You are on page 1of 14

PENGAJARAN KAWAD KAKI

Pengajaran Kawad Kaki ini ditulis bagi memudahkan Jurulatih Kadet Remaja
Sekolah melatih diri untuk mengajar kawad kaki. Penulisan ini diubah dan
disesuaikan untuk kegunaan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah Malaysia sahaja.
Penulisan ini juga hanya tertumpu kepada beberapa tajuk pelajaran kawad sahaja.
Tajuk-tajuk pelajaran kawad yang lain boleh digantikan apabila Jurulatih telah
menguasai format yang digariskan. Urutan format hendaklah mengandungi :
i. Tajuk dan bilangan pergerakan
ii. Bahasa hukuman
iii. Hukuman dan pertunjukan pergerakan penuh oleh Jurulatih
iv. Hukuman dan pertunjukan pergerakan penuh dengan nombor
oleh Jurulatih
v. Hukuman dan pertunjukan pergerakan dengan nombor beserta
ulasan pergerakan oleh Jurulatih
vi. Hukuman dengan nombor dari Jurulatih dan latihan pergerakan
dengan nombor oleh pelatih
vii. Hukuman penuh dari Jurulatih dan latihan pergerakan penuh
oleh pelatih
viii. Hukuman dan pertunjukan pergerakan penuh yang terakhir oleh
Jurulatih
ix. Arahan berlatih kepada pelatih dengan seliaan penuh Jurulatih
x. Teguran dan pembetulan kepada kesalahan pelatih
Bagi Jurulatih yang telah menguasai format di atas, pengajaran kawad boleh
disesuaikan dengan tahap pelatih dan mengikut cara dan kaedah Jurulatih sendiri.

1. ‘Sedia’ (Pertunjukan dan penerangan)

- Awal mula pertama mula dalam kawad kaki adalah pelajaran ‘Sedia’. Lihat
di sini saya akan membuat pertunjukan beserta penerangannya sekali.
Pandang baik-baik skuad. “skuad…….sedia” (lakukan perbuatan penuh
dan berteriak satu), semula!!

- Apabila dapat hukuman “skuad…sedia”, angkat kaki kanan ke hadapan,


lutut bengkok, paha 45°, kedudukan tapak kaki rata dengan bumi dan
hentak padat di sebelah kaki kiri. Tumit rapat dan hujung hadapan kasut
terbuka 30 darjah. Kedua dua tangan berada di sisi dalam keadaan
genggam, ibu jari tuding ke bawah. Kepala tegak dan mata memandang
200 meter ke hadapan serta berteriak “satu!!”. Faham itu skuad? Terus
lihat saya akan membuat pertunjukan yang penuh dan terakhir. Pandang
baik-baik skuad. “skuad…. Sedia” (lakukan perbuatan penuh dan
berteriak satu).
- Terus saya akan latihkan skuad. Hukuman daripada saya dan perbuatan
daripada skuad. Skuad hendaklah berteriak “satu”. “Skuad……sedia”
semula!!, “skuad….sedia” (betulkan kedudukan kaki skuad dan kesalahan
skuad).

- Ada apa-apa soalan tentang “Skuad ..sedia” skuad? Jika skuad tiada
soalan, skuad hendaklah berlatih berpasangan. “berlatih…….!!!”

● Jurulatih hendaklah menegur setiap kesalahan yang dibuat oleh skuad


semasa mereka berlatih. Antara kesalahannya adalah:
- Kaki kiri tidak lurus
- Kaki kanan angkat terlalu tinggi/rendah
- Hentakan tidak padat
- Hentak jauh dari kaki kiri
- Badan bongkok sewaktu angkat kaki
- Tangan tidak lurus rapat ke sisi badan dan jari tidak digenggam
- Kepala tunduk dan mata tidak pandang ke hadapan
- Bergerak-gerak semasa dalam keadaan sedia

2. ‘Senang Diri’ (Pertunjukan dan penerangan)

- Pelajaran seterusnya adalah ‘senang…diri’. Lihat di sini saya akan


membuat pertunjukan beserta ulasannya sekali. Pandang baik-baik
skuad. “senang….diri” {lakukan perbuatan penuh dan berteriak satu),
semula!!. (jurulatih boleh membuat pertunjukan sekali lagi dalam keadaan
sudut pandang membelakangi pelatih bagi menunjukkan keadaan
pergerakan dan kedudukan tangan dan hendaklah berpusing semula ke
hadapan pelatih bagi membuat ulasan).

