You are on page 1of 2

Khalifah Harun al-Rasyid lahir di Rayy (Iran) pada tahun 763/149 H dan meninggal dunia pada tahun

809 di Thus, Khurasan.Baginda merupakan seorang yang mempunyai sifat-sifat seperti gagah, berani,
menyukai hal-hal agama, bijak berpolitik dan cinta akan ilmu pengetahuan.Baginda telah dilantik sebagai
putera mahkota pada tahun 782/166 H dan menjadi khalifah Abbasiyah kelima pada tahun 786-809/170-
193 H.Pemerintahan baginda dianggap sebagai zaman keemasan Islam kerana Baghdad pada ketika itu
menjadi pusat perdagangan dan pusat ilmu serta peradaban Islam yang terulung

Antara Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid ialah dalam dasar pemerintahan  dan pentadbiran. Harun
al-Rasyid  telah melantik wazir yang bijak  daripada keluarga  Barmaki  dalam pemerintahan  beliau. Salah
seorang daripada  keluarga Barmaki,  iaitu Yahya  bin Khalid dilantik sebagai menterinya.Yahya telah
memberikan  khidmat yang cemerlang kepada  kerajaan Harun al-Rasyid. Anak-anak  beliau iaitu  Jaafar,
Al-Fadhl,  Muhammad,  dan Musa juga dilibatkan dalam  urusan pentadbiran  negara. Namun,  prestasi
mereka yang cemerlang telah menimbulkan perasaan dengki pegawai-pegawai  yang lain terhadap
mereka.Ekoran daripada itu, fltnah dilemparkan  kepada keluarga Barmaki  sebagai golongan  yang lebih
condong  kepada fahaman  Syiah dan membelakangkan  ahli Sunnah.

Selain itu,bagi hubungan diplomatik pula. baginda telah mengadakan hubungan yang baik dengan
kuasa-kuasa asing. Pada ketika itu, selain kerajaanAbbasiyah di Baghdad, terdapat tiga buah kerajaan besar
lain, iaitu kerajaan Byzantine di Constantinople, kerajaan Umayyah di Andalus dan Perancis di Eropah.
Hubungan kerajaan  Harun  al-Rasyid  dengan kerajaan  perancis adalah baik dan beliau tidak menghadapi
banyak  masalah berurusan dengan  negara perancis.Malah, Khalifah Harun  dan rajanya,  Raja
charlemenge dikatakan  sering bertukar bingkisan dan baginda pernah membantu  Khalifah Harun
menghadapi  Kerajaan Byzantine.

Seterusnya, beliau juga memajukan  bidang pendidikan  dan intelektual . Khalifah Harun al-Rasyid


memainkan peranan yang besar dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Perkembangan dan kegiatan
intelektualisme ini berlaku dalam beberapa peringkat, iaitu pembukuan, penyusunan semula ilmu
pengetahuan dan penterjemahan. Baitul Hikmah (Perpustakaan Agung) telah diasaskan sebagai
institusi kebudayaan dan pusat keilmuan yang kemudiannya berkembang dan mencapai
zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun. Melalui penubuhan
Baitul Hikmah sebagai institusi penterjemahan, kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih
sistematik. Banyak karya-karya asing dalam bahasa Sanskrit, Suriani dan khususnya ilmu
falsafah dan sains Yunani telah diterjemahkan bagi dimanfaatkan oleh para cendekiawan
Islam

Di samping itu, kegiatan  pembukuan. Pada peringkat  awal,  ilmu pengetahuan  dikumpulkan


dalam bentuk lisan, hafalan,  dan ingatan individu.llmu  itu akan hilang jika individu
tersebut  meninggal dunia.  Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, penulisan  dan
catatan  dilakukan pada kulit binatang dan kayu. Penyebaran  ilmu pengetahuan  turut berlaku
secara lisan. Khalifah Harun al-Rasyid telah melakukan  satu pembaharuan,  iaitu
menggalakkan  ilmu pengetahuan  dibukukan untuk kegunaan generasi  pada masa itu dan
akan datang.Pada zaman pemerintahan  Khalifah Harun  al-Rasyid, munculnya ulama yang
membukukan  ilmu pengetahuan
berkenaan  dengan  sejarah  (tarikh),  kesusasteraan,  lughah, hadis,  fiqah, tafsir, dan lain-
lain. Antara ulama yang  terkemuka ialah Imam Malik (menyusun  buku al-Muwatta'), Ibn
Ishaq (menyusun  buku  al-Sirah),  dan Abu Hanifah (menyusun  buku Fiqah). Melalui proses
pembukuan  ini, ilmu pengetahuan dapat berkembang  luas dalam pemerintahan Bani
Abbasiyah

Lain daripada itu, penyusunan ilmu pengetahuan  Islam. Perkembangan dan


kegiatan  penyusunan semula  ilmu pengetahuan Islam  yang berhubung dengan hukum-
hakam telah bermula  sejak pemerintahan  Khalifah Abu Jaafar al-Mansur  754 - 775 M.
(1236 -158 H.).Apabila Khalifah  Harun  al-Rasyid memerintah  negara dan umat Islam  786
-  809 M. (170 -  193 H.), beliau menumpukan  perhatian  yang lebih terhadap perkembangan
ilmu pengetahuan  Islam. Untuk tujuan  itu, penyusunan ilmu tersebut  sangat
diperlukan  supaya  tidak terkeluar daripada konsep  al-Quran  dan Hadis.
Penumpuan  dibuat  kepada ilmu tafsir,  hadis, faraid, usuluddin,  syariah, tauhid,  dan fiqah.

Sebagai kesimpulannya, Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan seoranhg khalifah yang begitu gigih
berusaha untuk keamanan dan kemakmuran Kota Baghdad. Beliau telah berjaya mencipta kejayaan demi
kejayaan dan yang paling disebut-sebut ialah sebagai Zaman Keemasan Islam. Jasa dan sumbangan beliau
yang tidak terbilang ini, terutama dalam bidang ilmu pengetahuan serta perubahan-perubahan yang telah
dilakukan menggambarkan bahawa beliau seorang khalifah yang amat prihatin dengan keamanan Negara
yang tiada tolok bandingnya. Beliau juga disifatkan sebagai seorang pemerintah yang paling berwibawa
dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek pentadbiran. Peranan beliau yang paling besar ialah
sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang
paling bermakna kerana ianya merupakan kombinasi perpustakaan, pusat akademik dan balai
penterjemahan.

You might also like