You are on page 1of 35

1.

1 PELAN KEWANGAN

1.1.1 KEUSAHAWANAN

Dalam salah satu teori kewangan yang terkenal hasil kajian Robert
Kiyosaki seorang pelabur, usahawan, motivator dan penulis buku terkenal
dunia iaitu Rich Dad, Poor Dad, menerangkan mengenai Kuadron
Perniagaan.

KUADRON PERNIAGAAN

• 95% orang adalah mereka yang menjadi pekerja atau berniaga


sendiri. Manakala,

• 5% orang dalam dunia adalah pemilik perniagaan dan pelabur.

4 KATEGORI KUADRON PERNIAGAAN

95% ORANG 5 % ORANG

1 2 3 4
BEKERJA PEMILIK
MAJIKAN SENDIRI SYARIKAT PELABUR
Kategori (EMPLOYER) (SELF (BUSINESS
Pekerjaan
(INVESTOR)
EMPLOYED) OWNER)

ANDA PERNIAGAAN
Kuadron ANDA BEKERJA WANG
Perniagaan BEKERJA BEKERJA
UNTUK BEKERJA
UNTUK UNTUK
MAJIKAN UNTUK ANDA
PEKERJAAN ANDA

Contoh • KERANI • PEMANDU • PEMILIK • PEMEGANG


Pekerjaan • PENYELIA • ARTIS SYARIKAT SAHAM
• PEMILIKAN
HARTANAH

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


16
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
1.1 PELAN KEWANGAN

1.1.2 PENGURUSAN KEWANGAN

Terdapat 2 aspek penting dalam pengurusan kewangan iaitu:

ASET
merupakan alat yang membantu untuk menjana pendapatan pemandu seperti
kenderaan dan telefon pintar.

LIABILITI
Liabiliti merupakan tanggungan seperti kos penyelenggaraan kenderaan, insurans dan
sebagainya.

Pengurusan kewangan yang baik akan menunjukkan pendapatan melebihi


perbelanjaan, aset melebihi liabiliti dan aliran tunai yang positif.

Senaraikan pendapatan dan perbelanjaan, aset dan liabiliti dan kemudiannya


pindahkan kepada pengiraan aliran tunai.

PENDAPATAN PERBELANJAAN ASET LIABILITI

Tambang Sewa/ Bayaran ansuran Sewa/ Bayaran


Kenderaan
ansuran
Saguhati dan
Minyak/ NGV
Hadiah Telefon Pintar Bil Telefon

Penyelenggaraan
Komisen
kenderaan

Cara mengira aliran tunai adalah:


● Tunai campur dengan nilai jumlah pendapatan yang telah ditolak perbelanjaan
kemudian campur dengan nilai jumlah aset yang telah ditolak dengan liabiliti.

ALIRAN TUNAI

Tunai = (pendapatan - perbelanjaan) + [(aset (harta) – liabiliti (bebanan)]

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


17
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
1.1 PELAN KEWANGAN

1.1.4 CARA MENINGKATKAN PENDAPATAN

Cara Menjana Pendapatan Lebih dan Mendapatkan Perjalanan Tambahan

• Lakukan lebih perjalanan dan dapatkan lebih tempahan.


• Menambah kekerapan perjalanan jarak jauh. Contohnya menghantar penumpang
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau ke luar kawasan.
• Bekerja lebih masa dan lebih hari.
• Melalui penumpang tetap atau syor daripada penumpang lain (introduces).
• Berlanggan dengan radio teksi.
• Menggunakan kemudahan teknologi seperti telefon pintar.
• Menggunakan aplikasi e-hailing, untuk mendapatkan penumpang.
• Menggunakan sistem navigasi sebagai petunjuk lalu lintas dan pilihan jalan yang
lebih cepat dan seterusnya dapat menjimatkan penggunaan bahan api kenderaan.

NOTA

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


21
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
1.2 TEKNOLOGI DI DALAM INDUSTRI TEKSI

1.2.1 KEPENTINGAN TEKNOLOGI DI DALAM INDUSTRI TEKSI

● Perkhidmatan teksi perlu dipertingkatkan lagi dengan menggunakan amalan


perniagaan terkini serta dijajar dengan kemajuan teknologi.

● Hasil kaji selidik pada 2016 untuk Makmal Transformasi Industri Teksi (TITP)
menunjukkan 52% penumpang lebih gemar menggunakan aplikasi e-hailing
untuk mendapatkan perkhidmatan teksi manakala hanya 14% pemandu teksi
menggunakan aplikasi e-hailing untuk mendapatkan penumpang.

3● Sistem aplikasi dan navigasi adalah di antara teknologi yang terkini


digunakan di dalam industri teksi.

Perbandingan Pemandu Teksi dan Penumpang yang tidak sepadan

1) Sumber : PwC supply and demand study for S.P.A.D, 2016.


2) Uber and Grabcar, 2016
3) Taxi Digital Survey, Taxi Industry Transformation Lab, 2015

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


25
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
1.2 TEKNOLOGI DI DALAM INDUSTRI TEKSI

1.2.2 APLIKASI MUDAH ALIH DAN E-HAILING (1/2)

Definisi Aplikasi Mudah Alih

1
Aplikasi mudah alih atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “Mobile App” adalah
perisian aplikasi yang direka di telefon pintar , komputer tablet dan peranti mudah alih
yang lain

Definisi e-hailing

E-hailing adalah satu perkhidmatan penempahan kenderaan menggunakan aplikasi


mudah alih yang memadankan penumpang dengan kenderaan yang berdekatan dan
melibatkan bayaran tambang.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


26
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
1.2 TEKNOLOGI DI DALAM INDUSTRI TEKSI

1.2.3 SISTEM NAVIGASI GPS

Sistem Navigasi atau Global Positioning System, (GPS) merujuk kepada sistem yang menentukan
kedudukan satu atau lebih alat penerima di bumi yang menerima dan menganalisis hantaran
satelit bagi menentukan lokasi geografinya.