- Apabila dapat hukuman “senang…..diri”, angkat kaki kanan ke hadapan,


lutut bengkok, paha 45°, kedudukan tapak kaki rata dengan bumi dan
hentak padat di sebelah kaki kiri dalam jarak 12 inci. Dalam masa yang
sama bawa kedua-dua tangan kebelakang punggung dan letakkan tangan
kanan di atas tapak tangan kiri dengan jari jemari lurus dan ibu jari
bersilang. Siku lurus, kepala tegak dan mata memandang 200 meter ke
hadapan serta berteriak “satu!!”. Faham itu skuad? Terus lihat saya akan
membuat pertunjukan yang penuh dan terakhir. Pandang baik-baik skuad.
“senang…..diri”, (lakukan perbuatan penuh dan berteriak satu).

- Terus saya akan latihkan skuad. Hukuman daripada saya dan perbuatan
daripada skuad. Skuad hendaklah berteriak “satu”. “Senang…..diri”,
semula!!, “Senang…..diri”, (betulkan kedudukan kaki skuad dan kesalahan
skuad).
- Ada apa-apa soalan tentang “senang…..diri”, skuad? Jika skuad tiada
soalan, skuad hendaklah berlatih berpasangan. “berlatih…….!!!”
● Jurulatih hendaklah menegur setiap kesalahan yang dibuat oleh skuad
semasa mereka berlatih. Antara kesalahannya adalah:
- Kaki kanan angkat terlalu tinggi/rendah
- Hentakan tidak padat
- Hentak dengan jarak yang tidak tepat (terlalu dekat atau terlalu jauh)
- Badan bongkok sewaktu angkat kaki
- Tangan tidak lurus dan tangan serta jari tidak dalam kedudukan yang betul
- Kepala tunduk dan mata tidak pandang ke hadapan
- Bergerak-gerak semasa dalam keadaan senang diri

3. ‘Rehatkan Diri’ (Pertunjukan dan penerangan)

- Pelajaran seterusnya adalah ‘rehatkan…diri’. Lihat di sini saya akan


membuat pertunjukan beserta ulasannya sekali. Pandang baik-baik
skuad. “rehatkan….diri” {berteriak satu, dua.. dan lakukan perbuatan
penuh sambil menyebut rehat), semula!!. (jurulatih boleh membuat
pertunjukan sekali lagi dalam keadaan sudut pandang membelakangi
pelatih bagi menunjukkan keadaan pergerakan dan kedudukan tangan
dan hendaklah berpusing semula ke hadapan pelatih bagi membuat
ulasan).

- Apabila dapat hukuman “rehatkan…..diri”, skuad hendaklah menyebut


bilangan satu, dua dan selepas itu barulah mengangkat tangan ke paras
pinggang dalam keadaan siku bengkok sambil menyebut perkataan rehat.
Dalam keadaan rehatkan diri skuad boleh menggerakkan anggota tubuh
dari pinggang dan ke atas. Terus lihat saya akan membuat pertunjukan
yang penuh dan terakhir. Pandang baik-baik skuad. “Rehatkan….diri”
(berteriak satu, dua.. dan lakukan perbuatan penuh sambil menyebut
rehat).

- Terus saya akan latihkan skuad. Hukuman daripada saya dan perbuatan
daripada skuad. Skuad hendaklah berteriak “satu.. dua..rehat”. “Berteriak
apa skuad?”. “Rehatkan…..diri”, semula!!, “Rehatkan…..diri”, (betulkan
kedudukan tangan skuad dan kesalahan skuad).

- Ada apa-apa soalan tentang “rehatkan…..diri”, skuad? Jika skuad tiada


soalan, skuad hendaklah berlatih berpasangan. “berlatih…….!!!”

● Jurulatih hendaklah menegur setiap kesalahan yang dibuat oleh skuad


semasa mereka berlatih. Antara kesalahannya adalah:
- Menggerakkan tangan mengikut bilangan satu, dua sebelum sebutan
perkataan rehat.
- Tidak kembali ke kedudukan rehatkan diri setelah menggerakkan anggota
tubuh pinggang dan ke atas.

4. “Senang Diri dari Rehatkan Diri” (Pertunjukan dan penerangan)

- Pelajaran seterusnya adalah ‘senang…diri’ dari ‘rehatkan diri’.


Hukumannya adalah ‘skuad’ atau ‘baris’ atau ‘platun’ atau sebagainya
mengikut keadaan kekuatan dalam baris. Lihat di sini saya akan membuat
pertunjukan beserta ulasannya sekali. Pandang baik-baik skuad.
“Skuad!!” (lakukan perbuatan penuh dan berteriak satu), semula!!.
(jurulatih boleh membuat pertunjukan sekali lagi dalam keadaan sudut
pandang membelakangi pelatih bagi menunjukkan keadaan pergerakan
dan kedudukan tangan dan hendaklah berpusing semula ke hadapan
pelatih bagi membuat ulasan).

