You are on page 1of 40

INDEKS

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 ABSTRAK 1-2

2 PENGENALAN 3-6

3 OBJEKTIF 7

4 KAEDAH 8 - 19

5 HASIL & PERBINCANGAN 20 - 24

6 SARANAN 25 - 32

7 RUJUKAN 33

8 LAMPIRAN 1 34

LAMPIRAN 2 35

LAMPIRAN 3 36

LAMPIRAN 4 37

LAMPIRAN 5 38

LAMPIRAN 6 39

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

0
1. ABSTRAK

Kesedaran mengenai pentingnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pekerja

harus dipupuk seawal pekerja tersebut datang bekerja. Ini kerana punca kemalangan adalah

diakibatkan oleh 80% kelalaian dan kecuaian manusia ( unsafe act ) dan selebihnya adalah

akibat keadaan yang tidak selamat ( unsafe condition ).

Latar belakang tugasan saya iaitu untuk menerangkan tatacara kerja selamat dalam

memunggah buah tandan sawit ( BTS ) ke gerabak kerbau daripada pangkal pokok

hingga ke tapak pentas ( platform ) buah sawit secara manual di ladang sawit milik Felda

Global Ventures Plantations (M) Sdn Bhd ( FGVP(M)SB ).

Objektif laporan tempat kerja ini bertujuan mengenalpasti hazard ketika menjalankan

aktiviti proses memunggah BTS ke gerabak kerbau daripada pangkal pokok hingga ke tapak

pentas ( platform ) buah sawit.

Dalam kaedah yang digunakan terdapat 3 cara yang digunapakai bagi menjayakan

tugasan ini iaitu melalui Pemerhatian, Temuramah dan Pemeriksaan di tempat kerja

disebabkan keadaan muka bumi dan proses kerja.

Hasil daripada penilaian tersebut didapati hazard keselamatan yang paling bahaya

ialah hazard yang boleh menyebabkan kejadian amukan kerbau. Manakala hazard

kesihatan pula ialah terdedah kepada postur badan yang tidak tetap “awkward body

posture“ ketika memunggah BTS ke gerabak kerbau dan ini boleh mendatangkan penyakit

MSD’s ( Musculoskeletal Disorders ).

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

1
Saranan langkah kawalan telah dicadangkan bagi mengurangkan hazard keselamatan

akibat daripada kejadian amukan kerbau ialah ;

1. Kaedah Pengasingan ( Isolation ) - Pembinaan laluan kerbau

2. Kawalan Kejuruteraan ( Engineering Control ) – Pengubahsuaian gerabak kerbau

3. Kawalan Pengurusan ( Administrative Control ) – Amalan kerja selamat

4. Kelengkapan Perlindungan Diri ( Personal Protective Equipment )

Bagi hazard kesihatan pula ialah terdedah kepada postur badan yang tidak tetap ketika

memunggah BTS ke gerabak kerbau dan ini boleh mendatangkan penyakit MSD’s

( Musculoskeletal Disorders ), langkah kawalan dibuat ialah ;

1. Kawalan Pengurusan ( Administrative Control ) ;

i. Penggiliran kerja ( job rotation )

ii. Penggunaan alatan yang sesuai seperti besi loading dan parang

iii. Diberi latihan yang secukupnya

2. Kelengkapan Perlindungan Diri ( Personal Protective Equipment )

Bagi memastikan kejayaan program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,

perancangan yang teliti, sesuai dengan tempat kerja perlu dilakukan secara sistematik.

Program keselamatan dan kesihatan pekerjaan mengandungi aktiviti-aktiviti berikut ;

1. Menentukan dasar keselamatan dan kesihatan yang ingin dicapai

2. Mengenalpasti dan menubuhkan organisasi pengurusan program

3. Menaksirkan risiko

4. Melaksanakan kawalan risiko

5. Menyemak, menilai dan menambahbaik secara berperingkat

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

2
2. PENGENALAN

Felda Global Ventures Plantations (M) Sdn Bhd ( FGVP(M)SB ) adalah sebuah

syarikat perkhidmatan yang telah ditubuhkan pada 13 Januari 1992 bagi menguruskan ladang-

ladang komersil yang dipunyai oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ).

Ladang Felda Sahabat 43 yang berkeluasan 1,673.42 hektar adalah merupakan salah

satu daripada 153 ladang yang terdapat diseluruh Malaysia telah dibangunkan pada tahun

1989. Jenis tanaman yang diusahakan adalah kelapa sawit yang diusahakan secara komersial.

Jumlah pekerja seramai 200 orang yang terdiri daripada 160 orang warga Indonesia, 20 orang

warga Filipina dan 20 orang warga Malaysia.

Dari segi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja, FGVP(M)SB

telah menyediakan satu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan yang merangkumi

polisi, manual serta prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan juga tatakerja amalan

selamat mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( AKKP ) 1994 serta di bawah

penubuhan keperluan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP ). Di peringkat

pengurusan Ladang Felda Sahabat 43 juga mempunyai Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan

Kesihatan. Rujuk ( Lampiran 1 ). Majikan juga bertanggungjawab untuk memastikan setiap

pekerja mematuhi peraturan-peraturan yang sedia ada dengan cara mendedahkan mereka

kepada program-program atau latihan-latihan yang telah disediakan oleh pihak syarikat. Oleh

yang demikian para pekerja akan lebih memahami peranan serta tanggungjawab mereka

terhadap pematuhan kepada Akta keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 - Kewajipan

Pekerja di bawah Seksyen 24. Dari segi perspektif nasional kesedaran dan sikap yang positif

terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan pekerja dapat

mengurangkan kadar kemalangan industri di Malaysia.

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

3
Visi syarikat iaitu “Diiktiraf sebagai syarikat agen pengurusan perladangan yang

bertanggungjawab, dihormati dan berdaya saing”.

Misi syarikat pula iaitu ;

1. Memaksimakan kadar pulangan ladang kepada semua pelanggan

2. Menonjolkan tahap persaingan yang tinggi dalam semua bidang pengurusan ladang

dan meletakkan syarikat mendahului agen pengurusan ladang di Malaysia

3. Menjadi agen pengurusan perladangan yang disegani dan rujukan dari segi pengurusan

yang cekap dan berkesan

4. Menjadi penggerak dan melaksanakan inovasi dan teknologi terkini dalam pengurusan

yang cekap dan berkesan

5. Menjana nilai bersama, etika kerja dan profesionalisme dalam aktiviti pengurusan

ladang dan melahirkan para pekerja yang mahir melalui struktur sistem latihan yang

efektif dan berkesan

6. Meletakkan keutamaan lestari alam sekitar sebagai asas tindakan

Carta Organisasi Pengurusan Pentadbiran & Operasi Ladang Felda Sahabat 43

Pengurus

Penolong
Penolong
Pengurus 2
Pengurus 1

Kerani
Kerani
Penyelia 1 Penyelia 2 Penyelia 3 Penyelia 4 Penyelia 5 Bekalan
Kewangan

Pemandu 1 Mandor Mandor Mandor Mandor Mandor Pemandu 2

Jumlah pekerja pula seramai 200 orang yang terdiri daripada 160 orang warga Indonesia,

20 orang warga Filipina dan 20 orang warga Malaysia.