Panduan Penggunaan Navigasi GPS


• Kegunaan sistem peralatan navigasi GPS adalah digalakkan untuk pemandu sebagai alat
bantuan dan panduan perjalanan yang cepat dan dekat.
• Bagi pemandu yang menggunakan sistem navigasi GPS, jenama peralatan yang dipasang
sebaik-baiknya mempunyai keupayaan komunikasi teraktif suara (voice activated
communication).
• Maklumat mengenai tempat permulaan perjalanan dan destinasi hendaklah dimasukkan ke
dalam pangkalan data GPS sebelum perjalanan dimulakan (jika GPS digunakan).
• Pemandu dilarang membuat pengisian maklumat dalam GPS semasa perjalanan.
• Penggunaan telefon bimbit tanpa peralatan bebas tangan semasa perjalanan adalah
dilarang.

Contoh sistem navigasi popular yang sering digunakan:

Waze ialah sebuah program Google Map adalah perkhidmatan


aplikasi navigasi geografi pemetaan web yang dibangunkan oleh
jalan berkaitan GPS, lalu Google. Ia menawarkan imej satelit,
lintas, petunjuk laluan yang peta jalan, 360 panorama jalan-jalan
paling cepat. Lebih 80 juta (street view) dan perancangan laluan
pengguna aplikasi ini di bagi perjalanan dengan berjalan kaki,
seluruh dunia kereta, basikal atau pengangkutan
awam
Nota: Pemandu hendaklah mengesahkan dan mendapat persetujuan penumpang mengenai laluan perjalanan yang hendak digunakan

1.2.4 PELAN INTERNET

Panduan Asas Pemilihan Pelan Internet


• Lihat kawasan majoriti di mana anda berada untuk mengambil penumpang.
• Kaji pelan internet yang menawarkan harga paling rendah dan saiz internet paling besar.
• Boleh cuba beberapa pelan dalam masa sebulan.
• Ambil pelan pra-bayar (pre-paid) dahulu.
• Buat keputusan pelan paling sesuai.

28
1.2 TEKNOLOGI DI DALAM INDUSTRI TEKSI

1.2.5 APLIKASI MeterOn

Aplikasi MeterOn direka oleh S.P.A.D untuk membantu pengguna menyemak dan
mengesahkan status pemandu teksi dan e-hailing sebelum memulakan perjalanan.

KEBAIKAN APLIKASI

1. Pengesahan Pemandu

Penumpang boleh membuat pengesahan dengan memasukkan nombor pendaftaran


teksi. Nombor pendaftaran teksi yang berdaftar akan membolehkan pengguna
menyemak maklumat terperinci pemandu, sebarang kesalahan pemandu di bawah Akta
Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, dan maklum balas/aduan daripada
pengguna lain terhadap pemandu tersebut. Aduan juga boleh terus dilakukan sekiranya
teksi yang dinaiki dipandu oleh individu yang tidak berdaftar.

2. Penjejak Perjalanan

Penumpang boleh menjejaki dan berkongsi lokasi perjalanan dengan kenalan rapat
sehingga selamat sampai ke destinasi.

3. Anggaran Tambang

Penumpang boleh mendapatkan anggaran tambang perjalanan setelah mengisi


destinasi asal dan destinasi yang ingin dituju. Sekiranya menggunakan aplikasi
e-hailing, tambang ditentukan berdasarkan aplikasi. Selain itu, tambang ditentukan
oleh APAD.

4. Penilaian Pemandu
Penumpang boleh menilai pemandu berdasarkan pengalaman perjalanan mereka
sendiri dan boleh melaporkan terus sekiranya meter tidak digunakan sepanjang
perjalanan. Ini dapat dilakukan apabila penumpang menekan butang tamat
perjalanan.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


29
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
1.3 MEMILIH LALUAN TERBAIK

1.3.1 CARA MEMILIH LALUAN

o Pemandu hendaklah memilih laluan terbaik semasa memberikan perkhidmatan kepada


penumpang iaitu dengan menggunakan laluan yang paling mudah dan cepat.

o Antara pilihan laluan terbaik yang boleh dilakukan oleh pemandu iaitu dengan
mengambil kira 3 perkara dibawah:

PILIHAN
PENUMPANG
Contoh: Jika penumpang mempunyai
pengalaman menggunakan laluan.

PENGALAMAN
SENDIRI
Contoh: Jika pemandu mempunyai
pengalaman menggunakan laluan.

APLIKASI
TELEFON PINTAR
Contoh: Menggunakan aplikasi
telefon pintar untuk menentukan
laluan paling mudah dan cepat.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


30
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
1.3 MEMILIH LALUAN TERBAIK

1.3.3 PEMANDU SEBAGAI DUTA PELANCONGAN

Pemandu sebagai barisan hadapan (frontliners) yang kerap berinteraksi secara


langsung dengan pelancong dan bertanggungjawab memberi maklumat yang
betul serta menjaga imej negara.

Kriteria umum sebagai duta pelancongan:

Kemas

Berperwatakan baik

Mempunyai rekod-rekod perkhidmatan terbaik

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


35
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
2.1 KHIDMAT PELANGGAN CEMERLANG

2.1.1 APA ITU KHIDMAT PELANGGAN?

Khidmat Pelanggan merupakan keupayaan dan komitmen pemandu dalam


menyempurnakan perkhidmatan dengan memenuhi keperluan dan kehendak
penumpangnya melebihi daripada tahap yang mereka harapkan, serta ianya diadakan
secara berterusan dan konsisten.

Berikut adalah contoh-contoh khidmat pelanggan yang baik dalam perkhidmatan:

• Kita dialu-alukan dengan senyuman berserta ucapan ‘selamat datang’ dan


sebagainya apabila memasuki restoran, hotel atau mana-mana premis perniagaan;
• Kita dilayan dengan baik apabila berurusan dengan pegawai awam; dan
• Kemudian, apabila hendak berlalu kita diiring pula dengan ucapan ‘terima kasih’,
‘sila datang lagi’ dan seumpamanya.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
2.1 KHIDMAT PELANGGAN CEMERLANG

2.1.2 MEMENUHI KEHENDAK PENUMPANG DENGAN PRINSIP S.M.S.

Kenderaan perlu berada dalam keadaan baik.

1 SELESA i. Pendingin hawa berfungsi.


ii. Bersih.
iii. Kemas.

Memiliki tanggapan pertama yang baik.


