA BENTUK DAN


TEKNOLOGI
1.1 DUNIA REKA BENTUK
DEFINISI REKA BENTUK
• Pengetahuan tentang penyusunan bahan
secara terancang untuk menghasilkan
sesuatu produk yang memberi impak
kepada kehidupan.
• (Rujuk buku teks m.s 2)
DEFINISI TEKNOLOGI

• Pengaplikasian ilmu sains dan


matematik dengan menggunakan sumber
semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga
atau sistem.
• (Rujuk buku teks m.s 2) BAHAN MENTAH BAHAN BOLEH GUNA
DEFINISI REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI
• Pengetahuan tentang penyusunan bahan
secara terancang dengan mengaplikasikan
pengetahuan sains dan matematik.
• Tujuannya adalah untuk memudahkan
kehidupan manusia.
BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KONKRIT ABSTRAK
•Proses mereka bentuk sesuatu •Proses mereka bentuk produk
produk yang dapat dilihat dan yang boleh dilihat tetapi tidak
dipegang. boleh dipegang.
•Bidang – pembuatan, •Bidang – perkhidmatan dan
elektronik, pertanian, hiasan komunikasi
dalaman
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
PRODUK
KONKRIT ABSTRAK
Teknologi Seni Perkhidmatan Komunikasi
Peralatan Seramik Pengangkutan Bahasa
Mesin Masakan Sewaan Atur cara
Pertanian Lukisan Sistem pembelajaran Bunyi, isyarat dan suara
Pemakanan Alat muzik Proses dan langkah Persuratan
Pakaian Arca Sistem pengairan Pengiklanan
Persenjataan Halus Grafik
Sulaman / anyaman
1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK

• Garisan • Saiz
• Rupa • Warna
• Bentuk • Ruang
• Tekstur
GARISAN
• Merupakan cantuman satu siri titik
• Dihasilkan menggunakan sebarang alat tulis atau peralatan
(gadget)
• Garisan merupakan unsur terpenting dalam aktiviti melakar,
melukis, menggambar dan menulis
• Digunakan untuk menghasilkan jalinan struktur,
pembentukan objek dan bayangan
Fungsi Garisan:
• Membahagi dua ruang kawasan
• Menunjukkan pergerakkan arah atau aliran
• Menunjukkanperhubungan antara elemen
• M ewakili ketegangan antara 2 titik
• Menunjukkan kestabilan dan kerehatan
• Menunjukkan keseimbangan
• Menunjukkan daya gerakan yang dinamik
• Mewakili gerakan dan tenaga yang berpadu
• Menunjukkan objek itu dekat
CONTOH GARISAN DARI OBJEK ALAM
SEMULAJADI
RUPA
• Hasil pertemuan antara hujung garisan dengan
permulaannya
• Mempunyai permukaan yang rata dan bergarisan di luar
sebagai sempadan yang mengelilinginya
• Bersifat 2D (tidak berjisim) serta mempunyai luas
• Terdapat dua kategori rupa iaitu rupa geometri dan rupa
organik
BENTUK
• Objek yang mempunyai ruang, isi padu dan
mempunyai lebih dari satu permukaan
• Terdapat dua jenis bentuk :
• Bentuk konkrit – mempunyai bentuk dan boleh
dipegang
• Bentuk ilusi – kelihatan 3D
PERBEZAAN 2D DAN 3D
`BENTUK 2D BENTUK 3D
Leper Menyerupai bentuk sebenar
Mempunyai satu permukaan sahaja Mempunyai 3 permukaan
Mempunyai lebar dan panjang Mempunyai lebar, panjang dan tinggi
Tidak menggambarkan Menggambarkan kedalaman atau
kedalaman/ketinggian ketinggian
Menggambarkan keluasan Menggambarkan keluasan dan isipadu
PERBEZAAN 2D DAN 3D
TEKSTUR
• Keadaan fizikal sesuatu permukaan.
• Ia boleh dilihat dan dirasa melalui sentuhan.
• Contoh tekstur ialah kasar, licin, lembut, keras,
berkilat dan sebagainya.
• Memberi identiti pada sesuatu objek.
CONTOH TEKSTUR
SAIZ

• Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek.


• Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan
perbezaan jarak, panjang, tinggi dan kedalaman
objek
SAIZ
WARNA
• Merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
yang dapat dikesan melalui deria penglihatan
• Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu warna asas, warna
sekunder dan warna tertier.
• Terdapat 2 suhu warna iaitu: Warna panas dan Warna sejuk
WARNA
(i) Warna panas - Merupakan warna yang mempunyai kesan cahaya
yang tinggi
•- Memberi kesan terang, garang seperti api dan merangsang
penglihatan
(ii) Warna sejuk - Merupakan warna yang mempunyai kesan cahaya
yang rendah
•- Memberi kesan redup, tenang dan damai menyejukkan mata
memandang
Warna primer Warna sekunder Warna tertier
RUANG
• Kawasan kosong dikelilingi oleh elemen garisan
• Terbahagi kepada dua jenis iaitu ruang nyata (fizikal) dan
ruang ilusi (tampak)
• Ruang negatif iaitu yang bewarna putih antara dua objek

Ruang negatif
Ruang Positif
1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK

• Keseimbangan • Kesatuan
• Pengulangan • Keringkasan
• Kontras • Harmoni
• Kepelbagaian
KESEIMBANGAN
• Terdapat dua jenis;
• Keseimbangan simetri (formal)
• Mempunyai persamaan pada kedua-dua belah bahagiannya
• Keseimbangan asimetri (tidak formal)
• Tidak ada persamaan pada kedua-dua bahagian tetapi kelihatan
menarik dan mempunyai daya tarikan tersendiri
KESEIMBANGAN

