You are on page 1of 15

PENGHARGAAN

‫بسم هلال الرمحن الرحيم‬

Alhamdulillah saya ucapkan terhadap Allah tuhan sekalian alam kerana dengan
keizinan dan rahmatNya saya mampu menyiapkan kerja kursus Asas Kepemimpinan dan
Pembangunan Profesional Guru, kod EDUP3083.

Penghargaan ini saya juga tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana sentiasa
mendoakan agar diberikan kemudahan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka juga banyak menyokong saya dengan memberi bantuan kewangan kepada saya
dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga ucapan penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah kesayangan
saya Dr Maheran binti Bahrum kerana dengan izin Allah, beliau memberi tunjuk ajar dan
bimbingan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada kawan-kawan saya


yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang diberikan agar
saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya amat menghargai bantuan
yang diberikan.

Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada
sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini secara langsung atau tidak
langsung. Pertolongan anda semua amat saya hargai.

2.6 JUSA: Berwawasan (Pemikir Holistik)


Diperingkat ini, Saya merupakan Ikon dalam subjek Pendidikan Islam di peringkat
Kebangsaan. Saya akan menjadi contoh kepimpinan dalam profesionalisme bidang PdP
Oleh itu, sewajarnya bagi saya sentiasa menjaga imej Pendidikan Islam dan sentiasa
berfikir untuk meningkatkan Subjek Pendidikan Islam di peringkat sekolah.Saya juga
menjadi pakar rujuk dalam merangka strategi PdP Pendidikan Islam yang komprehensif
hasil daripada sumbangan yang diberikan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Sebagai pemikir holistik, saya di peringkat berwawasan ini akan menjadi perunding atau
orang tengah bagi menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada guru-guru di sekolah bagi
negeri saya berkhidmat. Saya perlu berusaha memastikan guru-guru menerima dasar
kerajaan. Sebagai contoh program j-QAF iaitu singkatan kepada jawi, alQuran, Pendidikan
Islam dan fardu ain. Program yang telah diilham oleh bekas Perdana Menteri yang kelima
iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi bertujuan untuk memperkukuhkan penguasaan jawi,
memastikan murid-murid khatam al-Quran di sekolah rendah, mewajibkan pelajaran
Pendidikan Islam dan memantapkan amalan dan penghayatan fardu ain.(Mohd Roslan
Mohd Nor & Wan Mohd Tarmizi Wan Othman, 2011) Program ini menurut Mohd Azmir
Nizah & Mohd Azrani Asran,(2010) terdapat 10 isu dan cabaran dalam perlaksanaan
Program J-QAF. Oleh itu, saya perlu mengkaji dan merangka sendiri strategi yang perlu
dilakukan agar para pendidik dapat melaksanakan program ini dengan lebih efektif.
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PELAN PEMBANGUNAN KERJAYA 1

2.0 PENGENALAN 2

3.0 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU 3-9

3.1 DG 41: Permulaan (Pelaksana)

3.2 DG 44: Beraspirasi (Penggerak)

3.3 DG 48: Kompeten (Pembimbing dan Mentor)

3.4 DG 52: Profesion (Peneraju Perubahan)

3.5 DG 54: Strategis (Pemikir Strategik)

3.6 JUSA: Berwawasan (Pemikir Holistik)

4.0 KESIMPULAN 9

5.0 RUJUKAN 10-11


1.0 PELAN PEMBANGUNAN KERJAYA

JUSA Berwawasan
IKON - Pemikir Holistik
BA

merangka strategi
dan idea baharu DG 54: Strategis
berkaitan pedagogi -Pemikir Strategik
BA/ membina -selepas 4 tahun
modul BA/
berkhidmat, mohon
menghasilkan buku/
pakar rujuk JUSA