2 MESRA i. Senyum.
ii. Ramah.
iii. Sedia membantu.

Pemanduan Berhemah.
3 SELAMAT i. Berhati-hati semasa memandu
ii. Ikut peraturan jalan raya.
iii. Kenderaan diselenggara baik.
iv. Berhenti di tempat sepatutnya.

2.1.3 PERKHIDMATAN CEMERLANG

Sopan dan bertanggungjawab.


Mengendali barang - barang penumpang dengan baik.
Maklum balas segera kepada aduan.
Menggunakan jalan paling dekat.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


43
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
2.2 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

2.2.1 ELEMEN KOMUNIKASI

Ada tiga elemen komunikasi yang penting iaitu verbal, vokal dan visual.

7%
Perkataan yang dilafazkan

38%
Nada dan tona suara

55%
Bahasa badan

Lisan (Verbal) ialah perkataan yang digunakan untuk berkomunikasi. Apa yang
dilafazkan.

Vokal ialah nada suara apabila berkomunikasi, bagaimana kita menyatakan


sesuatu.

Visual ialah bahasa badan yang digunakan oleh seseorang. Apa yang nampak di
mata ialah visual.

Dalam konteks ini, Albert Mehrabian, seorang pakar komunikasi telah melakukan
kajian di mana 7% elemen komunikasi yang mempengaruhi manusia ialah
perkataan yang dilafazkan. 38% ialah nada suara manakala elemen yang paling
mempengaruhi ialah bahasa badan sebanyak 55%.

Sebagai pemandu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam (PKPA)


bagaimana sesuatu perkara itu diucapkan adalah penting dan ini disokong pula
oleh bahasa badan yang baik dan positif.

Jika pemandu melayan penumpang dengan gaya bahasa badan yang malas dan
tidak berminat, ini akan memberi impak kepada keseluruhan khidmat pelanggan
yang ditawarkan mereka.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


45
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
2.2 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

2.2.2 PRINSIP KOMUNIKASI

Setelah memahami elemen komunikasi yang merangkumi bahasa badan, auditori


(pendengaran – nada suara) dan visual, ada prinsip komunikasi yang perlu difahami
untuk menyokong elemen-elemen tersebut.

1 GUNAKAN PANGGILAN HORMAT PALING TINGGI


Amalkan penggunaan panggilan yang formal kepda penumpang
semasa memberikan perkhidmatan. Sekiranya penumpang tersebut
adalah lelaki, gunakan panggilan Tuan. Jika wanita, gunakan
panggilan Cik atau Puan mengikut kesesuaian.

2 JADI PERAMAH
Jadi peramah bermaksud melayan penumpang dengan berhemah dan
tidak melebih-lebih.

3 PROFESIONAL SEMASA PEMANDUAN


Profesional dalam pemanduan adalah dengan memastikan pemandu
dan kenderaan dalam keadaan baik.

4 ELAKKAN BERBUAL TOPIK SENSITIF


Elakkan berbual topik sensitif. Ini termasuk politik, rasis dan
menggunakan bahasa yang kasar dan kotor.

5 JAGA IMEJ DAN GAYA KOMUNIKASI


o Jaga imej dan komunikasi ketika di atas talian. Ini bermaksud
pemandu yang mempunyai akaun media sosial harus menjaga imej
di akaun masing-masing.
o Dalam keadaan sekarang di mana aduan boleh sahaja berlaku di
hujung jari, sangat penting untuk menjaga kelakuan dan bahasa.
o Penumpang boleh menilai bukan sahaja secara berdepan, malah
boleh di atas talian juga.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


46
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
2.2 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

2.2.3 SALAM MESRA

SALAM adalah bahasa yang dituturkan.

MESRA adalah bahasa badan yang digunakan.

Sebutkan nama dan ucapkan salam M Memandang mata


S
Pandang mata orang yang di
Sebutkan nama dan ucapkan salam.
hadapan kita. Dalam senario
Manusia suka disebut namanya.
sebagai seorang pemandu,
Sekiranya mengetahui nama penumpang
pandang cermin pandang
yang menggunakan perkhidmatan.
belakang sekali sekala semasa
berinteraksi
A Ajukan 3 soalan berkenaan diri
Tanyakan soalan-soalan ringan seperti E Ekspresi muka
kesihatan, sudah makan atau dari
Ekspresi muka perlu ada dalam
mana.
komunikasi. Contohnya senyum.
L Luahkan pujian ikhlas
Puji dengan ikhlas bermaksud puji S Senyum
tanpa nada sindiran. Contohnya, Sentiasa memberikan senyuman
“Kemas pakaian tuan” atau “Cantik kepada penumpang ketika
warna tudung Cik Puan”. Pujian memberikan perkhidmatan.
haruslah spesifik.

A Ajukan soalan relevan R Rapatkan jarak (3 feet’s rule)


Soalan relevan bermaksud soalan yang Jarak selesa yang baik adalah 3
berkaitan dengan penumpang. kaki. Ini dipanggil jarak sosial.
Contohnya, jika ibu mengandung, Untuk lelaki sesama lelaki jarak
pemandu boleh menanyakan soalan ini mungkin lebih rapat.
berapa bulan sudah kandungan atau
bila tarikh melahirkan.
A Angguk
Angguk menunjukkan kita
M Minta diri
mengaku kewujudan orang yang
Minta diri maksudnya menamatkan di hadapan kita dan kita dengar
perbualan dengan baik. Ucapan jumpa apa yang diperkatakan.
lagi, saya minta diri dulu dan jaga diri
adalah contoh minta diri yang baik.

47
2.2 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

2.2.6 PANDUAN MENANGANI PENUMPANG SUKAR

Penumpang sukar adalah penumpang yang memberi masalah sikap kepada pemandu
kenderaan perkhidmatan awam (PKPA).

Bertenang
Amat penting bagi pemandu sentiasa tenang dan mengawal perasaan marah
di dalam apa jua keadaan yang ditimbulkan oleh penumpang.

Beri Perhatian
Memberikan perhatian dan mendengar apa yang hendak disampaikan oleh
penumpang.
Gunakan bahasa badan yang betul dan nada suara yang rendah.

