You are on page 1of 46

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ROAD TO SUCCESS
STATUS PENCAPAIAN MURID [B.MELAYU SPM]
Murid Hadir Semua Kertas
1 1. Jumlahkan keseluruhan markah 2. Kira % markah murid
jika calon hadir semua kertas. [ JUMLAH MARKAH / 300 ] X 100
=?%
KERTAS 1 - ?/100
GRED PEMARKAHAN
KERTAS 2 - ?/100
KERTAS 3 - ?/70
A+ = 90 ke atas
KERTAS 4 - ?/30
A = 80 – 89
-------------------------
A- = 70 – 79
JUMLAH = ? / 300
B+ = 65 – 69
B = 60 – 64 LULUS
2 Murid Tidak Hadir Mana-mana Kertas C+ = 55 – 59
C = 50 – 54
Calon berstatus ‘T’ = TIDAK LENGKAP D = 45 – 49
Peperiksaan SPM dikira GAGAL / E = 40 – 44
Abah Deen Tidak Layak Mendapat Sijil G = 0 – 39 GAGAL
GCBM SIC
Murid Tidak Hadir Semua Kertas
3 Calon berstatus ‘TH’ = TIDAK HADIR peperiksaan B.Melayu
& TIDAK LAYAK mendapat sijil
BM SPM KSSM KERTAS 2
00
SISTEM & APLIKASI BAHASA
Markah = 35 markah
OPTION Masa cadangan 45 minit

MORFOLOGI
ABAH DEEN
GCBM SIC BAHAGIAN A
01
OPTION
Bina ayat berdasarkan arahan soalan
yang berkaitan dengan petikan atau
bahan yang diberi mengikut tema

SOALAN 1
02
SINTAKSIS
Skop item / soalan : Susunan ayat,
OPTION binaan ayat, ragam ayat dan lain-lain.
SOALAN 2

SOALAN 3 PENYUNTINGAN
03
OPTION
Soalan penyuntingan mengikut teks
tunggal, teks bersambung atau teks
SOALAN 4 pelbagai

BAHASA MELAYU STANDARD


04
SOALAN 5
Menukarkan bahan teks klasik atau
OPTION lama kepada bahasa Melayu Moden /
TATABAHASA Standard

PERIBAHASA
05
OPTION
Pelbagai bentuk - berdasarkan gambar
situasi, karikatur, dialog, ilustrasi,
petikan dan sebagainya

designed by tinyPPT.com
1. MORFOLOGI

designed by tinyPPT.com
Jom…belajar membina ayat.

Gunakan formula ‘SPOK’


CARA MUDAH MEMBINA AYAT
SUBJEK PREDIKAT
Mak Leha memasak nasi di dapur untuk makan tengah hari.

objek keterangan
BAHAGIAN: SISTEM BAHASA
Contoh soalan 1: Morfologi [ 35 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Menurut statistik, kebanyakan golongan muda khasnya golongan remaja dan kanak-
kanak mengalami masalah obesiti atau masalah berat badan berlebihan. Salah satu faktor
berlakunya masalah obesiti disebabkan gaya pemakanan yang salah dan tidak mengikut piramid
makanan yang ditetapkan. Memakan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan segera,
kerepek, gula-gula, jeruk dan makanan yang mengandungi lemak tidak baik untuk kesihatan dan
jangka hayat seseorang. Makanan ini kaya dengan bahan pengawet, pewarna, garam dan lemak
yang menjadi penyumbang utama terhadap masalah obesiti.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Gaya Hidup Sihat’, oleh Aqilah Aswana Shamsul Bahari,
Dewan Siswa, Ogos 2017.
[8 markah]

designed by tinyPPT.com
Cara menulis jawapan:

Soalan 1.