Peneraju dan penggerak perubahan


berkaitan PdP/ pencetus kepada
kepelbagaian pelaksanaan kurikulum DG 52: Profesion
dan aktiviti PdP/ mempunyai satu -Peneraju Perubahan
pakatan bersama-sama GC yang lain
bagi membantu meningkatkan -selepas 1 tahun
sekolah yang berprestasi rendah/ berkhidmat, mohon
berkongsi tentang kaedah
pembelajaran terkini dengan institusi GC DG 54
lain

Pendorong kepada rakan sejawat untuk DG 48: Kompeten


bina profesionalisme diri/ peneraju
penyelidikan inovasi sekolah/ membina -Pembimbing dan Mentor
kerjaya diri sebagai penggubal -selepas 3 tahun
kurikulum BA/ mendapatkan gelaran berkhidmat, mohon GC
bitara bagi sukan bola jaring dan kalam DG 52
jamaie

DG 44: Beraspirasi
Penyelesai masalah berkaitan PdP/ memperbaik
amalan PdP sebagai pembelajaran sepanjang -Penggerak
hayat/ melatih murid dengan pembelajaran -selepas 3 tahun
teradun/ melaksanakan kajian tindakan/ berkhidmat, mohon
melaksanakan PLC/ menjadi ketua guru bola jaring GC DG 48
dan kalam jamaie

DG 41: Permulaan
Pemudahcara dalam PdP BA/ meneroka kaedah PdP yang -Pelaksana
sesuai/ memperbaik pengetahuan sedia ada/mengikuti kursus- -selepas 5 tahun
kursus yang diarahkan GB/ mengemaskini fail-fail kokurikulum/ berkhidmat, mohon
memudahkan urusan pentadbiran sekolah GC DG 44

Rajah 1.1 Kerangka Peringkat-Peringkat Perkembangan Guru ()


2.0 PENGENALAN

Profesion keguruan merupakan profesion yang sangat signifikan dalam pembangunan


sesebuah negara. Sesebuah negara akan membangun dengan maju jika mempunyai polititk
yang stabil serta tenaga kerja mahir dalam bidang kejuruteraan dan perubatan. Kejayaan
seseorang dalam bidang politik, kejuruteraan dan perubatan semuanya bermula daripada
asuhan dan didikan seorang guru yang berkualiti. Guru yang kompeten dan berkualiti
merupakan faktor penentu kepada keberhasilan murid (Wong, Noriati dan Boon, 2018). Oleh
itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan Pelan Induk
Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan
profesionalisme berterusan (KPM, 2016). Hal ini kerana, guru yang mempunyai
perancangan yang baik dalam pembangunan kerjayanya, secara tidak langsung dapat
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang ditetapkan oleh KPM iaitu
melahirkan guru berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial, menguasai ilmu
pengetahuan, berkemahiran serta menghayati nilai-nilai keguruan.

Maka dapat disimpulkan bahawa, kejayaan seseorang pendidik dalam mengecapi pelan
pembangunan kerjaya yang dirancangnya sendiri berpandukan Peringkat Perkembangan
Guru (KPM, 2016) adalah kunci kepada kemenjadian seseorang guru yang dilihat mampu
melahirkan anak-anak Malaysia yang berjaya.
3.0 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) perlu mengenalpasti laluan kerjaya yang
diminati samaada sebagai seorang guru akademik, pemimpin atau pakar pendidikan.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), setelah mengenalpasti laluan kerjaya
yang diminati, seseorang PPP akan merujuk kepada Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan (PIPPK) untuk merancang pembangunan kerjayanya dengan
mengikuti pembangunan profesionalisme yang bersesuaian. Sehubungan dengan itu, saya
telah merancang pelan pembangunan kerjaya untuk menjadi seorang guru akademik
cemerlang dengan berpandukan kepada PIPPK bermula daripada gred DG 41 sehingga
Gred Khas (JUSA).