Jangan salahkan penumpang atau syarikat


Berikan penerangan berkenaan situasi yang sebenarnya tanpa
menyalahkan sesiapa.

Selesaikan masalah dengan baik


Selesaikan masalah dengan memberikan penerangan yang jelas dan
sepatutnya.

Hubungi pihak sokongan atau syarikat untuk mendapatkan bantuan


Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dan keselamatan
anda terancam, segera dapatkan bantuan pemandu lain yang
berhampiran, syarikat atau hubungi pihak polis.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


50
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
2.3 CARA-CARA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA
PENUMPANG ORANG KURANG UPAYA (OKU)

2.3.2 PRINSIP CARA-CARA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA


PENUMPANG KURANG UPAYA (S.A.N.T.U.N.)

S.A.N.T.U.N.
SELAMAT –
Berhentikan kenderaan di kawasan yang selamat bagi
memudahkan penumpang untuk naik dan turun kenderaan. Bantu menaikkan dan
menurunkan penumpang orang kelainan upaya (OKU).

ARAHAN –
Bersedia untuk memahami arahan destinasi yang hendak ditujui
oleh penumpang OKU.

NAIK – Jemput penumpang naik. Berikan bantuan dan layanan yang diperlukan
oleh penumpang OKU.

TOLONG – Berikan pertolongan yang sepenuhnya semasa menurunkan barang.


Letakkan barang di tempat yang selamat.

UTAMA – Utamakan penumpang OKU semasa naik dan turun daripada


kenderaan.

NASIHAT –
Berikan nasihat, panduan dan arahan laluan untuk mereka
meneruskan perjalanan dengan selamat.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


53
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
2.3 CARA-CARA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA
PENUMPANG ORANG KURANG UPAYA (OKU)

2.3.3 LANGKAH-LANGKAH MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA


PENUMPANG OKU YANG MENGGUNAKAN KERUSI RODA

Bukakan pintu;
Pastikan penumpang masuk dan duduk dengan selesa;
Lipat kerusi roda dan masukkan ke dalam bonet
(belakang) kereta dengan cermat;
Apabila sampai, buka kerusi roda dahulu; dan
Pimpin penumpang sehingga duduk selesa di atas kerusi
roda.

2.3.4 LANGKAH-LANGKAH MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA


PENUMPANG OKU PENGLIHATAN

Bukakan pintu;

Apabila membawa orang cacat penglihatan, sila benarkan mereka memegang


bahagian siku atau bahu anda. Ini adalah kerana, ianya akan memudahkan
pergerakan anda dan orang cacat penglihatan yang sedang dibantu;

Dilarang memegang bahagian tongkat orang cacat penglihatan ketika hendak


membantu mereka;

Pastikan penumpang masuk dan duduk dengan selesa;

Sentiasa bertanyakan pilihan penumpang OKU semasa perjalanan dan ketika


menurunkan mereka. Gunakan pendekatan “Approach, Ask and Assist” sewaktu
memberikan perkhidmatan; dan

Sekiranya perlu, turunkan penumpang OKU berdekatan dengan direction tile bagi
memudahkan mereka meneruskan perjalanan.

Direction Hazard
tile tile

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


54
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
2.3 CARA-CARA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA
PENUMPANG ORANG KURANG UPAYA (OKU)

2.3.6 PENGENDALIAN UMUM PENUMPANG SEWAKTU KECEMASAN

Pertolongan cemas bermaksud bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan
kepada individu yang mengalami kecederaan dalam sebarang kejadian kecelakaan sama
ada kemalangan atau sakit yang muncul secara tiba-tiba sebelum mendapat bantuan
ambulan, doktor atau pakar perubatan ataupun sebelum mangsa dihantar ke hospital.

MENILAI SITUASI MANGSA

PEREDARAN Periksa nadi dengan 2 jari. Jika terdapat denyutan nadi bermakna ada
DARAH denyutan jantung. Jika tiada, lakukan CPR.

SALURAN Dongakkan kepala dan kemudian dagu mangsa untuk membuka saluran
UDARA pernafasan ketika mangsa dalam keadaan baring.

Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan keselamatan anda


BAHAYA dan mangsa terjamin. Alihkan bahaya daripada mangsa dan anda.

PERIKSA Jika ada pendarahan, cuba hentikan pendarahan dengan segera


PENDARAHAN (sekiranya mengetahui prosedur).

Panggil atau kejutkan mangsa. Minta bantuan ambulan, doktor atau


RESPON
pakar perubatan jika tiada tindak balas daripada mangsa.

JIKA MANGSA SEDAR, TANYA

PUNCA ADAKAH JIKA SEBARANG PENYAKIT MAKANAN


KEJADIAN AMBIL MEMILIKI TANDA ATAU TERAKHIR
SEBARANG ALAHAN ATAU KECEDERAAN
UBAT TERTENTU GEJALA LAMA
DAN APA
JENIS UBAT?

JIKA MANGSA TIDAK SEDAR


Periksa tanda-tanda utama Periksa tekanan darah (jika
1 4
kecederaan yang ada pada bahagian perlu)
badan mangsa

2 Periksa nadi 5 Periksa suhu badan mangsa

3 Periksa pernafasan

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


56
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.1 UNDANG - UNDANG

3.1.1 AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2017

• Menerusi Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, pegawai penguatkuasa telah
diberikan kuasa penguatkuasaan penuh termasuk mengenakan denda di dalam kes
penipuan, menahan pesalah, dan mengadakan sekatan jalan raya. Hukuman bagi
kesalahan turut dipertingkatkan, dimana jika melanggar syarat pelesenan, denda
maksimum adalah sebanyak RM500,000 dan penjara dua tahun.