- Apabila dapat hukuman “skuad”, dengan pantas turunkan tangan


sepertimana dalam keadaan senang diri sambil berteriak satu, dan terus
diam untuk menunggu hukuman seterusnya. Faham itu skuad? Terus lihat
saya akan membuat pertunjukan yang penuh dan terakhir bagi pergerakan
ini. Pandang baik-baik skuad. “Skuad”, (lakukan perbuatan penuh dan
berteriak satu).

- Terus saya akan latihkan skuad. Hukuman daripada saya dan perbuatan
daripada skuad. Skuad hendaklah berteriak “satu”. “skuad”, semula!!,
“skuad”, “rehatkan… diri”, “skuad!!”, “rehatkan…diri” (betulkan kedudukan
skuad dan kesalahan skuad).

- Ada apa-apa soalan tentang ‘senang diri dari rehatkan diri’ skuad? Jika
skuad tiada soalan, skuad hendaklah berlatih berpasangan.
“berlatih…….!!!”

● Jurulatih hendaklah menegur setiap kesalahan yang dibuat oleh skuad


semasa mereka berlatih. Antara kesalahannya adalah:
- Leka dan lambat bertindak
- Tangan tidak diturunkan dengan pantas

5. ‘Ke Kanan Lurus’ (4 pergerakan)

- Pelajaran yang seterusnya pada pagi ini adalah ‘ke kanan.. lurus’. Apabila
dapat hukuman “rehatkan…diri”, lihat di sini saya akan membuat
pertunjukan yang penuh. “Rehatkan….diri”. “Pandang baik-baik skuad”.
“ke kanan……lurus” (lakukan perbuatan penuh sambil berteriak masa).
- Oleh sebab pembelajaran, maka saya akan bahagikan pergerakan ini
kepada bilangan nombor. Terus lihat di sini apa akan terjadi apabila
mendapat hukuman ‘kekanan lurus dengan nombor, ke kanan
lurus….satu!!’, ‘skuad….dua!!’, ‘skuad….tiga!!’ dan seterusnya. “Ke kanan
lurus dengan nombor, ke kanan lurus…..satu!!”, “satu!!” (buat pergerakan
dengan nombor satu persatu hingga selesai serta berteriak nombor
bilangan bahagian yang ditunjukkan). Itu adalah pertunjukan penuh
dengan nombor. Skuad jangan lupa untuk berteriak masa apabila
membuat pergerakan dengan nombor.

- Terus lihat di sini saya akan membuat pergerakan dengan nombor beserta
ulasannya sekali. “Pandang baik-baik skuad”. “Ke kanan lurus dengan
nombor…ke kanan lurus….satu!!”, “satu!!” (sambil buat pergerakan skuad
satu dan diam) Apabila dapat hukuman ‘ke kanan lurus…satu’, “hulurkan
kaki kanan kehadapan sejauh 6 inci (tumit ke tumit) lain- lain anggota
tubuh diam sambil berteriak satu”, Faham itu skuad? Semula!! “Ke kanan
lurus dengan nombor…ke kanan lurus….satu!!”, “satu!!” (buat pergerakan
skuad satu semula sambil berteriak satu!!), “Nampak itu skuad? itu adalah
skuad satu”.

- Ada soalan pada skuad satu skuad? Jika skuad tiada soalan, terus lihat di
sini apa akan terjadi pada skuad dua. “skuad….dua!!”, “dua!!” (sambil buat
pergerakan skuad dua dan diam), apabila dapat hukuman skuad dua,
dengan pantas angkat kaki kiri ke hadapan, lutut bengkok, paha paras 45°
dan hentak di sebelah kaki kanan sambil berteriak dua!!, Faham itu
skuad? “Semula!!” (kembali ke kedudukan skuad satu). “skuad…dua!!”,
“dua!!”, (buat pergerakan skuad dua sambil berteriak dua!!), “Nampak itu
skuad? “itu adalah skuad dua.

- Ada soalan pada skuad dua skuad?” Jika skuad tiada soalan, terus lihat di
sini apa akan terjadi pada skuad tiga. “skuad….tiga!!”, “tiga!!” (sambil buat
pergerakan skuad tiga dan diam), ‘apabila dapat hukuman skuad..tiga!!,
dengan pantas palingkan muka ke arah kanan serentak dengan
menaikkan tangan kanan ke paras bahu melalui belakang bahu rakan
yang di sebelah kanan sambil berteriak tiga!! Paham itu skuad!! “Semula!!”
(kembali ke kedudukan skuad dua), “skuad…tiga!!”, “tiga!!” (buat
pergerakan skuad tiga sambil berteriak tiga!!), “Nampak itu skuad? itu
adalah skuad tiga”.