3.1 DG 41: Permulaan (Pelaksana)

Pada permulaan, saya akan berusaha mencari pengalaman sebagai guru permulaan
yang cekap melaksanakan amanah yang diberi oleh pihak sekolah samaada dalam
bidang kurikulum, kokurikulum mahupun tugas-tugas khas. Melalui bidang kurikulum,
saya berperanan sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang diamanahkan oleh Guru Besar iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Menurut
Galajda (2012), sebagai pemudahcara guru bukan lagi orang utama dalam proses
pembelajaran sebaliknya menjadi sebahagian daripada anggota yang mewujudkan
bilik darjah yang kondusif. Ini bermakna, kaedah pembelajaran menggunakan chalk
and talk semata-mata tidak lagi relevan. Guru perlu bertindak sebagai fasilitator yang
menggerakkan murid untuk aktif dalam PdP. Oleh itu, saya akan meneroka kaedah
PdP yang sesuai dan relevan sesuai diaplikasi kepada murid bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif dan aktif.

Selain daripada berperanan sebagai pemudahcara PdP, saya juga merupakan


seorang pelajar yang berusaha untuk memperbaik pengetahuan sedia ada. Saya
akan menerima bimbingan daripada guru senior yang lebih mahir melalui Program
Pembangunan Guru Baharu (PPGB) DG 41 demi memantapkan lagi PdP Bahasa
Arab. Di samping itu, saya juga akan mengikuti kursus-kursus yang diarahkan oleh
Guru Besar sebagai usaha untuk menambah ilmu pengetahuan agar PdP yang
berkesan dapat dihasilkan. Pelajar yang berkualiti terhasil menerusi proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Anuar dan Nelson, 2015). Seterusnya,
saya juga akan menghadiri mensyuarat berkaitan peningkatan pencapaian sekolah
atau tugas rasmi yang diarahkan oleh Guru Besar sekaligus melibatkan diri menjadi
peserta Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) sebagai bukti pelibatan dalam
pembelajaran profesional.

Melalui bidang kokurikulum pula, saya akan melaksanakan tugas sebagai guru
penasihat unit beruniform Bulan Sabit Merah, persatuan Bahasa Arab serta 1 Murid
1 Sukan (1M1S) bola jaring dengan sebaiknya dari semasa ke semasa. Saya juga
akan mengemaskini fail-fail yang berkaitan tugas-tugas ini sebagai bukti dalam
penghasilan kerja yang sistematik dan teratur. Seterusnya, pengalaman sebagai
guru cemerlang yang cekap juga akan saya dapati melalui tugas-tugas khas yang
diamanahkan oleh pihak sekolah. Saya akan menerima tanggungjawab yang
diberikan oleh sekolah sebagai penolong setiausaha Penolong Kanan, guru kelas,
guru data atau guru media bagi memudahkan urusan pentadbiran sekaligus memberi
sumbangan perkhidmatan kepada sekolah.

Untuk makluman, selepas lima tahun berkhidmat sebagai guru permulaan, saya
akan memohon sebagai Guru Cemerlang (GC) DG 44. Saya yakin diri ini telah
bersedia untuk memohon GC setelah mengemaskinikan spesifikasi yang diperlukan
sebagai GC DG 44 selama lima tahun berada di DG 41.

3.2 DG 44: Beraspirasi (Penggerak)

Sebagai guru yang beraspirasi, saya akan mula memanfaatkan pengalaman yang
ada dengan menjadi mentor kepada guru novis. Kepakaran yang dimiliki bagi mata
pelajaran Bahasa Arab membuatkan saya yakin untuk berkongsi maklumat dengan
guru Novis. Walaupun sudah memiliki kepakaran dalam PdP Bahasa Arab namun
begitu, saya masih lagi akan sentiasa memperbaik amalan PdP sebagai
pembelajaran sepanjang hayat dengan membuat refleksi PdP. Pembelajaran
sepanjang hayat penting kerana ianya boleh meningkatkan prestasi kerja,
pengetahuan, kemahiran dan tahap pendidikan seseorang individu (Mimi dan
Munira, 2009). Dengan demikian, untuk memantapkan lagi amalan PdP, saya akan
melatih murid supaya membiasakan diri dengan pembelajaran teradun (Blended
Learning) iaitu pencampuran kaedah konvensional dan moden dalam proses PdP.