• Pegawai penguatkuasa menerusi Akta ini mempunyai pelbagai tugas termasuk:


menguatkuasakan peraturan dan syarat pelesenan Akta Pengangkutan Awam Darat
(Pindaan) 2017; memeriksa pengangkutan awam darat dan kenderaan barangan untuk
memastikan ia sesuai digunakan di jalan raya; memastikan kenderaan mempunyai
lesen yang sah dan dokumen lain; memeriksa pemandu, konduktor dan pemandu ganti
yang layak untuk bekerja; memeriksa tiket perjalanan untuk kesahihan; dan
membanteras “ulat tiket” yang menyediakan pengangkutan untuk penumpang
menerusi saluran yang tidak dibenarkan.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


59
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.1 UNDANG - UNDANG

3.1.3 AKTA POLIS 1967 (AKTA 344), SEKSYEN 21: TUGAS DI JALAN
AWAM

• Adalah menjadi tugas-tugas pegawai polis –


o Mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalu lintas;
o Menjaga ketenteraman di jalan awam, lorong, jalan tembus dan tempat
mendarat dan tempat kunjungan awam yang lain dan tempat di mana orang
awam ada akses dan
o Mencegah halangan pada waktu perhimpunan dan perarakan di jalan awam dan
lorong, dan dalam mana-mana hal, bila mana-mana jalan, lorong, jalan tembus
dan tempat mendarat atau feri mungkin penuh sesak atau menjadi terhalang.

• Seseorang yang menghalang, membangkang atau ingkar menurut apa-apa arahan


yang munasabah yang diberi oleh mana-mana pegawai polis dalam melaksanakan
tugas-tugasnya di bawah seksyen ini, adalah melakukan satu kesalahan dan apabila
disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ringgit atau
hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

• Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh ditangkap
tanpa waran melainkan dia memberi kepada pegawai polis itu nama dan alamatnya
dan selainnya memuaskan hati pegawai polis itu yang dia akan mematuhi dengan
sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


61
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.1 UNDANG - UNDANG

3.1.2 AKTA PENGANGKUTAN JALAN (1987)

AKTA 333 PINDAAN 1 FEBRUARI 2013

• Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai:


• pengawalseliaan kenderaan-kenderaan motor dan lalu lintas di jalan-jalan dan
perkara-perkara lain yang berkenaan dengan jalan-jalan dan kenderaan-
kenderaan di atasnya;
• mengenai perlindungan pihak ketiga terhadap risiko-risiko yang berbangkit
daripada penggunaan kenderaan-kenderaan motor;
• penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan-kemudahan bagi
pengangkutan:
• penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan-kemudahan bagi
pembinaan dan penyesuaian kenderaan-kenderaan motor; dan
• bagi membuat peruntukan mengenai maksud-maksud yang berkaitan.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


60
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.1 UNDANG - UNDANG

3.1.4 KESALAHAN DAN PENALTI

• Hukuman penjara dan denda yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Awam
Darat (Pindaan) 2017 dan APJ 1987 (Akta 333) boleh dikenakan kepada pemandu
yang gagal mematuhi mana-mana akta tersebut serta syarat-syarat lesen.
• Suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta tersebut boleh di batalkan atau
digantung sekiranya didapati bersalah.
• Salah satu proses penyelesaian kes yang diperuntukkan oleh Akta tersebut ialah
melalui pemberian kompaun.
• Namun begitu, pemberian kompaun adalah terhad kepada kesalahan-kesalahan
tertentu sahaja seperti yang dinyatakan di bawah Peraturan-peraturan
Pengangkutan Awam Darat (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 (P.U.(A) 276 dan P.U.
(A) 49).

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


62
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.1 UNDANG - UNDANG

2.1.5 CONTOH-CONTOH KESALAHAN DI BAWAH APAD (PINDAAN) 2017

Sek. 23/73 Sek. 75


Ubah suai kenderaan Mengenakan tambang
yang tidak dibenarkan berlebihan

Sek.22(3) Sek. 205


Tidak guna meter Memujuk/ mendesak (ulat)

Tindakan pembatalan lesen boleh diambil sekiranya kesalahan-kesalahan bukan kompaun dilakukan
lebih dari sekali.

NOTA

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


63
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.1 UNDANG - UNDANG

3.1.6 KESALAHAN-KESALAHAN MENGIKUT AKTA PENGANGKUTAN AWAM


DARAT (PINDAAN) 2017

KESALAHAN BOLEH KOMPAUN

SUBSEKYEN
APAD (PINDAAN) KETERANGAN HUKUMAN
2017
RM 2,000
14 (2) Melanggar perintah laluan terhad
@ PENJARA > 6 BULAN

Langgar Syarat Permit


a) Operasi luar kawasan
b) Tidak memberikan keselesaan kepada penumpang
c) Tatakelakuan pemandu
d) Kenderaan (tidak disimpan/diletakkan di tempat yang
ditetapkan/ditinggalkan
e) Penumpang (mengambil / menurunkan di tempat yang
ditetapkan / ditinggalkan
f) Mengambil penumpang melebihi bilangan dibenarkan
g) Enggan mengambil penumpang
h) Salinan lesen pengendali / jadual tambang / jadual
perjalanan / senarai penumpang (tidak pamer/kemukakan)

RM 1,000 < DENDA >


22 (3) i) Kad pemandu (tiada / gagal pamer / tamat tempoh) RM 500,000
j) Tidak memakai pakaian kemas @ PENJARA > 2 TAHUN
k) Menunggu penumpang ditempat yang tidak dibenarkan
l) Tidak guna meter teksi
m) Beroperasi ketika meter teksi rosak
n) Meter teksi (ubahsuai / pemasangan tidak sah /
menghadang)
o) Tiada kawalan tiket / Tiket tidak seragam
p) Tidak kembali ke pengkalan tanpa alasan yang munasabah
q) Tidak memberikan resit tambang bercetak kepada
penumpang
r) Menjalankan operasi / perkhidmatan bukan daripada kelas
lesennya

Syarat Berkanun Lesen Pengendali


RM 1,000 < DENDA > RM
a) Kenderaan tidak diselenggara dengan baik
23 (2) 500,000
b) Tidak mematuhi had laju
@ PENJARA > 2 TAHUN
c) Ubahsuai kenderaan yang tidak dibenarkan

Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah dizahirkan oleh RM 1,000 < DENDA > RM 10,000
30 (2)
pemohon @ PENJARA > 6 BULAN

RM 1,000 < DENDA > RM 10,000


31 (2) Pindah milik lesen pengendali tanpa kebenaran
@ PENJARA > 1 TAHUN

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan 64
Perkhidmatan E-hailing
3.2 DASAR – DASAR

