You are on page 1of 15

Pentaksiran Modul :

Bahasa Seni dan Kemahiran Seni


Kreativiti dan Inovasi Seni
Apresiasi Seni

Disediakan oleh :
POOJA A/P VEERAPATHI
Definisi dan Pengenalan

 Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti


mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat
tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.
 Definisi Pentaksiran : satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
 Tujuan : - mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
- menilai aktiviti yang dijalankan semasa pdp
- mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pdp
- memperbaiki pdp
Bahasa Seni dan Kemahiran Seni

Asas Prinsip
Bidang
Seni Seni
Kegiatan
Reka Reka
Garisan Imbangan
Menggambar
Jalinan Harmoni
Kontra Membuat Corak
Rupa dan Rekaan
Penegasan
Bentuk Membentuk dan
Pergerakan Membuat Binaan
Ruang Kepelbagaian
Mengenal Kraf
Warna Kesatuan Tradisional
Asas
Seni
Garisan Bentuk Jalinan
Reka - Garisan ialah satu
deretan titik yang
- Bentuk mempunyai
keluasan, ketinggian,
- Jalinan ialah kesan
yang terdapat pada
bersambung-sambung jisim dan lebih permukaan sesuatu
yang mempunyai jarak daripada satu benda
tertentu permukaan - Terdapat 2 jenis
- Garisan boleh diolah - Terdapat 2 jenis jalinan iaitu jalinan
untuk mencipta rupa, bentuk iaitu bentuk sentuh dan jalinan
jalinan, ton, corak dan konkrit dan bentuk ilusi tampak
untuk menimbulkan
bentuk ruang dan
pergerakan
Ruang Rupa Warna
- Ruang ialah - Rupa ialah hasil - Warna adalah
kawasankosong daripada pertemuan tindak balasan
disekeliling atau hujung garisan cahaya ke atas
antara 2 objek dengan permukaan atau
- Jenis-jenis ruang permulaannya objek di dalam
ialah ruang nyata - Rupa boleh sekeliling
fizikal dan ruang ilusi dihasilkan daripada
garisan, warna dan
jalinan
Prinsip
Seni
Reka
Imbangan Harmoni Kontra
- Bermaksud - Membawa maksud - Kontra wujud jika
kesamaan dan aman dan damai ada unsur-unsur seni
kesepadanan dari - Harmoni merupakan yang bertentangan
segi berat, tarikan dan hasil ulangan dan atau bercanggah
tumpuan retak unsur seni yang dalam sesuatu
- Terdapat 2 jenis sesuai dan seimbang gubahan
imbangan iaitu
imbangan simetri dan
imbangan tidak
simetri
Penegasan Irama dan Kepelbagaian Kesatuan
- Wujud apabila Pergerakan - Wujud hasil - Bermaksud
terdapat sesuatu - Pergerakan penggunaan satu tema atau
unsur yang adalah keadaan pelbagai gaya, idea bagi semua
menonjol, kontra yang nilai dan idea unsur dalam
atau ganjil dalam bergetar,bergoya yang berbeza sesuatu
sesuatu ng, berayun, dalam sesuatu gubahan
gubahan berpancar dan gubahan
bersinar-sinar
Kreativiti dan Inovasi Seni
Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh
seseorang.
Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama
oleh seseorang individu.
Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang
boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan
menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni
budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau
memenuhi pasaran tertentu.
Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan
sebagai:-
• Merupakan penghasilan baru
• Berbentuk maujud dan mujarad
• Berdasarkan proses penyusunan semula
• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada
• Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend
baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam
ekosistem yang banyak persaingan.
 Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:-

1. Peringkat individu
Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan
seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu
benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini ialah modifikasi.

2. Peringkat organisasi
Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Di sini
organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah
sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan maksimum. Organisasi
inovatif ialah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan strategik iaitu dengan cara:-

Meneliti ciri-ciri kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu
ekosistem

Meneliti kelemahan-kelemahan dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan
pantas

Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang-peluang yang ada untuk diperoleh secara sistematik

Melancarkan strategi, dasar dan prosedur untuk menentang bahaya dan ancaman dari luar dan dalam
organisasi
    
KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN

Apa itu kreativiti?


Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992)
kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru.

Caserani dan Greatwood (1995) menggariskan beberapa langkah dan strategi penting bagi
mencetuskan kreativiti dalam organisasi sekolah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:-

1. Mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti

2. Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat

3. Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti

4. Membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti

5. Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah

6. Perkembangan pemikiran kepada tindakan


FAKTOR-FAKTOR UTAMA PERKEMBANGAN KREATIF DAN INOVATIF DALAM
PEMBELAJARAN

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif


dan inovatif ialah,
1. Pengurusan
2. Komunikasi terbuka
3. Teknologi
4. Penyelesaian masalah
5. Budaya
6. Strategi
7. Kepimpinan dan
8. Pemikiran Faktor-Faktor Utama Dalam Perkembangan Pembelajaran Kreatif Dan
Inovatif
Apresiasi Seni

DEFINISI

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai


tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara
mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan
stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-
aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan
terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat
dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.
OBJEKTIF APRESIASI SENI

a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni


b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan
c) Menghasilkan karya (produk seni)
d) Memahami seni dan hubungannya
e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI


Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni
dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat
menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga
dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang
lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:

Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan dalam apresiasi seni
iaitu:

a) Pendekatan secara logik


b) Pendekatan secara psiklogi
PENDEKATAN SECARA LOGIK

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak
berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut:
 
 Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai estetika
dan pengaruh. 

 Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid,


mengumpul dan menyusun gambar-
gambar
 Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran

 Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas,
kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.
 PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih
bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni.
Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara
ini akan lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan
lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

1. Secara perbincangan dan perbandingan


2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery)
3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni
4. Secara menyediakansetting/set induksi
5. Secara membesarkan gambar
6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar
7. Secara aktiviti permainan seni
8. Secara lawatan/pameran
9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

You might also like