Seterusnya, saya juga akan bertindak sebagai penyelesai masalah berkaitan


PdP dalam kalangan murid dan guru. Oleh itu, saya akan membuat pemerhatian
terhadap murid yang mengalami masalah dalam memahami mata pelajaran Bahasa
Arab sekaligus melaksanakan satu kajian tindakan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Kemudian, hasil penulisan kajian tindakan tersebut akan dibentangkan di seminar
anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) samaada peringkat daerah
ataupun kebangsaan. Usaha saya dalam membantu murid menyelesaikan masalah
dalam mata pelajaran Bahasa Arab secara tidak langsung memberi inspirasi kepada
rakan sejawat untuk meningkatkan kerjaya profesionalisme keguruan masing-
masing. Pada peringkat ini, guru-guru lain akan mula meminta bimbingan daripada
saya untuk menyelesaikan masalah PdP yang dihadapi mereka bagi mata pelajaran
Bahasa Arab. Oleh itu, saya akan berkolaboratif dengan ketua panitia dan guru
Bahasa Arab yang lain bersama-sama melaksanakan Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC) untuk menambah baik amalan pedagogi sekaligus mengambil
inisiatif kebaikan dan faedah daripada PdP rakan agar meningkatkan kualiti PdP
masing-masing. Seterusnya, saya akan bergerak secara kolaboratif dengan
membuat penulisan hasil PLC sebagai satu kajian bersama untuk dibentang dan
dikongsi dengan rakan-rakan di sekolah lain. Realitinya, pelaksanaan PLC secara
kolaboratif ini secara tidak langsung memberi peluang kepada saya untuk
membimbing lebih ramai guru Bahasa Arab menyelesaikan masalah PdP mereka.

Selain daripada konsentrasi terhadap kurikulum, saya juga akan memberi fokus
kepada kokurikulum. Pada masa ini, saya akan memberi sumbangan kepada
sekolah sebagai ketua guru bola jaring dengan membawa pasukan ke pertandingan
yang dianjurkan sehingga ke peringkat kebangsaan bagi mengharumkan nama
sekolah. Saya juga akan mula menubuhkan pasukan kalam jamaie bagi menyertai
pertandingan yang dianjurkan sehingga ke peringkat kebangsaan.

Setelah tiga tahun memberi sumbangan dan khidmat sebagai GC DG 44, pada
tahun berikutnya saya akan memohon GC DG 48. Saya yakin dengan sumbangan
yang diberikan dalam penyelidikan, kurikulum dan kokurikulum, saya layak untuk
mendapat tempat sebagai GC DG 48.

3.3 DG 48: Kompeten (Pembimbing dan Mentor)

Pada peringkat kompeten, saya akan meneruskan pemberian sumbangan kepada


sekolah samaada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Untuk makluman,
bagi bidang kokurikulum, saya akan memberi sumbangan kepada sekolah melalui
sukan bola jaring dan aktiviti kalam jamaie. Saya akan memastikan sekolah tempat
saya berkhidmat mendapat gelaran bitara bagi sukan bola jaring dan kalam jamaie.
Justeru, saya akan mula melatih jurulatih baru sebagai pelapis untuk mengekalkan
kebitaraan ini sekaligus memantapkan lagi sukan bola jaring dan pasukan kalam
jamaie sekolah.