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

4
Aktiviti kerja yang terlibat di Ladang Felda Sahabat 43 adalah seperti operasi ladang

yang terdiri daripada menuai BTS, memunggah BTS dari pangkal pokok ke pentas

( platform ) tuai, memunggah BTS dari platform ke lori, menghantar BTS ke kilang,

mencantas pelepah, mencuci merumput, membaja, pembaikan jalan pertanian dan kerja-kerja

am. Manakala pula bahagian pentadbiran ladang adalah terdiri daripada pengurusan tenaga

kerja, akaun, stok, kenderaan dan kerja-kerja yang melibatkan perkeranian.

Carta alir seperti di lampiran menunjukkan proses kerja daripada penuaian BTS dibuat

sehingga BTS tersebut di hantar ke kilang sawit. Rujuk ( Lampiran 2 ).

Dalam laporan ini, saya telah memilih bahagian produksi sebagai rujukan bagi

menjalankan tugasan di tempat kerja. Proses yang diketengahkan adalah proses memunggah

buah tandan sawit ( BTS ) ke gerabak kerbau daripada pangkal pokok hingga ke tapak

pentas ( platform ) buah sawit.

Dalam satu kumpulan penuai BTS terdiri daripada 4 orang di mana 3 orang pemotong

BTS dan 1 orang pemunggah BTS yang menggunakan kereta kerbau. Pengendali kereta

kerbau merupakan ketua kumpulan bagi setiap kumpulan yang perlu memastikan setiap

tandan BTS yang dituai oleh pemotong dipunggah keluar dari kawasan ladang. Secara

puratanya setiap kumpulan perlu menyiapkan kawasan kerja ( task ) dalam jangkamasa yang

ditetapkan oleh mandor ataupun penyelia. Anggaran m/tan setiap orang dalam 1.50 ke 1.80

m/tan sehari dengan purata berat 25kg-30kg setiap tandan. Dalam gerabak kereta kerbau yang

bersaiz ( panjang(4’) x lebar(2.5’) x tinggi(1’) ) boleh memuatkan 10 ke 12 tandan setiap kali

memunggah daripada pangkal pokok hingga ke tapak pentas buah sawit ( platform )

bergantung kepada permukaan bumi.

Proses memunggah BTS ke dalam gerabak kereta kerbau pelbagai hazard yang telah

dikenalpasti semasa menjalankan Penaksiran Risiko ( HIRARC ). Hazard-hazard tersebut

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

5
ialah luka pada anggota badan, terjatuh dari tempat tinggi ( kawasan bukit ), terdedah kepada

hazard biologi seperti binatang berbisa contohnya ular, amukan kerbau serta terdedah

kepada postur badan yang tidak selesa “awkward body posture“, kerja atau pergerakan yang

berulang-ulang dan juga mengangkat barang berat “carry heavy load”- Manual Handling.

Gambarajah seperti di lampiran menunjukkan kerja memunggah buah tandan sawit

sawit ( BTS ) ke gerabak kerbau daripada pangkal pokok hingga ke tapak pentas

( platform ) buah sawit yang dijalankan. Rujuk ( Lampiran 3 ).

Persekitaran ataupun keadaan atau suasana tempat kerja merupakan antara faktor

penting bagi menjalankan proses kerja dengan selamat. Ia banyak mempengaruhi keselesaan

mental dan fizikal pekerja.

Namun begitu sikap manusia yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dan sikap

sambil lewa membuatkan proses kerja terganggu dan menyebabkan pekerja terdedah pada

hazard di tempat kerja. Suasana kerja yang permukaan bumi yang tidak rata , halangan laluan

serta hazard biologi seperti ular, lipan, kala jengking, buaya dan kerbau yang lain merupakan

antara faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan di tempat kerja. Contohnya

waktu bekerja di permukaan bumi yang tidak rata dengan anggaran tahap kecerunan yang

melebihi 12 darjah. Keadaan ini telah memberi tekanan kepada pekerja tambahan pula

pergerakan pekerja yang terhad ketika proses kerja dijalankan. Aspek ini boleh

mengakibatkan pekerja hilang tumpuan, ponteng kerja, produktiviti menurun sehingga

menyebabkan syarikat terpaksa menanggung kerugian.

Secara keseluruhannya, laporan ini juga mendapati bahawa FGVP(M)SB merupakan

sebuah organisasi yang baik dan prihatin di dalam melaksanakan tanggungjawab untuk

menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Ini kerana pekerja merupakan aset

penting kepada syarikat yang perlu diberi perhatian bagi mencapai VISI dan MISI syarikat.

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

6
3. OBJEKTIF

Objektif daripada laporan ini adalah seperti berikut :-

1. Mengenalpasti hazard yang wujud ketika menjalankan aktiviti memunggah BTS

2. Membuat penilaian risiko serta mengenalpasti hazard yang paling kritikal dan

mencadangkan langkah-langkah pengawalan dan pencegahan.

3. Semakan semula ke atas langkah pengawalan dan menambahbaikkan proses sedia ada

yang telah diambil serta keberkesanannya di tempat kerja

4. Menaikkan imej syarikat dengan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat

dan selesa.

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

7
4. KAEDAH

Definisi dan Keterangan ;

Hazard merupakan suatu sumber atau situasi yang berpotensi boleh menyebabkan

kemudaratan dalam bentuk kecederaan atau penyakit kepada manusia, kerosakan kepada harta

benda, kemusnahan kepada alam sekitar atau kombinasinya.

Bahaya ialah pendedahan relatif kepada hazard.

Risiko adalah kombinasi daripada kecenderungan daripada berlakunya kejadian berhazard

dengan keterukan yang melibatkan kecederaan atau penyakit kepada manusia, harta benda

atau alam sekitar disebabkan oleh kejadian tersebut.

Pengenalpastian Hazard ;

Langkah pertama di dalam menguruskan risiko adalah mengenalpasti semua hazard yang

terdapat di tempat kerja. Hazard boleh dikategorikan kepada lima bahagian:-

a) Hazard Fizikal

Merupakan hazard yang utama terdapat di tempat kerja. Hazard ini melibatkan pengendalian

peralatan tajam seperti besi loading dan parang, pengendalian kerbau secara manual,

permukaan bumi yang tidak rata dan halangan laluan. Contohnya apabila memotong tangkai

tandan panjang BTS dan amukan kerbau yang boleh mengakibatkan kecederaan teruk dan

kekal.

b) Hazard Biologi

Hazard ini berlaku akibat masalah daripada binatang berbisa seperti ular, lipan, kala jengking,

tebuan dan juga buaya yang berpunca daripada masalah persekitaran yang tidak bersih di

tempat kerja termasuk tertusuk duri dari pelepah sawit yang menyebabkan kudis yang dalam.