Empat kata majmuk

1. berat badan
2. piramid makanan
3. makanan segera
4. jangka hayat

1. Berat badan Zulpadli semakin bertambah kerana dia suka makan berlebihan.

2. Orang ramai dinasihatkan supaya makan dengan berpandukan piramid makanan yang telah disyorkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Kita diingatkan supaya tidak selalu mengambil makanan segera kerana tidak baik untuk kesihatan.

4. Jangka hayat seseorang penghidap kanser tahap keempat biasanya dianggarkan satu hingga dua tahun.

designed by tinyPPT.com
2. SINTAKSIS

designed by tinyPPT.com
Contoh soalan 2 : SINTAKSIS

Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya
yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

Tanah Melayu telah mendapatkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sebagai berakhirnya penjajahan
British di Tanah Melayu. Antara persiapan untuk menyambut hari kemerdekaan termasuklah menghias
bangunan dengan tanaman dan kuntuman bunga segar. Tunku Abdul Rahman Putra telah
mengisytiharkan kemerdekaan di Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka. Pengisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu telah disambut melalui pekikan ‘Merdeka’ yang bergemuruh daripada
100,000 rakyat Tanah Melayu. Pengisytiharan tersebut disusuli dengan seruan azan bagi
melambangkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
(6 markah)

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Menjelang Ambang Kemerdekaan : OGOS 1957’,
oleh Nurzuliana Kamaruzaman, Dewan Siswa, Ogos 2017.

designed by tinyPPT.com
3. PENYUNTINGAN
1. EJAAN
2. IMBUHAN 4. HUKUM TATABAHASA

AWALAN Kata sendi

APITAN Hukum jamak

AKHIRAN Struktur ayat

SISIPAN

3. ISTILAH

BAHASA ISTANA

pedalaman / pendalaman

designed by tinyPPT.com
CONTOH SOALAN 3 : PENYUNTINGAN

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah mencipta bagi
menggantikan kenderaan kovensional sebagai pengangkutan awam. Pengangkutan awam
yang moden itu pula mampu memainkan tugas yang penting kepada sesebuah negara
untuk mencapai kemajuan kerana sistem pengangkutan yang baik mampu menggerak
ekonomi negara. Di antara contoh kenderaan awam ialah monorel, komuter, bas, teksi dan
kapalterbang.
[6 markah]

designed by tinyPPT.com
Cara menulis jawapan:

Soalan 3.
Petikan 1

Salah Betul

1. mencipta dicipta
2. kovensional konvensional
3. tugas peranan
4. menggerak menggerakkan
5. di antara antara
6. kapalterbang kapal terbang

designed by tinyPPT.com
Petikan 2
Wawancara gaya hidup sihat.
Munirah : Selamat pagi Doktor Aidil. Terima kasih kerana sudi menghabiskan masa untuk
diwawancara pagi ini.
Doktor Aidil : Selamat pagi.
Munirah : Saya Munirah daripada Kelab Majalah Intan SMK Cempaka, ingin mewawancarakan doktor
berkaitan cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Doktor, apakah yang
dimaksudkan dengan amalan gaya hidup sihat?
Doktor Aidil : Gaya hidup sihat merupakan satu amalan yang kita perlu lakukan bagi mewujudkan
kehidupan yang selesa dan terhindar daripada pelbagai penyakit. Dalam hal ini, seseorang
hendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang, melakukan senaman setiap hari dan
menjaga persekitaran untuk sentiasa bersih.
Munirah : Terima kasih doktor di atas penerangan tentang gaya hidup sihat itu.