- Ada soalan pada skuad tiga skuad?” Jika skuad tiada soalan, terus lihat di
sini apa akan terjadi pada skuad empat. “skuad….empat!!”, “empat!!”
(sambil buat pergerakan skuad empat dan diam), ‘apabila dapat hukuman
skuad..empat!!, dengan pantas hentak kaki rapat-rapat ke bumi kanan dan
kiri berturut-turut sambil bergerak membetulkan barisan, diam apabila
barisan telah lurus, dalam keadaan tangan masih di paras bahu dan muka
masih berpaling ke kanan”. “Semula!!” (kembali ke kedudukan skuad tiga),
“skuad…empat!!”, “empat!! (buat pergerakan skuad empat sambil
berteriak empat!!), “Nampak itu skuad? itu adalah skuad empat”. “Ada
soalan pada skuad empat skuad?” “Jika skuad tiada soalan, pergerakan
ke kanan lurus dibuat dengan nombor ada empat pergerakan. Ada
berapa pergerakan skuad?”

- “Terus saya akan latihkan skuad dengan nombor, hukuman daripada saya
dan perbuatan dengan nombor daripada skuad. Skuad jangan lupa untuk
berteriak masa.” “Ke kanan lurus dengan nombor, ke kanan
lurus…..satu!!” (perhatikan perbuatan skuad dan ulang dengan hukuman
semula jika berlaku kesalahan dari skuad, jika tiada kesalahan teruskan
dengan skuad seterusnya).. “skuad… dua!!” …”skuad..tiga!!”,
…”skuad…empat!!”. Ada soalan pada pergerakan dengan nombor skuad?
Jika skuad tiada soalan, saya akan latihkan skuad untuk membuat
pergerakan penuh.

- Hukuman daripada saya, perbuatan dan masa daripada skuad. Skuad


hendaklah buat dengan betul dan cergas. Faham itu skuad? “Ke
kanan….lurus” (perhatikan perbuatan skuad dan ulang dengan hukuman
semula jika berlaku kesalahan dari skuad.) “semula!!”.

- Terus lihat di sini saya akan membuat pertunjukan penuh dan terakhir bagi
pergerakan ini, hukuman dan perbuatan daripada saya. Pandang
baik-baik skuad. “Ke kanan…..lurus” (lakukan perbuatan penuh sambil
berteriak masa). ‘Ada soalan pada pergerakan ini skuad? Jika skuad tiada
soalan, skuad hendaklah berlatih berpasangan”.. “berlatih!!”

“Pandang Hadapan” (Pertunjukan dan penerangan)


- Perbuatan Ke kanan lurus akan diakhiri dengan hukuman
“Pandang…..depan”. Apabila dapat hukuman “pandang… depan”, dengan
pantas palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan kembali ke rusuk
serentak seperti mana dalam keadaan berdiri sedia. Lain-lain anggota
tubuh diam.

** ‘Pandang …hadapan’ diajar sekali dengan ‘Ke kanan…lurus’

● Jurulatih hendaklah menegur setiap kesalahan yang dibuat oleh skuad


semasa mereka berlatih. Antara kesalahannya adalah:
- Skuad tidak bilang masa/masa terlalu perlahan/terlalu cepat
- Pergerakan tidak cergas
- Hulur kaki melebihi 6 inci seakan melangkah
- Tiada jeda masa antara pergerakan kaki dan tangan
- Digabungkan pergerakan kaki, tangan dan kepala serentak (tidak ikut
urutan)
- Barisan tidak lurus
- Badan bongkok sewaktu hentak kaki rapat-rapat
- Tangan tidak lurus dan tangan serta jari tidak dalam kedudukan yang betul
- Kepala tunduk dan mata tidak pandang ke sisi

6. ‘Buka Barisan’ semasa berhenti (Selaku barisan hadapan) (3


pergerakan)

- Pelajaran yang seterusnya pada pagi ini adalah ‘buka.. barisan’. Apabila
dapat hukuman “rehatkan…diri”, lihat di sini saya akan membuat
pertunjukan yang penuh. “Rehatkan….diri”. “Pandang baik-baik skuad”.
“selaku barisan hadapan.. buka barisan….gerak” (lakukan perbuatan
penuh sambil berteriak masa).

- Oleh sebab pembelajaran, maka saya akan bahagikan pergerakan ini


kepada bilangan nombor. Terus lihat di sini apa akan terjadi apabila
mendapat hukuman ‘selaku barisan hadapan, buka barisan dengan
nombor, buka barisan….satu!!’, ‘skuad….dua!!’, dan seterusnya. “Pandang
baik-baik skuad”. “Selaku barisan hadapan…buka barisan dengan
nombor, buka barisan…..satu!!”, “satu!!” (buat pergerakan dengan
nombor, satu persatu hingga selesai serta berteriak nombor bilangan
bahagian yang ditunjukkan). Itu adalah pertunjukan penuh dengan
nombor. Skuad jangan lupa untuk berteriak masa apabila membuat
pergerakan dengan nombor.

