You are on page 1of 4

Perbadanan Aset Keretapi

  Search
FAQ | Webmail | Login | Bahasa Malaysia | English  
   

LAMAN WEB RASMI

PERBADANAN ASET
   Aduan
  Soalan Hubungi dan Peta  

KERETAPI Lazim Kami MaklumLaman


Balas
Mengungguli Pengurusan Aset Keretapi Negara

 LAMAN UTAMA PROFIL RAC PENGURUSAN HARTANAH PEMBANGUNAN HARTANAH

PRODUK & PERKHIDMATAN INFORMASI BORANG GALERI

Info Korporat
INFO KORPORAT
Ahli Lembaga
Pengarah

LATAR BELAKANG PENUBUHAN


Senarai Pengurus
Besar
Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC
merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Perutusan Pengurus
yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Besar
Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai
sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Akta Keretapi 1991

Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC
Piagam Pelanggan
diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri
perkeretaapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri
Visi, Misi, & Moto
perkeretaapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta
Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948. Perkhidmatan Kami

Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus Carta Organisasi
tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah
terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh Mengenali Aset Kereta
syarikat pengganti, iaitu KTMB. Api » »

Selain bertindak sebagai pengurus dan pentadbir bagi aset-aset kereta api, RAC turut Ketua Pegawai
Maklumat (CIO)
mengambil alih semua liabiliti yang ditanggung oleh pentadbir KTM bagi membolehkan
syarikat pengganti beroperasi tanpa sebarang bebanan hutang. Ini bermakna, RAC
berperanan sebagai caretaker dan perancang perniagaan untuk menjaga dan
menterjemahkan aset-aset kereta api kepada sesuatu harta yang bernilai dan mampu
menjana pendapatan yang berterusan kepada Kerajaan. Keputusan Kerajaan untuk
mengkorporatkan KTM menjadi KTMB adalah untuk mengurangkan kebergantungan
industri perkeretaapian negara kepada Kerajaan sepenuhnya.

Pada tahun 2015, penjenamaan semula imej dan wajah baharu Perbadanan ini telah
dilaksanakan di bawah Program Bulan Transformasi PAK 2015. Intipati pelaksanaan

https://www.rac.gov.my/index.php/pages/view/1[24/10/2022 6:56:26 PM]


Perbadanan Aset Keretapi

jenama baharu ini bertujuan untuk menonjolkan imej korporat dan sifat global agar ianya
bersesuaian dengan fungsi dan peranan RAC yang semakin mencabar terutama dalam
aspek memperkasakan sektor rel di negara ini.

Selaras dengan itu, Perbadanan ini telah melakukan penjenamaan semula dengan
mewujudkan logo, nama panggilan dan warna korporat baharu bagi menyesuaikan
Perbadanan ini dengan peranannya. Kesemua identiti korporat ini telah digunakan secara
rasmi pada 19 November 2015.

PENERAJU RAC

RAC diterajui oleh tujuh (7) orang Lembaga Pengarah bukan eksekutif terdiri daripada
wakil-wakil pelbagai Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan Pelantikan kesemua
Lembaga Pengarah RAC adalah selaras dengan Seksyen 89(2) Akta Keretapi 1991 (Akta
463) yang mana ianya perlu dilantik oleh Menteri Pengangkutan seperti berikut:

Seorang wakil Kementerian Pengangkutan;


Seorang wakil Perbendaharaan;
Seorang wakil Unit Perancang Ekonomi;
Ketua Pengarah Tanah dan Galian;
Pengurus Besar Perbadanan Aset Keretapi hendaklah menjadi anggota ex-
officio; dan
Tidak lebih daripada dua orang anggota lain.
 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB RAC

https://www.rac.gov.my/index.php/pages/view/1[24/10/2022 6:56:26 PM]


Perbadanan Aset Keretapi

 
 
 
 
 

ALAMAT   PAUTAN   STATISTIK   INFORMASI


     
Perbadanan Aset Keretapi (Railway Assets Penafian Hari Ini 158 Hakcipta Terpelihara 2014 Perbadanan
Corporation) Jumlah Pelawat 582008   Aset Keretapi.
Level 16, IOI City Menara 2, Lebuh IRC, IOI Peta Laman
Resort City, 62502 Putrajaya Sepang, Kerajaan Malaysia tidak
Dasar Privasi bertanggungjawab terhadap sebarang
Selangor.
No Tel: 603-8939 0200 kehilangan atau kerosakan yang dialami
Dasar Keselamatan
No Faks: 603-8939 0222 kerana menggunakan maklumat di
Emel: info[at]rac[dot]gov[dot]my  Hubungi Kami dalam laman web ini. Paparan terbaik
menggunakan pelayar Mozila Firefox 3.6
Arkib ke atas, Internet Explorer 8.0 ke atas
atau Google Chrome dengan resolusi

https://www.rac.gov.my/index.php/pages/view/1[24/10/2022 6:56:26 PM]


Perbadanan Aset Keretapi

skrin 1024 x 768.

Anda memerlukan perisian Adobe Flash


Player dan Adobe Reader untuk paparan
sesetengah aplikasi di portal.

Tarikh Kemaskini : 23-10-2022

https://www.rac.gov.my/index.php/pages/view/1[24/10/2022 6:56:26 PM]

You might also like