Doktor Aidil : Sama-sama


[5 markah]
BM K2 KSSM [ SOALAN NO. 4 ]
BAHASA MELAYU STANDARD JANGAN UBAH MAKSUD
1 & BENTUK PETIKAN

JANGAN TUKAR
2 BAHASA ISTANA
TIP-TIP
TUKAR BM
KLASIK KPD
STANDARD
JANGAN TUKAR DIALOG
3 & TANDA BACA

Cikgu Deen
Guru Cemerlang
Bahasa Melayu TUKAR @ BUANG
4 BAHASA KLASIK

designed by tinyPPT.com
Mari kita cuba…
Bahasa Melayu klasik/ tradisional Bahasa Melayu standard
Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya Laksamana berdatang sembah, “Ya tuanku, askar
tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan upahan yang datang ini bukan sebarang askar
barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada upahan, lebih berilmu daripada patik.”
patik.”
Jika ada derma kurnia, patik hendah memohon ke Jika diizinkan, patik hendak memohon ke bawah
bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit duli hendak cuba bermain senjata dengan askar
itu. upahan itu.
Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu, tiadalah Raja bertitah, “Laksamana tidak boleh berjauhan
dapat jauh daripada kita,” daripada beta.”

Laksamana berdatang sembah, “Ya tuanku, askar upahan yang datang ini bukan sebarang askar
upahan, lebih berilmu daripada patik.” Jika diizinkan, patik hendak memohon ke bawah duli hendak
cuba bermain senjata dengan askar upahan itu.

Raja bertitah, “Laksamana tidak boleh berjauhan daripada beta.”

designed by tinyPPT.com
CONTOH SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah
sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun
Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan
halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan.” Adapun orang teluk rantau yang lain
semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa
Tun Perak dengan membawa perempuan sekali.

Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada
Dalam Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
Cadangan skema :

Pada suatu hari Tun Perak datang mengadap dan duduk di tanah
bersama rakyat jelata.

Bentara yang bergelar Seri Amerta berkata kepada Tun Perak,


“Tuan Tun Perak, semua orang Kelang datang menghadap untuk
mengadukan hal kepada Duli Yang Dipertuan.”

Seluruh orang teluk rantau lain mengadap membawa lelaki sahaja;


manakala Tun Perak mengadap dengan membawa perempuan
sekali.
TeknikDeSiR mengariskan langkah-langkah yangmudah diingatbagi
mencari maksud peribahasa. Akronim yang digunakan berdasarkan
konsep yang terlibat dalam setiap langkah yang diberikan seperti di bawah:

DeSiR
KATA KUNCI HURAIAN
Definisi Pengetahuan murid secara umum tentang
definisi atau sifat kata nama dalam peribahasa.
Situasi Situasi yang digambarkan dalam peribahasa.

Rasional Rasional situasi yang digambarkan lalu dikaitkan


dengan sifat dan perilaku manusia atau keadaan
manusia itu sendiri.
Seperti
Melepaskan
KATA HURAIAN
KUNCI Batok Di Tangga
DEFINISI Batok diperbuat daripada tempurung
untuk digunakan menceduk air.
SITUASI Ketika hendak naik ke dalam rumah,
individu akan menggunakan batok
untuk membasuh kaki. Kemudian
melepaskan batok itu begitu sahaja
kerana memikirkan untuk naik ke atas
rumah tanpa menghiraukan kedudukan
batok itu.

RASIONAL Rasionalnya, menggambarkan keadaan


sesuatu pekerjaan dilakukan sambil
lewa sahaja.
Harapkan pagar, pagar makan padi
KATAA HURAIAN
KUNCI
DEFINISI Pagar sebenarnya ialah Pegar iaitu
sejenis burung yang suka makan padi.
SITUASI Sewaktu pokok padi kecil, pegar dibela
oleh pesawah untuk menjaga pokok
C padi dengan memakan ulat yang
memakan pokok padi, tetapi apabila
pokok padi sudah besar burung itu
akan memakan buah padi berkenaan

RASIONAL Rasionalnya, perbuatan individu yang


diharapkan untuk menjaga sesuatu,
tetapi akhirnya individu itu sendiri
yang mengkhianatinya.
CONTOH SOALAN 5 : PERIBAHASA
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.

