You are on page 1of 38

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

BAB 2.2:
APLIKASI TEKNOLOGI
-REKA BENTUK
MEKANIKAL-
Objektif:
2. Mengenal pasti komponen mekanikal
3. Menjelaskan bagaimana sistem mekanikal berfungsi pada
produk yang dipilih.
- Sistem mekanikal adalah GABUNGAN beberapa
komponen yang berfungsi sebagai penghantar bagi
menyelesaikan sesuatu tugas yang telah
diprogramkan.
- Ia juga adalah satu proses menghasilkan KAWALAN
atau PEMINDAHAN TENAGA melalui PERGERAKAN:
1. PUTARAN
2. BERSUDUT
3. LELURUS
1. Gerakan Putaran
- Gerakan berputar terdiri daripada dua jenis iaitu:
1. Gerakan putaran separa - pergerakan yang
berputar dengan sudut terhad
2. Gerakan putaran lengkap - gerakan putaran
lengkap bersudut 360ᵒ
2. Gerakan Bersudut
- Mekanisme bergerak dalam sudut yang telah
ditentukan.
3. Gerakan Lelurus
- Menghasilkan gerakan dalam satu arah yang lurus
Sistem mekanikal yang paling
ringkas menggunakan sekurang-
kurangnya dua jenis komponen
mekanikal
KOMPONEN
MEKANIKAL
GEAR
Pautan (Linkage)
Komponen ini berfungsi sebagai
penghubung sesuatu komponen
atau bahan bagi melengkapkan
suatu sistem
Tuil/Tuas (Lever) Tuil atau tuas ialah sistem yang berkaitan daya, beban,
dan fulkrum. Antara contoh mudah penggunaan tuil
atau tuas adalah pada tuil playar gabung.
Takal (Pully)
Takal ialah mesin ringkas yang
terdiri daripada satu roda berputar
pada gandar. Dengan menggunakan
takal, beban menjadi ringan dan
mudah untuk diangkat.
Tali Sawat (Belting)
Tali sawat banyak digunakan dalam
industri seperti pemesinan,
conveyor, danpada motosikal
berkuasa besar. Tali sawat
digunakan untuk menghubungkan
takal pemacu yang dipasang pada
enjin atau motor elektrik dengan
takal dipacu.
Aci Sesondol (Cam Shaft)Aci sesondol digunakan untuk membuka
dan menutup injap (valve)
Aci Engkol (Crank Shaft)

Aci engkol berfungsi untuk


menukarkan gerakan linear
kepada gerakan berputar
seterusnya sebagai
penghantar kuasa ke kotak
gear untuk menggerakkan
kenderaan.
Gelongsor (Slider)
Gelongsor berfungsi sebagai
pengurang geseran bagi
menggerakkan sesuatu
komponen. Komponen ini
banyak digunakan dalam
industri yang memerlukan
pemindahan beban yang berat.
Beban pada gelongsor
digerakkan secara mendatar.
Galas Bebola
(Ball Bearing)
Galas bebola digunakan
sebagai pengantara bagi objek
yang berputar. Komponen ini
juga bertindak sebagai
pengurang geseran dan
melancarkan pergerakan.
Bindu (Chuck)
Bindu digunakan bersama dengan mesin
gerudi. Fungsinya adalah untuk memegang
dan mencengkam mata gerudi.
Rantai (Chain)
Rantai berfungsi sebagai
pengantara bagi penghantar
kuasa antara dua gear.
TP1: Senaraikan 11 komponen
mekanikal
Bagaimana Sistem Mekanikal Berfungsi Pada Produk yang Dipilih?

Contoh 1:
Contoh 2:
TP2: Menjelaskan bagaimana
sistem mekanikal berfungsi pada
produk yang dipilih.

1. Namakan produk mekanikal


ini.
2. Namakan bahagian X, Y, dan Z
3. Nyatakan jenis komponen
mekanikal yang digunakan.
4. Terang secara ringkas
bagaimana produk ini
berfungsi.
Objektif:
2. Menghasilkan lakaran 3D reka bentuk gajet yang menggunakan
komponen sistem mekanikal yang dipilih
3. Menganalisis kesesuaian komponen yang digunakan untuk
membina gajet
4. Membuat rumusan kekuatan dan kelemahan komponen sistem
mekanikal yang dipilih untuk membina gajet.
Menghasilkan Lakaran 3D Reka Bentuk Gajet yang
Menggunakan Komponen Sistem Mekanikal yang Dipilih
Menganalisis Kesesuaian Komponen Yang Digunakan Untuk Membina Gajet
TP4 & TP5
Rajah menunjukkan
sebuah produk mekanikal
TP4: Menganalisis kesesuaian komponen yang digunakan untuk membina gajet

Kesesuaian
Kriteria penilaian Cadangan penambahbaikan
(YA/TIDAK)

Reka bentuk komponen

Jenis bahan binaan yang digunakan

Kedudukan pemasangan komponen

Kemasan
TP5: Membuat rumusan kekuatan dan kelemahan komponen sistem mekanikal
yang dipilih untuk membina gajet

Borang perbandingan kekuatan dan kelemahan sistem mekanikal yang dipilih

Sistem
Komponen Kekuatan kelemahan
mekanikal

Rangka (frame)
payung

Tiang/kaki (pole)
payung
TP3: Menghasilkan Lakaran 3D Reka Bentuk Gajet yang
Menggunakan Komponen Sistem Mekanikal yang Dipilih
Objektif:

2. Membina gajet mekanikal berfungsi


3. Memberi cadangan untuk penambahbaikan kepada sistem
tersebut berdasarkan pandangan murid
TP6: Membina Gajet Mekanikal Berfungsi
TP6: Cadangan Penambahbaikan Kepada Sistem Tersebut

You might also like