3.2.1 DASAR BAGI PEMANDU PERKHIDMATAN KENDERAAN


PERKHIDMATAN AWAM (“PKPA”) KELAS TEKSI, KERETA SEWA,
TEKSI MEWAH DAN KENDERAAN E-HAILING

Perkara-perkara di dalam Dasar Pemandu

A KRITERIA-KRITERIA KELAYAKAN

KAD PEMANDU ATAU


B KAD PEMANDU ELEKTRONIK
(E-KAD PEMANDU

C PROSES SARINGAN PEMANDU

D PROGRAM LATIHAN PEMANDU

E PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN


PEMANDU

F KOD ETIKA PEMANDU

Nota: Sila Rujuk Garis Panduan Bilangan 3 Tahun 2018

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


69
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.2.1 DASAR BAGI PEMANDU PERKHIDMATAN KENDERAAN
PERKHIDMATAN AWAM (“PKPA”) KELAS TEKSI, KERETA SEWA,
TEKSI MEWAH DAN KENDERAAN E-HAILING

KRITERIA-KRITERIA KELAYAKAN

Kriteria-kriteria kelayakan:

1. Warganegara Malaysia dan Permastautin Tetap. Berumur tidak lebih daripada 21 tahun;

2. Mempunyai lesen memandu kompeten (Competent Driving Licence (“CDL”)), kelas D;

3. Mempunyai lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle


(“CDL”)); dan

4. Tiada sabitan kesalahan jenayah berdaftar oleh PDRM.

Syarat-syarat permohonan:

1. Tidak disenarai hitam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan
Malaysia (JPJ) serta tidak mempunyai kompaun tertunggak dengan Agensi Pengangkutan
Awam Darat (APAD);

2. Lulus pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital yang diiktiraf oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan seperti yang ditetapkan oleh JPJ;

3. Hadir dan lulus ujian penilaian di program latihan dalam tempoh yang telah ditetapkan;
dan

4. Lulus penilaian prestasi tahunan pemandu menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi
pemandu sedia ada.

Nota: Sila Rujuk Garis Panduan Bilangan 3 Tahun 2018

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


70
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.2.1 DASAR BAGI PEMANDU PERKHIDMATAN KENDERAAN
PERKHIDMATAN AWAM (“PKPA”) KELAS TEKSI, KERETA SEWA,
TEKSI MEWAH DAN KENDERAAN E-HAILING

PROSES SARINGAN PEMANDU

Semua pemandu diwajibkan menjalani proses saringan yang telah ditetapkan oleh APAD.

Pemandu perlu mengisi:

o Borang Perakuan Diri bagi permohonan sebagai pemandu kelas teksi, kereta sewa atau
teksi mewah atau Penyataan Perakuan Diri bagi permohonan sebagai pemandu
kenderaan e-hailing.
Bagi permohonan Kad Pemandu, pemandu perlu mengisi dan melengkapkan
Borang Perakuan Diri yang disediakan bersama borang permohonan Kad Pemandu.
Bagi permohonan Kad Pemandu Elektronik, pemandu perlu mengisi dan
Penyataan Perakuan Diri melalui portal pendaftaran yang disediakan oleh
pemegang lesen perniagaan pengantaraan mengikut ketetapan APAD.

o Saringan rekod jenayah akan dilakukan oleh PDRM.


Pemandu yang menpunyai rekod kesalahan jenayah berdaftar, Kad Pemandu atau
Kad Pemandu Eletronik mereka akan dibatalkan.

o Saringan rekod PDRM dan JPJ


saringan rekod senarai hitam, tunggakan saman trafik PDRM atau JPJ dilakukan
menerusi pemeriksaan kendiri menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh
PDRM, JPJ atau MyEG.

o Saringan rekod APAD


saringan rekod tunggakkan saman, kompaun dan tindakan pentadbiran akan
dilakukan oleh APAD.

o Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan bagi membuat permohonan untuk mendapatkan


Kad Pemandu atau Kad Pemandu Elektronik.
semua pemohon perlu membuat pemeriksaan kesihatan di klinik yang diiktiraf
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang ditetapkan oleh JPJ.
Nota: Sila Rujuk Garis Panduan Bilangan 3 Tahun 2018

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


72
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.2.1 DASAR BAGI PEMANDU PERKHIDMATAN KENDERAAN
PERKHIDMATAN AWAM (“PKPA”) KELAS TEKSI, KERETA SEWA,
TEKSI MEWAH DAN KENDERAAN E-HAILING

PROGRAM LATIHAN MEMANDU

o Semua pemohon HENDAKLAH menghadiri semua program latihan seperti yang telah
ditetapkan.

o Program latihan pemandu adalah diambil kira bagi kelayakan untuk menjadi pemandu.

PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN PEMANDU

o Semua pemandu akan disemak Penilaian Prestasi Tahunan (PPT) semasa permohonan
memperbaharui Kad Pemandu atau Kad Pemandu Elektronik menerusi KPI pemandu.
o Kriteria KPI Pemandu:
Suruhanjaya menggunakan kaedah merit dan demerit untuk menilai tahap prestasi
tahunan pemandu bagi memastikan pemandu dapat memberikan perkhidmatan
kenderaan pengangkutan awam yang berkualiti dan professional kepada penumpang
dan orang awam.

KOD ETIKA PEMANDU

o Pengendali dan pemandu bertanggungjawab untuk mematuhi Kod Etika Pemandu bagi
menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang, meningkatkan tahap
pengalaman penumpang yang cemerlang serta memberi keutamaan kepada keselamatan
penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
o Kod Etika Pemandu adalah bertujuan untuk:
Dijadikan sebagai tatacara bagi pemandu dalam memberi perkhidmatan yang
diharapkan oleh penumpang dan orang awam;
Meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisma pemandu dengan memberi
perkhidmatan yang mesra, tertib, berhemah dan bermoral; dan
Mempermudahkan pengawalseliaan dan penguatkuasaan dengan memberikan garis
panduan yang lebih jelas.