Kemarahan adalah emosi manusia biasa. Kemarahan tidak boleh dibiarkan tidak terkawal
kerana menjadi bebanan dalam hidup seseorang kelak. Apabila perasaan marah itu dipendam
sudah tentu akan memakan diri sendiri secara perlahan-lahan.Untuk memadam api
kemarahan, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa setiap orang tidak akan terlepas daripada
melakukan kesilapan. Kita perlu berlapang dada menghadapi situasi yang mencetuskan api
kemarahan. Selain itu, belajarlah untuk memaafkan kesalahan orang kerana kita tidak rugi
apa-apa jika sanggup memaafkan orang. Biarlah apa-apa yang tidak baik itu berlalu dan
kenanglah hal yang baik-baik sahaja.

Soalan 5
i)
ii)
iii)
BM SPM KSSM
KERTAS 2
MAKSUD LITERAL
1 Maksud perkataan

BEZA BANDING SEMUA BAHAN


2 Pemindahan maklumat

BAHAGIAN B
PEMAHAMAN
SOALAN 6
[PETIKAN UMUM]
KBAT-PEMIKIRAN KRITIS
3
ABAH DEEN
GCBM SIC
Petikan soalan mengikut tema DSKP.
Lebih daripada satu bahan akan KBAT-PENYELESAIAN
diberikan (2 hingga 3 bahan) 4 MASALAH
Panjang petikan antara 120 hingga
140 patah perkataan sahaja.

designed by tinyPPT.com
CONTOH SOALAN 6 : PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Teknik Meja Bulat antara strategi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21
yang dapat digunakan dalam semua mata pelajaran khususnya dalam kemahiran menulis.
Teknik ini bermaksud murid perlu duduk dalam kumpulan. Guru akan mengedarkan kertas
kepada setiap ahli dalam kumpulan dan memberikan satu tajuk kepada mereka. Secara
bergilir-gilir setiap ahli kumpulan mencatat idea menggunakan pen dan kertas yang sama.
Hasil dapatan murid akan dibentangkan untuk dibincangkan di dalam kelas. Menurut
Kagan (1990) teknik Meja Bulat merupakan teknik yang sederhana dalam pembelajaran
koperatif. Walau bagaimanapun teknik ini kurang popular dalam kalangan guru kerana
bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas dan ruang bilik darjah yang terhad.
Oleh itu, pihak sekolah seharusnya sentiasa menggalakkan pelaksanaan pelbagai kaedah
dalam PdPc kerana aktiviti yang dijalankan itu memberikan banyak faedah kepada murid.

designed by tinyPPT.com
Bahan 2

Pada hari ini, aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah.
Antara alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah dan
ketiadaan alat serta bahan yang berkaitan. Dalam konteks penghasilan produk
pengajaran dan pembelajaran inovasi, permainan bahasa ini sebenarnya cukup penting
jika kita mengambil kira murid yang lambat menerima pengajaran dan pembelajaran
bahasa di kelas.

Antara aktiviti dalam permainan bahasa termasuklah kata bersilang, teka sinonim, teka
silang kata, sisip vokal, lingkaran kata, silang sinonim, teka teki bentuk kata, sisip suku
kata, jejak kata, ganda huruf, delapan kata, awal kata dan atur sinonim. Aktiviti-aktiviti
ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa iaitu daripada
peringkat sekolah rendah hingga peringkat sekolah menengah.

designed by tinyPPT.com
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud cukup penting.
[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor yang
menyebabkan kaedah pembelajaran teknik Meja Bulat dan Permainan Bahasa kurang
dipraktikkan di dalam kelas. [3 markah]

(iii) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui kaedah pembelajaran abad


ke-21 banyak memberikan faedah kepada murid.Pada pendapat anda, apakah faedah-
faedah tersebut? [3 markah]

(iv) Kumpulan anda diminta untuk menyiapkan tugasan oleh guru anda dengan
menggunakan teknik permainan bahasa pada masa yang ditetapkan. Namun, tugasan
tersebut tidak berjaya diselesaikan.