- Terus lihat di sini saya akan membuat pergerakan dengan nombor beserta
ulasannya sekali. “Pandang baik-baik skuad”. “Selaku barisan hadapan..
buka barisan dengan nombor…buka barisan….satu!!”, “satu!!” (sambil
buat pergerakan skuad satu dan diam) Apabila dapat hukuman “selaku
barisan hadapan…buka barisan…satu”, “langkahkan kaki kanan ke
hadapan sejauh 30 inci (tumit ke tumit) lain-lain anggota tubuh diam
sambil berteriak satu”, Faham itu skuad? Semula!! “Selaku barisan
hadapan.. buka barisan dengan nombor…buka barisan….satu!!”, “satu!!”
(buat pergerakan skuad satu semula sambil berteriak satu!!), “Nampak
itu skuad? itu adalah skuad satu”.

- Ada soalan pada skuad satu skuad? Jika skuad tiada soalan, terus lihat di
sini apa akan terjadi pada skuad dua. “skuad….dua!!”, “dua!!” (sambil buat
pergerakan skuad dua dan diam), Apabila dapat hukuman skuad dua,
langkahkan kaki kiri ke hadapan dalam jarak 15 inci (tumit ke tumit),
lain-lain anggota tubuh diam sambil berteriak dua!!, Faham itu skuad?
“Semula!!” (kembali ke kedudukan skuad satu). “skuad…dua!!”, “dua!!”,
(buat pergerakan skuad dua sambil berteriak dua!!), “Nampak itu skuad?
“itu adalah skuad dua.
- Ada soalan pada skuad dua skuad?” Jika skuad tiada soalan, terus lihat di
sini apa akan terjadi pada skuad tiga. “skuad….tiga!!”, “tiga!!” (sambil buat
pergerakan skuad tiga dan diam), “apabila dapat hukuman skuad..tiga!!,
dengan pantas angkat kaki kanan ke hadapan, lutut bengkok, paha paras
45° dan hentak di sebelah kaki kiri sambil berteriak tiga!!, lain-lain anggota
tubuh diam”. Faham itu skuad? “Semula!!” (kembali ke kedudukan skuad
dua). ), “skuad…tiga!!”, “tiga!!” (buat pergerakan skuad tiga sambil
berteriak tiga!!), “Nampak itu skuad? itu adalah skuad tiga”. “Ada soalan
pada skuad tiga skuad?” “Jika skuad tiada soalan, pergerakan selaku
barisan hadapan..buka barisan dibuat dengan nombor ada tiga
pergerakan. Ada berapa pergerakan skuad?”

- “Terus saya akan latihkan skuad dengan nombor, hukuman daripada saya
dan perbuatan dengan nombor daripada skuad. Skuad jangan lupa untuk
berteriak masa.” “Selaku barisan hadapan…buka barisan dengan nombor,
buka barisan…..satu!!” (perhatikan perbuatan skuad dan ulang dengan
hukuman semula jika berlaku kesalahan dari skuad, jika tiada kesalahan
teruskan dengan skuad seterusnya).. “skuad… dua!!” …”skuad..tiga!!”.
Ada soalan pada pergerakan dengan nombor skuad? Jika skuad tiada
soalan, saya akan latihkan skuad untuk membuat pergerakan penuh.

- Hukuman daripada saya, perbuatan dan masa daripada skuad. Skuad


hendaklah buat dengan betul dan cergas. Faham itu skuad? “Selaku
barisan hadapan…buka barisan….gerak” (perhatikan perbuatan skuad
dan ulang dengan hukuman semula jika berlaku kesalahan dari skuad.)
“semula!!”.

- Terus lihat di sini saya akan membuat pertunjukan penuh dan terakhir bagi
pergerakan ini, hukuman dan perbuatan daripada saya. Pandang
baik-baik skuad. “Selaku barisan hadapan…buka barisan…..gerak”
(lakukan perbuatan penuh sambil berteriak masa). ‘Ada soalan pada
pergerakan ini skuad? Jika skuad tiada soalan, skuad hendaklah berlatih
berpasangan”.. “berlatih!!”

● Ingatan : Perbuatan ‘buka barisan’ oleh barisan hadapan adalah sama


pergerakan tutup barisan oleh barisan belakang. Barisan tengah diam.

