You are on page 1of 15

11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

WgTlTUT PĘłtDØIKAN GURU KANPUB BAHASANEt.AYU


59590 LEMBAH PANTAI, XUALALUMPUR

Î ANBILA8 JUN 2#17 8EãgEØTER B )

A8A8 I¢EPEMMPINAN DAg PEMBANGUNAN PROFE8IONALI8ME


GURU EDUP g089

NURUL AOILAH %MTI ãgOHD UA

ENCIK BAØ.łgUL HBHAM BIN BOK.HTAR

TALUK TUOABAN:

TARUH PELA,łAR
MENERMA UAALUM

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 1/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN..................................................................................................................2

PENGENALAN......................................................................................................................3

PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA.....................................................................3

Peringkat Pertama (DG 41 Pelaksana)................................................................................4

Peringkat Kedua (DG 44 Penggerak)..................................................................................6

Peringkat Ketiga (DG 48 Pembimbing Dan Mentor).............................................................7

Peringkat Keempat (DG 52 Peneraju Perubahan)...............................................................8

Peringkat Kelima (DG 54 Pemikir Strategik)........................................................................9

Peringkat Keenam (JUSA C Pemikir Holistik)....................................................................10

KESIMPULAN.....................................................................................................................12

RUJUKAN............................................................................................................................13

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 2/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu kerangka


pembangunan profesional guru yang terdiri daripada 6 peringkat perkembangan guru bermula
dengan guru sebagai pelaksana sehinggalah ke peringkat pemikir holistik.

Kerangka tersebul boleh dijadikan panduan bagi seliap Pegawai Perkhidmatan


Pendidikan (PPP) dalam usaha meningkatkan kompetensi dan kecemerlangan penyampaian
perkhidmatan keguruan agar membentuk kemenjadian murid yang holistik ser1a
meningkatkan kualiti profesion keguruan.

Kepentingan mempunyai satu pelan pembangunan diri dan kerjaya berpandukan


Model Guru Malaysia serta Kerangka Pembangunan Profesionalisme Keguruan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2016b) ialah dapat menyumbang kepada
pembangunan profesional yang berupaya mencetuskan perubahan dalam dunia pendidikan
terutama bagi meningkatkan prestasi sesebuah sekolah (Amin Senin, 2008). Bahkan, pelan
yang dirancang tersebut juga membolehkan seseorang guru merancang pembangunan
kerjaya yang bermula dengan laluan pengajaran dan pembelajaran, laluan kepimpinan
dan mahupun kepakaran pendidikan. Kesemua laluan kerjaya tersebut sememangnya
memberi impak yang berbeza terhadap institusi pendidikan kerana setiap laluan itu
menjadikan seseorang individu mempunyai kompentensi dan alribut yang bersesuaian
dengan peranannya. Bahkan, perancangan yang dibuat juga merupakan sebahagian
komponen gaya hidup sihat iaitu pengurusan diri.

Bagi memenuhi tugasan EDUP 3083, satu pelan pembangunan diri dan kerjaya perlu
dirancang sebagai usaha untuk meningkalkan imej sekolah di pndalaman yang belum pernah
menerima sebarang kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum kebelakangan ini.
Oleh itu, sebagai seorang guru baharu yang telah ditempatkan di sekolah tersebut, saya akan
merancang satu pelan pembangunan diri dan kerjaya bagi membantu meningkatkan imej
sekolah tersebut di samping memantapkan peranan saya sebagai agen perubahan.

PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA

Bagi memastikan sekolah saya berkhidmat memperoleh kejayaan cemerlang dan


meningkatkan imej sekolah, saya telah merangka satu pelan pembangunan diri dan
pembangunan keqaya dengan berpandukan peringkat-peringkat perkembangan guru
yang disarankan oleh KPM. Berikut merupakan ringkasan pelan pembangunan diri dan
kerjaya yang saya rancang;

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 3/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