Seterusnya, sumbangan saya pada sekolah dalam bidang kurikulum dapat dilihat
apabila saya merupakan peneraju penyelidikan inovasi sekolah. Penglibatan saya
dalam penyelidikan inovasi bukan sahaja bertujuan untuk menaikkan nama sekolah
melalui inovasi yang dihasilkan tetapi juga bertujuan untuk membina profesionalisme
diri. Untuk makluman, sebagai guru yang kompeten dan cekap, saya akan
melaksanakan penyelidikan inovasi secara berkolaboratif bagi memudahkan proses
bimbingan kepada rakan sejawat. Kecekapan saya berkaitan inovasi secara tidak
langsung menjadikan saya sebagai pendorong kepada rakan sejawat untuk sama-
sama memberikan sumbangan dan mengharumkan nama sekolah.

Selain daripada membina profesionalisme diri, saya juga akan membina kerjaya
diri sebagai penggubal kurikulum Bahasa Arab mewakili negeri sekolah tempat
berkhidmat. Saya mampu untuk melibatkan diri sebagai penggubal kurikulum
Bahasa Arab kerana mempunyai banyak pengalaman yang bermanfaat semasa
menjalani penyelidikan Bahasa Arab. Pengalaman dalam penyelidikan ini
sebenarnya dapat membantu saya untuk mengenalpasti masalah dalam PdP serta
mendapat idea untuk mencadangkan kaedah yang sesuai dalam menghasilkan PdP
Bahasa Arab yang berkesan kepada murid. Kaedah yang sesuai dalam
menyelesaikan masalah murid yang tidak berminat dengan PdP Bahasa Arab adalah
menerapkan pembelajaran kendiri dalam PdP. Menurut Nooraihan, Hilmi dan Asyraf
(2019), kaedah pembelajaran kendiri adalah penting bagi meningkatkan pencapaian
pelajar. Untuk makluman, penglibatan saya dalam penyelidikan dan penggubalan
kurikulum Bahasa Arab telah meningkatkan kepakaran saya dalam mata pelajaran
Bahasa Arab. Dengan demikian, saya telah menjadi pakar rujuk kepada pendidik-
pendidik lain berkaitan mata pelajaran Bahasa Arab.

Dapat disimpulkan bahawa, pada tahap ini saya telah melalui pengalaman yang
sangat luas iaitu selama 11 tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah khususnya kepakaran bagi PdP Bahasa Arab. Sumbangan yang dberikan
kepada sekolah dari segi kokurikulum dan kurikulum secara tidak langsung telah
berjaya membina keyakinan dalam diri saya. Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa
saya telah mencukupi syarat untuk memohon GC DG 52. Justeru, setelah tiga tahun
berada di DG 48, pada tahun keempat saya akan memohon GC DG 52.
3.4 DG 52: Profesion (Peneraju Perubahan)

Pada peringkat ini saya adalah peneraju dan penggerak perubahan berkaitan PdP.
Ini bermakna pengalaman yang ada pada saya telah cukup untuk mengetuai
pasukan sekolah sebagai pencetus kepada kepelbagaian pelaksanaan kurikulum
dan aktiviti PdP. Menurut Meor (2003), murid kurang minat untuk belajar kerana
disebabkan oleh gaya pengajaran guru yang tidak memenuhi gaya pembelajaran
mereka. Justeru, kepelbagaian pelaksanaan kurikulum dan aktiviti PdP ini adalah
penting sebagai inisiatif dalam pemberian idea kepada rakan sejawat tentang
tatacara untuk menghasilkan proses PdP yang menarik, berkesan dan bersesuaian
dengan murid.

Di samping itu, pada peringkat GC DG 52 ini juga saya telah mempunyai satu
pakatan bersama-sama GC yang lain untuk bergerak di peringkat daerah dan negeri
bagi membantu meningkatkan sekolah-sekolah yang berprestasi rendah menjadi
lebih baik. Pakatan GC ini juga bertujuan untuk memberi bimbingan dan idea kepada
guru-guru yang lemah dalam pelaksanaan proses PdP bagi menghasilkan PdP
Bahasa Arab yang lebih berkesan. Selain itu, kesatuan GC yang dibina juga akan
berkolaboratif dengan institusi pendidikan yang lain untuk sama-sama berkongsi
memberi pencerahan berkaitan kaedah pembelajaran terkini seperti New
Pedagogies for Deep Learning (NPDL). Kolaboratif ini juga bertujuan mewujudkan
permuafakatan yang strategik untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi
sekolah-sekolah di negeri saya berkhidmat.