● Jurulatih hendaklah menegur setiap kesalahan yang dibuat oleh skuad


semasa mereka berlatih. Antara kesalahannya adalah:
- Langkah terlalu Panjang/pendek
- Pergerakan tidak cergas
- Tidak berteriak masa semasa latihan
- Kepala tunduk dan mata tidak pandang 200m kehadapan
‘Buka Barisan’ semasa berhenti (selaku barisan belakang) (3
pergerakan)

- Apabila dapat hukuman “rehatkan…diri”, lihat di sini saya akan membuat


pertunjukan yang penuh. “Rehatkan….diri”. “Pandang baik-baik skuad”.
“selaku barisan belakang.. buka barisan….gerak” (lakukan perbuatan
penuh sambil berteriak masa).

- Terus lihat di sini saya akan membuat pergerakan dengan nombor beserta
ulasannya sekali. “Pandang baik-baik skuad”. “Selaku barisan belakang..
buka barisan dengan nombor…buka barisan….satu!!”, “satu!!” (sambil
buat pergerakan skuad satu dan diam) Apabila dapat hukuman “selaku
barisan belakang…buka barisan…satu”, “langkahkan kaki kanan ke
belakang sejauh 30 inci (tumit ke tumit) lain-lain anggota tubuh diam
sambil berteriak satu”, Faham itu skuad? Semula!! “Selaku barisan
belakang.. buka barisan dengan nombor…buka barisan….satu!!”, “satu!!”
(buat pergerakan skuad satu semula sambil berteriak satu!!), “Nampak
itu skuad? itu adalah skuad satu”.

- Ada soalan pada skuad satu skuad? Jika skuad tiada soalan, terus lihat di
sini apa akan terjadi pada skuad dua. “skuad….dua!!”, “dua!!” (sambil buat
pergerakan skuad dua dan diam), Apabila dapat hukuman skuad dua,
langkahkan kaki kiri ke belakang dalam jarak 15 inci (tumit ke tumit),
lain-lain anggota tubuh diam sambil berteriak dua!!, Faham itu skuad?
“Semula!!” (kembali ke kedudukan skuad satu). “skuad…dua!!”, “dua!!”,
(buat pergerakan skuad dua sambil berteriak dua!!), “Nampak itu skuad?
“itu adalah skuad dua.

- Ada soalan pada skuad dua skuad?” Jika skuad tiada soalan, terus lihat di
sini apa akan terjadi pada skuad tiga. “skuad….tiga!!”, “tiga!!” (sambil buat
pergerakan skuad tiga dan diam), “apabila dapat hukuman skuad..tiga!!,
dengan pantas angkat kaki kanan ke hadapan, lutut bengkok, paha paras
45° dan hentak di sebelah kaki kiri sambil berteriak tiga!!, lain-lain anggota
tubuh diam”. Faham itu skuad? “Semula!!” (kembali ke kedudukan skuad
dua). ), “skuad…tiga!!”, “tiga!!” (buat pergerakan skuad tiga sambil
berteriak tiga!!), “Nampak itu skuad? itu adalah skuad tiga”. “Ada soalan
pada skuad tiga skuad?” “Jika skuad tiada soalan, pergerakan selaku
barisan belakang..buka barisan dibuat dengan nombor ada tiga
pergerakan. Ada berapa pergerakan skuad?”

- “Terus saya akan latihkan skuad dengan nombor, hukuman daripada saya
dan perbuatan dengan nombor daripada skuad. Skuad jangan lupa untuk
berteriak masa.” “Selaku barisan belakang…buka barisan dengan nombor,
buka barisan…..satu!!” (perhatikan perbuatan skuad dan ulang dengan
hukuman semula jika berlaku kesalahan dari skuad, jika tiada kesalahan
teruskan dengan skuad seterusnya).. “skuad… dua!!” …”skuad..tiga!!”.
Ada soalan pada pergerakan dengan nombor skuad? Jika skuad tiada
soalan, saya akan latihkan skuad untuk membuat pergerakan penuh.

- Hukuman daripada saya, perbuatan dan masa daripada skuad. Skuad


hendaklah buat dengan betul dan cergas. Faham itu skuad? “Selaku
barisan belakang…buka barisan….gerak” (perhatikan perbuatan skuad
dan ulang dengan hukuman semula jika berlaku kesalahan dari skuad.)
“semula!!”.

- Terus lihat di sini saya akan membuat pertunjukan penuh dan terakhir bagi
pergerakan ini, hukuman dan perbuatan daripada saya. Pandang
baik-baik skuad. “Selaku barisan belakang…buka barisan…..gerak”
(lakukan perbuatan penuh sambil berteriak masa). ‘Ada soalan pada
pergerakan ini skuad? Jika skuad tiada soalan, skuad hendaklah berlatih
berpasangan”.. “berlatih!!”

● Ingatan : Perbuatan ‘buka barisan’ oleh barisan belakang adalah sama


pergerakan tutup barisan oleh barisan hadapan. Barisan tengah diam.