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

8
c) Hazard Kimia

Hazard ini terjadi akibat tindak balas racun rumpai dan baja. Contohnya apabila aktiviti kerja

meracun rumpai dan membaja dibuat di kawasan aktiviti penuaian BTS dijalankan.

d) Hazard Ergonomik

Hazard ini melibatkan ketidaksesuaian peralatan yang digunakan dengan keupayaan manusia

mengendalikan alat atau suatu peralatan tersebut. Contohnya keupayaan tenaga manusia di

dalam memunggah BTS yang berat sehingga mencecah hingga 25kg-30kg purata berat

setandan dengan menggunakan besi loading dalam kuantiti yang banyak ke dalam gerabak

kereta kerbau yang boleh menyebabkan berlakunya permasalahan ergonomik seperti

“awkward body posture” yang boleh menyebabkan sakit tulang belakang dan bahu.

e) Hazard Psikologi

Hazard ini merupakan hazard yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan

psikososial. Contohnya waktu bekerja di permukaan bumi yang tidak rata dengan anggaran

tahap kecerunan yang melebihi 12 darjah. Keadaan ini telah memberi tekanan kepada pekerja

tambahan pula pergerakan pekerja yang terhad ketika proses kerja dijalankan. Aspek ini boleh

mengakibatkan pekerja hilang tumpuan, ponteng kerja dan produktiviti menurun.

Sebelum langkah-langkah kawalan hazard dijalankan, kita digalakkan untuk memahami

keadaan semulajadi hazard dan sumber-sumbernya. Sumber hazard yang dikenalpasti adalah

seperti berikut ;

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

9
SUMBER CONTOH

Sikap/ perlakuan yang tidak selamat. Contohnya melakukan kerja tidak


Manusia mengikut garis panduan yang ditetapkan, kecuaian, kemalasan, kurang
tumpuan, masalah peribadi dan tekanan ( stress )
Cara pemasangan/ pengubahsuaian alatan dengan memastikan gerabak kerbau
berada dalam keadaan baik. Contohnya material daripada plastik keras bersaiz
Mesin
( panjang(4’) x lebar(2.5’) x tinggi(1’) ) dapat mengurangkan beban kepada
kerbau dan memudahkan pengedalian oleh operator kerbau.
Besi loading dan parang hendaklah disimpan di tempat yang selamat.
Peralatan Sekiranya ia tidak disimpan dengan kemas ia boleh mengakibatkan kecederaan
anggota badan kepada operator.
Cara pemunggahan BTS dan teknik yang betul. Contohnya pemunggahan BTS
hendaklah disusun secara teratur ke dalam gerabak kerbau. Akibat cara yang
Kaedah
tidak betul dibuat boleh mengakibatkan BTS terjatuh daripada gerabak kerbau
lalu tertimpa kaki.
Contohnya waktu bekerja di permukaan bumi yang tidak rata dengan anggaran
tahap kecerunan yang melebihi 12 darjah. Keadaan ini telah memberi tekanan
Persekitaran
kepada pekerja tambahan pula pergerakan pekerja yang terhad ketika proses
kerja dijalankan.
Jadual 1 : Sumber-Sumber Hazard

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

10
Hazard boleh dikenalpasti melalui beberapa kaedah seperti pemerhatian, pemeriksaan,

temuramah dan soalselidik serta juga audit di tempat kerja.

1. Kaedah Pemerhatian

Sepanjang kerja kursus ini dijalankan kaedah pemerhatian merupakan langkah pertama yang

dilaksanakan bagi memahami proses kerja memunggah BTS ke gerabak kereta kerbau.

Melalui kaedah ini, pemerhatian boleh dilihat sendiri dan mengenalpasti hazard yang wujud

ketika aktiviti memunggah dan menyusun BTS dijalankan. Pemerhatian dijalankan pada

setiap hari iaitu pada waktu pagi dan petang dengan melihat aktiviti kerja yang dijalankan

serta cara bagaimana aktiviti itu dijalankan. Melalui kaedah ini, pemerhatian dibuat

dengan melihat pada aktiviti kerja yang dijalankan serta proses-proses yang terlibat. Setelah

itu perbandingan di buat antara kerja yang dijalankan dengan aliran proses sebenar dengan

merujuk kepada dokumen yang berkaitan untuk pengesahan. Melaluinya kita boleh

mengenalpasti samada wujudnya langkauan pada proses kerja asal ( deviation process ).

Sekiranya wujud langkauan proses, pastikan penilaian semula proses dijalankan dan mengkaji

mengapa langkauan pada proses wujud. Adakah ia melibatkan atitud negatif pekerja sehingga

wujudnya hazard atau ia merupakan penambahbaikan pada proses kerja sedia ada. Ini kerana

hanya pekerja itu sendiri yang lebih memahami tugas harian yang dijalankan. Melalui

pemerhatian juga didapati, semua baju pekerja berada dalam keadaan yang basah disebabkan

perpeluhan selepas 20 minit aktiviti tersebut dijalankan. Ditambah pula dengan beban berat

pada BTS yang anggaran purata berat sehingga mencecah ke 25kg-30kg setiap tandan

menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Pemerhatian juga dibuat dengan melihat

cara pekerja menjalankan aktiviti kerja tersebut. Berkemungkinan wujudnya cara kerja yang

salah dan tidak mengikut aturan kerja sebenar. Adakalanya wujud kerja sambil lewa antara

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

11
pekerja semasa melaksanakan kerja. Semua pemerhatian telah direkod dan difailkan sebagai

rujukan masa hadapan dalam ( Jadual 2 ).

Risiko = Kebarangkalian x Keterukan

KEMUNGKINAN KEBARANGKALIAN ULASAN

Kerap berlakunya kemalangan amat tinggi


5 Paling Mungkin
dalam sehari
Kebarangkalian kemungkinan berlakunya
4 Kemungkinan Besar
kemalangan tinggi, sekali dalam seminggu
Kebarangkalian kemungkinan berlakunya
3 Berkemungkinan
kemalangan sekali dalam sebulan
Boleh juga berlaku kemalangan tetapi

2 Kurang Berkemungkinan jarang berlaku mungkin sekali dalam


jangkamasa 3 bulan atau lebih
Tidak akan berlaku tetapi boleh berlaku
Sangat Kurang
1 sekali dalam jangka masa panjang iaitu
Berkemungkinan
setahun sekali
Jadual 2 : Jadual Kebarangkalian

2. Kaedah Temuramah

Pekerja terlibat dalam temubual ini, iaitu wakil pekerja yang juga merupakan ketua daripada

1 kumpulan kerja yang melibatkan penuaian BTS iaitu 3 orang pemotong BTS, 1 orang

pemunggah BTS dan 1 orang mandor. Ia bertujuan bagi mendapatkan maklumat yang lebih

tepat mengenai bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan atau kemalangan kepada

pekerja semasa aktiviti memunggah BTS dijalankan dengan ( gerabak ) kereta kerbau.

Perbincangan mengenai proses kerja dilakukan dengan pekerja bagi mengetahui secara

terperinci mengenai cara perlaksanaan kerja serta bagaimana kerja tersebut dijalankan.