Sekiranya kumpulan anda diberikan peluang kedua untuk menyiapkan tugasan


yang sama dalam masa yang ditetapkan, cadangkan langkah-langkah untuk memastikan
tugasan tersebut dapat diselesaikan.
[4 markah]

designed by tinyPPT.com
BM SPM KSSM KERTAS 2

ABAH DEEN
BEZA BANDING SEMUA BAHAN KBAT-PEMIKIRAN KRITIS GCBM SIC
Pemindahan maklumat

MAKSUD LITERAL KBAT-PENYELESAIAN


Maksud perkataan 3 4 MASALAH

2 5

Bahan berasaskan unsur 1 6 TIADA SOALAN ELEMEN


karya kreatif SASTERA
BAHAGIAN B
Antologi yang dipelajari di
sekolah atau daripada PEMAHAMAN : SOALAN 7
sumber lain [PETIKAN SASTERA]
Semua bahan mesti berdasarkan tema yang sama mengikut DSKP
Panjang petikan antara 120 – 140 patah perkataan.

designed by tinyPPT.com
Contoh Soalan 7 : PETIKAN SASTERA
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Bahan 1

Setelah tiga tahun dalam tahanan reman berulang-alik menghadiri perbicaraan di mahkamah, pihak pendakwa berjaya
membuktikan kesalahan dan hakim menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap Abu dan Jamal.

Perbuatan Abu telah menyentuh perasaan ibunya. Hanya air mata menjadi saksi kesedihan yang terpaksa ditanggung oleh
seorang ibu. Sesungguhnya tiada seorang ibu pun di dunia ini yang mahukan anak yang dikandungnya selama sembilan
bulan terpaksa meringkuk di dalam sel penjara.

Ibu selalu berpesan kepada Abu supaya harus bijak memilih kawan. Kawan yang baik haruslah didampingi. Kawan yang
tidak baik haruslah disempadani. Janganlah terpengaruh dengan ajakan kawan yang boleh membawa kemusnahan.
Ingatlah cerminan kita adalah dengan siapa kita berkawan.

Dipetik dan diubah suai daripada


cerpen ‘Pendakian Tujuh Gunung’,
Karya Sallehuddin Ibrahim,
Dewan Siswa Bil. 7 2017, Dewan Bahasa dan Pustaka.

designed by tinyPPT.com
Bahan 2
Pesan Ibu Beribu-ribu i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud ‘menyentuh perasaan’.
[2 markah]
Kita ada ibu
ibu kita satu ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan pesan ibu kepada anaknya.
pesanannya beribu-ribu. [4 markah]

Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu iii) Ibu bapa merupakan insan yang sanggup berkorban bagi memastikan anak-anak mereka
“Buat begini jangan begitu hidup bahagia. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus dilakukan oleh
bacalah buku selalu seorang anak untuk membalas jasa kedua-dua orang tuanya?
kukuhkan diri dengan ilmu [3 markah]
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri iv) Rakan anda ingin menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka yang dianjurkan oleh Persatuan
pilihlah kawan yang punya petunjuk Sejarah. Bayaran untuk menyertai lawatan itu ialah RM50.00. Bapanya telah memberikan wang
tolaklah kawan bertabiat buruk.” tersebut untuk diberikan kepada guru penasihat Persatuan Sejarah. Namun, wang yang diberikan
itu telah hilang. Rakan anda telah mengadu masalahnya kepada anda.
Sumber: Antologi Tingkatan 3, Bintang Hati
Sebagai seorang rakan yang mengambil berat, apakah cadangan-cadangan anda kepada rakan
anda itu supaya dia tidak dimarahi oleh ibu bapanya?
[4 markah]

designed by tinyPPT.com
BM SPM KSSM KERTAS 2
SOALAN 8: NOVEL
ABAH DEEN

01 GCBM SIC
DUA SOALAN DIUJI

OPTION

Markah keseluruhan (10 m)