Jadual 1
Perancangan pelan pembangunan diri dan kerjaya

uts41 uu 44 uEs 48 uG52 uG54


KHAS
Pelaksana Penggerak Pembimbing Peneraju Pemikir Pemikir
& Mentor Perubahan Strategik Holistik
Perancangan Tindakan Bagi Menaikkan Ime j Sekolah
• Menguasai • Merancang • Memohon • Menyambu • Membuda • Melatih
kaedah aktiviti PdP laluan GC ng yakan diri untuk
pedagogi yang • Menyertai pengajian penyelidik mempuny
yang pelbagai inovasi di peringkat an dan ai
berkesan • Sentiasa pendidikan PhD inovasi pelbagai
• Membimbin memantau dan • Memohon dalam kepakara
g murid prestasi wacana untuk kalangan n
tentang murid ilmu menjadi kOlTIUnİtİ • Memoho
pembelajar • Refleksi diri • Pendokum pensyarah pembelaja n Gred
an kendiri • Memohon entasian • Terlibat ran Khas c
• Membantu laluan GC kerja dalam • Menghasil • Berkolab
melaksarıEl • Menghadiri • Menghasilk penggubala kan oratif
kaFI ka]İ IFI kursus, an n kursus penulisan dengan
tindakan bengkel penulisan • Melatih • Merancan pakar
• Menyertai dan seperti guru-guru g program dan
bengkel, webinar modul dan pelalih perkemba komuniti
webinar, kemudian kajian serta guru ngan pembelaj
PLC, PPGB berkongsi • Menyertai dalam pendidika aran
dan PTM ilmu seminar perkhidmat n • Sebagai
• Menyambu melalui pendidikan an • Aktiviti perundin
ng PLC • Membimbin • Menghasilk coaching g dalam
pengajian g dan an & membent
di peringkat menggalak penulisan mentoring uk model
Ijazah an guru lain buku kepada PdP
Sarjana memohon • Berkolabor kOlTIUnİtİ • Menekan
• Memohon laluan GC atif dengan pembelaja kan
laluan GC komuniti ran aspek
• Membina pembelajar penyelidi
kerjasama an kan dan
dengan penulisan
komuniti

Peringkat Pertama (DG 41 Pelaksana)

Pada peringkat awal perkhidmatan, saya mula berkhidmat dengan gred DG41 dan
berperanan sebagai pelaksana melalui laluan kerjaya pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Bidang tugas yang dijalankan oleh pelaksana menurut Kemenlerian Pendidikan Malaysia
(2016a) ialah memahami dan melaksanakan tanggungjawab dengan penyeliaan dan
bimbingan daripada guru-guru pakar. Pada masa ini, saya mewajibkan diri saya untuk
menyerap pelbagai ilmu daripada guru-guru lain.

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 4/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

Justeru, terdapat beberapa tindakan yang saya akan lakukan bagi membantu
meningkatkan imej sekolah. Antaranya ialah melaksanakan PdP menggunakan kaedah
pedagogi yang bersesuaian agar murid di pedalaman dapat mencapai objektif pembelajaran.
Saya akan menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), rancangan pengajaran
semester (RPS) dan sumber pendidikan secara kreatif bagi menarik minat murid. Contohnya,
penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berbentuk multimedia, bahan maujud, bahan
audio atau visual dapat mengoplimumkan pemahaman murid dalam bilik darjah (Ong Sze
Chong et a/., 2017). Perancangan yang rapi penting agar saya dapat memastikan
pedagogi berjalan dengan lancar.

Kemudian, saya akan membimbing setiap murid di sekolah pedalaman untuk


menguasai pembelajaran kendiri. Setelah itu, saya akan melatih diri saya untuk membina repo
yang baik dengan murid agar saya dapat memantau prestasi dan kemajuan mereka
dalam pelbagai aspek. Contohnya, semasa di dalam kelas, saya akan bertanya kepada
murid tentang sarapan yang mereka ambil sebelum datang ke sekolah, memastikan murid
sentiasa bersih dan kemas agar dapat menjalani alrtiviti di kelas dengan keadaan yang
selesa. Memandang saya masih baru dalam perkhidmatan, saya akan sentiasa membuat
refleksi dan penambahbaikkan bagi setiap PdP yang telah dijalankan.