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

12
Semakan semula terhadap proses kerja dan prosedur dilakukan bersama-sama dengan pekerja.

Kesihatan pekerja turut diuji untuk mengetahui keadaan fizikal dan mentalnya bagi

memastikan pekerja berada dalam keadaan bersedia menjalankan kerja dengan baik tanpa

masalah kesihatan seperti demam, stress dan kelesuan. Di samping itu, maklumat serta

pendapat pekerja turut diambil kira dalam melihat potensi-potensi hazard serta cadangan

penyelesaian. Semua maklumat tersebut telah direkodkan dan difailkan untuk rujukan masa

hadapan. Contoh seperti dalam borang soalselidik di bawah yang telah dibuat dengan wakil

pekerja yang terlibat :-

Penemuramah Ditemuramah

Nama : Armur Bin Arifin Nama : Jayadi Bin Roswa


No.KP/Pasport : 780111-12-5413 No.KP/Pasport : AB905782
Jantina : Lelaki Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Penyelia Ladang Pekerjaan : Pengendali Kerbau
Tarikh : 13 Ogos 2012 Tarikh : 13 Ogos 2012

Soalan ; Jawapan ;

1. Berapa lamakah saudara sudah 1. 2 tahun 5 bulan.


bekerja sebagai pengendali kerbau?
2. Adakah kerja ini memerlukan latihan 2. Ya, memang perlu.
dan kemahiran?
3. Apakah saudara tahu pekerjaan ini 3. Ya, saya tahu. Ini kerana saya sudah
boleh mendatangkan kecederaan serta dimaklumkan terlebih dahulu sebelum
bahaya yang boleh mendatangkan melakukan kerja ini.
risiko?
4. Cuba terangkan apakah bahaya 4. Contohnya apabila kerbau mengamuk.
tersebut?
5. Apakah puncanya kerbau mengamuk? 5. Disebabkan kurang penjagaan seperti
tidak diberi makan dan rehat yang
cukup, terserempak dengan ular
ataupun kerbau yang lain dan pekerja
yang mendera kerbau.

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

13
6. Adakah kejadian kerbau mengamuk 6. Berkemungkinan berlakunya sekali
sering belaku di tempat kerja? dalam sebulan dan boleh
mendatangkan kecederaan yang teruk.
7. Ada bukti pernah terjadi kerbau 7. Ada, kawan sekerja yang juga
mengamuk sehingga menyebabkan pengendali kerbau terputus jari
kejadian yang teruk? sepanjang 2cm akibat tali kerbau yang
dipegang oleh mangsa terbelit di
antara pokok ketika mangsa cuba
mengikat tali di pokok tersebut, lalu
kerbau itu tiba-tiba mengamuk akibat
terserempak dengan kerbau lain.
8. Bagaimana dengan kesihatan saudara, 8. Sakit tulang belakang dan bahu,
apa yang saya lihat tadi, beban berat perkara ini kebarangkalian
buah sawit yang di punggah ke kemungkinan besar berlakunya, sekali
gerabak kerbau berulang-ulang kali dalam sebulan. Kerana buah sawit
membuat pergerakkan yang sama yang berat sehingga mencecah ke
sahaja? 25kg-30kg setandan dan dalam sehari
purata yang dipunggah sebanyak 350-
400 tandan.
9. Adakah kelengkapan perlindungan 9. Ya, ada diberi oleh pihak majikan dan
diri diberikan dan digunakan oleh diberikan seperti sarung tangan, topi
saudara? dan kasut keselamatan.
10. Apakah langkah kawalan dari pihak 10. Membersihkan dan melebarkan lagi
majikan yang saudara tahu telah dari segala semak dan pelepah yang
dibuat agar kejadian kerbau bersepah di laluan-laluan kerbau dan
mengamuk ini dapat di kurangkan? memberi taklimat ringkas pada awal
pagi setiap hari tentang pengendalian
kerja yang selamat.
Contoh Borang Soalselidik

3. Kaedah Pemeriksaan

Kaedah ini, membolehkan kita membuat penilaian terhadap risiko / aliran kemalangan yang

melibatkan pekerja atau peralatan yang digunakan. Di mana setiap pemeriksaan di tempat

kerja akan direkodkan di dalam borang khas dan penambahbaikan perlu dilakukan selepas

pemeriksaan di buat. Pemeriksaan di tempat kerja dijalankan dua kali pada setiap bulan iaitu

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

14
pada satu dan lima belas haribulan. Pemeriksaan ini merangkumi peralatan tajam yang

digunakan seperti besi loading dan parang serta keadaan gerabak kereta kerbau.

Rujuk ( Jadual 3 ).

Contohnya ;

i. Pemeriksaan di tempat kerja merangkumi peralatan tajam yang digunakan seperti besi

loading dan parang serta keadaan gerabak kereta kerbau. Sekiranya didapati peralatan

seperti gerabak kerbau tidak berada dalam keadaan baik ia boleh menyebabkan

berlakunya kemalangan kepada pekerja, kerbau atau harta benda. Untuk mengelakkan

berlakunya kejadian tersebut tindakan segera perlu diambil oleh pekerja yang

bertanggungjawab bagi membaiki atau menukarkannya.

ii. Bagi pekerja pula, pemeriksaan terhadap rekod kehadiran dan kesihatan dirujuk untuk

mengkaji tahap kesihatan pekerja yang menjalankan kerja-kerja tersebut. Sekiranya

ada antara pekerja yang mempunyai masalah kesihatan akibat daripada kerja-kerja

yang dijalankan pihak majikan perlu menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca

permasalahan jika ada berlaku.

iii. Persekitaran tempat kerja turut dipantau bagi memastikan tiada sebarang halangan atau

keadaan yang tidak teratur yang mana boleh menyebabkan berlakunya kesukaran

manjalankan aktiviti kerja kerana ia boleh mengganggu jadual dan masa yang telah

diperuntukkan. Secara tidak langsung ia boleh mengakibatkan berlakunya

kemalangan, permasalahan kesihatan dan kerosakan harta benda.

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

15
Penilaian Risiko

Penilaian risiko merupakan proses menilai risiko terhadap keselamatan dan kesihatan

pekerjaan yang wujud pada hazard di tempat kerja. Risiko boleh ditunjukkan dalam pelbagai

cara bagi menerangkan keputusan analisa dalam membuat keputusan pada kawalan risiko.

Analisa risiko menggunakan kebarangkalian dan keterukan melalui kaedah semi-kuantitatif.