● Jurulatih hendaklah menegur setiap kesalahan yang dibuat oleh skuad


semasa mereka berlatih. Antara kesalahannya adalah:
- Langkah terlalu Panjang/pendek
- Pergerakan tidak cergas
- Tidak berteriak masa semasa latihan
- Kepala tunduk dan mata tidak pandang 200m kehadapan

Tutup Barisan (3 pergerakan)


- Pebuatan adalah balikan dari perbuatan buka barisan di atas. Barisan
hadapan melangkah ke belakang, barisan belakang melangkah ke
hadapan. Barisan tengah diam.

7. ‘Bergerak ke kanan, kanan pusing’ (2 pergerakan)


- Pelajaran yang seterusnya pada pagi ini adalah ‘bergerak ke
kanan…kanan pusing’. Apabila dapat hukuman “rehatkan…diri”, lihat di
sini saya akan membuat pertunjukan yang penuh. “Rehatkan….diri”.
“Pandang baik-baik skuad”. “bergerak ke kanan…kanan….pusing”
(lakukan perbuatan penuh sambil berteriak masa).

- Oleh sebab pembelajaran, maka saya akan bahagikan pergerakan ini


kepada bilangan nombor. Terus lihat di sini apa akan terjadi apabila
mendapat hukuman ‘bergerak ke kanan dengan nombor…kanan pusing
….satu!!’ dan seterusnya. “bergerak ke kanan dengan nombor, kanan
pusing…..satu!!”, “satu!!” (buat pergerakan dengan nombor satu persatu
hingga selesai serta berteriak nombor bilangan bahagian yang
ditunjukkan). Itu adalah pertunjukan penuh dengan nombor. Skuad jangan
lupa untuk berteriak masa apabila membuat pergerakan dengan nombor.
- Terus lihat di sini saya akan membuat pergerakan dengan nombor beserta
ulasannya sekali. “Pandang baik-baik skuad”. “bergerak ke kanan dengan
nombor…kanan pusing….satu!!”, “satu!!” (sambil buat pergerakan skuad
satu dan diam) Apabila dapat hukuman ‘bergerak ke kanan dengan
nombor…kanan pusing…satu’, “berpusing tubuh ke kanan 90° berpusing
di atas tumit kaki kanan, hujung kaki kanan dan hujung tumit kiri terangkat
sedikit, keadaan kedua dua kaki lutut lurus, berpusing dengan cergas.
Keadaan setelah berpusing , tapak kaki kanan rata di bumi dan tumit kaki
kiri terangkat dengan kedua dua lutut lurus dan diam. Lain- lain anggota
tubuh diam sambil berteriak satu”, Faham itu skuad? Semula!! “bergerak
ke kanan dengan nombor…kanan pusing….satu!!”, “satu!!” (buat
pergerakan skuad satu semula sambil berteriak satu!!), “Nampak itu
skuad? itu adalah skuad satu”.

- Ada soalan pada skuad satu skuad? Jika skuad tiada soalan, terus lihat di
sini apa akan terjadi pada skuad dua. “skuad….dua!!”, “dua!!” (sambil buat
pergerakan skuad dua dan diam), apabila dapat hukuman skuad dua,
dengan pantas angkat kaki kiri ke hadapan, lutut bengkok, paha paras 45°
dan hentak di sebelah kaki kanan sambil berteriak dua!!, Faham itu
skuad? “Semula!!” (kembali ke kedudukan skuad satu). “skuad…dua!!”,
“dua!!”, (buat pergerakan skuad dua sambil berteriak dua!!), “Nampak itu
skuad? “itu adalah skuad dua. “Ada soalan pada skuad dua skuad?” “Jika
skuad tiada soalan, pergerakan ke kanan lurus dibuat dengan nombor ada
dua pergerakan. Ada berapa pergerakan skuad?”

- “Terus saya akan latihkan skuad dengan nombor, hukuman daripada saya
dan perbuatan dengan nombor daripada skuad. Skuad jangan lupa untuk
berteriak masa.” “Bergerak ke kanan dengan nombor, kanan
pusing….satu!!” (perhatikan perbuatan skuad dan ulang dengan hukuman
semula jika berlaku kesalahan dari skuad, jika tiada kesalahan teruskan
dengan skuad seterusnya).. “skuad… dua!!”. Ada soalan pada
pergerakan dengan nombor skuad? Jika skuad tiada soalan, saya akan
latihkan skuad untuk membuat pergerakan penuh.
- Hukuman daripada saya, perbuatan dan masa daripada skuad. Skuad
hendaklah buat dengan betul dan cergas. Faham itu skuad? “Bergerak ke
kanan, kanan….pusing” (perhatikan perbuatan skuad dan ulang dengan
hukuman semula jika berlaku kesalahan dari skuad.) “semula!!”.

