Marwan Bin Muhammad

You might also like

You are on page 1of 2

Marwan bin Muhammad 

atau Marwan II (688-750) ialah khalifah terakhir Kerajaan Bani Ummaiyyah yang


memerintah dari tahun 744 sehingga tahun 750 sebelum beliau terbunuh. Beliau ialah khalifah Ummaiyyah
yang terakhir memerintah di Damsyik, Syria.
Marwan mula memerintah selepas sepupunya, Khalifah Ibrahim meninggalkan tugas khalifah dan pergi
menyembunyikan diri. Sebelum menjadi khalifah, Marwan ialah Gabenor Azerbaijan.
Marwan mewarisi sebuah empayar yang sedang dalam zaman kejatuhannya. Walaupun mendapat beberapa
kemenangan awal, beliau dikalahkan oleh Abu al-Abbas al-Saffah di Sungai Zab. Dalam pertempuran ini
sahaja, lebih kurang 300 ahli keluarga Bani Ummaiyyah terbunuh. Selepas tewas dalam peperangan ini,
Marwan mula tergesa-gesa mencari perlindungan. Beliau berharap dapat mencari perlindungan di kawasan
barat dengan mengembara ke Mesir, tetapi beliau ditangkap sewaktu menyeberangi Sungai Nil. Hal ini
menyebabkan beliau terbunuh. Kematiannya menandakan berakhirnya pemerintahan Kerajaan Bani
Ummaiyyah. Kaum keluarga Bani Ummaiyyah yang lain juga habis dibunuh oleh tentera Abbasiyyah.
Cuma seorang sahaja yang terselamat iaitu Abd ar-Rahman Ad-Dakhil yang kemudiannya menyeludup
ke Sepanyol dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.

Marwan bin Muhammad bin Marwan, bergelar Marwan II (744 - 750),


merupakan Khalifah Bani Umayyah yang berkuasa dari 744 sampai 750 saat ia terbunuh. Ia
merupakan khalifah terakhir Bani Umayyah yang berkuasa dari Damaskus. Sebelum menjadi
khalifah, Marwan telah menjabat sebagai Gubernur Azerbaijan. Dalam kapasitas ini beberapa
kali ia mengadakan perang terhadap Khaganat Khazar, memenangkan kejayaan Phirrik namun
tak sanggup mengokohkan penaklukannya. Marwan kemudian berkuasa setelah
sepupunya Ibrahim bin Walid mengundurkan diri dan pergi ke tempat persembunyian. Marwan
mewarisi kekhalifahan yang sedang pecah. Perasaan anti-Umayyah telah sangat merata
khususnya di Iran dan Irak, dan Bani Abbasiyah telah memperoleh banyak pengikut. Masa
jabatan Marwan sebagai khalifah hampir secara penuh dicurahkan untuk upaya menjaga
kekuasaan Bani Umayyah.
Marwan ternyata tidak sanggup melakukannya. Walaupun memperoleh kemenangan
pada awalnya, ia akhirnya dikalahkan secara meyakinkan oleh Abul Abbas As-Saffah dari Bani
Abbasiyah dalam pertempuran di bantaran Sungai Zab. Hanya dalam pertempuran itu, lebih dari
300 anggota keluarga Umayyah terbunuh. Marwan kemudian pergi mencari perlindungan
menyusul kekalahannya. Berharap menemukan perlindungan di barat, ia lalu pergi ke Mesir.
Namun ia tertangkap saat melintasi Sungai Nil dan terbunuh. Ia dibunuh oleh Amir bin Ismail al-
Haritsi al-Jurjani. Amir menangkapnya di Busayr lalu menghancurkan rumahnya dan
membunuhnya. Kematiannya menandai berakhirnya kekuasaan Bani Umayyah di timur, dan
hampir saja mengakhiri keberadaan Bani Umayyah. Pembunuhan massal Bani Umayyah segera
saja dilakukan oleh Bani Abbasiyah. Hampir seluruh keturunan Bani Umayyah terbunuh,
kecuali Abdurrahman bin Muawiyah yang melarikan diri ke Spanyol dan mendirikan
pemerintahan Islam di Al-Andalus.

You might also like