Seterusnya, dalam menyelesaikan masal ah PdP, saya akan membantu guru-guru lain
melaksanakan kajian tindakan kerana saya sedar akan kepentingan dapatan
penyelidikan dan inovasi terhadap penambahbaikan berterusan dalam sistem pendidikan.

Bahkan, saya akan menyertai bengkel dan webinar yang dianjurkan oleh pihak
berautoriti bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikan ilmu yang
diperoleh dalam amalan Pd P bagi memenuhi Standard Guru Malaysia (SGM).
Contohnya, melalui perkongsian yang diperoleh dalam Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC), saya akan melakukan penambahbaikkan PdP dengan merangka aktiviti,
strategi serta idea baharu bagi meningkatkan prestasi murid-murid kerana PLC merupakan
kaedah terbaik bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan
sekolah (Siti Nafsiah Ismail el a/., 2020). Penambahbaikkan yang dilaksanakan menunjukkan
peranan guru sebagai agen perubahan.

Saya juga akan menghadiri Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) dan
Program Transformasi Minda (PTM) bagi memenuhi keperluan pembangunan
profesionalisme. Pelbagai kursus dan bengkel yang boleh saya sertai seperti bengkel
pemarkahan kertas, pengisian data murid dan pelbagai lagi supaya saya dapat
menambah pengetahuan dan pengalaman unluk menjadi seorang guru. Kesemua ilmu
yang diperoleh akan diaplikasi dalam PdP saya agar prestasi murid dapat ditingkatkan.

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 5/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

Bahkan, saya merancang untuk menyambung pengajian saya ke peringkat Ijazah


Sarjana sejak awal perkhidmatan lagi. Mengikut perancangan, saya akan menyambung
pelajaran bagi major bahasa Melayu dengan kajian berkaitan dengan kemahiran menulis
kerana kajian saya di peringkat Ijazah Sarjana muda adalah tentang kemahiran menulis. Saya
juga akan memastikan preî2tasi saya cemerlang bermula dari awal perkhidmatan supaya saya
memperoleh tawaran biasiswa daripada kerajaan dan saya akan memilih mod pembelajaran
sepenuh masa. Seterusnya, hasil kajian saya dapat digunakan bagi menambahbaik
pelaksanaan PdP terutama bagi aspek kemahiran menulis. Dengan penyelidikan
tersebul, semua pihak dapat menggunakan kepentingan kajian saya bagi menambahbaik
mutu penyampaian PdP. Kesannya, tahap prestasi murid akan semakin baik memberi
kesan kepada peningkatan terhadap prestasi sekolah.

Setelah 5 tahun berada di gred DG41, disahkan jawatan serta mengajar subjek
kepakaran selama 3 tahun terakhir, saya merancang untuk memohon laluan Guru Cemerlang
(GC) sekiranya mendapat sokongan daripada pentadbir.

Akhir sekali, dalam peringkat ini, saya akan membina hubungan kerjasama
dengan ibu bapa/penjaga mahupun komunili agar mereka turut menyumbang ke arah
kecemerlangan murid memandangkan hubungan tersebut merupakan salah satu komponen
gaya hidup sihat iaitu aspek spiritual (Ikmalhisham Daroji & Hilezan Zainal, 2015). Contohnya,
guru di peringkat ini dapat menerangkan kepada ibu bapa/penjaga untuk memantau anak
mereka ketika berada di rumah. Bahkan, terdapat juga komuniti yang berupaya berkongsi
kepakaran mereka dalam meningkatkan hasil pembelajaran murid. Jelaslah, atribut guru
yang strategis diaplikasikan dengan berkesan pada peringkat pelaksana kerana saya
dapat mengkonseptualisasi dan merealisasikan idea, program dan projek secara kreatif
dan inovatif mengikut keutamaan.

