You are on page 1of 11

1.

1 Dunia Reka Bentuk

Definisi Reka Bentuk

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk


menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak positif kepada kehidupan.

Definisi Teknologi

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan sumber semula jadi untuk
dijadikan alat.

Definisi Reka Bentuk dan Teknologi

Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan


mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.

o Memudahkan kehidupan manusia.

Bidang Reka Bentuk dan Teknologi

Konkrit – Boleh dilihat dan dipegang

 Teknologi – Peralatan, Mesin, Pertanian etc.


 Seni – Seramik, Masakan, Lukisan etc.

Abstrak – Boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang

 Perkhidmatan – Pengangkutan, Sewaan, Sisitem pembelajaran etc.


 Komunikasi – Bahasa, Atur cara, Persuratan etc.

Elemen Reka Bentuk

o Membantu menzahirkan idea seseorang dalam benytuk lakaran atau


lukisan.
o Mencapai kehendak pelanggan.
1. Garisan 5. Saiz
2. Rupa 6. Warna
3. Bentuk 7. Ruang
4. Tekstur
Garisan

Cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukiran panjang dan jarak.

o Membahagikan dua ruang kawasan.


o Menunjukkan pergerakan arah atau aliran.
o Menunjukkan perhubungan antara elemen.
o Mewakili ketegangan antara dua titik.
o Menunjukkan kestabilan dan kerehatan.
o Menunjukkan keseimbangan.
o Menunjukkan daya gerakan yang dinamik.
o Mewakili gerakan dan tenaga yang berpadu.
o Menunjukkan objek itu dekat (garisan tebal), atau yang jauh (garisan
nipis atau halus).

Rupa

Hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya.

o Mempunyai permukaan yang rata.


o Bergarisan di luar (outline) sebagai sempadan yang mengelilinginya.
o Bersifat 2D.
o Mempunyai ruang kawasan yang berbeza daripada ruang di sekeliling.

Terbahagi kepada:

Rupa organik – Mempunyai permukaan yang bebas dan tidak terikat pada
bentuk yang khusus.

Rupa geometri – Rupa yang bersudut.

Bentuk

Objek yang mempunyai ruang, isi padu dan mempunyai lebih dari satu
permukaan.

Terbahagi kepada:

Bentuk konkrit – Mempunyai bentuk dan boleh dipegang.

Bentuk ilusi – Kelihatan 3D.


Tekstur

Satu teknik yang memberikan impak atau kesan terhadap orang yang melihat
sesuatu permukaan pada lukisan atau objek.

o Kasar, licin, halus, kesat, lembut, keras dan berkilat.

Saiz

Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek.

o Menunjukkan kesan, perbezaan jarak, panjang, tinggi dan kedalaman


objek.

Warna
Sekunder
Kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek.

Terbahagi kepada: Primer


Warna primer, Warna sekunder dan Warna tertier.

Warna panas:

o Terang dan jelas.


Tertier
o Menimbulkan suasana ceria, riang dan bersemangat.
o Dinilai dari warna merah ke warna kuning.

Warna sejuk:

o Memberikan kesan cahaya yang rendah.


o Memberikan kesan redup, tenang, damai serta menyejukkan mata.
o Dinilai dari warna ungu hingga ke warna hijau.

Ruang

Kawasan kosong yang dikelilingi oleh garisan bagi menampakkan objek dengan
lebih jelas. Terbahagi kepada:

Ruang nyata/fizikal – Ruang sebenar di antara dua objek yang berhampiran.

Ruang ilusi/tampak – Ruang gambar yang terhasil apabila dua objek tersebut
dihasilkan dalam bentuk lukisan.
Prinsip Reka Bentuk

 Konsep atau aturan yang digunakan pada elemen reka bentuk bagi
memudahkan pembinaan sesuatu objek.
 Visual yang dihasilkan menjadi menarik, selesa serta memberi kepuasan
kepada pelanggan.
1. Keseimbangan 5.Kesatuan
2. Pengulangan 6.Keringkasan
3. Kontras 7.Harmoni
4. Kepelbagaian
Keseimbangan

Terbahagi kepada:

Keseimbangan simetri (formal) dan Keseimbangan asimetri (tidak formal).

Pengulangan

Penyusunan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk.