Untuk makluman, pada peringkat ini juga saya secara berterusan akan
melaksanakan penyelidikan dan inovasi berkaitan PdP Bahasa Arab. Hal ini kerana,
penyelidikan dan inovasi adalah pengukur kepada kualiti seseorang guru cemerlang.

Maka, selepas setahun berada pada GC DG 52, saya akan memohon GC DG


54. Saya yakin bahawa sepanjang setahun perkhidmatan di DG 52, saya sedaya
upaya telah mencukupkan syarat-syarat untuk memohon GC DG 54
3.5 DG 54: Strategis (Pemikir Strategik)

Pada peringkat ini, seorang guru seperti saya telah mencapai tahap kepakaran
khusus yang dapat menghasilkan kreativiti dan inovasi dalam penambahbaikan PdP
Bahasa Arab. Sumbangan sebagai guru yang berstrategis dapat dilihat melalui
pembentukan program-program pembangunan profesionalisme keguruan. Melalui
program ini saya akan memberi kursus kepada rakan sejawat berkaitan kepakaran
saya iaitu mata pelajaran Bahasa Arab. Seterusnya, saya juga akan merangka
strategi dan idea baharu berkaitan pedagogi Bahasa Arab bagi memudahkan rakan
sejawat melaksanakan PdP BA yang berkesan untuk murid. Hal ini kerana,
penguasaan dalam kemahiran pedagogi dapat membantu menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan terancang dan teratur (Johari
dan Aslinda, 2009).

Di samping itu, saya juga akan membina modul berkaitan mata pelajaran Bahasa
Arab sebagai rujukan dan contoh kepada guru-guru lain untuk melaksanakan PdP
Bahasa Arab. Bagi memastikan kejayaan modul ini, pengujian ke atas sekelompok
sekolah sebagai perintis akan dilakukan. Pengujian yang dilakukan akan membantu
saya untuk mentaksir semula reka bentuk dalam modul yang dibina supaya dapat
dicadangkan ke peringkat kebangsaan sekaligus dapat diguna pakai di peringkat
negara. Saya juga akak memberi sumbangan kepada negara dengan menghasilkan
buku untuk rujukan kepada orang ramai. Buku yang dihasilkan adalah komplikasi
hasil-hasil penyelidikan yang telah dibuat. Selain daripada menghasilkan modul dan
buku, saya akan memantapkan lagi penglibatan diri dalam inovasi sekaligus menjadi
perangka atau penunjuk ajar kepada guru-guru sekolah lain di negeri saya
berkhidmat agar menjadikan inovasi sebagai budaya sepanjang masa dalam bidang
pendidikan.

Setelah empat tahun berkhidmat dalam DG 54 maka, pada tahun kelima saya
akan memohon JUSA. Saya yakin bahawa saya sudah mencukupi syarat-syarat
untuk memohon JUSA berdasarkan sumbangan yang diberikan di peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan.
3.6 JUSA: Berwawasan (Pemikir Holistik)

Pada peringkat ini saya telah dikenali oleh orang ramai hasil daripada sumbangan
yang diberikan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kepercayaan orang
ramai terhadap ilmu dan kepakaran yang ada dalam diri menyebabkan saya menjadi
IKON bagi mata pelajaran Bahasa Arab serta menjadi pakar rujuk dalam merangka
strategi PdP Bahasa Arab yang komprehensif. Saya juga akan menjadi contoh
kepimpinan dalam profesionalisme bidang PdP.