Kombinasi markah untuk
02
OPTION
soalan (i) dan (ii) tidak tetap

Markah bahasa:

03
Soalan (i) Tidak ada markah bahasa
yang khusus (rujuk deskripsi)
Soalan (ii) Markah bahasa: OPTION
maksimum 2 markah secara holistik

Soalan(i) : Pemahaman petikan novel


(berdasarkan petikan sebuah novel

04
daripada mana-mana novel 4 zon)

Soalan (ii) : Pemikiran kritis


OPTION
(berdasarkan novel yang dikaji
mengikut zon)

designed by tinyPPT.com
Soalan 8 : Contoh Item Novel
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Tentulah tidak,” balas Muhammad Taufik, nadanya tenang sahaja.
“Saya telah memutuskan bahawa kelip-kelip di Kuala Selangor berada di ambang
kepupusan. Kedatangan pelancong yang ramai, hampir 100 ribu orang pada setiap
tahun, dengan semua entiti yang datang bersama mereka seperti suara manusia,
bunyi enjin motobot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai yang mengancam
pokok-pokok berembang, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan
petempatan manusia, dan cahaya roda ferris, semuanya membawa ancaman kepada
populasi kelip-kelip. Kelip-kelip ini, yang telah wujud jutaan tahun di tempat ini dan
tidak pernah mendatangkan sebarang kesusahan kepada manusia di sini akan
mengalami kepupusan dalam masa setahun sahaja jika keadaan sedia ada
berterusan.
Dipetik daripada Novel Bimasakti Menari
Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kementerian Pendidikan Malaysia

(a) Nyatakan faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor semakin


berkurangan. [4 markah]

designed by tinyPPT.com
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
Pantai Kasih karya Azmah Nordin
Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
Tirani, karya Beb Sabariah
Silir Daksina, karya Nizar Parman
Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sifat positif yang boleh dicontohi
oleh para pembaca.
[6 markah]

Ingat FORMULA:

P [PERISTIWA] + W [WATAK] + A [ALASAN]

designed by tinyPPT.com
RUMUSAN BM SPM KSSM
Panjang petikan tidak Calon mesti mengenal pasti
1 melebihi 300 patah perkataan 5 SEMUA fokus dlm. bahan

Sekurang2nya 8 isi lengkap drp. bahan dan


3 2 bahan berbeza 7 menyentuh setiap fokus

Tidak melebihi
9 120 patah perkataan

Abah Deen Tugasan tidak Markah bahasa secara


GCBM SIC 4 dinyatakan dlm. 8 holistik (10 M)
0129392673 soalan

Petikan berdasarkan sumber Markah : Pendahuluan (2), Isi (16) dan


2 tidak kurang drp 2 fokus 6 Penutup (2)

SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA


designed by tinyPPT.com
Contoh Soalan 8: Bahan 1

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Setiap tahun Malaysia meraikan Hari Kebangsaan. Diam tidak diam sudah lebih separuh
abad negara kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Menjadi rutin tahunan, menjelang
sahaja bulan Ogos atau juga dikenali bulan kebangsaan, agensi atau kementerian yang
berkenaan akan mula menjalankan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sebagai usaha untuk
meningkatkan semangat patriotik. Program-program yang bercorak kenegaraan seperti
pertandingan nyanyian lagu patriotik dan pementasan teater drama juga dianjurkan oleh
badan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan agensi-agensi kerajaan supaya mesej
semangat cinta akan negara sampai kepada golongan sasaran. Namun, program-program
tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya kerana kurangnya penghayatan para
remaja dalam aktiviti bercorak kemerdekaan tersebut.

