You are on page 1of 3

SJKC HAU LIM, SG BALANG, MUAR

MINIT MESYUARAT KELAB BADMINTON BIL. 3/2012

Tarikh : 30 Oktober 2012 (Hari Khamis)

Masa : 1.20 ptg – 2.00 ptg

Tempat : Bilik Barjah Tahun 5

Pengerusi : Yap Yong Seng

Kehadiran(Bilangan) : 20 Orang

Nama Yang Hadir : rujuk senarai kehadiran

Nama Yang Tidak Hadir : rujuk senarai kehadiran

Turut Hadir : En Soh Ceng Wei


Cik Goh Yan Shin

1 KATA ALU-ALUAN GURU PENASIHAT


1.1 En. Soh Ceng Wei selaku Guru Penasihat Kelab Badminton mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli kelab yang hadir mesyuarat kelab badminton kali ketiga bagi tahun
2012.
Tindakan: Makluman kepada semua ahli kelab

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


Dicadang untuk disahkan oleh Yap Yong Siang.
Disokong untuk pengesahan oleh Lim Kai Xin.

3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Majlis Perpisahan untuk ahli-ahli Kelab Badminton tahun 6 .

3.2 Para ahli kelab badminton diminta memberi sumbangan untuk menjayakan majlis
perpisahan.

3.3 Majlis Perpisahan Kelab Badminton ditetapkan pada 8 November 2012.

Tindakan: Semua Ahli Kelab

4 AGENDA
4.1 Cadangan awal perlantikan AJK baru
4.1.1 Pemilihan AJK baru untuk tahun 2013 dipilih berdasarkan keboelhan dan
sumbangan ahli terhadap kelab permainan.
4.1.2 Faktor kehadiran juga diambil kira dalam pemilihan AJK kelab badminton.
4.1.3 Seah Kwee Chia dicadangkan menjadi pengerusi kelab badminton untuk
tahun 2013. Yap Yong Siang pula dicadangkan sebagai naib pengerusi kelab
badminton.
4.1.4 Jawapan muktamat untuk senarai AJK kelab Badminton akan diumumkan
pada perjumpaan kali pertama tahun 2013.

Tindakan: Semua Ahli Kelab


4.2 Penggunaan Alatan
4.2.1 Murid-murid yang ingin mengambil alatan dalam stor PJ harus mendapatkan
kebenaran dahulu daripada guru.
4.2.2 Hanya wakil murid yang telah diamanahkan oleh guru boleh mengambil
alatan dari stor PJ. Ahli-ahli yang lain harus berhimpun di dewan
perhimpunaan.
4.2.3 Murid-murid harus menghargai serta menggunakan alatan-alatan seperti
raket badminton dengan berhati-hati.
4.2.4 Murid yang merosakkan alatan sekolah akan dikenakan hukuman dan
diwajipkan membayar ganti rugi.
4.2.5 Semua murid diminta meletakkan alatan yang telah digunakan ke tempat
asal selepas menggunakannya.

4.3 Penerangan Mengenai Peraturan-peraturan Kehadiran


4.3.1 Kehadiran dalam aktiviti kegiatan kokurikulum adalah wajip untuk semua ahli
kelab.
4.3.2 Murid-murid yang tidak hadir ke aktiviti-aktiviti kegiatan kokurikulum harus
memaklumkan guru penasihat berkenaan terlebih dahulu melainkan
terdapat sebab-sebab tertentu.
4.3.3 Murid-murid yang kerap ponteng dalam aktiviti kokurikulum akan dikenakan
tindakan.
4.3.4 Murid-murid Melayu yang mempunyai sekolah agama petang diberi
kebebasan untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
4.3.5 Murid-murid harus berpakaian PJ semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.

Tindakan: Semua Ahli

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Displin semasa menjalankan aktiviti kokurikulum harus diutamakan bagi setiap murid.
5.2 Murid-murid harus berhati-hati semasa menjalankan aktiviti untuk mengelakkan sebarang
kecederaan berlaku.
5.3 Kerjasama daripada semua ahli kelab amat penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti
yang telah dirancang dalam kelab.
Tindakan: Semua Ahli

6 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang dengan ucapan terima kasih kepada ahli-
ahli yang hadir.

Tindakan: Semua Ahli

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.................................... ..........................……….
( Nor Ernie Elyana ) ( Yap Yong Seng )
Setiausaha Pengerusi
Tarikh : Tarikh :

You might also like