Analisa melalui risiko matrik merupakan cara yang paling efektif untuk menunjukkan tahap

risiko yang terdapat di tempat kerja. Untuk mendapatkan ketepatan dalam menilai risiko cara

yang digunakan adalah ;

 Penilaian Risiko Semi-Kuantitatif

Sementara penilaian risiko kuantitatif pula menggunakan nilai nombor untuk mendapatkan

nilai bahaya utama dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat. Di mana semakin tinggi

nilai nombor semakin tinggi bahaya yang akan terjadi. Risiko boleh dikira melalui fomula

berikut ;

Risiko = Kebarangkalian x Keterukan

KEMUNGKINAN KEBARANGKALIAN ULASAN

Paling Mungkin Kerap berlakunya kemalangan amat tinggi


5
dalam sehari
Kebarangkalian kemungkinan berlakunya
4 Kemungkinan Besar kemalangan tinggi, sekali dalam
seminggu
Berkemungkinan Kebarangkalian kemungkinan berlakunya
3
kemalangan sekali dalam sebulan
Boleh juga berlaku kemalangan tetapi
2 Kurang Berkemungkinan jarang berlaku mungkin sekali dalam
jangkamasa 3 bulan atau lebih
Sangat Kurang Tidak akan berlaku tetapi boleh berlaku
1 sekali dalam jangka masa panjang iaitu
Berkemungkinan
setahun sekali
Jadual 2 : Jadual Kebarangkalian

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

16
KEMUNGKINAN KETERUKAN ULASAN

5 Kehilangan nyawa dan tidak dapat


Banyak kematian
dipulihkan
4 Satu Kematian / Kecatatan
Kehilangan nyawa, kerosakkan besar
kekal
3 Kecederaan menyebabkan hilang upaya
Kecederaan teruk
kekal
2 Menyebabkan hilang upaya tetapi bukan
Kecederaan ringan
kecederaan kekal
1 Kecederaan yang sedikit
Kemalangan nyaris atau rawatan “first aid”
sahaja
Jadual 3 : Jadual Keterukan

KETERUKAN (S)

KEMUNGKINAN (L) Sedikit Kecederaan Kecederaan Kecederaan


luka Ringan Serius fatal/kekal Kematian
(1) (2) (3) (4) (5)
Paling Mungkin Berlaku Sederhana Sederhana Tinggi Tinggi Tinggi
(5) (5) (10) (15) (20) (25)
Mungkin Berlaku Rendah Sederhana Sederhana Tinggi Tinggi
(4) (4) (8) (12) (16) (20)

Dapat Dijangka Berlaku Rendah Sederhana Sederhana Sederhana Tinggi


(3) (3) (6) (9) (12) (15)

Jarang Sekali Berlaku Rendah Rendah Sederhana Sederhana Sederhana


(2) (2) (4) (6) (8) (10)

Tidak dapat dijangka Berlaku Rendah Rendah Rendah Rendah Sederhana


(1) (1) (2) (3) (4) (5)
Jadual 4 : Risiko Kualitatif

Petunjuk : Tinggi ( 15 – 25 )

Sederhana ( 5 – 12 )

Rendah ( 1 – 4 )

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

17
Penentuan Risiko Hazard

Risiko yang dipilih dalam proses yang telah dijalankan tadi melalui pengukuran risiko telah

diberi dalam nilai 1 hingga 16 di dalam jadual 5 dibawah. Oleh itu jumlah nombor telah

ditentukan mengikut kepentingan risiko yang dipilih seperti berikut ;

Tahap
Nilai Penilaian Tindakan
Risiko
Risiko Tinggi memerlukan tindakan segera oleh majikan sehingga
risiko dikawal. Tindakan yang diambil mestilah didokumenkan
15 – 25 Risiko Tinggi
pada borang penilaian risiko termasuk tarikh siap serta disimpan
untuk rujukan
Risiko Sederhana memerlukan perancangan perancangan bagi
Risiko mengawal hazard dan memerlukan kawalan sementara jika perlu.
5 – 12
Sederhana Tindakan yang diambil mestilah didokumenkan pada borang
penilaian risiko termasuk tarikh siap
Risiko rendah merupakan risiko yang boleh diterima dan tiada
tindakan diperlukan. Namun begitu, sekiranya risiko boleh
1–4 Risiko Rendah
diselesaikan dengan segera dan efisien, maka control measures
perlu dilaksana dan direkodkan
Jadual 5 : Tahap Penilaian Risiko

Berikut adalah contoh-contoh penaksiran risiko bagi hazard Keselamatan dan Kesihatan.

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

18
i. Hazard Keselamatan : Amukan kerbau

Aras Risiko = Kemungkinan X Keterukan

(9) (3) (3)

Kesan hazard amukan kerbau boleh menyebabkan kematian / kecacatan kekal. Tetapi

kemungkinan untuk berlakunya kemalangan ini adalah 3 ( Berkemungkinan ) sekali dalam

sebulan. Sementara keterukan berada di paras 3 ( Kecederaan teruk/kekal ). Jesteru itu,

hazard ini berada pada aras risiko 9 iaitu RISIKO SEDERHANA.

ii. Hazard Kesihatan : Terdedah kepada postur badan yang tidak tetap ketika

memunggah BTS di gerabak kereta kerbau

Aras Risiko = Kemungkinan X Keterukan

(9) (3) (3)

Kesan hazard terdedah kepada postur badan yang tidak tetap ketika memunggah BTS boleh

menyebabkan kecederaan ringan. Ia kerana kebarangkalian untuk berlakunya hazard ini

adalah 3 ( Berkemungkinan ) sekali dalam sebulan. Sementara keterukan pula berada di

paras 3 ( Kecederaan teruk/kekal ). Oleh itu, hazard ini berada pada aras risiko 9 iaitu

RISIKO SEDERHANA. Rujuk ( Lampiran 4 ).

5. HASIL DAN PERBINCANGAN

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

19
Dalam laporan di tempat kerja ini, saya telah memilih bahagian produksi sebagai rujukan bagi

menjalankan tugasan di tempat kerja. Proses yang diketengahkan adalah proses memunggah

buah tandan sawit ( BTS ) ke gerabak kerbau daripada pangkal pokok hingga ke tapak

pentas ( platform ) buah sawit. Berikut disenaraikan 12 jenis hazard yang terdiri daripada 7

hazard keselamatan dan 5 hazard kesihatan.

1. Pengenalpastian Hazard

Dengan menggunakan keputusan dari jadual 5 semua hazard yang telah dikenalpasti memberi

kesan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia akan melibatkan penilaian semula oleh

majikan seperti yang akan dibentangkan di bawah mengikut susunan hazard keselamatan dan

hazard kesihatan. Berdasarkan kepada pegenalpastian hazard yang telah dijalankan terdapat

12 hazard yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut ;

A. Hazard keselamatan ;

i. Amukan kerbau

ii. Terkena perlalatan tajam seperti besi loading dan parang

iii. Serangan binatang seperti lipan, kala jengking, ular, babi hutan dan buaya

iv. Terpijak atau tertusuk duri pelepah sawit

v. Terjatuh dari tempat tinggi ( kawasan bukit >12 darjah )

vi. Kerja atau pergerakan yang berulang-ulang

vii. Objek jatuh dari atas pokok

B. Hazard kesihatan ;

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

20
i. Kedudukan postur badan yang tidak tetap “ Awkward body posture” – sakit

tulang belakang dan bahu.

ii. Mengangkat beban berat ( carry heavy load )

iii. Terdedah kepada habuk yang berpunca dari pokok sawit

iv. Terdedah kepada tindak balas kesan racun dan baja

v. Tekanan “Stress”

2. Rating

Berikut merupakan keutamaan hazard berdasarkan ‘rating’ risiko yang diperolehi.