- Terus lihat di sini saya akan membuat pertunjukan penuh dan terakhir bagi
pergerakan ini, hukuman dan perbuatan daripada saya. Pandang
baik-baik skuad. ““Bergerak ke kanan, kanan….pusing”” (lakukan
perbuatan penuh sambil berteriak masa). ‘Ada soalan pada pergerakan ini
skuad? Jika skuad tiada soalan, skuad hendaklah berlatih berpasangan”..
“berlatih!!”

● Jurulatih hendaklah menegur setiap kesalahan yang dibuat oleh skuad


semasa mereka berlatih. Antara kesalahannya adalah:
- Berpusing tidak di atas tumit yang betul
- Kaki tidak lurus lutut bengkok
- Tangan tidak dirapatkan ke rusuk
- Tidak berpusing penuh 90°
- Badan bongkok sewaktu hentak kaki
- Tangan tidak lurus dan tangan serta jari tidak dalam kedudukan yang betul
- Kepala tunduk dan mata tidak pandang ke sisi
** Bergerak ke kiri, kiri pusing (2 pergerakan)
Menghadap ke belakang, kanan pusing (2 pergerakan)
Pergerakan da pengajaran sama seperti di atas, tukar kanan, kiri depan
dan belakang.
Menghadap ke hadapan, belakang pusing (2 pergerakan)

URUTAN KAWAD 1
1. Dengar sini semua sekali, apabila dapat hukuman, tiga barisan di
hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris, dalam
tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap.
Faham itu skuad? Tiga barisan di hadapan saya…..gerak!!

2. Ke kanan…lurus!!. Pandang…depan!!

3. Senang… diri, skuad… sedia, Assalamualaikum dan selamat pagi


skuad!! Senang… diri!!
Pada pagi ini saya akan mengawadkan skuad, penanda di sebelah kanan
Kapten Dolah, penanda di sebelah kiri Kapten Ayu.. itu adalah barisan
hadapan, barisan tengah…tengah juga, barisan belakang...belakang
juga!! Hukuman salah jangan dibuat, hukuman saya yang betul skuad
hendaklah buat dengan betul dan cergas.. Faham itu skuad?!!

4. Skuad….sedia!!! Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri.. dalam satu


barisan…paras!!!. Dari kanan..nombor!!. No ganjil satu langkah ke
hadapan, genap satu langkah ke belakang…gerak!! Orang yang di
sebelah kanan sekali diam, no ganjil ke kanan, genap ke kiri.. barisan
kanan dan kiri…pusing. Jadikan tiga barisan…cepat jalan.

5. Skuad…sedia!!. Ke kanan..lurus!! Pandang…depan!!.

6. Senang…diri, sekarang penanda dan barisan hadapan telah berubah.


Penanda di sebelah kanan Kapten Abu, penanda di sebelah kiri Kapten
Ani.. itu adalah barisan hadapan, barisan tengah..tengah juga, barisan
belakang..belakang juga!!. Hukuman salah jangan dibuat, hukuman saya
yang betul skuad hendaklah buat dengan betul dan cergas.. Faham itu
skuad?!!

7. Teruskan dengan pelajaran kawad dan latihan.

URUTAN KAWAD 2
1. Dengar sini semua sekali, apabila dapat hukuman, tiga barisan di
hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris, dalam
tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap.
Faham itu skuad? Tiga barisan di hadapan saya…..gerak!!

2. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri.. dalam satu barisan…paras!!. Dari


kanan..nombor!!. No ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu
langkah ke belakang…gerak!! Orang yang di sebelah kanan sekali diam,
no ganjil ke kanan, genap ke kiri.. barisan kanan dan kiri…pusing.
Jadikan tiga barisan…cepat jalan.
3. Skuad…sedia!!.

4. Ke kanan…lurus!!. Pandang…depan!!

5. Senang… diri, skuad… sedia, Assalamualaikum dan selamat pagi


skuad!! Senang… diri!!
Pada pagi ini saya akan mengawadkan skuad, penanda di sebelah kanan
Kapten Dolah, penanda di sebelah kiri Kapten Ayu.. itu adalah barisan
hadapan, barisan tengah…tengah juga, barisan belakang...belakang
juga!! Hukuman salah jangan dibuat, hukuman saya yang betul skuad
hendaklah buat dengan betul dan cergas.. Faham itu skuad?!!

6. Teruskan dengan pelajaran kawad dan latihan.


Semuga bermanfaat untuk semua.

Disediakan oleh:
LT KOL KRS AMINUDDIN BIN AWANG KECHIK, AMP., PK.
PANEL KRS KEBANGSAAN

LT KOL KRS NAZARUDDIN BIN AHMAD, PJK.


JURULATIH KANAN KAWAD KEBANGSAAN

You might also like