Untuk maklumat lanjut, rujuk Garis Panduan Bilangan 3 Tahun 2018, Garis Panduan Bagi Pemandu
Perkhidmatan Kenderaan Perkhidmatan Awam Kelas Teksi, Kereta Sewa, Teksi Mewah dan
Kenderaan e-hailing.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


73
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.2.2 DASAR-DASAR BAGI PERKHIDMATAN KENDERAAN
PERKHIDMATAN AWAM (“PKPA”) KELAS TEKSI, KERETA SEWA
DAN TEKSI MEWAH

KAWASAN
TEKSI KERETA SEWA TEKSI MEWAH
OPERASI
Dibenarkan untuk menghantar penumpang ke destinasi
di luar zon kawasan operasi dan dikehendaki untuk
kembali ke kawasan operasi yang telah ditetapkan
dalam masa 24 jam selepas menurunkan penumpang.
• Dibenarkan mengambil penumpang semasa dalam
Keluar kawasan
perjalanan kembali ke kawasan operasi yang telah
ditetapkan. Walau bagaimanapun, pengendali
berlesen tidak dibenarkan mengambil penumpang
di lapangan terbang kecuali mempunyai
“tempahan” sahaja.
• Dibenaran mengambil penumpang di lapangan terbang sekiranya mempunyai
Operasi di
tempahan sahaja.
lapangan
• Operasi di lapangan terbang adalah tertakluk kepada syarat-syarat operasi di
terbang
lapangan terbang tersebut.

MODEL
TEKSI KERETA SEWA TEKSI MEWAH
OPERASI
Sewaan khas; atau
Melalui tahanan di tepi jalan; atau hentian teksi; atau
kontrak lantikan;
tempahan*
atau
Bagi aplikasi telefon pintar, hanya boleh mengambil penumpang melalui tempahan
yang diuruskan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan e-haling yang
berlesen oleh APAD sahaja.

* Tempahan melalui panggilan telefon, aplikasi telefon pintar, laman sesawang, emel dan
sebagainya.

Nota: Sila Rujuk Garis Panduan Bilangan 1 Tahun 2018

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


80
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.3 GARIS PANDUAN

3.3.1 KOD ETIKA PEMANDU BAGI PERKHIDMATAN KENDERAAN


PERKHIDMATAN AWAM (“PKPA”) KELAS TEKSI, KERETA SEWA,
TEKSI MEWAH DAN KENDERAAN E-HAILING

SEBELUM MEMANDU KENDERAAN

Pemandu hendaklah memiliki dokumen-dokumen yang sah seperti


berikut:
a. Kad Pemandu atau e-Kad Pemandu bagi pemandu kenderaan
e-hailing
b. Kad pengenalan diri
c. Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving Licence
(“CDL”))
d. Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public
Persediaan Service Vehicle License (“PSV”))
Dokumen
Perkhidmatan Pemandu hendaklah memastikan dokumen-dokumen berikut masih di
dalam tempoh sah laku dan berada di dalam kenderaan semasa
beroperasi iaitu:
a. Salinan Lesen Pengendali (yang disahkan oleh APAD)
b. Salinan Permit Perkhidmatan (yang disahkan oleh APAD)
c. Permit Kenderaan asal
d. Cukai jalan asal
e. Perakuan pemeriksaan PUSPAKOM asal yang terkini.

Pemandu hendaklah memastikan kenderaan perkhidmatan awam


diselenggarakan dengan baik;
a. Memastikan kenderaan yang dipandu menjalani pemeriksaan
berkala di PUSPAKOM mengikut jadual
b. Memastikan enjin kenderaan, tayar, brek, stereng, lampu dan
lampu isyarat berada dalam keadaan baik
c. Pengendali dan pemandu hendaklah memastikan alat kecemasan
Persediaan seperti yang berikut berada di dalam kenderaan dan berfungsi:
Kenderaan i. Alat pemadam api;
ii. Segi tiga keselamatan;
iii. Lampu suluh;
iv. Tayar gantian; dan
v. Jek pengangkat.
d. Memastikan penghawa dingin kenderaan berfungsi dengan
baik
e. Memastikan minyak petrol atau gas yang mencukupi sebelum
memulakan perjalanan

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


92
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.3 GARIS PANDUAN

3.3.1 KOD ETIKA PEMANDU BAGI PERKHIDMATAN KENDERAAN


PERKHIDMATAN AWAM (“PKPA”) KELAS TEKSI, KERETA SEWA,
TEKSI MEWAH DAN KENDERAAN E-HAILING

ETIKA PERKHIDMATAN DENGAN PENUMPANG

Pemandu hendaklah memastikan penumpang berada dalam keadaan


selesa sepanjang perjalanan:

• Menghidupkan pendingin hawa


• Tidak memasang radio dengan kuat
Keselesaan • Tidak ada bau yang kurang menyenangkan seperti:
Penumpang a. bau rokok.
b. bau makanan.
c. pewangi atau penyegar udara kereta yang berbau kuat.
d. pakaian, kasut, stoking atau badan yang berbau dan sebagainya.
e. tiada bau-bauan lain seperti kemenyan, setanggi, colok atau
seumpamanya.

• Mencadangkan laluan paling dekat dan mudah melainkan diminta


Laluan
oleh penumpang sendiri.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


98
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.3 GARIS PANDUAN

3.3.2 PANDUAN PEMANDUAN SELAMAT

5. Memandu Pada Waktu Malam


Bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan kemungkinan perlanggaran pada
waktu malam, seorang pemandu berhemah hendaklah sentiasa;

1. Memastikan cermin hadapan kenderaan bersih dan pengelap cermin adalah


dalam keadaan baik;
2. Mematuhi had laju yang ditetapkan;
3. Mengawal pengunaan lampu tinggi;
4. Memperlahankan kenderaan dan tidak menggunakan lampu tinggi semasa
menghampiri selekoh;
5. Menggunakan lampu tinggi hanya apabila tiada kenderaan lain dari arah
bertentangan.