Indeks
Kebarangkalian
Bil Hazard Keutamaan
X
Keterukan
1 Amukan kerbau 3x3=9 Sederhana

Kedudukan postur badan yang tidak tetap 3x3=9


2 Sederhana
“Awkward body posture”
Terkena perlalatan tajam seperti besi loading dan 2x3=6
3 Sederhana
parang
4 Terpijak dan tertusuk duri pelepah sawit 2x2=4 Rendah

5 Kerja atau pergerakan yang berulang-ulang 2x2=4 Rendah

6 Mengangkat beban berat ( carry heavy load ) 2x2=4 Rendah

7 Terdedah kepada tindak balas kesan racun dan baja 2x2=4 Rendah

Serangan binatang seperti lipan, kala jengking, ular,


8 1x4=4 Rendah
babi hutan dan buaya
Terdedah kepada habuk yang berpunca dari pokok
9 sawit 3x1=3 Rendah

Bil Hazard Indeks Keutamaan


Kebarangkalian

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

21
X
Keterukan
Terjatuh dari tempat tinggi
10 1x3=3 Rendah
( kawasan bukit >12 darjah )
11 Objek jatuh dari atas pokok 1x3=3 Rendah

12 Tekanan “Stress” 2x1=2 Rendah

Jadual 6 : Penilaian Hazard

Berdasarkan kepada maklumat dalam jadual 6 di atas semua risiko boleh diukur dengan

menentukan risiko mana yang lebih tinggi kebarangkaliannya. Hasil perbincangan yang telah

dijalankan didapati hazard keselamatan dan kesihatan yang paling kritikal adalah seperti

berikut:-

i. Hazard Keselamatan

Amukan Kerbau

Hazard ini merupakan hazard yang paling kritikal kerana kemungkinan untuk pekerja

mengalaminya adalah tinggi. Ini kerana kerbau merupakan salah satu pengangkutan

mekanisasi utama yang digunakan semasa proses memunggah buah tandan sawit ( BTS )

ke gerabak kerbau daripada pangkal pokok hingga ke tapak pentas ( platform ) buah

sawit. Kelalaian pekerja merupakan punca utama berlakunya hazard ini. Kemungkinan

berlakunya kemalangan ini adalah disebabkan kurangnya tumpuan atau ketidakpatuhan pada

proses kerja sediada. Antara punca lain, kerbau tidak diberi makan dan rehat yang

secukupnya, mendera kerbau, pengendali tiada latihan serta sikap ambil mudah tanpa

menghiraukan keselamatan pekerja lain demi mencapai sasaran yang ditetapkan.

ii. Hazard Kesihatan

Terdedah Kepada Postur Badan Yang Tidak Selesa “Awkward body posture”

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

22
Berdasarkan kepada jadual 6 hasil perbincangan mendapati bahawa hazard terdedah kepada

postur badan yang tidak selesa “Awkward body posture” merupakan hazard kesihatan yang

paling kritikal. Ini kerana aktiviti memunggah barang memerlukan kerja-kerja dilakukan

secara manual oleh pekerja. Hazard ini kerap berlaku kerana ia memerlukan pekerja

membongkokkan sebahagian badan, lutut serta tangan ketika mengangkat dan menyusun BTS

ke dalam gerabak kerbau. Apabila kedudukan badan berada dalam keadaan tidak selari,

kecederaan pada anggota badan mudah berlaku. Ditambah pula dengan sikap sambil lewa

pekerja ( horse play ) dan tergesa-gesa dalam menyiapkan kerja. Sekiranya ia berterusan

maka tidak mustahil pekerja mudah terdedah kepada hazard tersebut. Rujuk ( Lampiran 4 ).

3. Kesan

Daripada laporan yang dijalankan didapati hazard ini telah mengakibatkan pelbagai kesan

terhadap organisasi. Kesannya seperti berikut ;

i. Kesan Hazard Keselamatan

1. Kehilangan tenaga mahir jika berlakunya kecederaan teruk dan kekal.

2. Mengganggu aktiviti kerja ekoran kerbau tidak dapat bekerja mengikut jadual

3. Kos operasi bertambah disebabkan oleh kerja-kerja tambahan yang terpaksa

dilakukan oleh pekerja lain

ii. Kesan Hazard Kesihatan

1. Meningkatkan kos perubatan, insuran serta menjejaskan produktiviti syarikat

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

23
2. Syarikat terpaksa mengambil pekerja baru dan memerlukan kos yang besar untuk

melatih pekerja tersebut bagi menggantikan pekerja mahir

3. Kos operasi bertambah disebabkan oleh kerja-kerja tambahan yang terpaksa

dilakukan oleh pekerja lain

4. Rekod ketidakhadiran dan rekod cuti sakit pekerja meningkat. Ia boleh

menyebabkan kerugian kepada syarikat

6. SARANAN

1. Langkah-langkah Kawalan

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

24
Hazard yang paling kritikal di dalam laporan ini adalah terjadinya amukan kerbau. Kesan

daripada kemalangan ini terhadap pekerja adalah amat serius dan boleh mengakibatkan

kecederaan teruk dan kekal.

A. Berikut merupakan cadangan bagi langkah-langkah keselamatan bertujuan untuk

mengurangkan risiko hazard ;

i. Kaedah Penghapusan ( Elimination )

Kaedah ini merupakan kaedah terbaik di dalam kawalan hazard, namun ia tidak praktikal

untuk menghapuskan atau menghentikan penggunaan kerbau dalam proses memunggah BTS

menggunakan gerabak kereta kerbau kerana ia merupakan cara yang lebih praktikal

digunakan sebagai pengangkutan secara manual yang utama di ladang-ladang FGVP(M)SB

buat masa ini di Sabah khususnya di Gugusan Felda Sahabat, Lahad Datu.

ii. Kaedah Penggantian ( Substitution )

Kaedah penggantian bermaksud menggantikan penggunaan peralatan, bahan atau cara kerja

daripada berisiko tinggi kepada yang lebih rendah risikonya. Ini bermakna adakah

penggunaan kerbau boleh digantikan dengan kaedah lain dalam proses memunggah BTS ke

gerabak dalam proses kerja ini? Buat masa ini, cara manual iaitu seperti pikul, gendongan dan

penggunaan kereta sorong yang sesuai dengan keadaan yang sedia ada. Sudah tentu

jawapannya adalah TIDAK. Ini adalah kerana cara manual tersebut lebih banyak

menggunakan tenaga kerja yang berlebihan.

iii. Kaedah Pengasingan ( Isolation )

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

25
Didapati melalui kaedah ini pengasingan telah pun digunapakai dengan mewujudkan laluan

kerbau di antara lorong pelepah sawit agar lebih mudah dilalui. Namun begitu, masih wujud

kemalangan yang melibatkan kerbau dan pengendali terjatuh ataupun tergolek akibat

permukaan yang tidak rata. Oleh itu cadangan meratakan secara berkala setiap laluan kerbau

pada permukaan yang tidak rata dengan menggunakan mesin jentolak ( excauvator ) ataupun

semburan racun. Rujuk ( Lampiran 5 ).