Boleh berlaku dalam:


Tujuan:
 Bentuk bersudut (pola)
Menghasilkan satu pola atau corak unsur
 Susunan bersiri
yang berulang-ulang dan lengkap
 Selari atau berjejari

Kontras

Perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan.Contohnya:

 Tekstur
 Kedudukan Tujuan:

 Warna Menyerlahkan perbezaan, menarik


 Saiz perhatian, dan memberi fokus
 Bentuk
 Ruang
Kepelbagaian

Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza
dalam sesuatu reka bentuk.

 Menambah daya tarikan

Kesatuan

Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea
yang sempurna.

Keringkasan

 Idea kompleks perlu diolah semula dalam bentuk visual yang lebih
ringkas.
 Idea yang banyak dalam satu objek akan mengelirukan dan
menghilangkan tumpuan orang yang melihatnya serta sukar diingati.

Harmoni

Melihat sesuatu yang dapat memberikan keamanan dan kedamaian.

 Dihasilkan melalui susun atur berulangan sesuatu unsur yang seimbang


dan mempunyai perhubungan saling berkaitan.Seperti:

Penggunaan ton warna yang hampir sama dan mempunyai kontras.

Kriteria Reka Bentuk yang Baik

1. Kecenderungan inovasi 4.Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran


2. Kreativiti 5.Ergonomik
3. Keaslian reka bentuk

Kecenderungan inovasi

o Unik dan lebih berdaya saing daripada produk dalam pasaran.

Kreativiti

o Idea baharu menghasilkan produ reka bentuk


o Memperbaiki fungsi produk sedia ada
o Memberi manfaat yang lebih baik atau pelbagai fungsinya
Keaslian reka bentuk

o Menekankan kandungan unsur simbolik, emosi,estetika, dan penampilan


produk.
o Tidak meniru produk sedia ada.

Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran

o Tidak mudah hancur atau rosak


o Ditentukan melalui ketahanannya semasa digunakan

Ergonomik

o Ciri keselesaan yang ada pada sesuatu produk

Teknik Pembinaan Objek

Pembenaman

 Sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek yang lain.

Pembuangan

 Membuang bahagian yang tidak dikehendaki.


 Dengan cara dikerat, ditebuk atau dicungkil keluar.

Penyatuan

 Mencantumkan dua atau lebih objek tanpa melibatkan pembuangan


atau pembenaman.
 Dengan paku, skru, glu dan rivet.

Peleraian

 Objek asas dileraikan sehingga menjadi objek baharu yang lebih ringkas.
 Boleh dipisah dan dicantum semula.
Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi

1. Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden.


2. Menyumbang kepada pembangunan sosial, sains, dan perniagaan.
3. Memenuhi kehendak individu dan masyarakat.
4. Memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian.
5. Memupuk nilai invensi, inovasi dan kratif.
6. Membuka laluan kerjaya dan pekerjaan.

Peranan Reka Bentuk

Individu:

o Kebebasan memilih mengikut kemampuan dan keperluan.


o Lebih kreatif, memudahkan kerja dan menerima manfaat daripada
sumber alam.
o Menggunakan sumber alam secara optimum tanpa pembaziran.
o Sikap bersyukur kerana kehidupan semakin dipermudahkan.
o Menghasilkan reka bentuk yang serba boleh dan kaya dengan idea.

Masyarakat:

o Melindungi dan memelihara etika sosial.


o Menyokong, melindungi, dan mempelbagaikan etika budaya.
o Melahirkan nilai-nilai estetika.
o Melahirkan masyarakat yang kreatif dalam penggunaan sumber.
o Membentuk masyarakat yang lebih betamadun dan berdaya maju.

Pengeluar dan Negara:

o Mengeluarkan produk berjenama negara.


o Melindungi hak cipta rakyat.
o Meningkatkan pendapatan negara.
o Menjadikan aset negara yang berharga.
o Menjaga maruah dan keselamatan diri.
o Menjadi penanda aras sebagai negara maju.
Etika dalam Reka Bentuk

Nilai murni yang menjadi pegangan dan amalan seseorang pereka supaya hasil
ciptaannya itu tidak memudaratkan dirinya dan pengguna.

1. Keaslian 4.Mesra alam sekitar


2. Jujur 5.Selamat digunakan
3. Bermanfaat
Keaslian

 Mereka produk dengan usaha sendiri.


 Tidak memplagiat atau meniru hasil orang.

Jujur

 Menentukan harga produk untuk mencari keuntungan tanpa


membebankan pengguna.
 Tidak mempunyai agenda yang terselindung.