Peringatan!
• Sekiranya ada kerosakan pada sistem elektronik kenderaan anda, pastikan anda
berhenti di kawasan yang selamat untuk membuat panggilan bantuan kecemasan.
Ia adalah sangat bahaya sekiranya anda meneruskan perjalanan anda

6. Memandu Semasa Keadaan Cuaca Buruk

Langkah-langkah keselamatan tambahan semasa memandu dalam keadaan cuaca


buruk, adalah seperti;
1. Memeriksa tayar, brek, lampu dan lampu isyarat anda semua berfungsi;
2. Mematuhi had laju yang telah ditetapkan kerana jarak yang diperlukan
untuk memberhentikan kenderaan pada kelajuan tinggi adalah lebih besar;
3. Berada dalam jarak selamat 4 saat (jarak 6 kenderaan) semasa cuaca buruk;
4. Elak membrek secara mengejut bagi kenderaan tanpa ABS ia boleh
menyebabkan kenderaan anda terbabas akibat tayar terkunci

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


107
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.3 GARIS PANDUAN

3.3.1 KOD ETIKA PEMANDU BAGI PERKHIDMATAN KENDERAAN


PERKHIDMATAN AWAM (“PKPA”) KELAS TEKSI, KERETA SEWA,
TEKSI MEWAH DAN KENDERAAN E-HAILING

TATA KELAKUAN

Pemandu dilarang:

• Menggunakan kata-kata kesat, lucah atau tidak sopan.


• Memberi isyarat lucah.
Profesional
• Melakukan gangguan seksual sama ada melalui perbuatan, bunyi
dan beretika
atau perkataan.
dengan
• Berbual dengan penumpang berunsurkan fitnah, umpatan, cacian
penumpang
yang berkaitan hal politik, bangsa, negara dan agama.
dan orang
• Merokok atau ”vaping” semasa memandu.
ramai
• Makan, minum mengunyah, meludah atau apa-apa perbuatan
seumpamanya semasa beroperasi.
• Membuang apa-apa objek tisu, sampah atau sebagainya keluar
daripada kenderaan.
Minuman
• Pemandu hendaklah bebas daripada pengaruh minuman yang
memabukkan
memabukkan dan penyalahgunaan dadah ketika beroperasi.
dan dadah
• Sekiranya penumpang tertinggal apa-apa barangan, pemandu
Barangan hendaklah dengan sedaya-upaya memulangkannya dengan
penumpang menyerahkan barangan tersebut kepada balai polis berdekatan
dalam tempoh 12 jam.
• Pengendali dan pemandu dilarang sama sekali untuk menyertai
Demonstrasi
mana-mana demonstrasi atau tunjuk perasaan yang tidak
atau tunjuk
mendapat kelulusan seperti termaktub di dalam Akta
perasaan
Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012).
• Sekiranya mempunyai perjumpaan, mesyuarat atau majlis yang
Perjumpaan, melibatkan sejumlah pemandu, pengendali dan pemandu
mesyuarat hendaklah menentukan perkhidmatan tidak diabaikan dan
atau majlis mempunyai pemandu yang cukup bagi perkhidmatan di sesuatu
kawasan yang dipertanggungjawabkan.
Kerjasama • Pengendali dan pemandu hendaklah memberi kerjasama
dengan agensi sepenuhnya kepada semua agensi penguatkuasa pada bila-bila
penguatkuasa masa.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


102
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing
3.3 GARIS PANDUAN

3.3.2 PANDUAN PEMANDUAN SELAMAT

11. Keselamatan Tayar


Anda perlu memastikan tayar anda mendapat persijilan dari salah satu badan-badan
berikut:
1. Piawaian Malaysia (SIRIM)
2. Piawaian Amerika Syarikat (DOT)
3. Piawaian Eropah (E-Mark)
4. Setaraf dengannya.

Pemeriksaan harian terhadap tayar perlu merangkumi:


1. Tekanan tayar
2. Ketebalan bunga tayar

Pemeriksaan kerosakan pada tayar yang mungkin disebabkan oleh:


• Serpihan besi/kaca;
• Paku atau bahan asing lain;
• Keretakan;
• Bonggol;

Bagi memastikan tayar anda tidak terlalu haus dan lusuh, amalkan secara berkala:
1. Penukaran tayar hadapan dan belakang setiap 10,000km atau lebih awal;
2. Pengimbangan dan penjajaran yang kerap

12. Amalan Harian Pemandu Yang Baik


Anda perlu berhati-hati dan sentiasa;
1. Analisa dan nilai risiko
2. Bahaya sekeliling
3. Ambil langkah keselamatan yang bersesuaian dengan risiko yang mendatang
4. Awasi titik buta sewaktu:
a. Memotong kenderaan hadapan
b. Membelok ke kiri atau kanan
c. Mengundur
d. Menukar lorong
110
3.3 GARIS PANDUAN

3.3.2 PANDUAN PEMANDUAN SELAMAT

Oleh yang demikian, bagi mengurangkan risiko kemalangan semasa memandu


menggunakan alat-alat elektronik, berikut adalah petua-petua yang boleh diamalkan:

Sebelum Memandu:

1. Pastikan alat-alat elektronik dilekapkan dengan betul tanpa menghalang sudut


penglihatan semasa memandu.

2. Pastikan semua kabel-kabel yang perlu disambung dengan alat elektronik


(contohnya: kabel punca kuasa) dipasang dengan betul, dan dalam berkeadaan
baik.

3. Bagi pengguna sistem navigasi:


• Lakukan carian tempat yang ingin dituju sebelum kenderaan bergerak.
• Tetapkan darjah kelantangan suara pada kadar yang selesa. Pastikan
maklumat audio daripada sistem navigasi dapat didengari dengan jelas.

Semasa Memandu:

1. Jangan membuat dan menerima panggilan telefon. Jika perlu, hentikan


kenderaan di tempat selamat untuk membuat panggilan.
2. Jangan menaip, membaca mesej, dan lain-lain. Jika perlu, hentikan kenderaan
di tempat selamat untuk tujuan tersebut.

Bagi pengguna sistem navigasi:


• Gunakan deria pendengaran untuk mengambil maklumat daripada sistem
navigasi. Kajian menunjukkan ianya mengurangkan konflik semasa proses
kognitif berlaku.
• Jika perlu melihat, lakukan kerlingan secepat mungkin ke paparan alatan.
• Elakkan menaip (seperti mencari alamat). Jika perlu, hentikan kenderaan di
tempat selamat terlebih dahulu dan lakukan carian.

Modul Kursus Asas Profesionalisme Pemandu Perkhidmatan


112
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bagi Industri Teksi dan Perkhidmatan
E-hailing

You might also like