You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN/KELAB/BADAN BERUNIFORM/SUKAN DAN PERMAINAN

1. Nama dan Tempat Mesyuarat :

1.1 Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan ini dikenali dengan nama

…………………………………………………………………………………………………

1.2 Tempat mesyuarat ialah :

…………………………………………………………………………………………………

2. Tujuan/Matlamat ia ditubuhkan :

……………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………….………….

……………………………………………………………………………………………………….…….

………………………………………………………………………………………………………….….

3. Keahlian

3.1 Syarat menjadi ahli


3.1.1 Jantina : ………………………………………………………

3.1.2 Umur : ………………………………………………………

3.1.3 Bilangan ahli yang dibenarkan : ……………………………………………

3.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah disokong oleh Guru Penasihat dan
dihantar kepada Setiausaha yang akan mendaftarkan permohonan ini dengan
secepat mungkin.

3.3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di
atas hendaklah diterima menjadi ahli.

4. Bayaran Masuk, Yuran-yuran dan lain-lain Bayaran.

4.1 Kutipan yuran boleh dibuat hanya dengan kebenaran bertulis daripada Pengetua.

4.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu dalam masa
……… hari dari tarikh pendaftaran. Pembayaran hendaklah diberikan kepada
Bendahari atau Guru Penasihat.

4.3 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat
ingatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak
keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.

4.4 Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli boleh dijalankan dengan
persetujuan Mesyuarat Agung dan Guru Penasihat.

5. Penamatan Keahlian
Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli hendaklah terlebih dahulu memberi
kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Penyelaras dan membayar segala
hutang-hutangnya.

6. Jawatankuasa

6.1 Satu Jawatankuasa Persatuan seperti berikut hendaklah dilantik dalam Mesyuarat
Agung Tahunan:
6.1.1 Seorang Pengerusi
6.1.2 Seorang Naib Pengerusi
6.1.3 Seorang Setiausaha (dan penolongnya jika perlu)
6.1.4 Seorang Bendahari (dan penolongnya jika perlu)
6.1.5 Ahli Jawatankuasa (tidak lebih daripada 8 orang)
Pemegang-pemegang jawatan dalam Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan
Permainan ini dan tiap-tiap AJK yang menjalankan tugas-tugas dalam
Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan ini hendaklah pelajar sekolah ini.

6.2 Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan dan


disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam
Mesyuarat Agung Tahunan. Semua AJK kecuali Bendahari boleh dilantik semula
tiap-tiap tahun.

6.3 Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian


Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan serta membuat
keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan/Kelab/Badan
Beruniform/Sukan dan Permainan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang
ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh
membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak
terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa hendaklah membuat
laporannya berkenaan kegiatan-kegiatan di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap
Mesyuarat Agung Tahunan.

6.4 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan


dan ………………….. hari pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah
diberikan kepada ahli-ahli. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang
daripada 3 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya
diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya
setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan
perjalanan dan mencukupkan koram mesyuarat.

6.5 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
mesyuarat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha mendapatkan kelulusan
dengan surat pekeliling. Syarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima :
6.5.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa.
6.5.2 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa
mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan
itu; dan ,
6.5.3 Keputusan hendaklah dengan undi terbanyak. Sebarang keputusan yang
diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha
kepada Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya untuk dicatatkan di dalam
peringatan mesyuarat.

6.6 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
6.7 Jika seorang Ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia, meletakkan jawatan, atau
dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah, calon kedua yang mendapat undi
terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan
kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu,
maka berkuasalah Jawatankuasa melantik lain ahli Persatuan memenuhkan
kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

6.8 Jawatankuasa dengan persetujuan Guru Penasihat boleh memberi perintah kepada
Setiausaha dan lain-lain pegawai untuk menjalankan urusan-urusan
Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan. Ia boleh melantik
pengurus-pengurus dan kakitangan-kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh
dengan persetujuan Guru Penasihat menggantungkan atau melucutkan jawatan
sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai dalam pekerjaan, curuang, tidak
cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab
yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan/Kelab/Badan
Beruniform/Sukan dan Permainan.
6.9 Di antara Mesyuarat-mesyuarat Agung, Jawatankuasa dengan persetujuan Guru
Penasihat boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan bila
mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak tersebut di dalam undang-
undang ini.
6.10 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang
telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli
adalah muktamad jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan Mesyuarat
Agung.

7. Kewajipan-kewajipan Pegawai

7.1 Pengerusi dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat
Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat-mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus
dan hendaklah ia menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bersama
dengan Guru Penasihat bila telah diluluskan.
7.2 Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
7.3 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja mengikut undang-undcaang dan
hendaklah ia menjalankan perintah-perintah Mesyuarat dan Jawatankuasa. Ia
bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat mesyuarat dan menyimpan semua
buku-buku, surat-surat dan kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan.
Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catitan-catitan.
7.4 Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
7.5 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan. Ia hendaklah membuat
dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kebetulannya.

8. Kewangan

8.1 Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini,


yang Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan ini boleh digunakan
untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan
Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan termasuklah belanja
pentadbiran.
8.2 Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM …………..
pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah diserahkan di
dalam tempoh tujuh hari kepada Guru Penasihat.
8.3 Segala pengeluaran wang daripada kira-kira Persatuan/Kelab/Badan
Beruniform/Sukan dan Permainan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi
(atas ketiadaannya oleh Timbalan Pengerusi), Setiausaha dan Bendahari, maka
bolehlah jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk
menurunkan tandatangan.
8.4 Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta timbalan kira-kira bagi
setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh Guru Penasihat dan Pemeriksa
Kira-kira dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata Kira-
kira yang telah diodit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung
Tahunan dan salinan-salinannya hendaklah dapat diperolehi untuk makluman ahli-
ahli dan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan.

9. Pemeriksa Kira-Kira.

9.1 Satu orang atau lebih yang bukannya pegawai-pegawai Persatuan/Kelab/Badan


Beruniform/Sukan dan Permainan boleh dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan
sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama
satu tahun dan tidak boleh dilantik semula.

9.2 Pemeriksa atau Pemeriksa-pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa Kira-


kira Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan bagi setahun dan
mendapat laporan dan pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Ia/mereka juga boleh
dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi Persatuan/Kelab/Badan
Beruniform/Sukan dan Permainan di dalam tempoh jawatan mereka membuat
laporan kepada Jawatankuasa.

10. Pembubaran

10.1 Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan boleh dibubarkan secara


sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima jumlah semua ahli-
ahli atau arahan dari Pengetua Sekolah.

10.2 Sekiranya Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan hendak


dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan
Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan mengikut undang-undang
hemdaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung.

…………………………………. ………………………………
( ) ( )
Pengerusi Setiausaha

…………………………………………
( )
Guru Penasihat

You might also like