You are on page 1of 2

SJKC HAU LIM, SG BALANG, MUAR

MINIT MESYUARAT KELAB BADMINTON BIL. 2/2012

Tarikh : 12 Julai 2012 (Hari Selasa)

Masa : 3.50 ptg – 4.30 ptg

Tempat : Bilik Barjah Tahun 5

Pengerusi : Yap Yong Seng

Kehadiran(Bilangan) : Orang

Nama Yang Hadir : rujuk senarai kehadiran

Nama Yang Tidak Hadir : rujuk senarai kehadiran

Turut Hadir : En Soh Ceng Wei


Cik Tang Chen Seok

1 KATA ALU-ALUAN GURU PENASIHAT


1.1 En. Soh Ceng Wei selaku Guru Penasihat Kelab Badminton mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli kelab yang hadir mesyuarat kelab badminton kali kedua bagi tahun
2012.
Tindakan: Makluman kepada semua ahli kelab

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


Dicadang untuk disahkan oleh Seah Kwee Chia.
Disokong untuk pengesahan oleh Ng Jin Long.

3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Ahli-ahli kelab dimaklumkan dengan pertukaran jadual waktu kegiatan Ko-kurikulum.

Tindakan: Semua Ahli Kelab

4 AGENDA
4.1 Kehadiran
4.1.1 Kehadiran dalam aktiviti kegiatan kokurikulum adalah wajip untuk semua ahli
kelab.
4.1.2 Murid-murid yang tidak hadir ke aktiviti-aktiviti kegiatan kokurikulum harus
memaklumkan guru penasihat berkenaan terlebih dahulu melainkan terdapat
sebab-sebab tertentu.
4.1.3 Murid-murid yang kerap ponteng dalam aktiviti kokurikulum akan dikenakan
tindakan.
4.1.4 Murid-murid Melayu yang mempunyai sekolah agama petang diberi
kebebasan untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
4.1.5 Murid-murid harus berpakaian PJ semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.

Tindakan: Semua Ahli Kelab

4.2 Penggunaan Alatan


4.2.1 Murid-murid yang ingin mengambil alatan dalam stor PJ harus mendapatkan
kebenaran dahulu daripada guru.
4.2.2 Hanya wakil murid yang telah diamanahkan oleh guru boleh mengambil
alatan dari stor PJ. Ahli-ahli yang lain harus berhimpun di dewan
perhimpunaan.
4.2.3 Murid-murid harus menghargai serta menggunakan alatan-alatan seperti
raket badminton dengan berhati-hati.
4.2.4 Murid yang merosakkan alatan sekolah akan dikenakan hukuman dan
diwajipkan membayar ganti rugi.
4.2.5 Semua murid diminta meletakkan alatan yang telah digunakan ke tempat
asal selepas menggunakannya.

4.3 Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah


4.3.1 Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah akan dijalankan pada bulan
Sept-Okt.
4.3.2 Setiap ahli dinasihat kerap membuat latihan sebagai persediaan awal untuk
menyertai pertandingan tersebut.
4.3.3 Pemilihan peserta-peserta mengikut kategori yang dipertandingkan. Cikgu
Soh Ceng Wei dan Cikgu Tang Chen Seok akan menjalankan latihan untuk
ahli-ahli kelab bermula bulan Ogos.

Tindakan: Semua Ahli

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Displin semasa menjalankan aktiviti kokurikulum harus diutamakan bagi setiap murid.
5.2 Murid-murid harus berhati-hati semasa menjalankan aktiviti untuk mengelakkan sebarang
kecederaan berlaku.
5.3 Kerjasama daripada semua ahli kelab amat penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti
yang telah dirancang dalam kelab.
Tindakan: Semua Ahli

6 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang dengan ucapan terima kasih kepada ahli-
ahli yang hadir.

Tindakan: Semua Ahli

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.................................... ..........................……….
( Nor Ernie Elyana ) ( Yap Yong Seng )
Setiausaha Pengerusi
Tarikh : Tarikh :

You might also like