iv. Kaedah Kawalan Kejuruteraan ( Engineering Control )

Kawalan kejuruteraan telah dicadangkan bagi mengurangkan hazard, di mana pemasangan

gerabak kerbau daripada kayu keras dan berat bersaiz bersaiz ( panjang(4’) x lebar(2’) x

tinggi(2’) ) kepada plastik keras dan lebih ringan bersaiz ( panjang(4’) x lebar(2.5’) x

tinggi(1’) ) bagi mengurangkan beban kepada kerbau dan secara tidak langsung, pengendali

dapat mengendali dengan lebih mudah sekaligus dapat mengurangkan risiko berlakunya

amukan kerbau semasa operasi kerja dijalankan. Rujuk ( Lampiran 6 ).

v. Kawalan Pengurusan ( Administrative Control )

Kawalan pengurusan boleh dilakukan dengan merangka dan melaksana pelan kerja yang

merangkumi ;

a. Penilaian pada prosedur dan menguatkuasakan amalan kerja selamat

b. Taklimat ringkas ( Toolbox briefing )

c. Penyeliaan berterusan

d. Latihan semula pengendalian dan penjagaan kerbau

e. Mengenakan denda kepada pekerja yang cuai contohnya penggantungan kerja

vi. Kelengkapan Perlindungan Diri ( Personal Protective Equipment ) - PPE

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

26
Langkah ini merupakan langkah tambahan dalam mengurangkan risiko setelah langkah

kawalan di atas diambil kira. PPE yang sesuai ( sarung tangan kulit dan kasut keselamatan ).

B. Hazard yang paling kritikal dalam aspek kesihatan pula merupakan hazard terdedah

kepada postur badan yang tidak selesa. Ini kerana jika hazard ini tidak ditangani dengan

berkesan boleh mengakibatkan kesakitan pada tulang belakang, pinggang, pergelangan

tangan serta anggota badan yang lain dalam jangka masa panjang.

i. Kaedah Penghapusan ( Elimination )

Kaedah ini tidak sesuai untuk digunapakai memandangkan aktiviti memunggah BTS perlu

dijalankan secara manual oleh pekerja.

ii. Kaedah Penggantian ( Substitution )

Kaedah ini juga tidak sesuai untuk dipraktikkan daripada penggunaan kerbau ke kereta sorong

kerana penggunaan kereta sorong lagi memerlukan tenaga yang berlebihan dan ini juga boleh

mendatangkan kecederaan yang lebih serius seperti penyakit MSD’s ( Musculoskeletal

Disorders ) ketika melakukan operasi kerja memunggah BTS dari pangkal pokok ke pentas

buah sawit ( platform ). Oleh itu kaedah penggantian juga tidak boleh diguna pakai.

iii. Kaedah Pengasingan ( Isolation )

Tiada pengasingan yang boleh dibuat.

iv. Kaedah Kawalan Kejuruteraan ( Engineering Control )

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

27
Tiada kawalan kejuruteraan yang boleh dibuat.

v. Kawalan Pengurusan ( Administrative Control )

Kawalan pengurusan boleh dilakukan dengan merangka dan melaksana pelan kerja yang

merangkumi ;

a. Penilaian pada prosedur kerja, meneliti semula prosedur kerja selamat yang

perlu dielakkan supaya perlakuan postur badan yang tidak selesa dapat

dikurangkan semasa kerja-kerja tersebut dijalankan.

b. Membuat penggiliran kerja ( job rotation ), proses kerja ini memerlukan

kerjasama antara perkerja untuk mengurangkan bebanan postur badan yang

tidak selesa. Di mana penggiliran kerja dijalankan antara mereka.

c. Mengadakan aktiviti rehat sementara selama 5 minit pada setiap jam bekerja.

d. Memberi latihan dan pendedahan tentang cara kerja manual.

e. Taklimat ringkas ( Toolbox briefing ). Diadakan pada setiap pagi sebelum

memulakan aktiviti kerja bertujuan untuk menjelaskan kerja yang tertangguh

atau aktiviti yang perlu diambil perhatian supaya tidak berlakunya perkara-

perkara yang tidak diingini.

f. Penyeliaan berterusan, dijalankan oleh mandor dan penyelia yang telah dilantik

bagi memastikan prosedur kerja selamat dipraktikkan dengan lancar. Segala

aktiviti dan prosedur disemak dan mengemaskini untuk memastikan cadangan-

cadangan tersebut dilaksanakan mengikut perancangan.

vi. Kelengkapan Perlindungan Diri ( Personal Protective Equipment ) - PPE

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

28
Langkah ini merupakan langkah tambahan dalam mengurangkan risiko setelah langkah

kawalan di atas diambil kira. PPE yang sesuai ( sarung tangan kulit dan kasut keselamatan ).

2. Langkah-langkah Semakan Semula

Bagi memastikan keberkesanan terhadap langkah kawalan, beberapa langkah semakan semula

diambil kira. Ia merangkumi ;

a. Laporan Pemeriksaan

Merujuk Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA 1994) di dalam Peraturan 12

Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, iaitu memeriksa tempat kerja

sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Ia perlu dilaksanakan secara berkala bagi memantau

tahap pematuhan dan keberkesanan terhadap langkah kawalan yang telah diambil.

b. Laporan Kemalangan

Analisa keberkesanan langkah kawalan boleh dilihat melalui statistik kemalangan yang

dilaporkan. Melalui graf kemalangan dapat dikenalpasti samada langkah kawalan yang

diambil berkesan atau sebaliknya. Sekiranya didapati jumlah kemalangan semakin meningkat

ini bermakna langkah kawalan tersebut perlu disemak semula dan langkah kawalan baru perlu

diambil.

c. Laporan Audit

Pihak pengurusan harus membuat audit dalaman Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang

berjadual dan hasil atau keputusan yang diperoleh harus disusuli dengan tindakan pembetulan.

d. Memantau Tahap Kesihatan

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

29
Pemantauan terhadap tahap kesihatan setiap pekerja yang terlibat dilaksanakan, bagi melihat

sebarang kemungkinan wujudnya penyakit pekerjaan. Sekiranya terdapat tanda-tanda

wujudnya penyakit pekerjaan ketika menjalankan aktiviti kerja, ini bermakna sebahagian

daripada langkah kawalan yang diambil kemungkinan besar tidak berkesan.

e. Laporan Bantahan “Complaint Report”

Pihak pengurusan harus mengkaji setiap komen dan pandangan yang diberikan oleh pekerja-

pekerja untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

f. Temubual

Temubual dijalankan terhadap pekerja yang terlibat untuk mendapatkan maklumbalas dan

maklumat tepat secara langsung mengenai kawalan hazard yang telah diambil. Melalui cara

ini ia dapat membantu pihak pengurusan mengambil langkah sewajarnya untuk memperbaiki

sistem kerja supaya lebih efisien. Contoh dalam borang soalselidik.

g. Laporan Kemalangan Nyaris

Laporan ini perlu diambil perhatian kerana ia berpotensi menyebabkan kemalangan berlaku

walaupun ia hanya merupakan kemalangan nyaris.

h. Semakan Pengurusan

Pihak pengurusan harus menguruskan Sistem Semakan Pengurusan ( Management System

Review) setiap tahun untuk mengkaji semula pelaksanaan peraturan ditempat kerja.