Peringkat Kedua (DG 44 Penggerak)

Pelan pembangunan diri dan kerjaya pada peringkat kedua bermula dengan gred
DG44 di mana saya berperanan sebagai penggerak iaitu sentiasa melaksanakan tugas
dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum dan berupaya
menyelesaikan masal ah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Pada peringkat ini, saya
akan membuat keputusan semasa melaksanakan PdP seperti menerapkan pembelajaran
berasaskan projek, pembelajaran teradun serta berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Bahkan, saya akan mengikuti trend semasa seperti penggunaan aplikasi
digi1aI untuk kegunaan pendidikan.

Seterusnya, saya akan menggunakan pelbagai strategi untuk menilai dan memantau
prestasi dan kemajuan murid agar saya dapat memberi maklum balas yang jitu kepada murid.

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 6/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

Maka, saya dapat melaksanakan tindakan susulan untuk mencungkil dan


memperkembangkan potensi murid.

Saya juga akan membuat refklesi dan penambahbaikkan terhadap PdP serta
mentaksir dan melaporkan penilaian murid seterusnya merangka program intervensi
berdasarkan penilaian dan pentaksiran yang telah dijalankan kerana ini merupakan tugas
utama guru yang memilih laluan Pd P tanpa mengira perbezaan gred.

Say a juga turut merancang untuk memohon laluan GC setelah 3 lahun berada di gred
DG44 kerana menurul Education Performace and Delivery Unit (2021), laluan ini
membolehkan saya dinaikkan gred dengan lebih cepat dan meningkatkan lagi kecemerlangan
dalam pelbagai bidang kompetensi agar kecemerlangan ini dapat digunakan untuk kebaikan
sekolah. Jika saya tidak berjaya lulus menjadi GC, saya mengikut kenaikan pangkat
secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).

Akhir sekali, bagi meningkat imej sekolah, saya akan menghadiri kursus, webinar dan
bengkel kemudian berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui PLC serta
membimbing guru-guru di peringkat pelaksana (DG41). Pada peringkat inilah, saya
berperanan sebagai agen perubahan melalui pememberian khidmat bimbingan dan mentor
kepada guru-guru baharu serta menyuntik motivasi dan inspirasi kepada rakan sejawatan
agar sentiasa menambah ilmu dan kemahiran.

Peringkat Ketiga (DG 48 Pembimbing Dan Mentor)

Sepanjang kerjaya, saya akan memastkan saya pan1as menguasai kompetensi dan
melakukan peningkatan besar di sekolah saya berkhidmat agar saya menjadi guru berprestasi
tinggi. Implikasinya, saya dapat merancang agar kerangka masa kenaikan gred lebih singkat
berbanding tempoh berdasarkan TBBK. Mak a, saya mensasarkan sejak awal perkhidmatan,
saya akan memohon laluan guru cemerlang. Pada peringkat ini juga saya akan memohon GC
setelah saya berada 2 tahun di gred DG48 sebagai salah satu syarat khusus untuk memohon
laluan guru cemerlang gred DG52.

Pertama, sejak dari awal perjawatan saya, saya akan merancang dan melaksanakan
aktiviti berprofil tinggi dan menyertai program yang berimpak tinggi kepada akademik
terutamanya bagi meningkatkan kecemerlangan anak murid saya. Contohnya, saya
menyertai inovasi pendidikan dan wacana ilmu di pelbagai peringkat unluk berkongsi manfaal
tersebut dengan guru-guru lain. Perancangan dibuat sejak dari awal perkhidmatan agar saya
dapat menguruskan stress, masa, tenaga serta komponen gaya hidup sihat yang lain seperti
fizikal, emosi, mental, rohani dan persekitaran.

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 7/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

Di samping itu, pendokumentasian kerja buat kita juga pentng semasa kita dinilai.
Oleh itu, saya juga akan menyediakan dokumentasi bagi setiap aktiviti yang saya sertai dalam
meningkatkan kompetensi dan pembangunan profesionalisme. Dokumentasi sememangnya
penting sebagai bukti bahawa saya telah menjalankan sesuatu program atau menyertai aktiviti
yang memberi impak terhadap kerjaya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).

