You are on page 1of 4

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pengetua Kolej Tingkatan Enam Desa Murni Puan Noor Aishah
Bt Abu Hassan atas kebenaran yang diberikan kepada para pengkaji untuk melaksanakan tugasan kerja
kursus ini yang merupakan sebahagian daripada markah keseluruhan STPM untuk subjek ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada guru matapelajaran subjek Bahasa Melayu yang
merupakan guru pembimbing pelaksanaan tugasan ini, iaitu Puan Suhaila binti Shufa’at di atas komitmen
serta kesungguhan beliau dalam memberi dorongan serta tunjuk ajar kepada pengkaji untuk melaksanakan
tugasan ini dengan jayanya.

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada ahli kumpulan iaitu Nureen Aisyah, Fatin Nur Amani, Nur
Nadiesya Syadiera dan Nor Mashitah yang saling bantu membantu dalam proses pengumpulan data kajian
dan maklumat yang berkaitan. Sekalung ucapan penghargaan diucapkan kepada semua ahli kumpulan di atas
komitmen yang diberikan dalam upaya melaksanakan tugasan ini secara bekerjasama serta bertoleransi
antara satu sama lain.
1.0 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG


Agama pada lazimnya bermaksud kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa

yang ghaib dan sakti seperti Allah, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan

kepercayaan tersebut. Terdapat pelbagai jenis agama yang terdapat di dunia ini, antaranya

ialah Kristian, Islam, Hindu, Buddha dan banyak lagi.

Agama berasalnya dari Bahasa Sanskrit, iaitu bermaksud tradisi. Maksud lain yang

boleh dikatakan bagi agama ini ialah Religi yang berasal dari Bahasa Latin Religion yang

bermaksud “mengingat kembali”.

Selain itu, laras bahasa agama juga boleh didefinisikan sebagai laras bahasa yang

membincangkan perkara yang melibatkan agama. Laras bahasa agama ini, mempunyai unsur

bahasa klasik terutama pada kosa katanya. Laras bahasa ini juga mengandungi istilah agama

yang khusus bagi sesuatu agama tersebut dan banyak mengandungi bentuk cerita, kiasan serta

ibarat.Sebagai contoh, syurga dalam bahasa arab disebut sebagai “al-jannah” yang bermaksud

sebuah taman yang indah penuh dengan pelbagai nikmat dan keselesaan.

1.2 DEFINISI KONSEP


Menurut Ab Rahman Ab Rashid dan YAP , laras bahasa agama menunjukkan

perbezaan penggunaan perkataan yang merujuk kepada Allah atau Nabi daripada manusia

biasa. Selain itu, Khairuddin Mohamad Et Al berpandangan bahawa, laras bahasa agama

digunakan untuk menerangkan sebarang tajukyang berhubung kait dengan agama, akidah,

fiqah, kisah-kisah nabi dan sahabat. Van Ronkel juga memberikan pandangan mengenai laras

bahasa agama adalah pengaruh struktur ayat arab ini boleh dikesan melalui penggunaan

perkataan tertentu seperti bahawasannya, atas dan sungguhpun.

Menurut Shathifa dan Farween (2015) dalam kajiannya, penutur Bahasa Arab

yang mempunyai kekurangan pengetahuan dalam aspek kosa kata memberi impak kepada

penentuan maksud perkataan dan penggunaannya dalam konteks yang betul. Mereka cuba

mengembangkan kemampuan kosa kata mereka dalam beberapa cara walaupun menggunakan

beberapa strategi yang sesuai untuk mempelajari kosa kata Bahasa Arab, namun kegagalan
tetap dihadapi disebabkan kegagalan aspek pengetahuan makna kosa kata. Permasalahan

terhadap penguasaan makna kosa kata turut dibuktikan melalui pengalaman guru-guru yang

terlibat dalam pengajaran Bahasa Arab kepada pelajar pasca siswazah. Sepertimana laporan

Kaseh, Maheram et al. (2011) mengenai pelajar yang mengambil kursus pemulihan di UKM,

163 kelemahan yang didapati ialah pelajar tidak berupaya menentukan makna berdasarkan

konteks bacaan.

Menurut Khatijah dan Hakim (2018) pula, faktor permasalahan dalam mengetahui

makna perkataan atau kosa kata merupakan penyebab kepada kegagalan penguasaan kosa

kata dengan baik. Ia dilihat secara jelas penguasaan pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

(SABK) terhadap aspek kata nama dan kata kerja Arab dalam pelaksanaan Kurikulum

Bersepadu Dini (KBD). Laporan dapatan mendapati penguasaan mereka dalam mengetahui

makna perkataan hanya di tahap sederhana.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti yang berikut :


a) Mengenal pasti Laras Bahasa Agama

b) Mengelaskan ciri-ciri Laras Bahasa Agama

c) Membandingkan Laras Bahasa Agama dengan Laras Bahasa Moden

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk :


a) Untuk menambah dokumentasi perpustakaan.

b) Untuk dijadikan sebagai sumber rujukan guru serta pelajar.

c) Untuk dijadikan panduan dalam pengajaran.

4.0 SKOP KAJIAN


Fokus kajian adalah pada aspek agama, iaitu Bahasa Arab. Kajian ini memfokuskan tentang
penggunaan Laras Bahasa Agama di dalam majalah yang dikaji iaitu majalah SOLUSI.

5.0 BATASAN KAJIAN


Majalah SOLUSI ini diterbitkan pada tahun berapa……… and kita kaji buku tu yang tahun berapa, edisi
berapa……. ( buku fatin)

8/5/2011

Isu ke 23

6.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini, kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan. Terdapat
beberapa kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk melengkapkan kajian ini.

6.1 P

You might also like