3. Keuntungan Daripada Saranan

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

30
Telah diketahui bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah akta 1994

( Akta 154 ), majikan perlu mengambil berat tentang keselamatan, kesihatan serta kebajikan

pekerjanya. Ia menjadi tanggungjawab majikan terhadap keperluan para pekerja dalam

mengawal keselamatan serta kesihatan pekerja yang menjadi sumber pendapatan dan

keuntungan kepada syarikat.

Perhatian yang serius haruslah diberikan kepada hazard keselamatan dan kesihatan

yang kritikal untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Kemalangan bukan hanya

menyebabkan kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda tetapi memberi impak yang besar

terhadap penghasilan pendapatan kepada syarikat. Ia juga merugikan syarikat sekiranya

kehilangan pekerja mahir disebabkan oleh kemalangan tersebut.

Langkah-langkah kawalan telah pun diterangkan untuk mengelakkan kemalangan

daripada berlaku. Hubungan baik antara majikan dan pekerja terhadap keselamatan dan

kesihatan pekerjaan dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada syarikat.

A. Keuntungan kepada syarikat ;

i. Majikan dan pekerja memberi lebih perhatian dan pengetahuan terhadap keselamatan

dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

ii. Mengelakkan serta mengurangkan jumlah kemalangan di tempat kerja.

iii. Dapat mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan dapat membentuk hubungan

yang harmoni diantara pekerja.

iv. Prestasi dan produktiviti syarikat juga dapat ditingkatkan serta pihak pengurusan juga

dapat menjimatkan kos.

v. Mendedahkan pekerja terhadap tahap pengetahuan yang tinggi tentang risiko dan

bahaya yang sediada di tempat kerja.

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

31
vi. Mengurangkan kos insurans kesihatan

vii. Mengurangkan ketidakhadiran dan pusingganti pekerja

viii. Pihak syarikat dapat mematuhi dan melaksanakan kehendak undang-undang dan

peraturan seperti di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 ( OSHA

1994 ), serta Akta Kilang dan Jentera 1967 ( FMA 1967 ).

ix. Secara tidak langsung menaikkan imej syarikat dan menambat hati para pelabur serta

pelanggan dari seluruh dunia.

B. Keuntungan kepada pekerja ;

i. Mengurangkan tahap tekanan serta meningkatkan kesihatan mental dan fizikal

pekerja.

ii. Meningkatkan imej diri dan harga diri.

iii. Meningkatkan hubungan baik antara pekerja di seluruh hirarki organisasi.

iv. Pekerja dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai kesedaran tentang pentingnya

keselamatan ditempat kerja serta lebih mementingkan keselamatan semasa bekerja dan

secara langsung dapat mengurangkan kemalangan serta pekerja juga dapat

mempraktikkan keselamatan di luar kawasan kerja.

v. Sebagai sebahagian daripada persekitaran kerja yang lebih positif dan terjamin.

vi. Mendapat pengiktirafan yang lebih untuk pekerjaan yang dilakukan dengan baik.

vii. Pekerja dapat bekerja dengan lebih bersemangat kerana pihak pengurusan mengambil

berat tentang keselamatan dan kesihatan mereka.

7. RUJUKAN

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

32
1. Buku Nota Kursus Persijilan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Modul 1, 2, 3 & 4,

GiSM ( Global Institute Safety Management ).

2. Buku Panduan Tatacara Kerja Selamat Bagi Aktiviti Kerja Ladang Felda Global

Ventures Plantations (M) Sdn Bhd ( FGVP(M)SB ).

3. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber

Manusia Malaysia, cawangan Tawau, Sabah.

4. Badan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Felda Holdings Berhad ( BKKP ).

5. Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko

( HIRARC ), 2008.

6. Akta 514 – Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan Peraturan – Peratutan 1994

( OSHA 1994 ), MDC Publishers Sdn Bhd.

7. Akta 139 – Akta Kilang dan Jentera dengan Peraturan 1967 ( FMA 1967 ),

MDC Publishers Sdn Bhd.

8. Rujukan laman web ;

i. http://www.dosh.gov.my/doshv2/index.php (halaman utama versi Bahasa Melayu)

ii. http://www.dosh.gov.my/doshv2/index.php?

option=com_phocadownload&view=category&id=1&Itemid=97&lang=ms&limit

start=40 (muat turun HIRARC versi Bahasa Melayu)

iii. http://www.feldaglobal.com/plantations.php

8. LAMPIRAN

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

33
Lampiran 1 - Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Pengerusi
( Pengurus Ladang )

Setiausaha

W/Pekerja
W/Majikan W/Majikan W/Majikan W/Pekerja W/Pekerja
W/Majikan

Lampiran 2 - Carta Alir Kerja

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

34
BTS MASAK
( ATAS POKOK )

Tuai BTS,
BTS Potong Pelepah, Penuai
DI TUAI Potong Tangkai BTS
Susun Pelepah

PUNGGAH Punggah BTS,


Pemunggah
BTS Kutip BuahRelai

MANUAL MEKANISASI

LORI KECIL,

HILUX

Penggunaan Pengangkutan
- Pikul
- Gendongan Dalaman:
- Kereta sorong - Grabber
Pemunggah Pemandu
- Kereta Kerbau - Traktor
(Gerabak) - Mini traktor
- Hilux, Lori Kecil

Pemandu

LORI/TRAKTOR/BIN LORI/TRAKTOR/BIN

KILANG

Lampiran 3 – Proses kerja memunggah buah tandan sawit ( BTS ) ke gerabak kerbau daripada

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

35
pangkal pokok hingga ke tapak pentas ( platform ) buah sawit

1 Buah Tandan 2
Pangkal Pangkal
Pokok Segar (BTS) Pokok

4 Pentas (Platform) 3 Kerbau


Kerbau
BTS

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

36
Lampiran 4 – Hazard Kesihatan : Terdedah kepada postur badan yang tidak tetap ketika

memunggah BTS di gerabak kereta kerbau.

Gambar kecederaan kekal pada bahu

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

37
Lampiran 5 – Kaedah Pengasingan ( Isolation )

Lorong
Lorong
Kerbau
Pelepah

Jambatan
Kerbau

Gambar perbezaan lorong kerbau & lorong pelepah

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

38
Lampiran 6 – Kaedah Kawalan Kejuruteraan ( Engineering Control )

4’ 2’ 4’ 1’

2’ 2.5’

SEBELUM SELEPAS

Kayu Gentian
Keras Fiber

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD

39

You might also like