designed by tinyPPT.com
Perkara yang menjadi kebimbangan banyak pihak ialah generasi muda tidak mengambil
endah tentang hari kebangsaan. Mereka sewajarnya menghayati erti kemerdekaan
dengan mendalam. Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab mereka
berperanan untuk membina kejayaan negara iaitu sanggup bekerja keras untuk negara.
Mereka juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Hal ini demikian
kerana pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal
insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju
menjelang 2020. Tanggungjawab lain yang perlu dilakukan oleh generasi muda ialah
mereka perlu membantu pihak kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan
negara. Hal ini dikatakan demikian kerana keamanan dapat mengelakkan negara
daripada serangan musuh sama ada berbentuk fizikal atau psikologi. Tambahan pula,
tugas generasi muda adalah untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang pada
konsep keadilan dan kesaksamaan. Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati
kemakmuran dan kemajuan bersama-sama. Selain itu, generasi muda yang akan
mengisi perjuangan kemerdekaan hendaklah memastikan prinsip demokrasi akan terus
diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini. Sesungguhnya kejayaan negara dalam fasa
kedua 58 tahun kemerdekaan memerlukan komitmen semua pihak terutama generasi
muda.

designed by tinyPPT.com
designed by tinyPPT.com
designed by tinyPPT.com
PANDUAN RINGKAS JAWAPAN

PENDAHULUAN 2 FOKUS
• Rumusan membincangkan ___fokus 1___dan __fokus 2____. (2 markah)
• Rumusan membincangkan ___fokus 1___. (1 markah)

PENDAHULUAN 3 FOKUS
• Rumusan membincangkan ______fokus 1__,fokus 2___dan __fokus 3___.
(2 markah)
• Rumusan membincangkan ___fokus 1___dan ___fokus 2___. (1 markah)
Isi bahan 1 (Petikan)
Fokus 1
(Usaha-usaha meningkatkan semangat patriotisme generasi muda)

1. Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

2. Program-program yang bercorak kenegaraan (seperti pertandingan


nyanyian lagu patriotik dan pementasan teater drama) juga dianjurkan
oleh badan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan agensi-agensi
kerajaan
Isi bahan 1 (Petikan)
Fokus 2 (Tanggungjawab / peranan / tugas generasi muda)

1. Membina kejayaan negara


2. Mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan
3. Membantu pihak kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan
negara
4. Memastikan Malaysia akan terus berpegang pada konsep keadilan dan
kesaksamaan
5. Mengisi perjuangan kemerdekaan
6. Memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan oleh setiap rakyat di
negara ini
Isi Bahan Grafik
Fokus 1
(Usaha-usaha meningkatkan semangat patriotisme generasi
muda)

1. Pelancaran Bulan Kebangsaan

2. Menyambut Hari Kebangsaan

3. Menyambut Hari Malaysia

4. Menghayati tema hari kebangsaan


Penutup Rumusan

1. 2 markah

2. Terdiri daripada tema, cadangan, kesan

3. 1 ayat sahaja

INGAT 5 JARI
PENGIRAAN ISI : CONTOH 1
Bilangan isi BILANGAN ISI BILANGAN ISI
BAHAN 1 CALON DITERIMA
Fokus 1 (usaha - 2 isi) 2 1/2
Fokus 2 (peranan - 6 isi) 6 6/4

BAHAN 2
Fokus 1 (usaha – 4 isi) 2 1/ 2

JUMLAH 8
PENGIRAAN ISI : CONTOH 2 (jika 3 fokus)
Bilangan isi BILANGAN ISI BILANGAN ISI
BAHAN 1 CALON DITERIMA
Fokus 1 (langkah – 6 isi) 6 4/5
Fokus 2 (punca – 2 isi) 1 1

BAHAN 2
Fokus 1 (langkah – 2 isi) 1 1

BAHAN 3
Fokus 3 (Kesan – 3 isi) 2 2/1
JUMLAH (Kombinasi setiap bahan) 8
Bertiup bayu meliuk tualang,
Menyentuh dedaun pohon pala,
Bahasa Melayu didaulat dijulang
Dalam SPM menentu segala.

Ikuti saya di :
ig & Tik Tok = sadokeeer
Youtube = shaha deen

SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like