You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 8,

KOTA DAMANSARA

LAPORAN
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
SOALAN KERTAS 2
EKONOMI
2019
LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
SOALAN KERTAS 2 EKONOMI ASAS 2019
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

Secara keseluruhannya, aktiviti Bengkel Teknik Menjawab Soalan Ekonomi dijalankan dengan baik
dan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan. Bengkel telah diadakan pada 21
November 2019 (Khamis) bertempat di Pusat Sumber Sekolah SMK Seksyen 8.Kota Damansara
Seramai 56 orang murid telah didaftarkan untuk menduduki Peperiksaan SPM pada tahun ini. Seramai
45 orang murid telah menyertai bengkel tersebut. Bengkel teknik menjawab soalan ini telah
memberikan pendedahan dan pengetahuan yang amat berguna kepada murid-murid yang akan
menduduki SPM pada tahun ini, kerana tahun ini merupakan tahun kedua peperiksaan SPM Ekonomi
KSSM dengan format yang baru. Ceramah telah diberikan oleh Guru Pemeriksa Kertas SPM
Ekonomi yang berpengalaman dari sekolah SMK Bukit Jelutong Shah Alam, iaitu En. Azman Bin
Arifin. Aktiviti yang dijalankan adalah penekanan kepada format baru dalam kertas 2 SPM Ekonomi
dan banyak melibatkan cara untuk menjawab soalan kertas 2 dengan mengikut garis alus, teratur dan
mudah difahami dan mendapatkan maklumbalas yang positif daripada murid-murid. Penggunaan slaid
PowerPoint dan bahan-bahan photostat banyak memberikan maklumat yang berfaedah terutamanya
dalam tips-tips menjawab Soalan SPM Ekonomi. Pengalaman yang luas oleh En. Azman Bin Arifin
telah memberi kesan yang positif terhadap bengkel yang telah diadakan.

Kekangan yang timbul semasa bengkel dijalankan:


1. Bilangan murid yang tidak hadir melebihi 10 orang. Tidak hadir tanpa sebab menyebabkan
ilmu teknik menjawab ini tidak dapat dikuasai sepenuhnya oleh mereka

.
Disediakan oleh;
………………………
(NARULAKMA BIN ARIFFIN)
Ketua Panitia Ekonomi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 8
Kota Damansara.

Disemak dan disahkan oleh;


………………………..
(HAJAH RUSITA BINTI SAHARI)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 8
Kota Damansara.
LAMPIRAN
AKTIVITI-AKTIVITI MURID SEMASA BENGKEL
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 2 EKONOMI ASAS
ANJURAN PANITIA EKONOMI ASAS
SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

Murid mendengar ceramah

Sesi penerangan tentang pembahagian soalan.

Penerangan tentang teknik menjawab soalan ekonomi asas kertas 2 dari En Azman Bin Arifin

You might also like