Selari dengan peranan saya sebagai pembimbing dan mentor (gred DG48), saya juga
akan mengh Iî5İlkan penulisan dan pengkaryaan seperti penulisan buku, modul serta
penulisan kajian tindakan agar saya dapat berkongsi ilmu pengetahuan yang saya miliki.
Perkongsian tersebut dapat menyuntik semangat dan memberikan idea kepada guru-guru lain
untuk turut bersama merancang perubahan demi kebaikan anak-anak murid.

Saya juga merancang untuk menyertai seminar pendidikan bagi membentangkan


perkongî2İan amalan terbaik agar dapat dijadikan contoh dan inspirasi kepada rakan
sejawatan saya yang lain untuk mengaplikasikan perkongsian itu dalam PdP.

Malah, apabila saya berjaya memperoleh GC, saya akan menjadi pembimbing
dan mentor kepada guru-guru lain yang ingin memohon laluan GC ini agar dapat bersama-
sama memartabatkan profesion keguruan. Secara tidak langsung, apabila perjawatan GC
lebih banyak dalam profesion keguruan, ia akan memartabatkan profesion keguruan sebagai
satu badan profesional yang berwibawa. Buktinya, saya sering melihat perkongsian Cikgu
Hailmi mengenai perjalanannya sebagai GC dan perkongsian tersebut sebenarnya telah
membuka mata dan jalan untuk saya memperoleh manfaat daripada laluan tersebut

Kesimpulannya, permohonan laluan GC ini secara tidak langsung akan


menjadikan saya sentasa bersemangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang. Hal
ini demikian kerana definisi guru cemerlang ialah guru yang berpengetahuan, kemahiran
dan kepakaran yang tinggi terutamanya dalam Pd P di bilik darjah (Kamarul Azmi Jasmi et a/.,
2009). Bahkan, laluan ini juga membolehkan saya berkongsi kepakaran, pengelahuan dan
kemahiran dengan guru-guru lain sesuai dengan peranan saya sebagai pembimbing dan
mentor. Malah, apabila permohonan saya diluluskan, saya dapat memfokuskan sepenuhnya
kepada PdP kerana GC tidak boleh memegang jawatan pentadbiran kecuali dengan
kebenaran Ketua Pengarah Pelajaran. Kesannya, saya dapat menyumbang kepada
peningkatan prestasi murid, guru dan sekolah saya. Akhir sekali, pada peringkat ini juga saya
merancang memohon untuk menjadi pensyarah di institusi pendidikan khususnya Institut
Pendidikan Guru (IPG).

Peringkat Keempat (DG 52 Peneraju Perubahan)

Pada peringkat ini, saya akan memastikan saya memenuhi kelayakan-kelayakan yang
lain untuk memohon sebagai pensyarah di institusi pendidikan sekiranya terdapat kekosongan

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 8/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

jawatan. Bahkan, saya turut merancang untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah
Kedoktoran (PhD).

Sekiranya permohonan saya untuk menjadi pensyarah akademik di institut pendidikan


dilulus dan diterima, saya akan berkhidmat di institut pendidikan dengan memakai DG52. DG
52 menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016a) berperanan sebagai peneraju
perubahan serta menjadi pakar rujuk dalam sesuatu bidang, mentor dan pembimbing.
Bahkan, berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikkan berterusan dalam
bidang tertentu. Maka, saya akan diperlukan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dengan
rakan sejawat serta melaksanakan tugas penggubalan dan pemurnian kurikulum untuk kursus
PPISMP, PISMP dan sebagainya bagi memantapkan kursus-kursus tersebut.

Pada peringkat ini, sebagai pensyarah akademik, saya akan meneroka pelbagai
strategi PdP dan pentaksiran agar saya dapat mengajar pelajar yang melanjutkan
pelajaran di institut pendidikan guru serta melatih mereka untuk memperkembang potensi
diri serta membina kemanpanan sahsiah sebagai bakal guru kelak. Saya berperanan sebagai
peneraju kepada perubahan dalam bidang pendidikan dengan melatih guru-guru pelalih
supaya mereka dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam Pd P kemudian
meningkatkan prestasi sekolah.