Sebagai pemikir holistik, saya di peringkat berwawasan ini akan menjadi


perunding atau orang tengah bagi menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada
guru-guru di sekolah bagi negeri saya berkhidmat. Saya perlu berusaha memastikan
guru-guru menerima dasar kerajaan seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk melaksanakannya kembali di
sekolah walaupun tidak diraikan kebanyakan warga pendidik. KPM mendapati hanya
sebahagian kecil guru sahaja yang dapat mengajar Sains dan Matematik
sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris (Puspanathan, 2017). Ini membuktikan bahawa
PPSMI tidak diraikan oleh kebanyakan pendidik. Oleh itu, saya perlu mengkaji dan
merangka sendiri strategi yang perlu dilakukan agar para pendidik menerima kembali
pelaksanaan dasar PPSMI di sekolah seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Dapat disimpulkan bahawa, sumbangan yang diberikan oleh saya kepada


masyarakat dan negara sememangnya melayakkan diri ini untuk berada dalam dunia
pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi iaitu JUSA.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelan pembangunan kerjaya berpandukan PIPPK dapat membantu PPP


untuk berjaya sepanjang kerjayanya samaada sebagai guru akademik, pemimpin atau pakar
pendidikan. Pelan pembangunan kerjaya yang berkesan dapat melahirkan seorang guru
berkualiti dan kompeten dari aspek peribadi, profesional, sosial, menguasai ilmu
pengetahuan, berkemahiran serta menghayati nilai-nilai keguruan.selaras dengan Falsafah
Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh KPM. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), bidang
pendidikan tidak akan dapat berkembang dengan maju tanpa mempunyai guru-guru
cemerlang dan berkualiti. Oleh itu, setiap guru perlu membentuk profesionalisme diri yang
cemerlang dan berkualiti melalui pelan pembangunan kerjaya yang berkesan agar
masyarakat Malaysia khususnya generasi muda berkualiti dapat dilahirkan.
5.0 RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar.

Anuar Ahmad & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru dalam
Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik , 1-11.

Galajda, D. (2012). Teacher's Action Zone in Facilitating Groups Dynamics. Lingvarmarena,


89-101.

Johari Hassan & Aslinda, M. A. (2009). Tahap Penguasaan Kemahiran Pedagogi Di


Kalangan Pelajar Tahun Akhir Di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai Johor. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 1-10.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai


Perkhidmatan Pendidikan (Laluan Pengajaran & Pembelajaran dan Kepimpinan).
Retrieved from Kementerian Pendidikan Malaysia Web site:
https://www.moe.gov.my/dasar/1199-deskripsi-tugas-pegawai-perkhidmatan-
pendidikan-kpm-laluan-pdp-dan-kepimpinan-edisi-2016/file

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan


Profesionalisme Keguruan. Retrieved from Kementerian Pendidikan Malaysia Web
site: https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/1249-dokumen-
awal-pelan-induk-pembangunan-profesionalisme-keguruan/file

M. Puspanathan Mayan. (2017). Faktor Kegagalan Dasar PPSMI dari Persepsi Guru-guru
Opsyen Sains dan Matematik : SatuKajian Kes di Lima buah Sekolah di Daerah
Gombak. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1-18.

Meor Rahman. (2003). Gaya Pembelajaran dan Hubungannya dengan Pencapaian Pelajar.
UKM, 1-9.

Mimi Mohaffyza M. & Che Munira C. R. (2009). Keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat
bagi Tenaga Pengajar di Institut Latihan Kemahiran di Malaysia. Fakulti Pendidikan
Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 613-623.

Nooraihan Ali, Hilmi Abdullah & Asyraf Hj. Ab Rahman. (2019). Keberkesanan Modul
Pembelajaran Kendiri Strategi Pemahaman Membaca Teks Bahasa Arab (MPK
SPMBA) untuk Pelajar Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi. Inspire, 722-
739.
Wong, K. W., Noriati A. R. & Boon, P. Y. (2018). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan
Profsionalisme Guru. Selangor: Oxford Fajar.

You might also like