SIMETRI ASIMETRI
PENGULANGAN
• Penyusunan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk
• Boleh berlaku dalam bentuk bersudut (pola), susunan bersiri, selari atau
berjejari
KONTRAS
• Perbezaan ketara pada ciri elemen (warna, saiz, tekstur dan sebagainya) yang
digunakan
• Tujuannya untuk menyerlahkan perbezaan dan menarik perhatian.
KEPELBAGAIAN
• Dihasilkan dengan menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
• Penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam reka bentuk.
• Tujuannya adalah untuk menambah daya tarikan sesuatu rekaan.
KESATUAN
• Bermaksud semua bahagian bergabung untuk membentuk imej, terma atau
idea yang sempurna.
KERINGKASAN
• Reka bentuk yang mudah dapat mengurangkan kekeliruan dan tumpuan
orang yang melihatnya.
HARMONI
• Bermaksud melihat sesuatu yang dapat memberikan keamanan dan
kedamaian.
• Susun atur, penggunaan ton warna dan alam semula jadi memainkan peranan
penting dalam mewujudkan keadaan harmoni.
1.1.4 Aplikasi prinsip-prinsip reka bentuk
dalam mereka bentuk objek asas
Prinsip reka bentuk adalah tunggak utama
dalam penghasilan sebuah reka bentuk.
Reka bentuk yang baik adalah reka bentuk
yang dihasilkan dengan menggunakan
prinsip-prinsip reka bentuk
Aplikasi prinsip-prinsip reka bentuk dalam
mereka bentuk objek asas
Langkah 1: Pilih elemen rupa
yang sesuai. Lakarkan elemen
itu
Langkah 2 : Pastikan lakaran
mengikut prinsip reka bentuk
1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen
reka bentuk
Elemen reka bentuk adalah perkara-perkara yang
terlibat ketika menghasilkan sesebuah reka bentuk.
Ia dapat dilihat dan dikenal pasti dengan mudah.
Prinsip reka bentuk adalah peraturan, panduan,
falsafah yang memandu penghasilan sesebuah
projek.
Membanding beza prinsip dan elemen reka
bentuk dalam bentuk jadual
Nama Produk :
Bil Elemen Tandakan √ Prinsip Tandakan √
1 Garisan Keseimbangan
2 Rupa Pengulangan
3 Bentuk Kontras
4 Tekstur Kepelbagaian
5 Saiz Kesatuan
6 Warna Keringkasan
7 Ruang Harmoni
1.1.6 Kriteria reka bentuk yang baik
Reka bentuk yang baik bukan hanya kelihatan
cantik. Ia mestilah boleh berfungsi,
memenuhi tujuan ia direka dan membuatkan
orang terpegun melihatnya.
Sesebuah reka bentuk boleh jadi hasil inovasi
atau hanya untuk menjalankan sesuatu kerja.
Kriteria reka bentuk yang baik
Reka bentuk yang baik mestilah
memenuhi kriteria berikut:
1. Inovasi
Menjadikan produk itu unik dan
lebih berdaya saing daripada
produk sedia ada.
Kriteria reka bentuk yang baik
2. Kreativiti
Melibatkan idea baru dalam
menghasilkan produk reka
bentuk serta dapat memperbaiki
fungsi produk sedia ada bagi
memberi manfaat yang lebih baik
Kriteria reka bentuk yang baik
3. Keaslian
Sebuah reka bentuk yang baik
bersifat asli iaitu tidak meniru
produk yang sedia ada. Ia
menekankan unsur simbolik, emosi
dan estetika (membuatkan orang
kagum)
Kriteria reka bentuk yang baik
4. Kualiti (ketahanan &
kebolehpasaran)
Produk yang dihasilkan
mempunyai ciri ketahanan (tidak
mudah rosak) dan mudah
memasuki pasaran
Kriteria reka bentuk yang baik
5. Ergonomik
Suatu ciri keselesaan yang ada
pada produk. Ciri ini biasanya
menjadi pilihan pengguna.
1.1.7 Membina objek asas
Idea boleh dizahirkan dalam bentuk lukisan atau
model. Model boleh diperolehi melalui prinsip
dan elemen reka bentuk. Bentuk-bentuk asas
(geometri) ini jika digabungkan boleh
membentuk objek baru. Gabungan ini boleh
dilakukan sama ada bentuk alami atau asas
(geometri) yang sama atau berlawanan.
Membina objek asas
Bentuk asas geometri
adalah bentuk-bentuk
yang ada di sekeliling kita
tanpa melibatkan
perubahan atau
pengubahsuaian.
Teknik Pembinaan Objek
Teknik-teknik pembinaan objek baru
Terdapat empat jenis teknik pembinaan objek baru
iaitu :
1)Pembenaman ( intersect )
2)Pembuangan ( substract )
3)Penyatuan ( union )
4)Peleraian ( explode )
Teknik pembinaan objek
A. Pembenaman
Pembenaman ( intersect ) Apabila sesuatu
objek asas dimasukkan ke dalam objek yang
lain terbentuklah satu objek baru.
Teknik pembinaan objek
B. Pembuangan
Objek asas boleh dibuang dengan pelbagai cara.
Antaranya ialah melalui potongan lurus secara
serong (chamfer) pada bahagian bucu objek asas,
melalui pemotongan lengkung (fillet) pada
bahagian bucu dan melalui penebukkan (drilling)
pada bahagian permukaan.
Teknik pembinaan objek
B. Pembuangan
Teknik pembinaan objek
C. Penyatuan
Objek-objek asas jika dicantumkan secara
terus dengan objek asas yang lain pada mana-
mana bahagian boleh membentuk satu objek
baru.
Teknik pembinaan objek
D. Peleraian
• Sebahagian daripada bentuk objek asas dileraikan
akan membentuk objek bar
SEKIAN, TERIMA KASIH
Rujukan : Buku Teks RBT Tingkatan 1

You might also like