Kemudian, saya juga akan bergiat secara aktif dalam penulisan buku seperti buku
teks, buku sastera dan buku-buku ilmiah. Malahan saya juga akan bergiat secara aktif dalam
wacana ilmu bagi melaksanakan perkongsian penyelidikan kerana saya percaya bahawa hasil
dapatan kajian tersebul amat bermanfaat kepada komunili pembelajaran. Saya juga akan
menyertai inovasi yang dianjurkan di pelbagai peringkat kerana saya ingin menyumbang
dapatan yang diperoleh untuk digunakan oleh warga sekolah khususnya.

Saya juga akan menjadi pembimbing bagi guru-guru yang berada di sekolah melalui
aktiviti kolaboratif yang dianjurkan. Misalnya, saya akan menyediakan latihan kepada
guru dalam perkhidmatan agar latihan yang diperoleh dapat meningkatkan profesionalisme
mereka seterusnya menyumbang kepada kenaikan prestasi dan imej sekolah. Akhir
sekali, pada peringkat ini saya juga merancang untuk sentiasa memastikan kualiti
perkhidmatan saya bermutu agar saya dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC).

Peringkat Kelima (DG 54 Pemikir Strategik)

Mengikut Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan Khair


(2007) dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (2016a) peringkat kelima merupakan
peringkat pemikir strategik di mana PPP mempunyai tahap strategis dengan memakai gred

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 9/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

10

DG54. Pada tahap ini, PPP mempunyai kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus
perubahan secara cekap dan berkesan.

Pada peringkat ini, saya akan memberi galakan dan konsultasi untuk membudayakan
penyelidikan serta inovasi di pelbagai peringkat agar pembangunan profesionalisme keguruan
dapat ditingkatkan. Contohnya, saya akan menyokong pelaksanaan aktiviti dan program
inovasi dalam pendidikan yang dianjurkan sama ada di peringkat IPG, kebangsaan mahupun
antarabangsa. Impaknya, hasil inovasi tersebut dapat melatih pendidik untuk berfikir secara
kritis dan kreatif yang menyokong matlamat gaya hidup sihat di samping meningkatkan kualiti
PdP seterusnya menyumbang kepada kejayaan cemerlang.

Dalam pada yang sama, saya akan menulis buku-buku untuk digunakan oleh
pihak IPG serta menyediakan beberapa buah modul yang lengkap sebagai panduan buat
pensyarah akademik dan juga guru pelatih. Saya amat berharap agar dengan penulisan
tersebut sedikit sebanyak dapat membantu semua pihak terutama guru pelatih dan pensyarah
untuk memahami kandungan kurikulum yang dipelajari oleh mereka semasa di IPG. Saya
juga akan merangka penulisan saya berpandukan Ringkasan Maklumal Kursus (RMK) bagi
subjek kepakaran saya. Hal ini dapat memudahkan guru pelath membuat ulang kaji serta
menyiapkan kerja kursus yang diberikan dengan tepat. Seterusnya, saya akan membuat
aktiviti ulasan buku agar pihak lain dalam komuniti pembelajaran dapat mengambil idea-idea
dan perkongsian daripada ulasan buku yang telah dibuat.

Tuntasnya, sebagai pemikir strategik, saya akan sentiasa merancang program


perkembangan pendidikan yang selari dengan kehendak Pd P pada masa kini agar saya dapal
membantu meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan penambahbaikkan bagi setiap isu
pendidikan dan kandungan kurikulum yang dihadapi. Bahkan, saya juga akan melaksanakan
aktiviti coaching & mentoring bagi rakan sejawatan dan juga pihak yang memerlukan.
Jelaslah, segala perancangan aktiviti bertujuan untuk merangsang perubahan dalam
pendidikan merentasi pelbagai peringkat.

Peringkat Keenam (JUSA C Pemikir Holistik)

Berpandukan peringkat perkembangan yang disarankan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia (2014), peringkat terakhir dalam pelan pembangunan diri dan
keqaya ialah pemikir holistik dengan gred khas iaitu Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).
Saya akan melatih diri mempunyai sikap berwawasan. Saya akan memastikan pada tahap
ini, saya mempunyai pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi konsultan dalam
merangka strategi yang komprehensif serta melaksanakan latihan yang tepat bagi
memastikan kejayaan

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 10/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

11

sesebuah organisasi. Hal ini bertujuan agar saya layak untuk memohon untuk dianugerahkan
Gred Khas C.

