You are on page 1of 13

TOKOH-TOKOH

DAN MODEL-
MODEL
PENDIDIKAN
KEROHANIAN
AWAL KANAK-
KANAK

TOPIK 2
Tokoh -
tokoh
• 2.1 Imam Al Ghazali
• 2.2 Ibnu Khaldun
~ Aktiviti Kumpulan ~
• 2.3 Luqmanul hakim
• 2.4 Ibnu Sina
Imam Al Ghazali

• Dilahirkan sebagai Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali pada 450H/1058M di Ghazali, sebuah pekan kecil
di Thus (wilayah Khurasan) Iran (kini dikenali sebagai Meshed).
• Beliau merupakan anak murid Imam Al-Haramyn, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini; merupakan pakar dalam bidang Fiqah Al-
Syafii' dan Kalam Al-Asy'ari. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah Ihya' Ulumuddin yang ditulis selepas menyedari
bahawa orang Islam mula melupakan agama.
• Beliau sangat menekankan pendidikan awal kanak-kanak
Imam Al Ghazali

• Menurut beliau - Ibu bapa perlu memerhatikan pendidikan anak-anak mereka sejak kecil. Mereka tidak seharusnya
meminta orang lain menjaga dan menyusukan anak-anak kecuali oleh perempuan yang taat beragama, yang berilmu dan
hanya memakan makanan halal
Pandangan Kitab Ihya' Ulumuddin
mengenai pendidikan kanak-kanak
• Anak ialah tanggungjawab ibu bapa. Jiwa mereka adalah suci seperti mutiara, sangat bernilai, murni dan bebas daripada
sebarang kerosakan dan bentuk. Mereka akan menerima dan mengikut apa sahaja yang diberikan kepada mereka
• Jika kanak-kanak dibesarkan dalam tingkah laku yang baik, mereka akan membesar dalam persekitaran yang baik dan
menjadi manusia yang baik. Ibu bapa,guru, penjaga dan orang lain yang terlibat akan mendapat ganjaran daripada Allah.
• Jika kanak-kanak didedahkan kepada tingkahlaku buruk dan pendidikan mereka diketepikan, mereka akan membesar
menjadi orang yang tidak baik dan dosa-dosa mereka akan ditanggung oleh ibu bapa dan orang yang bertanggungjawab
menjaga mereka.
Imam Al-Ghazali menekankan adab-
adab makan
• Ambil makanan dengan tangan kanan sahaja
• Baca Bismillah sebelum makan
• Ambil makan yang paling dekat dengan kita
• Jangan berebut mengambil makanan sebelum orang lain.
• Jaga mata agar tidak melilau melihat makanan atau wajah orang lain yang sedang makan
• Jangan gopoh ketika makan
• Kunyah makanan dengan perlahan dan hati-hati sebelum menelan
• Jangan memasukkan makanan ke dalam mulut dengan gopoh
Forum – google classroom
Imam Al-Ghazali menekankan
adab-adab makan kerana itu
akan membentuk anak-anak

Berdasarkan petikan di atas, sila nyatakan pendapat anda bagaimana


kanak – kanak dapat dibentuk dengan menekan adab makan kepada
mereka
Nasihat Imam Al-Ghazali kepada ibu
bapa
• Penuhkan masa lapang bersama anak-anak
• Mendidik anak-anak dengan amalan agama yang bersesuaian seperti amalan khusus dan amalan umum seperti
sembahyang. Kaedah pengajaran ialah berperingkat dari segi tingkah laku dan bacaan
• Jelaskan kepada mereka tentang agama, bukan sahaja secara teori malahan amalan.
• Kanak-kanak perlu dijelaskan tentang keburukan mencuri dan larang mereka daripada memakan makanan haram.
• Kanak-kanak perlu diajar merendah diri
Ibnu Kaldun
• Khaldun ( 1332-1406 M ) telah diakui sebagai seorang tokoh sejarawan dan pemikir Islam dalam bidang-bidang seperti politik,
sosial, ekonomi dan pendidikan oleh golongan ilmuan di sepanjang zaman.
• Idealisma yang telah dikemukakan oleh beliau terutama dalam bidang sosiologi dan teori perubahan sosial masih lagi dikaji
sehingga kini
• Nama beliau ialah Wali al-Din Abd Rahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin al-Hasan bin Jabir
bin Muhammad bin Ibrahim bin Abd Rahman ibni Khaldun ( 1332-1406 M ).
• Beliau merupakan seorang ahli penulisan sejarah dan ahli sejarah Arab abad ke 14 M serta telah diiktiraf sebagai
pengasas kajian sejarah moden, sosiologi dan ekonomi.
• Beliau dilahirkan di Tunisia pada bulan Ramadan 732 H
PANDANGAN IBNU KHALDUN BERKENAAN KAEDAH
PENDIDIKAN DALAM KITAB AL-MUQADDIMAH

Talqin ( Pandang Dengar )


• kaedah ini dapat difahami dengan guru mengarahkan pelajar untuk menghafal sesuatu pelajaran terlebih
dahulu. Contohnya dalam pengajian al-Quran, pelajar atau kanak-kanak mesti menghafal sesuatu ayat al-Quran
sebelum mereka diajar intipati yang terkandung di dalam
• Al-Quran merupakan pengajian yang terpenting dalam peringkat pengajian pertama. Justeru itu, kanak-kanak
atau pelajar diwajibkan untuk menghafal al-Quran dan perkara-perkara yang disampaikan kepadanya
• Ibnu Khaldun mengatakan bahawa apabila pelajar telah memahami dan menguasai sesuatu ilmu walaupun
menghadapi sedikit kerumitan, maka mereka akan diberi kemudahan untuk menghafal sesuatu pengetahuan.
PANDANGAN IBNU KHALDUN BERKENAAN KAEDAH
PENDIDIKAN DALAM KITAB AL-MUQADDIMAH

Tadrij ( Pengajaran Secara Berperingkat dan Beransur-Ansur )


Ibnu Khaldun berpandangan bahawa kaedah pendidikan secara beransur-ansur merupakan kaedah yang sangat
berkesan dalam memberi kefahaman kepada anak-anak semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Menurut Ibnu Khaldun : “Sesuatu yang harus kita ketahui bahawa pengajaran ilmu pengetahuan kepada para pelajar
hanya akan dapat dirasakan berkesan apabila ianya dilakukan secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit”
Menurut Ibnu Kaldun :
• Kanak – kanak tidak harus di ajar dengan perkara – perkara yang susah
• Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah dengan cara berperingkat dengan menggunakan latih tubi dan benda
benda maujud sebangai alat bantu mengajar
• Kanak – kanak tidak harus dibebankan dengan perkara yang diluar kemampuan mereka
AKTIVIT I KUMPULAN

•KUMPULAN 1 - Luqmanul hakim


•KUMPULAN 2 - Ibnu Sina

You might also like