Bermanfaat

 Produk yang dihasilkan dapat memberikan manfaat kepada pengguna.

Mesra alam sekitar

 Menggunakan sumber semula jadi tanpa menjejaskan alam sekitar.


 Gunakan alatan atau bahan yang boleh dikitar semula.

Selamat digunakan

 Produk yang dihasilkan selamat diguna.


 Tidak akan memberi kesan sampingan kepada pengguna.

Kerjaya dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi

1. Arkitek – Merancang reka bentuk dan pelan pembangunan.


2. Pereka bentuk automatif – Mereka bentuk badan kenderaan dan
keselesaan memandu.
3. Pereka bentuk kejuruteraan – Mereka bentuk litar elektrik, mesin,
bangunan dan jentera.
4. Pereka bentuk grafik – Mereka bentuk lukisan, logo dan ikhlan.
5. Pereka bentuk fesyen – Mereka bentuk fesyen pakaian manusia dan
haiwan serta hiasan.
6. Pereka bentuk permainan – Mereka bentuk alat, muka dan perisian
permainan komputer.
7. Pereka bentuk persembahan makanan – Mereka bentuk persembahan
kek dan roti.
8. Pereka bentuk industri – Mereka bentuk peralatan dan sistem.
9. Pereka bentuk pengajaran – Mereka bentuk langkah pengajaran.
10.Pereka bentuk hiasan dalaman – Mereka bentuk hiasan dalam bangunan
dan bilik.
11.Seni bina landskap – Mereka bentuk hiasan taman.
12.Pereka bentuk lampu – Mereka bentuk lampu dan cara pemasangannya.
13.Pereka bentuk produk – Mereka bentuk peralatan untuk kegunaan
awam.
14.Pereka bentuk perkhidmatan – Menyediakan perkhidmatan yang boleh
diberi kepada orang ramai.

Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk

Invensi

Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau


perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya.

o Diperoleh melalui eksperimen, pengamatan secara tidak sengaja atau


melalui kajian.
o Tidak lagi dipanggil invensi apabila usianya melebihi 10 tahun atau
banyak orang telah biasa menggunakannya.

Inovasi

Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik,


menjimatkan, bertenaga, dan bermakna serta mesra pengguna.
o Berlaku apabila terdapat penambahbaikan terhadap fungsi, corak,
sistem atau rupa bentuk sesuatu produk.
o Di peringkat komersial, inovasi didefinasikan sebagai pembangunan
Tujuan: yang mempunyai unsur kreatif dan berdaya saing di pasaran.
produk
Menjadikan produk itu berfungsi secara paling maksimum pada
kos yang munasabah.

Prinsip Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk

 Penjimatan tenaga
 Penggunaan tenaga boleh diperbaharui
 Penjimatan masa mencari kelemahan produk yang masih boleh
diperbaiki

Dengan hanya mengubah warna, fungsi, dan cara kendalian, sesuatu produk
jenama itu terus diminati di pasaran.

Pertahanan

Pelbagai jenis peralatan telah dibangunkan dalam bidang persenjataan,


komunikasi, perekodan dan pengawasan untuk menjaga keselamatan negara
agar tidak diceroboh oleh anasir luar.

Pendidikan

Pelbagai alatan telah dibangunkan untuk membantu dan memudahkan


pengajaran dan pembelajaran di sekolah, antaranya peralatan untuk latihan
amali, alatan sukan serta alat tayangan multimedia.

Kesihatan

Pelbagai jenis alatan kesihatan dan sokongan dihasilkan seperti peranti


pengukuran tekanan darah mudah alih, pelbagai jenis ubat-ubatan, peralatan
pengukuran tahap kesihatan etc.

Pembuatan

Pembuatan peralatan dan bahan berubah dengan ketara, misalnya


penggantian bahan lama yang didapati kurang cekap. Masa untuk mengukur,
mengerat, menggerudi, menyambung, melicin dan mewarna boleh dijimatkan
dengan teknologi pencetakan 3D dan pen 3D.

Teknologi maklumat

Perisian baharu dibangunkan hampir setiap hari. Penggantian pen stilus


dengan jejari disokong oleh kewujudan teknologi ingatan pemprosesan dan
penstoran yang semakin pantas, kecil dan pintar. Telefon pintar sekarang
boleh digunakan untuk berkomunikasi serta melakukan tugas kawalan dan
pemantauan.

Telefon pintar pengesan gempa bumi


Pengesan ergo

You might also like