Sekiranya permohonan saya diluluskan, saya berperanan sebagai pemikir holistik,


kepakaran saya akan dimanfaatkan untuk merancang strategi terbaik yang melibatkan pakar
dan komuniti pembelajaran bagi memenuhi keperluan pendidikan semasa. Contohnya, saya
akan memimpin serta membudayakan komunit pembelajaran dan berfikir secara strategis
dEIn î5istematİk bagi menganalisis situasi secara menyeluruh dan mengambil kira semua faktor
sebelum melaksanakan alternatif terbaik yang bersesuaian dengan situasi yang dihadapi.
Contohnya, saya akan membantu ahli-ahli dalam komuniti pembelajaran untuk menguruskan
diri serta mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang kerjaya agar masyarakat yang aktif
dan cergas dapat dilahirkan.

Saya juga akan menjadi perunding dalam membentuk model PdP bagi
mengaplikasikan pendekatan terbaik agar pencapaian dan prestasi sekolah dapat
ditingkatkan walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza. Hal ini selari dengan
peranan pendidik sebagai agen perubahan kerana setiap perubahan bertujuan untuk
penambahan nilai serta pengupayaan modal insan dalam menempuhi persaingan global yang
lebih kompetitif (Amin Senin, 2008).

Kemudian, saya juga memfokuskan aspek penyelidikan dan juga penulisan sepanjang
pelan pembangunan diri dan keqaya yang telah dirancang. Hal ini demikian kerana saya
percaya bahawa ilmu dapal disampaikan dengan berkesan melalui dua medium tersebut
Justeru, saya akan melaksanakan perkongsian kepakaran dan pembentangan di
pelbagai peringkat supaya pelbagai pihak memperoleh manfaat dan meningkatkan
akauntibiliti, kompetensi dan atribut seorang pendidik yang berkualiti agar sistem pendidikan
negara lebih berautoriti, dipercayai dan diyakini kecekapannya (Noriati A. Rashid et al,
2012).

Tuntasnya, peranan saya pada peringkat ini lebih lertumpu kepada peneraju
bidang pendidikan dalam meningkatkan pengetahuan dan pemahaman yang menyeluruh
dan mendalam tentang insttusi pendidikan, komuniti setempat dan juga
pengantarabangsaan. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013)
berpendapat matlamat sistem pendidikan di Malaysia akan tercapai apabila organisasi
dapat melahirkan guru berkualiti. Guru berkualiti lahir daripada persekitaran komuniti
pembelajaran yang sentiasa menyokong kea rah peningkatan atribut, kompentasi dan
kualiti bagi seseorang guru.

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 11/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

KESIMPULAN

Berdasarkan penulisan yang telah saya kemukakan tentang penyediaan satu


pelan pembangunan diri dan kerjaya berfungsi dalam mengembalikan semula imej sekolah
sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa jelas menggambarkan betapa
pentingnya seseorang guru atau PPP mempunyai satu hala tuju yang jelas mengenai
peqalanannya dalam pendidikan.

Hala tuju yang jelas membolehkan seseorang individu tahu akan matlamatnya
dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar matlamat tersebut dapat dicapai.
Perbuatan tersebut merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat. Malah,
penyediaan pelan pembangunan diri dan kerjaya juga secara tidak langsung telah
memantapkan profesion keguruan sebagai satu badan profesional yang menjadi pilihan
sebagaimana anjakan keempat dan kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Hal ini bertepatan dengan pandangan Habibah @ Artini Ramlie (2017)
bahawa guru diterima sebagai profesion kerana memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang
khusus yang mempunyai latihan khas, bernaung di bawah organisasi sistem perkhidmatan
yang telah ditetapkan oleh kerajaan serta berautonomi di dalam kelas. Jelaslah, penyediaan
pelan pembangunan diri dan kerjaya dapat membudayakan kecemerlangan profesion al serta
memastikan kelestarian kualiti guru.

Seterusnya, kita juga dapat lihat bahawa imej sesebuah sekolah dapat
dilingkatkan melalui peranan guru atau pemimpin sekolah itu sendiri. Hal ini selari dengan
peranan guru sebagai agen perubahan di mana guru bertindak untuk mengeluarkan
semua potensi dan bakat yang dimiliki oleh semua individu termasuklah guru, murid serta
staf yang berada dalam institusi pendidikan yang sama. Bahkan, Mary Yap Kain Ching
(2015) turut bersetuju dalam penulisan rencananya bahawa guru berperanan sebagai
agen perubahan di mana beliau berpendapat bahawa guru mempunyai satu wawasan
yang unggul dalam mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, pemikiran aras tinggi
dan mempunyai daya inovasi yang berupaya meningkatkan keberhasilan sekolah dan
kemenjadian murid. Jusleru, sesebuah prestasi sekolah dapat ditingka1kan apabila guru ilu
bersedia untuk menambah baik kualiti diri kemudian memberikan sumbangan
kepakarannya kepada sekolah dan juga komuniti bagi memastikan adanya perubahan dan
peningkatan yang berlaku.

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 12/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

13

RUJUKAN

Amin Senin. (2008). Pembangunan profesional guru. Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Education Performace and Delivery Unit. (2021 ). Bab 5 guru dan pemimpin sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.padu.edu.my/wp-
content/uploads/2018/02/bab-5.pdf

Habibah @ Artini Ramlie. (2017). Pembangunan model profesionalisme guru pendidikan


is/am berasaskan “riadhah ruhiyyah“ [Universiti Malaya].
https://core.ac.uk/downIoad/pdf/268878643.pdf

Ikmalhisham Daroji & Hilezan Zainal. (2015). Kesihatan diri dan kecergasan. Sasbadi Sdn.
Bhd.

Kamarul Azmi, Jasmi Ab. Halim Tamuri & Mohd. Izham Hamzah. (2009). Sifat dan
peranan keperibadian guru cemerlang pendidikan islam (gcpi) dan hubungannya dengan
motivasi pelajar. Jurnal Teknologi, 51\ E), 57-71.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan pembangunan profesionalisme berterusan


(guru dan pemímpin sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia.
https://www.academia.edu/13521046/PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
BERT ERUSAN GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016a). Dokumen awal deskripsi fUgas pegawai


perkhidmatan pendidikan (laluan pengajaran & pembelajaran dan kepimpinan).
Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/en/dasar/1199-deskripsi-
tugas-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-kpm-laluan-pdp-dan-kepimpinan-edisi-
2016/fiIe

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016b). Dokumen awal pelan induk pembangunan


profesiona/ keguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/1249-dokumen-awal-
pelan-induk-pembangunan-profesionalisme-keguruan/file

Mary Yap Kain Ching. (2015). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global. Berita
Harman Online, 1. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/74472/guru-
berperanan-lahir-pelajar-capai-slandard-global

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wonp Kiet Wah. (2012). Asas kepimpinan dan
perkembangan profesional guru. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 13/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

14

Ong Sze Chong, Zamri Mahamod & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2017). Meneroka
kaedah pengajaran guru cemerlang bahasa Melayu negeri Sarawak : Satu kajian
kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM (MAIay Language Journal - MyLEJ),
7(Mei), 93-108.

Siti Nafsiah Ismail, Zuraidah Abdullah & Abdul Jalil Othman. (2020). Komuniti pembelajaran
profesional. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(1), 1-27.
https://jupidi.um.edu.my/articIe/view/22121/11151

Syed Ismail Syed Mus1apa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas kepimpinan dan
perkembangan profesional. Penerbitan MuIlimedia Sdn. Bhd.

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 14/
11/3/22, 9:44 PM Pelan Pembangunan Diri & Kerjaya - Membalik Buku Halaman 1-15 | FIipHTML5

https://fIiphtmI5.com/drhgb/jpdx/ 15/

You might also like